What
would you do if you suddenly lost everything?
How
do you keep going?
How
do you keep yourself motivated?
What
would you do if you just realized that you are not sure what you want
in life?
What
would you do if you just realized that for a long period of time you
just focused on the happiness of others but not yours?
But
it is never too late to mend.
Everyone
needs an icon...
a
clearer picture of which peak they want to reach.
It's
important to know what you want in life.
It's
important to imagine success and to have focus. You imagine yourself
having some well-known significance or qualities. It could be literal
or figurative meaning. Personal icon.
You
work towards that. To achieve and materialize what you imagine in
your head. Put your energy on it and seek the meaning of life out of
it.
Bunyi
hon bas mengejutkan aku yang sedang asyik membaca isi kandungan laman
web Diana Sinclair.
Pada
ketika itu, aku berada di Terminal Bersepadu Selatan.
Menjemput Syam yang dijadualkan tiba pada pukul lapan malam. Menurut
Syam, dia ke sekolah lama tempatnya mengajar untuk mengambil
sijil-sijil yang baru dikeluarkan oleh pihak sekolah.
Syam melambai-lambai
ke arahku sebaik sahaja ternampak kelibatku dari jauh. Setelah
beberapa hari tidak bertemu, lelaki itu kelihatan semakin tampan dan
menarik.
"Hai Syam!"
kataku dengan ceria. Syam menyambutnya dengan sebuah senyuman.
"Hei! Lihat
siapa yang menjemput saya hari ini. Orang yang baru sahaja mencipta
sejarah dalam dunia majalah!"
"Alah awak ini
Syam. Ada-ada sahajalah..." kataku sambil tersenyum malu.
"Jualan Hey
kali ini adalah yang tertinggi dalam sejarah penerbitan majalah
negara kita" Syam menunjukkan aku berita yang tertulis dalam
Yahoo News. "Jadi apa rasanya bila menjadi sebahagian dari
sejarah? Mesti awak rasa seronok dan bangga bukan?"
"Ada pilihan
jawapan untuk soalan awak itu?"
"A) Ya, B) Ya
dan C) Ya" kata Syam sambil membilang dengan jari.
"Kalau begitu,
baik tidak perlu adakan pilihan jawapan" aku ketawa kecil. "Jadi
bagaimana? Sudah selesai urusan dengan sekolah lama?" tanyaku.
Sengaja mengubah topik perbualan.
"Sudah."
jawab Syam ringkas sambil mengangguk perlahan. Sambil mendengar
cerita Syam, kami beriringan menuju ke pintu keluar.
“Awak belum boleh
balik lagi Marina. Mari temankan saya makan dahulu.”kata Syam
sewaktu kami menghentikan sebuah teksi.
"Apa? Ish mana
boleh begini. Mana boleh paksa..."
"Alah.
Temankanlah saya. Lagi pun memang saya hendak belanja awak hari ini"
kata Syam memujuk.
"Betul awak
hendak belanja?" tanyaku. Inginkan kepastian. Gembira apabila
mendengar perkataan 'belanja' dari mulut Syam.
" Ya Marina.
Saya belanja" jawab Syam. Dia memberi isyarat tangan supaya aku
segera masuk ke dalam teksi yang menunggu.
“Boleh juga. Kita
hendak ke mana?”tanyaku sambil masuk ke dalam teksi.
“Abang. Bawa kami
ke Dove Republic”kata Syam kepada pemandu teksi tersebut.
" Tidak
pernah dengar pun" kataku kepada Syam.
"
Tempat ini special.
Makanan memang tip-top!"
kata Syam sambil dipersetujui oleh pemandu teksi tersebut.
"Apa-apalah.
Awak yang belanja. Saya ikut sahaja"
*****
"Wow! Cantik
betul tempat ini" kataku memuji kawasan luar restoran sebaik
sahaja melangkah keluar dari teksi.
"Nama?"
tanya seorang pelayan yang mendekati kami.
"Syam"
jawab Syam ringkas.
Pelayan itu menyemak
satu senarai yang berada di tangannya.
"Mari ikut
saya" arah pelayan itu kepada kami selepas menemui nama Syam
yang tercatit di dalam senarainya.
Aku memerhatikan
Restoran Dove Republic itu dengan penuh rasa kagum. Tempatnya cantik,
luas dan tenang.
Seluruh ruangannya
digelapkan, hanya diterangi puluhan lilin yang tersebar di beberapa
tempat.
Kami di bawa ke
sebuah ruangan yang penuh dengan pokok buluh. Di situ, terdapat
sebuah meja yang dipenuhi makanan.
“Wow! banyaknya
makanan..”kataku kepada Syam. Mulutku hampir melopong. "Siapa
yang hendak makan semua ini?"
"Awaklah. Siapa
lagi?" kata Syam."Terutama sekali kek ini."
Aku membaca apa yang
tertulis di atas kek yang ditunjukkan oleh Syam itu.
"Syam...
Ini..."
“Selamat
hari jadi Marina" kata Syam sambil tersenyum. Dia menyusun
beberapa batang lilin pada kek dan mula menyalakan api.
"You should not
have done this Syam" kataku kepada Syam. Aku benar-benar
terharu. Syam hanya tersenyum.
"Guys!
Cepat!" jerit Syam.
"Selamat
Hari Jadi! Selamat Hari Jadi!" Gina, Ally, Michelle dan beberapa
rakanku yang mengenali Syam keluar serentak dari kegelapan.
“Thanks,
semua” aku memeluk Michelle dan Gina.
“Selamat
hari jadi Marina.”kata Gina. Dia menepuk-nepuk belakang tubuhku.
“Aku
tidak percaya yang aku sendiri lupa akan hari jadiku. Look how I have
changed?”
“Awh...
Well. Bulan lepas bulan yang agak sukar bagi kau bukan?”kata Gina
lagi.
"Dan kami faham
sekiranya wayar dalam kepala kau ada yang terputus sehingga terlupa
tarikh hari jadi sendiri" kata Michelle diiringi gelak ketawa
dari mereka yang hadir.
"Ya. Tetapi
semuanya berbaloi. Kita di sini bukan sahaja meraikan hari jadi kau
sahaja. Kita juga meraikan hero majalah Hey yang bertungkus-lumus
menyelesaikan segala tugasan di saat H1N1 menyerang!"
"Satu kerja
yang bagus Marina! Kami semua berbangga dengan kau" kata
Michelle.
"Awh..."
aku hilang kata-kata. Tidak tahu apa yang perlu aku katakan bagi
menyatakan perasaan terharuku.
"Okey Marina.
Cuba tengok siapa yang datang malam ini" Gina menggerakkan
bahuku dan berpusing ke belakang.
"Daniel?"
kehadirannya benar-benar mengejutkanku.
"Kenapa? Awak
tidak suka saya datang?" tanya Daniel. Dia nampak begitu elegan
malam itu dengan pakaian serba hitam.
"Eh. Bukan.
Cuma tidak sangka yang awak pun terlibat sekali dengan mereka semua"
terangku kepada Daniel. Dia hanya ketawa kecil.
"Eh. Apa tunggu
lagi. Potong kek" kata Ally. Dia menghulurkan sebilah pisau
plastik bewarna merah jambu kepadaku.
Jumlah orang yang
hadir bukanlah pengukur kemeriahan sesuatu majlis. Apa yang penting
adalah dapat berkongsi kegembiraan bersama-sama. Sepanjang majlis,
Michelle dan Ally tidak henti-henti bercerita. Sekejap sahaja mereka
meraikan aku, beberapa minit kemudian, setelah hidangan berada di
pinggan masing-masing, mereka terus lupa diri.
Selepas selesai
menikmati pencuci mulut, Daniel dan Syam bergerak jauh dari kami.
Mereka mencari satu sudut yang mana perbualan mereka hanya dapat di
dengar sayup-sayup sahaja. Begitu asyik sekali mereka berbual
sehingga aku berfikir yang bukan-bukan. Ketika itu, aku terfikir apa
agaknya topik yang mereka bualkan. Monologku mula meliar. Maka
tersenarailah perkara-perkara aku fikir menjadi topik perbualan
mereka berdua. 'Hmmm... Barangkali, mereka bercakap tentang kerjaya
masing-masing' aku memikirkan kemungkinan yang pertama. 'Atau tentang
harga minyak,' aku mula mencari kemungkinan kedua. 'Mungkin juga
mereka bercakap tentang bola,' jika dua orang lelaki yang tidak
pernah kenal antara satu sama lain nampak begitu mesra. Hanya topik
ini yang aku rasa boleh mereka kongsikan bersama. 'Tetapi bagaimana
jika mereka bercakap tentang aku? Oh tidak!' monolog dan kemungkinan
terakhir yang aku fikirkan menjadikan aku panik 'Ada baiknya kau
berhenti memikirkan ini semua. Mereka bualkan perkara-perkara biasa
sahaja. Sudah! Jangan kacau hal-hal orang lelaki' aku memberitahu
diriku. Pantas, aku pergi mendapatkan Ally. Gina dan Michelle ketika
itu sedang sibuk bergambar.
"Siapa
mastermind semua ini Ally?" tanyaku kepada Ally yang sedang
asyik menikmati ais krim strawberi kegemarannya.
"Apa?"
tanya Ally semula kepadaku. Ais krim yang berada di dalam mulutnya
seolah-olah mematikan deria pendengarannya.
"Kejutan ini.
Siapa yang rancang? Siapa mastermind?" kataku perlahan-lahan
agar Ally dapat mendengar butir-butir yang aku katakan.
"Siapa lagi...
Syamlah.." jawab Ally dengan mulut yang penuh.
"Oh. Syam..."
aku hanya mengangguk perlahan tanda faham dan sekali lagi monologku
bermula. 'Barangkali mereka sedang berbincang siapa yang sepatutnya
membayar bil majlis di Dove Republic ini. Mungkin Syam mencadangkan
kepada Daniel untuk memotong gajiku pada bulan hadapan!'
"Apa yang kau
buat?" pertanyaan mengejut Michelle membuat aku tersentak.
"Aku... A..."
dalam keadaan yang masih terkejut, aku mencari alasan yang logik
untuk diberikan kepada Michelle.
"Entah apalah
yang kau angankan agaknya. Sudah! Jangan fikir yang bukan-bukan. Jom
bergambar!" gesa Michelle.
Selesai sahaja
majlis, aku pulang ke rumah bersama-sama dengan Gina. Sebelum kami
berpisah dan bersurai, Syam sempat memberikan aku hadiah yang
diletakkannya di dalam kotak bewarna biru. Setibanya aku di rumah,
aku membuka balutan hadiah yang aku terima dari Syam itu. Ianya
sehelai selendang bewarna biru yang sangat cantik. "Pandai Syam
memilih" kataku sendirian ketika aku cuba mengenakan selendang
itu di hadapan cermin. Namun apa yang membingungkan aku ketika itu
adalah satu nota yang disertakan dengan selendang itu.
Di dalam nota itu,
Syam cuba menyatakan apa yang diharapkannya daripada aku. Dalam kata
lain, dia mahu kami mengubah status hubungan kami itu dari kawan
biasa kepada 'bukan kawan biasa'.
"Well. Well.
Syam sudah meluahkan hasrat hatinya pada kau." kata Gina selepas
aku memberitahunya tentang nota itu.
"Ya."
lambat aku menjawab.
"Jadi bagaimana
Marina?" tanya Gina. Bersungguh dia mahu tahu akan jawapanku.
"Entahlah. Aku
pun tidak tahu bagaimana. Dia ada menghantar mesej melalui Facebook
bertanyakan tentang ini tetapi aku belum membalasnya lagi.."
"Tetapi lucu
juga apa yang dia buat ya. Hantar surat. Macam era sembilan puluhan
dan awal millenium dulu-dulu bukan?" kata Gina sambil ketawa.
"Ya. Mungkin
dia sengaja mahu mencari kelainan"
"Tetapi secara
peribadi, kau sukakan dia?" tanya Gina lagi. Secara jujurnya
soalan Gina itu seperti perangkap. Ditelan mati emak, diluah mati
bapa. 'Ya' atau 'tidak' jawapan aku, ia tetap akan mendatangkan resah
kepadaku.
"Ya. Tetapi
tidakkah kau rasa masih terlalu awal untuk kami berdua bergerak ke
arah itu?" aku meminta pendapat Gina.
"Aku rasa kau
perlu beri dia peluang. Syam nampak seperti secocok sekali dengan
kau." kata Gina dengan nada mengusik. Namun beberapa ketika, dia
kembali serius "Tetapi kalau kau belum bersedia, ada baiknya kau
beri jawapan yang selamat kepada Syam"
"Jawapan yang
selamat?"
"Ya. Selamat
bagi kedua-dua pihak"
"Betul juga apa
yang kau cakap" kataku ringkas.
Aku berfikir
seketika, apa yang Gina katakan sememangnya mudah jika aku tidak
bersetuju untuk bertemu dengan Norman beberapa hari sebelum itu.
Aku sengaja
merahsiakan pertemuan aku dengan Norman kepadanya. Sekiranya Gina
tahu, sudah pasti Gina akan memberikan jawapan yang berbeza.
"Oh ya. Norman
ada hubungi kau?" tanya Gina.
"Tiada pula"
jawabku selamba. Cuba berlagak tenang walaupun berasa sedikit aneh
kerana tiba-tiba sahaja Gina bertanya tentang Norman.
"Hmmm....
Betul?" tanya Gina lagi. Inginkan kepastian.
"Ya..."
aku cuba berlagak tenang.
Gina mengecilkan
matanya dan memberikan aku satu pandangan nakal.
"Kenapa? Kau
tidak percaya?" tanyaku kepada Gina yang memberikan reaksi nakal
sebegitu.
"Aku tidak kata
begitu" Gina tersenyum nakal.
"Jadi kenapa
kau tenung-tenung dan renung-renung aku sebegitu ha...?" aku
mencubit Gina.
"Ouch! Sakitlah
Marina!"
Gina tidak menjawab
soalanku. Aku yakin dia sudah menghidu sesuatu dan cuba memancing aku
untuk menceritakan kepadanya tentang Norman.
'Tetapi tidak
semudah itu Gina! Tidak semudah itu' aku ketawa di dalam hati.
Diterbitkan
oleh : Harry Haider Enterprise, Blok 4-9-9, Vista Angkasa
59200, Kuala Lumpur.
©
Kid Haider, Mohamad Khidir Bin Mohamed Yazir, Khidir
M. Yazir
Terbitan Pertama 2015
Terbitan Pertama 2015
Hak
Cipta terpelihara
No comments:
Post a Comment