Walaupun aku berasa lega apabila dapat berada di rumah dan berehat untuk satu hari, aku tetap menyambung kerja-kerjaku yang masih belum diselesaikan. Sepanjang hari, aku menghabiskan masa dengan membaca apa yang telah aku lakukan untuk bahagian Riviu dan Santai. Keasyikkanku pada apa yang aku lakukan membawa fikiranku melayang ke Terry Lee. Aku asyik tertanya-tanya apakah agaknya yang berlaku di pejabat pada hari itu. Rasa bersalah timbul apabila memikirkan tentang mereka yang lain. Lalu, aku menelefon Dee yang aku kira sedang bertungkus lumus dengan yang lain. Namun, Dee memberitahu yang dia tidak berada di pejabat. Setelah bertanya lanjut, barulah aku tahu yang Daniel tidak hanya melepaskan aku, malah dia telah menghubungi yang lain dan memberitahu yang mereka tidak perlu hadir ke pejabat pada hari itu. Apa yang aku dengar dari mulut Dee membuatkan aku tertanya-tanya. Tindakan Daniel sedikit sebanyak merisaukan aku. Aku ingin sekali menghubungi Daniel dan bertanyakan kepadanya tentang keadaan sebenar di Terry Lee. Terbayang sosok Daniel yang sedang bersendirian di pejabat. Namun, aku melupakan hasratku itu kerana bagiku, Daniel mungkin telah tersedar yang dia perlu memberikan kami sedikit ruang bagi mengembalikan semula semangat kami yang hampir lumpuh setelah ditekan selama beberapa hari.
Aku
cuba bertanya khabar dengan menghantar satu mesej kepada Daniel yang
kemudiannya dijawab dengan ringkas
Saya
okey. Kamu semua rehat dahulu untuk hari ini. Esok datang semula.
Aku
tidak bertanya lanjut. Aku cuma berharap agar tiada apa-apa yang
berlaku kepada Daniel kerana kami memerlukan dia untuk terus
mengetuai kami.
Sekembalinya
kami ke Terry Lee, Daniel memanggil kami bagi membincangkan strategi
terpantas untuk menyelesaikan edisi terbaru Hey yang hanya tinggal
beberapa belas hari sahaja lagi sebelum dihantar untuk pencetakan.
Terlebih dahulu, dia meminta maaf atas apa yang berlaku. Menurutnya,
segala yang berlaku tidak pernah diduga dan dia berasa bertuah kerana
kami masih ada untuk menemaninya. Kami hanya mendiamkan diri sambil
mengangguk-angguk tanda faham dengan situasi yang berlaku. Daripada
apa yang dikatakan oleh Daniel yang tidak secara terus meminta maaf
atas perlakuannya tetapi meletakkan segala yang berlaku atas
ketentuan takdir, kami tahu, dia menyedari akan kesilapannya dan
rehat yang diberi kepada kami adalah satu cara bagi Daniel menzahir
permohonan maafnya.
Selepas
daripada itu, keadaan di Hey menjadi
bertambah baik. Masing-masing nampaknya sudah berjaya mengawal
perasaan dan tekad untuk bersatu bagi menjayakan edisi Hey yang
terbaru.
Dengan ingatan yang kami hanya mempunyai beberapa belas hari sahaja
lagi sebelum edisi terbaru itu dihantar untuk dicetak membuatkan kami
komited untuk memberikan yang terbaik kepada Hey. Kami cuba untuk
memanfaatkan masa yang ada dengan memberikan fokus seratus peratus
untuk menyempurnakan edisi Hey yang terbaru.
Setiap
hari, kami datang
ke pejabat seawal pukul tujuh pagi
dan pulang ke rumah sekitar jam sembilan malam untuk
melengkapkan
bahagian-bahagian paling penting di dalam Hey seperti
Riviu dan artikel-artikel yang disumbangkan oleh jurnalis-jurnalis
tetap kami setiap bulan.
Malah, Rushdee dan Teresa sanggup tidur di pejabat untuk menjimatkan
masa mereka agar tidak terbazir di jalan raya. Untuk
memeriahkan suasana pejabat dan menurunkan kadar stress yang tidak
menentu, kami membawa pelbagai benda masuk ke dalam pejabat seperti
aromaterapi, soft
toy,
gula-gula, coklat, selipar Donald Duck, tikar dan bermacam-macam
lagi. Tidak keterlaluan jika aku katakan yang ianya seperti satu
perkhemahan.
Dalam
ketika itu, kami
telah mendapat berita daripada Chan dan Miss B bahawa bahawa tempoh
kuarantin mereka sudah hampir tamat. Aku berasa gembira dan bersyukur
kerana tiada apa-apa yang buruk berlaku. Apabila aku sampaikannya
kepada Daniel, dia menyuruh mereka untuk kembali pada awal bulan
berikutnya supaya mereka benar-benar sembuh sebelum kembali bertugas.
Selepas
lima hari bertungkus-lumus, Daniel mengadakan satu mesyuarat bagi
tujuan penambahbaikan. Pada saat itu, dia nampak tenang, bicaranya
halus dan tersusun. Dalam mesyuarat itu, dia memberitahu kami betapa
bangganya dia dengan apa yang telah kami lakukan. Daniel berterima
kasih kepada kami dan begitu gembira sekali dengan hasil kerja dan
fokus yang kami berikan sepanjang lima hari tersebut. Dia juga
menyatakan kekagumannya dengan apa yang kami hasilkan walaupun hanya
kami berlima sahaja yang bertungkus lumus cuba menyiapkan edisi Hey
pada ketika itu.
"Kali
ini, dalam masa lima hari sahaja kita semua dapat menyiapkan sesuatu
yang selalunya memerlukan lima belas hari. Syabas!" kata Daniel
dengan penuh bangga. "Namun begitu..." Daniel mula
berkata-kata dalam nada penuh konspirasi. Masing-masing memasang
telinga, cuba memberi perhatian akan butir-butir kata yang keluar
dari mulut Daniel "kita perlukan satu magis untuk edisi ini"
"Magis
yang bagaimana?" tanya Dee.
Daniel
tersenyum dan memandang ke arahku.
*****
Dua
malam sebelumnya, Daniel mengajak aku keluar untuk makan malam
sebelum aku beransur pulang ke rumah.
''Marina'' Daniel
memanggilku ketika aku sedang mengemas barang yang ingin dibawa
pulang ke rumah. ''Awak mahu terus pulang?''
''Ya. Boleh juga
saya fikirkan apa yang patut untuk esok"
''Kalau awak tidak
kisah, apa kata kalau kita keluar makan sekejap? Saya belanja. Boleh
kita berbual-bual sedikit''
"Tetapi
saya perlu bangun awal esok..." aku sengaja mencari alasan. Cuba
mengelak.
"Tidak
mengapa, awak datang lewat sedikit esok pun tidak mengapa"
Aku
sebolehnya enggan pergi. Setelah apa yang berlaku di Asia Cafe, aku
terfikir akan kemungkinan Daniel mengulangi apa yang berlaku.
Tambahan pula, dia dan Jennifer telah kembali bersama. Tidak manis
jika aku sesuka hati keluar dengan Daniel tanpa memikirkan tentang
hubungan mereka berdua.
"Sepatutnya
saya keluar dengan Jennifer. Tetapi dia kepenatan dan menyuruh saya
keluar dengan sesiapa sahaja yang ada di pejabat" terang Daniel.
Dia seolah-olah menjawab apa yang sedang aku soalkan di dalam
fikiran. Ah! Lelaki seperti Daniel memang tahu apa yang wanita
sepertiku fikirkan dan dengan mudah dia boleh mereka seribu
permainan. Aku
bersetuju untuk keluar makan dengannya. Apabila dia memberitahu yang
dia ingin membawaku ke Kerinchi untuk menikmati Char Kuey Teow
kegemarannya,
aku membuang jauh kerisauanku kerana
mereka sudah semestinya tidak menyediakan alkohol di situ.
Di dalam fikiran, aku ligat menyusun ayat kalau-kalau Jennifer datang
menyerang dan menuduh yang bukan-bukan. Aku tahu aku agak pesimis dan
terlebih paranoid. Namun tidak salah jika kita bersiap sedia untuk
segala-galanya bukan? Lebih-lebih lagi dengan apa yang terjadi, aku
punyai hak untuk berasa begitu.
''Maaf atas apa yang berlaku tempohari Marina" kata Daniel sebaik sahaja kami habis menjamah Char Kuey Teow yang ditempah.
"Saya sudah
lupakan semua itu Daniel" jawabku ringkas tanpa memandang ke
arahnya. Aku sebenarnya kurang selesa bercakap tentang topik itu.
''Kini awak tahu
siapa saya bukan?''
"Saya tidak
boleh menghukum dan melabel awak hanya kerana awak mabuk tempohari.
Lagipun ianya satu pengalaman berharga buat saya"
"Kenapa pula?"
Daniel kehairanan.
"Itu
adalah kali pertama saya berhadapan dengan orang mabuk
awak tahu?"
jawapanku membuatkan Daniel ketawa kecil. Mungkin dia terfikir betapa
naifnya aku ini.
"Betulkah? Jadi
apa pendapat awak tentang orang mabuk Marina?"
"Saya rasa
apabila seseorang itu mabuk, mereka akan jadi orang yang paling jujur
di dalam dunia"
"Adakah
ia satu perkara yang bagus?" tanya Daniel. Jawapanku seolah-olah
mengelirukannya.
"Awak
rasa bagaimana?" aku tanyakan kembali soalan itu kepada Daniel.
"Saya
tidak fikir begitu Marina. Ianya memalukan. Lebih-lebih lagi
kalau...." Daniel teragak-agak untuk meneruskan kata-katanya.
'lebih-lebih lagi kalau ianya sesuatu yang memalukan' hatiku
berkata-kata. Cuba meneka apa yang tidak terkeluar dari mulut Daniel.
Walaupun ianya satu tekaan, aku yakin yang ianya tepat. Itulah yang
ingin dikatakan oleh Daniel "Ah! Lupakan sahaja..." sambung
Daniel. Tetapi saya serius Marina, saya benar-benar minta maaf atas
apa yang berlaku"
Aku
hanya mendiamkan diri dan menghirup air dihadapanku yang belum aku
sentuh. Kemudian aku memandang Daniel. Lantas, aku teringat akan
segala apa yang dikatakannya tempohari di Asia Cafe. Aku tertawa
kecil.
"Kenapa
awak ketawa Marina?"
"Bila
bercakap tentang hal ini. Saya teringat apa yang awak ceritakan
kepada saya tempohari. Sungguh tidak saya sangka Daniel. Sungguh
tidak saya sangka..."
"Apa
dia Marina? Awak ini suka berteka-tekilah..."
"Saya
tidak sangka awak yang nampak begitu flambouyant
sebegini rupanya pernah terluka kerana cinta. Jadi kini barulah saya
tahu cerita disebalik perangai player
awak itu rupanya"
Daniel hanya mampu
tersenyum apabila mendengar kata-kataku. Mungkin juga, dia cuba
mencari poin penting untuk dikatakan.
"Jadi kita seri
satu sama okey? Nasib kita serupa. Kita berdua pernah kecewa dan
pernah juga ditinggalkan."
"Bagaimana pula
kita boleh seri satu sama? Awak dan Jennifer sudah kembali bersama
sekarang. Jadi markah kita sekarang adalah satu-kosong?"
"Satu kosong?" tanya Daniel kehairanan. Mungkin dia tidak pasti bagaimana aku melakukan pengiraan.
"Jadi bagaimana
hubungan awak dan Jennifer sekarang ini? Orang kata, peluang kedua
selalunya buat kita lebih menghargai apa yang kita ada"
"Kalau boleh.
Saya tidak mahu beri apa-apa komen tentang hubungan kami buat masa
ini Marina"
"Daniel,
itu ayat yang selalu public
figure
beri apabila ditemuramah wartawan. Saya bukan wartawan dan saya bukan
menemuramah awak" kataku apabila mendengar jawapan Daniel yang
menggelikan hati itu.
"Oh ya?"
tanya Daniel.
"Tidak
mengapalah kalau awak tidak mahu beritahu. Saya tidak paksa"
kataku kepada Daniel. Apabila difikirkan, ada baiknya juga Daniel
tidak berkata apa-apa mengenai Jennifer kerana aku pasti akan
mencemburui cerita tentang kemesraan mereka berdua. Aku cuba mencari
sesuatu yang boleh kami berdua bincangkan, namun, Daniel terlebih
dahulu menyambung kembali perbualan kami.
"Marina. Awak
tidak pernah rasa marah pada Norman?" tiba-tiba sahaja Daniel
membangkitkan nama itu kepadaku. Aku mengambil sedikit masa sebelum
bibirku mengeluarkan perkataan pertama untuk menjawab soalan itu.
"Bohong kalau saya tidak pernah berasa marah kepada Norman. Perkenalan yang lama terbazir begitu sahaja" jawabku disertai dengan keluhan yang bercampur kesal. Tetapi apa yang terjadi menyedarkan saya tentang banyak perkara yang saya terlepas pandang selama ini..."
"Maksudnya awak
sudah boleh melupakan Norman?" pertanyaan Daniel kedengaran
seperti dia akan berasa gembira jika aku memberi jawapan yang
positif.
"Mustahil. Saya
tidak mungkin dapat melupakan dia Daniel. Sudah bertahun lama Norman
wujud dalam hidup saya dan sehingga kini, saya masih boleh merasai
kehadirannya. Cuma perasaan saya sahaja yang sudah tidak sama lagi
terhadap Norman. Tetapi, apa yang dilakukannya telah berjaya mengubah
pandangan saya terhadap cinta"
"Harap ianya ke
arah yang lebih baik" kata Daniel. Dia kedengaran bimbang.
"Ya. Semuanya
ke arah yang lebih baik" aku tersenyum. Cuba memberitahu yang
segala-galanya okey.
Aku
memerhatikan gelagatnya. Di saat itu, aku berfikir betapa
beruntungnya menjadi lelaki seperti Daniel. Pilihan sentiasa ada di
tangannya. Sekalipun dia terperangkap dalam situasi, itu adalah
kerana pilihannya sendiri. Aku tetap mengagumi Daniel walaupun dia
pernah membuat aku berasa marah. Kemarahanku itu tidaklah sampai ke
tahap membenci. Aku cuma berpendapat yang dia tidak sepatutnya
membuatkan aku keliru dan menenggelamkan aku dalam emosi dan
ketidakpastian.
Selepas
mengetahui tentang hubungannya dengan Jennifer, Daniel muncul dalam
mimpiku pada satu malam. Di dalam mimpi itu, aku menjadi Marina yang
lebih berani dari realiti. Dalam mimpiku itu, aku memberanikan diri
dan pergi berjumpa dengan Daniel yang berada di satu ruang gelap
sambil ditemani sinaran bulan. Di bawah sinaran bulan itu, wajah
Daniel nampak jelas. Dengan penuh yakin, aku bertanyakan tentang
status hubungan kami. Sebaik sahaja soalan itu diajukan kepadanya,
wajahnya berubah. Penuh ketidakpastian.
"Kenapa
awak tanyakan soalan itu Marina?" tanya Daniel dengan dingin.
Soalanku tidak dijawab. Raut wajahnya memberi petanda yang dia enggan
bercakap berkenaan dengan hal yang aku bangkitkan.
"Saya
hanya mahukan kepastian!" kataku tegas.
"Sudah
berkali-kali saya katakan kepada awak. Kita ini kawan baik sahaja
Marina. Awak masih tidak fahamkah?"
"Kawan
baik? Kita hanya kawan baik? Awak tidak sedarkah apa yang telah awak
lakukan selama ini Daniel?"
"Apa
yang telah saya lakukan pada awak selama ini? Awak jangan pula mereka
cerita Marina" wajah Daniel cuak.
"Saya
bukan hendak mereka cerita. Tetapi tidakkah awak sedar yang awak
tidak melayan saya seperti kawan baik. Tetapi lebih dari itu!"
"Awak
sudah salah sangka Marina... Awak salah sangka selama ini..."
"Awak
kata saya salah sangka? Jadi awak ingin katakan yang awak membawa
semua kawan perempuan awak berjumpa dengan keluarga awak?"
tanyaku dengan penuh emosi. Air mataku mengalir di pipi.
"Selama
ini... saya menganggap awak seperti adik saya sendiri Marina"
jawab Daniel. Wajahnya tunduk ke bumi.
Aku
tidak dapat menahan perasaanku, lalu aku berpaling dan berlari
meninggalkan Daniel.
Saat
aku terjaga dari mimpi itu, aku dapati pipiku basah dengan deraian
air mata. Sambil mengelap air mata yang berjujuran, aku berkata-kata
sendirian.
"Kalaulah
aku ada keberanian sebegitu rupa... Kalaulah..."
"Ehem"
Daniel berdehem membetulkan kerongkongnya. Dia menyedari yang aku
sedang memerhatikannya.
"Ada
yang tidak kena dengan muka saya?" tanya Daniel.
"Tiada
apa-apa. Jauh sungguh awak bermenung Daniel?" aku cuba mengawal
perasaanku.
"Merenung
masa depan..." jawab Daniel.
"Saya
ingatkan awak sedang meramal masa depan tadi"
"Dengan
hanya berpandukan bintang di langit?"
"Ya..."
aku ketawa lucu.
"Awak
ingat saya ini ahli nujum?"
"Nujum
Pak Belalang"
"Setahu
saya Nujum Pak Belalang tidak meramal dengan melihat bintang"
"Ya.
Dia gunakan semangkuk air"
"Ha...
Kalau begitu biar saya cuba tilik masa depan awak ya Marina. Biar
saya gunakan air di dalam gelas ini" Daniel mengambil gelasnya
yang masih penuh berisi air.
"Fuh kanan! Fuh kiri!" Daniel mula beraksi seperti seorang bomoh yang sedang menjampi. Mulutnya terkumat-kamit membaca jampi yang direkanya sendiri. Konon-kononnya dengan cara itu, dia dapat melihat bayangan masa depanku. Beberapa orang yang duduk berdekatan dengan meja kami ketawa kecil apabila terlihat gelagat Daniel.
"Fuh kanan! Fuh kiri!" Daniel mula beraksi seperti seorang bomoh yang sedang menjampi. Mulutnya terkumat-kamit membaca jampi yang direkanya sendiri. Konon-kononnya dengan cara itu, dia dapat melihat bayangan masa depanku. Beberapa orang yang duduk berdekatan dengan meja kami ketawa kecil apabila terlihat gelagat Daniel.
"Daniel.
Malulah orang tengok" aku cuba menghentikannya. Namun, Daniel
tidak mempedulikanku.
"Okey.
Siap!" kata Daniel.
"
Jadi apa yang awak lihat?" walau aku tahu jawapan yang akan
diberikan itu hanya rekaan semata, aku begitu teruja untuk mendengar
apa yang ingin Daniel katakan.
"Wah!
Masa depan yang sungguh cerah dan bahagia..."
"Lah... Itu
sahaja? Penat saya tunggu dan menebalkan muka melayan karenah awak
tadi" kataku kepada Daniel. Walaupun jawapannya tidak sekreatif
yang diharapkan, gelagatnya tetap melucukanku. Dalam pada itu juga,
terdetik hatiku untuk bertanya adakah dirinya berada di dalam
tilikannya itu. Namun, aku tidak seberani Marina yang wujud di dalam
mimpiku.
''Jadi apa jangkaan
awak dalam tempoh lima tahun akan datang Daniel?'' aku cuba mengubah
arah perbualan kami.
"Untuk Hey?"
"Apa-apa sahaja
yang sedang awak fikirkan"
Daniel
berfikir sejenak. Nampak seperti cuba menyelak catatan minda yang
pernah ditulisnya. Kemudian, setelah bersedia, dia mula bercakap
tentang rancangan dan harapannya.
"Saya
ingin memperluaskan lagi pengaruh Hey dan memperbanyakkan penerbitan
Terry Lee. Saya pernah memberitahu idea untuk membina cawangan Terry
Lee di Jakarta dan menerbitkan Hey Indonesia pada satu hari nanti
kepada semua pemegang saham kita dan nampaknya mereka positif dengan
idea itu" terang Daniel.
"Wow!"
kataku penuh kekaguman.
Aku
ingin sekali bertanya di mana letaknya Jennifer dalam rancangannya
itu, namun, aku mengingatkan diriku bahawa ianya akan mengganggu
perasaanku dan merubah mood
perbualan kami. Lantas, aku beralih kepada yang lain.
"Saya
tahu awak tidak akan suka soalan ini Daniel, tetapi kita semua pasti
akan tua satu hari nanti"
"Oh
tidak! Jangan suruh saya gambarkan bagaimana rupa saya ketika itu
okey?"
"Tidak.
Saya cuma hendak tanya sekiranya awak diberi peluang untuk
menceritakan tentang kisah hidup awak. Apa medium yang akan awak
pilih?"
"Apa
pilihan yang saya ada?"
"Awak
boleh pilih sama ada filem, buku, novel grafik atau awak boleh pilih
untuk tidak langsung menceritakannya"
"Kalau
saya diberi peluang saya akan pilih novel grafik"
"Hmm.
Menarik"
"Kenapa
awak tanya?"
"Tiada
apa-apa. Cuma saya fikir kalau awak pilih novel grafik untuk
menggambarkan realiti awak, ini menandakan yang awak suka untuk
mengekalkan elemen fantasi dalam menempuh realiti"
"Itu
teori yang bagus. Tetapi saya mungkin akan mengubah jawapan saya jika
awak tanyakannya kepada saya beberapa tahun akan datang"
"Ya.
Mungkin juga"
"Jadi
apa pendapat awak tentang isu ini Marina?" Daniel seperti mahu
lari dari tajuk yang dibincangkan. Mungkin dia tidak mahu terlalu
memikirkan tentang apa yang akan berlaku dua puluh tahun akan datang.
"Sejujurnya
Daniel. Kita telah buat sebaik mungkin dan ianya satu edisi Hey yang
sederhana sifatnya" kataku jujur. "Pembaca masih akan beli
majalah ini sebab topik-topik yang kita ketengahkan pun relevan
dengan apa yang terjadi sekarang. Tetapi kita boleh buat dengan lebih
baik dan jika kita mahu melakukannya, kita perlukan satu magis"
"Magis?"
"Ya.
Pada pendapat saya, ianya masih kurang berbisa"
"Jadi
apa yang boleh kita lakukan untuk menjadikannya lebih berbisa?"
''Novel grafik!"
kataku setelah lama diam mencari idea.
"Novel grafik?"
berkerut kening Daniel apabila mendengar cadanganku.
''Mestilah. Siapa yang tidak kenal Diana Sinclair? Novel grafik yang dihasilkannya memang meletup!''
''Saya setuju! Saya
sudah baca novel grafiknya berulang-ulang kali''
''Kenapa
awak tanya? Awak hendak buat
riviu
untuk
Secret
Garden?'' Daniel merujuk kepada tajuk novel grafik yang dihasilkan
Diana.
''Tidak.
Kita sudah cukup bahan untuk bahagian riviu. Cuma awak
tahu yang dia akan datang
ke Kuala Lumpur
bukan?"
''Diana
Sinclair akan ke Kuala Lumpur?''
Daniel bagaikan tidak percaya.
''Ya.''
''Saya tidak tahu
langsung mengenainya. Bagaimana saya boleh terlepas tentang perkara
ini?'' tanya Daniel.
"Ya.
Saya pun pelik juga. Apa sudah jadi dengan awak sebenarnya Daniel?"
aku berpura-pura bingung walaupun di dalam hati, aku berkata-kata
yang dia terlepas perkara-perkara penting seperti itu kerana asyik
memikirkan tentang Jennifer.
''Semua
sedang memperkatakan mengenai Diana Sinclair sekarang Daniel. Kita
boleh masukkan dia ke dalam isu ini. Novel grafiknya sedang hangat
diperkatakan sekarang.
Orang-orang politik pula sedang menyerang Diana''
''Awak pasti dia
boleh menghangatkan isu kita kali ini?''
"Ya!
Jika kita berjaya menjadikan dia sebagai penghias kaver!"
Diterbitkan
oleh : Harry Haider Enterprise, Blok 4-9-9, Vista Angkasa
59200, Kuala Lumpur.
©
Kid Haider, Mohamad Khidir Bin Mohamed Yazir, Khidir
M. Yazir
Terbitan Pertama 2015
Terbitan Pertama 2015
Hak
Cipta terpelihara











No comments:
Post a Comment