“Kau bawa aku ke
hari sukan Tia?” kataku sebaik sahaja kereta yang dipandu Tia
menyusur masuk ke dalam kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek
Utara. Pada pintu pagar sekolah yang pernah menjadi tempat kami
menuntut satu ketika dahulu itu, tergantung satu kain rentang yang
tertulis ‘Temasya Sukan Sekolah 2011’.
“Ha...
Mesti kau seronok bukan? Ianya pasti menjadi satu eskapisme untuk
kau" kata Tia yang menjadi salah seorang tenaga pengajar di
situ.
"Eskapisme?"
tanyaku hairan.
"Ya.
Kau pun sejak pulang ke JB asyik terperuk di rumah sahaja. Sebab itu
aku bawa kau ke sini"
"Tetapi
aku masih tidak faham kenapa kau panggil ini eskapisme..."
"Kau
lihat sahajalah nanti Marina"
"Ada-ada
sahajalah Cikgu Tia ini. Kau ada melatih mana-mana rumah sukan tahun
ini?"
"Aku?"
tanya Tia sambil ketawa kecil "Kau ini Marina. Macam baru kenal
aku semalam. Aku jadi Biro Hadiah dan Cenderamata sahaja kali ini"
"Mestilah!
Kau
pun tahu aku ini macam mana bukan? Aku
bukan suka sangat berpanas... berhujan...”terang Tia kepadaku.
Semasa di sekolah dahulu pun, aku dan Tia tidak pernah menyertai
apa-apa acara di sekolah. Tetapi, kalau hari sukan, muka kami
berdualah yang sibuk menyelit. Ketika acara sukan sedang berlangsung,
wajah kami pasti ada. Wartawan sekolahlah katakan. Kami berdua
sebenarnya ahli kelab sidang redaksi sewaktu di sekolah dahulu. Jadi,
setiap acara atau program yang akan diadakan di sekolah, kami pasti
akan diundang. Setiap bulan, kami akan terbitkan risalah setebal tiga
puluh muka surat yang berharga RM 1.50 setiap satu.
Aku
memang kurang bersetuju dengan eskapisme yang dicadangkan oleh Tia
itu pada mulanya kerana aku tidak tahu bagaimana datang menyaksikan
acara sukan
boleh
membantu melegakan kepalaku dari mengingati perkara-perkara yang
menghantuiku pada ketika itu. Akan tetapi, selepas lebih dua jam
berada di situ, aku mula bersetuju dengan Tia kerana ianya memang
satu eskapisme. Dan jika aku pun turut serta dalam mana-mana acara,
aku pasti boleh 'melarikan diri' dengan lebih jauh lagi. Selain
menyaksikan acara-acara yang berlangsung, aku mengambil kesempatan
yang ada untuk berbual pendek dengan guru-guru yang masih lagi
mengajar di situ.
Buat seketika, aku
membenarkan diri dan fikiranku melayang jauh ke tempat-tempat yang
sebelumnya aku rasakan tidak perlu untuk aku jejaki dan kenangi untuk
satu jangka masa yang agak lama.
'Mungkin inilah yang
dimaksudkan oleh Ally dengan 'menjengah sebentar ke masa silam' '
fikirku sendirian.
“Setiap orang ada
masa silam.”kata Ally semasa kami berbual di Dr Love.
"Tetapi aku
kalau boleh, tidak mahu hidup dalam masa silam Ally..."
"Aku bukan
suruh kau hidup di dalam zaman silam. Aku suruh kau menjengah kembali
ke zaman silam kau"
“Susah hendak buat
sebenarnya Ally”
“Memang. Ianya
memang susah. Bukan kau sahaja. Malah semua orang merasakan begitu.
Terutama sekali jika ianya sesuatu yang kita mahu lupakan. Sebenarnya
bagi aku, ianya bukanlah sesukar mana. Cuma, kita takut untuk merasai
kembali apa yang pernah kita rasa dan lalui dahulu. Tetapi aku rasa
adalah penting untuk kau melakukannya terutama sekali di saat-saat
sukar seperti ini”
Aku
berfikir sejenak. Kata-kata Ally ada benarnya. Aku sememangnya jarang
sekali ingin melihat ke belakang. Bukan kerana aku kesuntukan masa
atau pun banyak yang perlu difikirkan. Aku sememangnya enggan.
Aku melihat-melihat
sekitar kawasan sekolah, mencari-cari seseorang. Selepas apa yang
terjadi beberapa hari sebelumnya, aku sebenarnya mengharapkan
kedatangannya sebaik sahaja menjejakkan kaki ke sekolah.
*****
Beberapa
hari sebelumnya...
Dush!
Adui! Sakitnya! Aku mengusap-usap lengan kiriku. Mataku pantas
mencari apa sebenarnya yang mengenai lenganku.
‘Siapa
pula yang yang main sampai terkeluar masuk ke jalan ini?’ tanyaku
sendirian. Aku menoleh ke belakang. Rupa-rupanya ada gelanggang yang
baru sahaja aku lepasi dan sekumpulan lelaki yang ada di sana sedang
asyik memerhatikanku.
Seorang
lelaki datang meluru ke arahku. “Maaf cik. Minta maaf
banyak-banyak. Cik tidak ada apa-apa?” tanya lelaki itu sambil
mengambil bola sepak takraw yang telah menyakitkan kulitku.
“Saya
okey. Tidak ada apa-apa” aku menjawab ringkas. Mata dan tanganku
masih sibuk memeriksa dan membersihkan bajuku yang sedikit kotor
dengan kesan tanah.
“Marina?”
kata lelaki itu. Nadanya seperti menyoal. Aku memandang tepat ke arah
wajahnya. Ada krisis dalaman yang berlaku pada ketika itu. Dia tahu
namaku tetapi aku hanya dapat mengecam wajahnya sahaja. Tetapi apa
namanya? Apa?! Apa?! Kepalaku ligat menyelak album yang mengandungi
wajah-wajah orang yang pernah aku kenali. 'Cepat sayang. Cepat.' aku
menggesa diriku.
“Syam?”
Harap-harap ianya mengena.
“Ya...”
lelaki itu mengangguk, tekaanku tepat. Namanya Syam!
“Bila awak balik Marina?”
“Semalam”
“Wow!
Tidak sangka dapat berjumpa awak hari ini Marina”
“Masih kenal lagi awak pada saya rupanya. Ingatkan awak sudah lupa”
“Kenapa
awak cakap begitu? Mestilah saya ingat. Bukannya lama sangat pun kita
tidak berjumpa” Aku mentertawakan diriku sendiri. Aku yakin Syam
beranggapan yang aku kurang waras kerana tempoh empat tahun aku
anggap ‘bukannya lama sangat’. Kali terakhir kami bertemu, Syam
masih lagi menuntut di kolej.
“Rajin
awak bersukan pagi-pagi begini Syam?”
“Saya
melatih anak-anak murid saya.”
“Oh...
jadi cikgu rupanya awak sekarang...”kataku sambil
mengangguk-angguk. Syam
hanya tersenyum.
“Awak
pula buat apa di sini Marina? Bukan sepatutnya awak ada di Kuala
Lumpur? Awak bercutikah?”
'Ada
tiga soalan yang dia tanyakan. Mana satu yang aku hendak jawab.
Daripada soalan-soalan yang diajukan, nampaknya banyak juga yang dia
tahu tentang diriku' fikirku sendirian.
“Panjang
ceritanya Syam....."
aku mengeluh kecil. "Marilah ikut saya ke rumah Tia. Boleh kita
berborak panjang di sana”
“Oh.
Mungkin lain kali Marina. Saya perlu sambung latihan saya dengan
mereka. Ada apa di rumah Tia?”
“Tiada
apa-apa pun. Borak-borak sahaja. Maklumlah. Lama tidak berjumpa”
“Oh
begitu...” Syam
mengangguk.
“Syam.
Saya pergi dahululah ya”
"Awak
pun sama Syam! Kawal tendangan awak. Jangan terkena pada orang lain
pula!" kataku sambil ketawa kecil.
"Okey
Marina! Jumpa lagi!"
************************
Tia
terkejut besar apabila aku menceritakan tentang
Syam
dan bola
sepak
takraw
bertuah itu.
“Wah!
Pasti memori-memori lama kembali datang bukan?”
“Memori
apa pula? Mana ada!” aku menafikan tuduhan Tia yang sememangnya
betul itu.
"Inilah
yang dikatakan patah tumbuh hilang berganti" usik Tia sambil
terkikih ketawa.
"Kau
jangan hendak mengada-ngada ya Tia. Kau jangan hendak mula..."
Bercakap
tentang Syam,
aku sebenarnya tidak ada apa-apa hubungan istimewa dengan dia. Cuma
aku tahu yang Syam pernah menaruh hati padaku.
Aku
bukannya perasan atau syok sendiri, tetapi ianya memang betul.
Kami pertama kali berkenalan ketika kami berada di tingkatan
empat dahulu, kawan-kawan sekelasku memberitahuku yang Syam asyik
memerhatikan aku sahaja sewaktu di dalam kelas (melainkan ketika
cikgu sedang mengajar. Tetapi menurut kawan-kawanku kadang-kadang
matanya meliar juga).
Pada mulanya, aku berasa tidak selesa dengan apa yang dilakukan Syam. Tambahan pula, Syam merupakan seorang pelajar baru dan dia nampak sukar untuk bercampur-gaul dengan rakan-rakan sekelas yang lain. Kerana sikapnya yang sebegitu, aku mula menyangkakan yang dia seorang yang pelik dan anti-sosial. Ada ketika, aku menggelarkannya 'psiko' kepada kawan-kawan perempuanku. Namun selepas mengenalinya, barulah aku tahu yang Syam sama sahaja seperti budak-budak lelaki yang lain. Dia tidaklah sepelik yang aku sangkakan. Dia sangat baik dan sopan. Cuma sifatnya yang agak pemalu itu membuatkan dia lambat untuk bergaul mesra. Itu semua berlaku sebelum Norman memberikan 'signalnya' yang mengelirukan itu kepadaku.
Pada mulanya, aku berasa tidak selesa dengan apa yang dilakukan Syam. Tambahan pula, Syam merupakan seorang pelajar baru dan dia nampak sukar untuk bercampur-gaul dengan rakan-rakan sekelas yang lain. Kerana sikapnya yang sebegitu, aku mula menyangkakan yang dia seorang yang pelik dan anti-sosial. Ada ketika, aku menggelarkannya 'psiko' kepada kawan-kawan perempuanku. Namun selepas mengenalinya, barulah aku tahu yang Syam sama sahaja seperti budak-budak lelaki yang lain. Dia tidaklah sepelik yang aku sangkakan. Dia sangat baik dan sopan. Cuma sifatnya yang agak pemalu itu membuatkan dia lambat untuk bergaul mesra. Itu semua berlaku sebelum Norman memberikan 'signalnya' yang mengelirukan itu kepadaku.
Diterbitkan
oleh : Harry Haider Enterprise, Blok 4-9-9, Vista Angkasa
59200, Kuala Lumpur.
©
Kid Haider, Mohamad Khidir Bin Mohamed Yazir, Khidir
M. Yazir
Terbitan Pertama 2015
Terbitan Pertama 2015
Hak
Cipta terpelihara







No comments:
Post a Comment