Animax Carnival
is returning to Malaysia for the second time after last year’s
overwhelming response and a successful turnout of approximately 6,000
over two days. This year, the event will be making a bigger and
better return but this time at Sunway Pyramid’s Blue Concourse
happening from 16 to 17 March.
Miss
R telah mengulang-ulang kenyataan Media yang tertulis dalam blog
wordpress Cosplayfun selama lebih kurang lima belas minit sejak kami
tiba di pusat membeli belah Sunway Pyramid. Pada mulanya, aku
membiarkan sahaja kerenah Miss R itu. Aku beranggapan yang dia
mungkin kebosanan kerana terpaksa menemani aku membetulkan solekanku.
Tetapi lama kelamaan, gelagatnya semakin menjadi-jadi apabila dia
mempelbagaikan cara penerangannya. Walaupun aku terhibur akan
sedapnya lenggok suara Miss R itu, aku terpaksa menghentikannya
apabila beberapa orang yang berada disekeliling kami mula
memerhatikannya.
"Miss
R, kenapa kau asyik baca press
release
itu dari tadi?" tegurku sambil menyimpan bekas bedak asas yang
aku bawa ke dalam tas tangan.
"Marina, aku
tahu kau rasa ianya agak menjengkelkan. Tetapi aku rasa aku patut
ubah karier aku. Aku patut cuba jadi pengacara TV!" kata Miss R
dengan penuh semangat.
'Hmmmm... Mengapa
pula tiba-tiba dia jadi begini?' kataku di dalam hati.
"Oh ya? Kau
fikir kau boleh lakukannya?" tanyaku selamba. Tanpa memandang
wajahnya, aku tercari-cari pelembap bibir yang aku letakkan di dalam
tas tangan.
"Kau
ini memang tidak supportive-lah
Marina!"
kata
Miss R sambil memuncungkan bibirnya. Tiba-tiba sahaja dia menjadi
sensitif seperti budak
kecil.
"Eh.
Bila masa pula aku tidak supportive?
Aku cuma tanya kau sama ada kau yakin dengan bakat kau atau tidak?
Kau rasa kau boleh buat?" kataku dengan perlahan dan penuh
hati-hati. Mungkin cara aku bertanya sebelum itu kedengaran agak
kritikal dan mengelirukan.
"Aku rasa aku
boleh. Cuma..." Miss R teragak-agak, seperti ada sesuatu yang
merunsingkannya.
"Aku pun
sebenarnya rasa kau boleh. Cuma apa Miss R?"
"Kau tengoklah
badan aku Marina. Kecil. Pendek pula. Aku rasa aku tidak sesuailah
untuk televisyen"
Aku terkejut
mendengar kata-kata Miss R. Aku hairan bagaimana agaknya kata-kata
itu boleh keluar dari mulut orang yang bekerja untuk majalah
sepertinya.
"Aku
rasa itu bukanlah
satu masalah
yang besar
Miss R"
"Aku tidak
nampak terlalu kecilkah di dalam televisyen nanti?"
"Mana
ada. Aku rasa kau badan
kau okey
sahaja. Berapa pula
tinggi
kau?"
"Lima kaki
sahaja..."
Aku
ketawa mendengar jawapan Miss R. Bukan kerana ketingginya yang tidak
mencapai taraf model, tetapi kerana kenaifannya.
"Marina. Kau
ketawakan aku ya? Okeylah aku tahu. Aku memang tidak sesuai untuk
televisyen!" sekali lagi Miss R memuncungkan bibirnya.
"Bukan sebab
itu. Aku ketawa sebab kau terlalu naif. Tinggi kau sebenarnya lebih
kurang sama dengan Eva Longoria, Vanessa Hudgens dan Kim Kardashian
kau tahu..."
"Betul?"
tanya Miss R bagaikan tidak percaya.
"Betul. Aku
rasa di dalam televisyen, semua orang akan nampak besar sedikit dari
saiz sebenar. Kau jangan takut. Aku akan sokong kau.." kataku
kepada Miss R. Ketika itu, aku berharap agar dia tidak mengesahkan
maklumat yang aku beri itu melalui Google kerana ketiga-tiga
selebriti yang aku sebutkan itu sebenarnya tinggi sedikit beberapa
inci daripadanya.
Miss R tersenyum
mendengar kata-kataku dan kembali membaca teks kenyataan media
berkenaan dengan Festival Animax itu.
"Rambutan..."
aku memanggilnya setelah mulutnya mengeluarkan beberapa patah
perkataan dari teks itu. "Aku rasa ada baiknya kau berhenti"
"Ha? Kenapa
pula?"
"Sebab
sekumpulan Naruto di sana sedang memandang kita dengan pelik.."
aku separa berbisik sambil memberi isyarat dengan mata.
"Tetapi mereka
comel..." kata Miss R sambil tersenyum. Aku menepis tangannya
sebelum sempat dia melambai kepada sekumpulan Naruto itu.
"Miss R. Mereka
baru berumur enam belas tahun.." aku memberi peringatan.
Walaupun kurang pasti akan umur mereka, aku cuba membuat andaian dari
riak wajah dan pemakaian mereka.
"Jadi...?"
tanya Miss R seolah-olah tidak tahu apa-apa tentang undang-undang
juvana.
"Jangan
cari pasal. Aku tidak mahu kau didakwa atas kes cabul!"
aku separa menjerit. Beberapa orang yang berdekatan memandangku.
"Marina. Aku
bukannya hendak..."
"Shhhh. Ada
ramai orang di sini. Jangan cakap yang bukan-bukan" aku
meletakkan jari telunjukku ke bibir Miss R.
"Okey. Maaf"
Miss R memejamkan mata sambil mengangguk-anggukkan kepalanya.
"Bagus..."
aku menarik nafas lega kerana dapat menghalang Miss R dari memalukan
dirinya. Setelah mengenali Miss R untuk beberapa bulan lamanya, aku
sudah boleh menganggak apa yang akan keluar dari mulutnya. Walau pun
begitu, aku tahu aku tidak sepatutnya berfikir
yang bukan-bukan tentang Miss R.
"Marina.."
Miss R memanggil namaku. Nadanya serius. Dia merapatkan bibirnya ke
telingaku.
"Ya..."
aku memberi perhatian penuh kepada apa yang ingin Miss R katakan.
"Tolong jangan
panggil aku Rambutan di sini..."
"Okey" aku
tergelak mendengar kata-katanya. "Aku janji aku tidak akan
panggil kau 'Rambutan' di sini" aku mengangkat tangan kananku ke
kepala. Bergaya seperti sedang mengangkat sumpah.
Sebaik
sahaja pulang ke Kuala Lumpur, aku telah diminta untuk pergi ke
Festival Animax
bersama-sama dengan Miss R di Sunway Pyramid.
Apabila Daniel memberitahu kami tentang
karnival itu, yang tergambar di dalam fikiranku ketika itu hanyalah
kehadiran kumpulan-kumpulan manusia dengan kostum-kostum unik
inspirasi
dari watak-watak Anime seperti yang dipakai oleh Naruto-Naruto kecil
itu. Tidak lebih dari itu.
Sebelum
pergi ke karnival itu, Daniel telah memanggil aku dan Miss R untuk
bercakap dengan lebih lanjut lagi tentang Karnival Animax itu. Daniel
nampak riang dan begitu
bersemangat, dia telah memberikan kami keterangan lanjut berkenaan
dengan karnival itu dan apa yang boleh kami dapati di sana. Dia cuba
meyakinkan aku dan Miss R yang kami boleh mengharapkan lebih daripada
apa yang kami bayangkan.
Sebagai
seorang yang tidak begitu mengikuti perkembangan Anime, aku cuba
untuk memahami apa yang dikatakan oleh Daniel terutama sekali apabila
dia bercakap tentang seorang selebriti terkenal bernama May'n yang
bakal berada di karnival itu.
"Nanti
bila kamu berdua berada di sana. Kamu cari May'n. Temuramah dia dan
ambil seberapa banyak gambar yang boleh" kata Daniel,
bersungguh-sungguh untuk memuatkan May'n ke dalam Hey yang terbaru.
Cara Daniel menceritakan obsesi peminat Anime terhadap May'n
membuatkan aku
tertanya-tanya siapakah gerangan insan yang bernama May'n itu.
Sepanjang penerangan Daniel berkenaan dengannya, aku hanya
mengangguk-angguk. Tidak seperti Miss R yang menunjukkan kebingungan
melalui wajahnya yang berkerut, aku sedaya upaya cuba untuk
menunjukkan minatku dalam hal itu dihadapan Daniel.
"Jika Daniel
begitu teruja dengan semua ini, kenapa dia sendiri tidak datang ke
festival?" kata Miss R kepadaku sebaik sahaja kami berdua
berjumpa dengan Daniel. Miss R sememangnya tidak suka apabila namanya
dipilih untuk ke karnival itu. Namun, apabila dia melihat sekumpulan
lelaki muda dengan kostum Naruto itu, dia menukar fikirannya.
"Semalam
bukan main merungut lagi tidak mahu datang ke sini. Bila sudah nampak
Naruto comel depan mata, terus jadi tidak terkawal!" kataku
kepada Miss R.
"Itulah
orang kata, tidak kenal maka tidak cinta. Apa lagi Marina! Jomlah
masuk!" kata Miss R dengan penuh bersemangat.
Aku
dan Miss R masuk ke Sunway Pyramid's Blue Concourse dan mula meninjau
keadaan di sekililing. Kami mula mengambil gambar dan menemuramah
beberapa orang yang
ada di
situ.
Sesetengahnya
amat baik sekali dan sudi untuk bekerja sama. Sesetengahnya amat
membosankan dan ada juga yang malu-malu. Kebanyakan
yang hadir ke karnival mengambil kesempatan yang ada untuk mengenakan
kostum dari watak Anime kegemaran mereka. Walaupun setahun sekali,
ianya sudah memadai memandangkan cosplay yang bermula dari Jepun ini
bukanlah satu kebiasaan dan jarang-jarang sekali dianjurkan di
Malaysia. Ketika membuka akaun Facebook dan Instagramku ketika itu,
aku dapati gambar-gambar cosplay telah mula memenuhi laman-laman itu
dengan hashtag
yang
pelbagai.
Ianya
mungkin satu perkara baru bagiku dan keterujaanku
mungkin
tidak
seperti peminat-peminat
tegar
Anime
yang lain.
Namun, itu tidak bermaksud yang aku langsung tidak tahu apa-apa
mengenainya, ada beberapa siri yang aku ikuti sewaktu aku belajar
dahulu seperti Inuyasha dan Hell Girl.
Aku juga berkesempatan untuk menonton beberapa episod siri Fairy
Tail.
Untuk
karnival itu, aku tidak ketinggalan untuk mengenakan kostum dari
watak kegemaranku. Aku dan Miss R memilih untuk menjadi Enma The Hell
Girl. Aku memilih kimono berwarna hitam dan Miss R memilih yang
berwarna merah. Namun, tidak seperti Miss R, aku tidak mengenakan
kanta lekap bagi mendapatkan efek kemerah-merahan yang serupa seperti
Enma The Hell Girl. Ramai kawan-kawanku tahu yang aku takut untuk
mengenakan kanta lekap.
'Ping!'
notifikasi Facebookku berbunyi. Aku segera mengeluarkan telefon
bimbitku dari tas tangan dan menyemak mesej yang diterima. Ianya dari
Ally.
-
Marina. aku sedang bersiap. Nanti bila sampai di Sunway aku hantar
mesej - Ally
yang berjanji untuk datang ke karnival menghantar mesej yang ringkas
dan padat.
-
Okey. Aku dan Miss R sudah masuk. Kami pusing-pusing dahulu- jawabku
ringkas
-
Okey Marina!-
Aku
tersenyum sendirian apabila memikirkankan tentang Ally. Aku
tahu dia sedang cuba menyesuaikan rambut palsu berwarna putih yang
dibelinya untuk mendapatkan efek yang sama seperti watak Anime
kegemarannya iaitu Inuyasha. Awal-awal lagi, aku
mengajak ramai kawan-kawanku untuk datang memeriahkan lagi karnival.
Aku berjanji kepada mereka yang aku akan memuatkan gambar mereka ke
dalam Hey sekiranya mereka bersetuju untuk datang dan mengenakan
kostum yang menarik. Namun, hanya Ally
sahaja
yang menunjukkan minat untuk datang.
Sementara
menunggu Ally, aku
meneruskan tugasanku
dan cuba untuk merasai keseronokan festival itu. Aku dan Miss R
berjalan di
sekitar
kawasan festival untuk mencari sesuatu yang menarik.
Sesuatu yang sesuai untuk Hey dan yang paling penting, sesuatu yang
mampu membuatkan Daniel tersenyum gembira.
Diterbitkan
oleh : Harry Haider Enterprise, Blok 4-9-9, Vista Angkasa
59200, Kuala Lumpur.
©
Kid Haider, Mohamad Khidir Bin Mohamed Yazir, Khidir
M. Yazir
Terbitan Pertama 2015
Terbitan Pertama 2015
Hak
Cipta terpelihara








No comments:
Post a Comment