Tuesday, 15 December 2015

SINOPSIS




     Marina berada di persimpangan. Dia dalam dilema. Dia perlu membuat keputusan yang tepat demi masa depan kerjayanya. Dia perlu memutuskan sama ada untuk menerima peluang bekerja di Chicago atau pun kekal bersama Majalah Hey. Selain daripada itu, Marina juga perlu memilih antara cinta dua lelaki.

     Bagi mencari jawapan, Marina menyoroti perjalanan hidupnya. Jurnal yang sentiasa menjadi temannya diselak satu persatu. Dia mula mengenang saat dia terumbang-ambing mencari arah dalam kerjayanya dan saat ketika tunangannya memutuskan hubungan mereka yang telah lama terjalin.

     Mengenang kembali apa yang berlaku, Marina mula menyedari bahawa kehidupan sedang mengajarnya sesuatu. Marina sedar bahawa dia tidak boleh mengharapkan orang lain untuk menentukan hala tuju hidupnya. Dia sedar yang dia perlu menyayangi dirinya terlebih dahulu sebelum dia boleh menyayangi orang lain agar dia boleh menghargai kehidupan dan orang-orang yang berada di dalam hidupnya.

     Satu cerita tentang harapan, pilihan dan keberanian untuk menoleh seketika ke belakang dalam mencari kekuatan untuk membina semula hidup yang baru.

No comments:

Post a Comment