“Maaf Marina. Saya
tidak dapat datang malam ini ke tempat Michelle. Bukan saya sengaja.
Tetapi tiba-tiba sahaja pakcik saya datang dari Melaka''
“Minta maaf
banyak-banyak ya Marina. Saya terpaksa batalkan janji kita untuk
pergi ke sana bersama-sama. Tetapi walau apa pun. Saya harap awak
bergembiralah malam ini ya”
“Terima kasih. Oh
ya Norman. Jangan lupa kirim salam pada pakcik awak nanti ya”
“Okey. Kirim salam
pada kawan-kawan awak juga.”
Beep!!!! Bunyi trak
sampah yang lalu di luar rumah pada ketika itu membawa aku keluar
dari fantasiku. Fantasi tentang kemungkinan yang berlaku jika aku
masih lagi bersama dengan Norman. Aku memandang ke arah cermin yang
sedang memantulkan refleksi diriku yang masih berjubah mandi.
“Hai. Berangan
lagi?”tegur Gina.
“Yup!” aku
ketawa kecil.
Jika aku masih
bersama Norman. Pasti ini pula akan berlaku antara aku dan Gina.
“Siapa yang
telefon Marina?'' Gina akan bertanya.
“Norman” aku
akan menjawab ringkas.
Aku pasti akan
mengangguk sambil membuat riak muka ‘Ya. Tunanganku mengecewakan
aku lagi’
“Kenapa pula dia
tidak dapat pergi? Apa alasan dia kali ini?”
“Pakcik dia
datang. Tidak akanlah dia hendak tinggalkan orang tua itu pula”
seperti biasa aku akan menggulung hujah membela Norman.
Gina pula pasti akan
keluarkan pandangannya. “Aku bukan tidak percayakan dia Marina.
Tetapi cuba kau tengok. Setiap kali ada majlis-majlis seperti ini.
Mesti dia mengelak. Terutama sekali kalau Michelle atau Ally yang
buat. Entahlah. Tetapi aku rasa dia seperti kurang selesa dengan
mereka ”Gina akan menyatakan pendapatnya dan membuat konklusi
tentang apa yang berlaku.
Tetapi, hatiku akan
cuba menafikan kebenaran disebalik apa yang dikatakannya.
Walaupun ia sekadar
imaginasi. Kadangkala ia boleh menjelaskan realiti sebenar sesuatu
keadaan.
Aku
melupakan seketika fantasiku bersama dengan Norman dan memberi fokus
kepada apa yang kami rancang. Aku dan Gina sedang bersiap untuk ke
majlis pembukaan spa terbaru Michelle di Seksyen 13 Shah Alam.
“Bagaimana dengan
baju aku Marina?'' tanya Gina sambil berpusing-pusing di hadapanku.
“Wow! '' aku
sengaja menterbeliakkan mataku. “Maksud aku...” sejujurnya aku
tidak suka apa yang Gina pakai. Tidak pada malam itu kerana kami ada
kejutan untuk Gina.
“Kenapa Marina?
Tidak molek pada mata kau?''
Walaupun apa yang
dikenakan oleh Gina di dalam dan di luar adalah barangan yang
berjenama. Tetapi Gina nampak sedikit 'murah' dan 'berserabut' pada
malam itu. Cuba bayangkan.
- Gaun satin sutera, Gucci(warna hitam kebiruan)
- Kasut tumit tinggi kulit bewarna perak dari Roberto Cavalli. (aku ada satu dan kami berdua memakai kasut yang sama malam itu)
- Rantai hip-hop sebagai penata gaya (katanya)
- Stoking paras lutut, berbelang merah jambu dan hitam
- Truck cap Bounty Hunter. Ditambah pula dengan bulu di kepala.
“Aku rasa baju
kau okey. Cuma lagi cantik kalau kau buang truck cap, bulu dan
stoking itu. Nampak keterlaluan sangatlah. Lagi pun kita bukannya
hendak pergi ke parti Urban Frequenz di La Queen''
“Betulkah?”
“Betul.
Less
is more... ”
“Okey-okey. Aku
tanggalkan semua yang kau cakap tadi”
Gina masuk ke dalam
biliknya semula. Dua puluh minit kemudian dia memanggilku. Menyuruh
aku untuk memilih baju yang sesuai untuk digayakan ke majlis itu.
Aku lihat ada satu
gaun hitam putih bercorak bunga raya bersaiz sederhana yang tidak
pernah dipakai Gina.
Cuma kasut sahaja
yang tidak ditukarnya. Aku dan Gina telah berjanji untuk memakai
kasut yang kami beli bersama di Ipoh beberapa bulan dahulu.
Untuk
majlis pelancaran itu, aku mengenakan gaun satin putih berlapis lace
hitam. Gaun pula dari bundle (jangan beritahu Ally). Mix
and match.
Aku tidak kisah membeli barang murah. Tetapi bukan barangan tiruan.
Euwww. Apa yang pasti, aku tidak akan membiarkan diri aku nampak
lebih menyerlah dari Gina pada malam itu kerana malam itu seharusnya
menjadi malam Gina.
“Marina. Ally
sudah sampai '' Kata Gina kepadaku.
“Bagaimana? Okey?”
Gina sekali lagi berpusing-pusing di hadapanku.
“Stunning!”
Aku melakonkan semula gaya Meryl Streep apabila dipuji oleh Sophia
Loren di Anugerah Oscar.
*****
“alahai...
ramainya orang....” kata Ally. Kami berpusing-pusing di sekitar
blok kedai di seksyen 13 bagi mencari slot yang strategik untuk
memarkir kereta.
“Eh Marina. Berapa
ramai agaknya orang yang Michelle jemput?”tanya Ally kepadaku.
“Entahlah.
Aku pun tidak pasti. Ramai agaknya. Tempat hendak parking
pun penuh sahaja”
“Bagaimana jika
kita letak kereta di Giant?”cadang Ally.
“Oh Tidak! Aku
tidak sanggup berjalan sejauh satu kilometer dengan pakaian
sebegini”bantah Gina.
“Ya. Tidak dengan
kasut tumit tinggi ini”kataku menyokong.
“Okay
ladies!!!”Ally
mengalah.
Akhirnya. Selepas
lama menunggu dan berpusing-pusing mencari, sebuah kereta di hadapan
7-11 keluar dari slotnya. Dengan segera Ally memarkir keretanya dan
kami bertiga berjalan menuju ke arah spa.
Dari jauh lagi
kelihatan satu belon besar dilepaskan satu kilometer dari tapak spa
bagi menunjukkan kepada orang ramai yang lalu lintas mengenai
kewujudan spa baru itu. Menurut Ally, beberapa orang wartawan
dijemput untuk menulis mengenainya.
Dengan penuh
keterujaan, kami melangkah masuk ke dalam Spa Sari Ayu yang dihias
cantik untuk majlis pelancaran pada malam itu. Mataku melilau
mencari Michelle di tengah-tengah puluhan tetamu yang mula memenuhi
ruangan spa.
“Yuhuuuuu!”
suara Michelle kedengaran. Dia datang dari arah belakang. “Terima
kasih kerana sudi datang”
“Terima kasih
kerana menjemput” kata Gina. Mereka saling berpelukan.
“Marina tidak bawa
Norman?” tanya Michelle kepadaku.
Aku terdiam
seketika. Ketika itu hatiku berkata 'Oh! Michelle... aku tahu kau
sibuk. Tetapi janganlah sampai kau terlupa tentang aku dan Norman'
“Aduh sayang!!!
Aku terlupa pula. Kau faham-faham sahajalah” kata Michelle. Dia
ketawa kecil. “Tidak apalah. Jangan sedih-sedih. Malam ini adalah
masa untuk kau beraksi nakal. Yang datang semuanya meletup-letup
belaka! Aku memang sengaja jemput mereka.''
''Untuk aku?''
tanyaku dengan riak muka penuh keterujaan.
''Ya Marina! Untuk
kau. Tetapi jangan tersalah pilih. Nanti tidak pasal-pasal tersangkut
dengan 'dot dot dot' pula”
“Ada-ada sahaja
kau ini” aku dan Gina mencubit Michelle walaupun aku sendiri tidak
tahu apa yang Michelle maksudkan dengan 'dot dot dot'.
“Gurau sahaja.
Tetapi walau bagaimana pun, cantik kamu semua malam ini. Gina pun
nampaknya tidak pakai aksesori yang eksotik. Kenapa? Tidak dapat
tajaan?” kata Michelle. Dia mengenyitkan matanya kepadaku. Sebagai
tanda bahawa aku telah melaksanakan tugasku dengan baik. Kami
sememangnya mempunyai rancangan untuk Gina dan kalau boleh, kami mahu
dia kelihatan cantik dan ringkas malam itu.
“Dia terpaksa jual
sebab hendak bayar duit kereta kekasih muda baru dia...” jawab
Ally.
“Lah... Sudah
tukar selera rupanya. Bukankah kau selalu suka yang tua?”soal
Michelle.
“Kau percayalah
cakap si Ally ini Michelle...”kata Gina.
“Kalau betul pun
apa salahnya. Okeylah, aku kena pergi stesyen mencuci rambut sekejap.
Duduklah ya. Jangan malu-malu. Ambiklah apa-apa yang hendak
dimakan”kata Michelle.
“Baiklah kakak.”
kata Ally.
Michelle berlalu
pergi meninggalkan kami. Dari isyarat yang diberikan Michelle kepada
aku dan Ally, kami dikehendaki untuk bersedia dengan langkah yang
seterusnya. Fokus kami ketika itu adalah Gina dan kejutan yang kami
rancang untuknya.
Kami berbual dengan
Gina seperti biasa sambil menikmati minuman yang disediakan dan
meneliti rekaan Spa Sari Ayu yang baru dibuka itu. Ketika kami sedang
asyik berbual seluruh Spa bertukar menjadi gelap. Pantas membuatkan
tetamu yang datang panik. Dalam keadaan gelap itu, tanganku ditarik
seseorang.
Dengan segera, aku
meninggalkan Gina bersama-sama dengan Ally dan menuju ke pentas
utama.
''Baiklah Marina.
Kita lakukan seperti mana yang dirancang ya''
''Okey. Tetapi aku
sedikit gementar''
''Jangan bimbang.
Anggap sahaja mereka seperti cahaya yang lutsinar'' Michelle cuba
menggunakan teori metafizik yang baru dipelajarinya untuk menenangkan
aku.
Aku cuba bertenang
dan menganggap mereka seperti cahaya lutsinar seperti mana yang
diberitahu oleh Michelle. Akan tetapi, apabila cahaya lampu sorot
diterangkan dan ke semua yang hadir mengalihkan perhatian kepadaku
yang sedang berdiri disimbahi cahaya itu di atas pentas, satu
perasaan lain muncul.
Dari atas pentas,
aku dapat melihat Gina dan Ally yang sedang berdiri di tengah-tengah
tetamu yang datang. Gina membuat riak muka 'apa yang kau buat di
atas?' kepadaku.
Aku tidak membalas
pertanyaannya kerana muzik lagu yang akan kunyanyikan sudah mula
berkumandang. Dengan penuh rasa gemuruh di dada, aku mula menyanyi.
“Father
has a business strictly second hand
Everything from toothpicks to a baby grand
Stuff in our apartment came from father's store
Even things I'm wearing someone wore before”
Everything from toothpicks to a baby grand
Stuff in our apartment came from father's store
Even things I'm wearing someone wore before”
Aku begitu gementar
sekali ketika itu. Aku tahu yang lain juga dapat mendengar getar
suaraku yang gemuruh. Aku cuma mampu berdoa yang aku tidak merosakkan
rancangan Michelle.
Beberapa hari yang
lalu, Michelle meminta aku untuk menyanyikan satu lagu untuk Gina.
Tiada lagu lain yang sesuai untuk aku nyanyikan melainkan lagu
'Second Hand Rose'. Ianya lagu kegemaran kami. Setiap kali kami
menyanyikannya bersama-sama, kami akan berlagak seperti seorang
penyanyi opera dan menyanyikannya dengan penuh semangat. Sejujurnya,
idea untuk menjadi komik di hadapan semua orang bukanlah sesuatu yang
aku gemari. Cuma pada hari itu sahaja aku melepaskannya sedikit untuk
tontonan orang yang hadir ke spa itu.
Aku sudah bersedia
dan berlatih seminggu awal untuk malam itu. Akan tetapi, aku masih
gementar.
Namun, perasaan itu
sedikit reda apabila aku melihat Gina menyanyikannya bersama denganku
dari kumpulan tetamu yang hadir.
“Even
Jake the Plummer, he's the man I adore
Had the nerve to tell me he's been married before!”
Had the nerve to tell me he's been married before!”
Ke semua tetamu yang
hadir tertawa dengan lirik yang aku nyanyikan.
‘Bagus Marina!
Bagus! Sedikit sahaja lagi. Sedikit sahaja lagi!’ aku berkata-kata
di dalam hati.
“Everyone
knows that I'm just
Second hand Rose
From Second Avenue
From Second Avenue NU!”
Second hand Rose
From Second Avenue
From Second Avenue NU!”
Ke semua tetamu yang
hadir bertepuk sebaik sahaja aku habis menyanyi. Untuk seketika, aku
merasakan diriku seperti seorang bintang. Seluruh Spa digelapkan
sekali lagi. Dengan sepantas kilat, aku kembali mendapatkan Gina dan
Ally.
Seperti yang
dirancang, aku mengambil tempatku dan berdiri tepat di hadapan Gina.
Lampu sorot dinyalakan dan kemudian dihalakan kepada Gina.
''Tuan -tuan dan
puan-puan, saya perkenalkan tetamu istimewa saya hari ini, Gina!''
suara Michelle kedengaran begitu bersemangat sekali.
Gina nyata terkejut
dengan semua itu. Dia nampak terpinga-pinga. Dari riak wajahnya dia
seolah-olah bertanya.
'Adakah
aku nampak cukup cantik?', 'Adakah aku nampak tenang, gementar
ataupun blur?'
dan 'Apa yang
berlaku sebenarnya di sini?'
Aku yakin, pada saat
itu dia tidak dapat menduga apa yang kami rancang untuknya.
“Selamat hari
jadi! Selamat hari jadi!” kami beramai-ramai menyanyi. Michelle dan
Ally pula membawa kek yang telah siap sedia dibeli sejak petang.
Gina mengalirkan air
mata. Dia nyata gembira dan terharu. Cuma ada sesuatu tentang riak
mukanya yang membuatkan hatiku berdetik untuk menduga apa yang
difikirkannya.
''Hari ini bukan
hari jadi aku'' Gina berbisik kepada aku dan Ally.
''Mustahil
untuk kami rancang ini tiga hari akan datang. 'Becoming'
lebih baik dari 'belated'
'' jawabku ringkas.
Selepas
upacara potong kek dan bergambar, Michelle mencadangkan Gina untuk
merasai khidmat urutan kepala dan cuci rambut percuma yang disediakan
oleh Spa Sari Ayu pada hari itu. Ianya juga satu hadiah kepada Gina
sempena hari jadinya. Aku membiarkan Birthday
Girl
kami itu menikmati malamnya. Ally pula awal-awal lagi telah ke
tingkat atas untuk mendapatkan khidmat urutan kaki.
Aku pula duduk
menikmati makanan yang disediakan seorang diri. Menyanyi dalam
keadaan gementar membuatkan aku lapar. Seketika, aku memikirkan
tentang Gina.
Riak wajah yang
ditunjukkan apabila kek dihidangkan kepadanya. Sukar untuk aku
menjelaskannya, ketika itu Gina seperti dibelai dan dia seperti
ditampar. Luahan perasaannya tentu kompleks jika riak wajahnya
diterjemahkan dalam kata-kata.
Konsentrasiku
terganggu sebentar apabila seorang lelaki menegurku.
“Hai. Boleh saya
duduk?”tanya lelaki itu. Tangan kanannya memegang sepinggan sate.
“Mmm.. ya.
Duduklah”kataku sambil tersenyum.
“Betul? Bagaimana
dengan kawan-kawan awak?”
“Semua pergi cuci
rambut”
“Betulkah?”
“Ya. Maksud saya
seorang pergi cuci rambut. Seorang lagi pergi berurut”jelasku
kepadanya,pantas membuatkan aku terfikir kenapa aku perlu
menjelaskannya kepada lelaki itu.
Dia hanya tersenyum
sambil melabuhkan punggungnya.
“Berselera awak
makan nampaknya...” aku menegurnya.
“Oh! Saya memang
suka makan sate” jawabnya dengan mulut yang penuh.
“Begitu...”aku
mengangguk perlahan.
“Awak makan itu
sahaja?”dia menunjuk kepada kek yang yang sedang aku makan.
“Saya akan tambah
lagi nanti. Biar apa yang baru saya makan tadi terhadam dahulu”
“Okey.
Faham...”katanya sambil mengangguk-anggukkan kepala.
Aku tertanya-tanya
apa agaknya yang sedang difikirkannya. Mungkin dia terfikir yang aku
sedang berdiet.
“Jadi awak kenal
rapat dengan Michelle?”giliranku membuka bicara setelah lama kami
membisu.
“Oh. Tidak kenal
sebenarnya. Kawan saya yang ajak teman. Awak pula bagaimana? Kenal
rapat dengan Michelle juga?”
“Bolehlah. Agak
rapat”
“Oh ya! Sedap awak
nyanyi tadi...”
Aku hanya tersenyum.
Teragak-agak untuk memberikan respon.
“Lupa hendak
kenalkan diri. Nama saya Harry. Awak pula?”
“Nama saya Marina”
'Di manakah dia
semasa aku menyanyi di atas pentas tadi? Tidak nampak pun batang
hidung dia' aku bertanya sendirian“Terima kasih atas pujian awak
tadi...”
''Awak memang
meminati muzik Marina?''
''Boleh juga. Maksud
saya, ya. Saya memang minat muzik''
''Kalau begitu,
boleh saya tanya satu soalan?''
Aku tidak suka
dengan soalan itu sebenarnya. Sungguh! Soalan seperti itu buat aku
berdebar-debar.
''Boleh.
Tetapi kalau terlalu peribadi, jangan marah kalau saya jawab 'no
comment'
'' kataku dengan nada bersenda.
Dia tertawa kecil,
menghirup air jus yang berada di tangannya sebelum menyambung bicara.
''Apa pendapat awak
tentang revolusi muzik sekarang?''
'Revolusi muzik?'
aku bersoal sendirian. Wow! Ini soalan cepu emas dan yang pasti, aku
sukakannya kerana topik ini memang selalu aku fikirkan.
''Maksud awak bisnes
muzik? Jualan rekod di pasaran?''
''Umm.. Hmm..'' dia
menganggukkan kepalanya. Mulutnya masih penuh dengan sate.
''Hmmm....
Bagi saya'' aku menyusun bicara. ''Muzik akan kekal wujud. Artisan
muzik sentiasa akan lahir. Oleh kerana rekod muzik tidak lagi selaku
seperti tahun lapan puluhan dan sembilan puluhan, saya rasa fokus
muzik akan beralih dan bergantung kepada live
show''
''Awak fikir
begitu?''
''Ya. Teknologi
mengubah segalanya. Artisan muzik perlu merekod muzik. Tetapi
mentaliti rekod muzik untuk dijual perlu diubah kepada rekod muzik
untuk mempromosi dan mengekalkan status relevan mereka dalam
masyarakat''
Mungkin
perasaan aku sahaja ketika itu, tetapi aku rasa dari riak muka yang
ditunjukkan, dia nampak kagum dengan apa yang aku katakan. Kami
meneruskan lagi perbualan kami mengenai bisnes muzik. Sepanjang
perbualan kami, aku tidak dapat menyembunyikan rasa kagumku kepadanya
dan sekali lagi, Norman pantas terlintas ke dalam fikiranku. Aku
berkata-kata di dalam hati 'ini topik yang familiar.
Ini topik yang aku dan Norman selalu bualkan'.
Aku tidak
henti-henti menyoal kenapa aku ditemukan dengan lelaki yang mempunyai
karisma yang sama seperti Norman. Aku mengeluh dalam diam.
Memandangkan
pengetahuannya yang luas tentang bisnes muzik, aku tergerak untuk
bertanya siapakah dia dan pekerjaannya. Namun hasratku itu terbantut
apabila seorang wanita menghampiri kami.
''Amboi rancak
berbual..'' kata wanita itu.
“Jen... ” dia
nampak menggelabah. Seolah-olah takut akan dimarahi oleh wanita itu.
“Jen?”berkerut
dahi wanita itu.
“Maaf. Maksud
saya, Norah… Ya! Norah”
“Perkenalkan, ini
Marina”
“Marina, ini
Norah” kami bersalaman. Mungkin perasaan aku sahaja, tetapi
senyuman plastik terlihat jelas pada wajah wanita itu. Cemburu
barangkali.
“. Kita sudah
lambat.. Jom kita balik. Nanti papa saya bising pula nanti” Norah
melihat jam tangan di lengan kirinya.
“Jom! Saya rasa
kita boleh bergerak sekarang” angguk Harry tanda setuju.
“Kami berdua minta
diri dahulu ya Marina. Kalau ada jodoh kita jumpa lagi” ucap Harry.
Berkerut wajah perempuan itu apabila mendengar perkataan ‘jodoh’
keluar dari mulut Harry.
“Baiklah.
Harap-harap begitulah” Kataku sambil tesenyum sebelum menyedari apa
sebenarnya yang aku katakan. Aku memarahi diriku kerana dengan jelas
menyatakan yang aku berharap kami akan bertemu lagi.
'Siapa pula Jen?'
soalku sendirian. Ah! Mungkin aku baru bercakap dengan Encik Kasanova
yang suka menguji kuasa dan kemahirannya.
Aku memerhatikan
mereka keluar. Sebelum keluar, Harry menoleh ke arahku. Dia
mengangkat tangannya dan melemparkan senyuman. Aku membalasnya dengan
senyuman.“Boleh tahan juga dia ini”kataku sendirian.
Tidak
lama kemudian, Ally dan Gina pun datang. Aku dapat menghidu bau wangi
yang barangkali datang dari syampu atau hair
mask
yang mereka gunakan secara percuma.
“Ah! Leganya lepas
kepala diurut”kata Ally.
“Betul! Hilang
semua pening kepala aku tadi”Gina angguk bersetuju.
“Yalah. Tangan
Michelle ada magik” kata Ally. Mulutnya disumbat dengan sate yang
masih berbaki di atas meja.
‘Eh. Marina. Siapa
minum dengan kau tadi? Ada dua cawan dan satu pinggan... hmm.. ini
bekas sate kalau tidak silap aku”tanya Gina.
''Tetamu...''
jawabku ringkas. Berharap mereka tidak bertanya lanjut.
''Lelaki?'' soal
Ally penuh keraguan.
''Ya.''
''Apa namanya?''
Gina nampak bersemangat.
''Namanya Harry''
“Wah. Segakkah
dia?”
“Ya. Segak. Tetapi
lupakanlah Gina, dia ini lebih kurang macam Georges Duroy”
“Oh… Jadi Encik
Kasanova itu berjaya dapatkan nombor Cik Marina kitakah?”
''Tidak.'' aku
menggeleng. Berasa sedikit bangga kerana menjual mahal.
''Facebook?'' soal
Ally pula.
''Twitter?'' Gina
kembali mengambil giliran.
''Apa namanya tadi
Marina? Terlupa pula aku''
''Harry....''
“Sedap namanya”
kata Ally. Ally dan Gina berterusan bertanya mengenai lelaki itu.
Namun, aku berjaya mengubah topik perbualan dengan memberi hadiah
yang telahku sediakan untuk Gina. Sebuah kot trench dari jenama
kegemaran Gina. Ianya telah aku beli tujuh bulan sebelumnya ketika
Jusco mengadakan jualan Mega di Stadium Melawati Shah Alam. Selain
dari murah, aku cuba untuk mengelakkan stres mencari hadiah di
saat-saat akhir.
“Eh. Jom balik.
Sudah lambatlah...”cadang Gina.
“Urutan kepala
tadi buat aku rasa hendak terlelap pula. Gina, kau bawa kereta
boleh?”kata Ally sambil olok-olok menguap.
“Boleh. Tidak ada
masalah”
Kami berjumpa dengan
Michelle dan mengucapkan terima kasih atas apa yang diberi dan terus
berlalu.
Di dalam kereta, aku
tidak henti-henti berfikir tentang Gina. Dari satu sudut dia nampak
gembira tetapi dari sudut yang lain dia nampak runsing. Terutama
sekali apabila dia memandang kek yang terhidang dihadapannya. Kek
yang bersaiz besar itu dihiasi dua puluh sembilan lilin bagi meraikan
keberadaan Gina di dunia maya. Atau pun ianya hanya perasaanku
sahaja. Ini bukanlah bermaksud yang Gina langsung tidak gembira
dengan kejutan itu. Ke semua orang yang berada di situ gembira dan
Gina tidak terkecuali.
Namun,
riak muka Gina seolah-olah mengatakan bahawa 'Aku gembira kerana
kamu semua mengingati dan menghargai aku tetapi aku juga risau akan
umurku'. Seperti wanita-wanita yang lain, isu usia adalah isu yang
penting dalam hidup Gina. Dua hari selepas kejutan hari jadinya itu,
umurnya mencecah dua
puluh sembilan
tahun.
Gina seorang wanita
moden yang dicemburui ramai. Namun, dia agak konvensional dalam
sesetengah perkara. Gina sukakan fantasi dan idea dari filem-filem
romantik. Dia juga percaya dan menerima perbezaan tugas gender secara
konvensional dalam kehidupannya.
Seperti ramai orang,
Gina ingin berkahwin, mempunyai pasangan hidup, anak dan mempunyai
keluarga sendiri. Namun hubungan cinta Gina dengan lelaki tidak
pernah kekal. Entah di mana silapnya. Masalah pasti akan muncul di
pertengahan. Sama ada Gina atau lelaki-lelaki itu yang silap, hanya
mereka sahaja yang tahu.
Sejak
dua tahun kebelakangan ini, Gina mula keluar dengan lelaki-lelaki
muda yang rata-rata berumur di antara dua
puluh hingga dud puluh dua
tahun. Yang terbaru adalah Hani, seorang lelaki berumur dua puluh dua
tahun yang baru sahaja tamat pengajian di kolej. Jika dikira pada
bulan itu, sudah lima belas bulan mereka menjalinkan hubungan.
Sebelum itu, dia juga menjalinkan hubungan dengan dua lelaki yang
lebih kurang sebaya dengan Hani iaitu Adi dan Terry yang mana
hubungan itu berakhir dalam tempoh tiga bulan.
Kami risau dengan
situasi Gina kerana dia menghabiskan masa, wang dan tenaga yang
banyak untuk Hani. Aku tahu dia juga mengharap sesuatu yang lebih
dari Hani. Tetapi persoalan yang sering aku tanya adalah, apa yang
Hani harapkan dari Gina?
Ada
beberapa orang kawan kami pernah berkata yang Gina sudah terlalu tua
untuk permainan cinta yang sebegitu rupa. Benarkah?
Sebenarnya isu usia
ini bukanlah satu perkara yang baru bagiku. Ianya sesuatu yang selalu
dibangkitkan.
Setiap kali orang
berkata yang aku nampak lebih muda dari usia sebenar, aku tidak tahu
sama ada aku patut bergembira dengan komen itu ataupun tidak.
Persoalan yang selalu bermain di fikiranku adalah, 'apakah wajah yang
sesuai untuk seseorang yang berusia dua puluh lima tahun?'
Namun,
aku juga tidak pernah lari dari memberikan pendapat yang tipikal
tentang ageisme. Rani pernah mengeluarkan telefon bimbitnya dan
menunjukkan kepadaku gambar-gambarnya dan Sosila yang sedang asyik
bermain roller
blade
di Extreme Park.
“Wow!
Cool
sungguh Sosila! Masih aktif di usia lima puluhan”itulah respon yang
aku beri.
Rani hanya tersenyum
apabila mendengar kata-kataku. Senyuman Rani membawa erti, 'adakah
kita perlu terus mati apabila mencecah usia lima puluhan?' Yang
nyata, kami berdua ada sentimen tersendiri. Pertama, lebih kepada
soal penampilan dan yang kedua adalah mengenai cara hidup.
Sejujurnya, apa yang aku katakan bukanlah datang dari hatiku sendiri.
Aku selalu mendengar kata-kata itu dari orang lain dan hanya
mengulang sahaja apa yang mereka katakan. 'Apabila mencecah umur
sebegini, sepatutnya awak begitu dan begini'. Seolah-olah bermaksud,
semakin meningkat angka ulang tahun kelahiran kita, pengalaman kita
sememangnya semakin bertambah tetapi limitasi yang diletakkan kepada
kita juga semakin banyak.
Jangkaan ini
sebenarnya lahir semasa kita membesar. Melihat datuk, nenek dan ahli
keluarga kita berdepan dengan isu usia, kita mencipta persepsi, 'Oh!
Kita perlu lakukan ini pada umur dua puluhan', 'Oh! Saya sudah
berumur tiga puluh lima tahun. Saya sepatutnya begitu dan begini'. Ke
semua ini adalah apa yang dirasakan ideal dan normal oleh masyarakat.
Tetapi tidak
semuanya bertuah dan dapat mengikut ideal itu. Ada yang gagal dalam
perkahwinan atau percintaan berkali-kali dan perlu masa untuk pulih.
Ada yang perlu mengulang semester semasa belajar di kolej.
Masing-masing ada realiti dan cabaran yang berbeza. Jadi apakah erti
setiap tahun kehidupan mereka yang membawa erti kata ‘ideal’ bagi
kamus sesebuah stereotaip?
Secara
peribadi, melihat golongan berusia lima puluhan yang aktif, bertenaga
dan obsesif sebenarnya memberi kita satu inspirasi untuk terus
positif dan sentiasa bereksperimen dalam kehidupan. Jiwa dan semangat
kita tidak perlu mati apabila mencecah umur lima puluhan. Bak
kata-kata Mark Twain, ''age
is an issue of mind over matter. If you don’t mind, it doesn't
matter''.
Kita adalah apa yang
kita fikirkan. Jika kita fikir kita terlalu muda atau tua untuk
sesuatu perkara. Jadi, mungkin ya.
Diterbitkan
oleh : Harry Haider Enterprise, Blok 4-9-9, Vista Angkasa
59200, Kuala Lumpur.
©
Kid Haider, Mohamad Khidir Bin Mohamed Yazir, Khidir
M. Yazir
Terbitan Pertama 2015
Terbitan Pertama 2015
Hak
Cipta terpelihara






No comments:
Post a Comment