"Marina.
Sebelum ini, kau pernah menyebut tentang signal yang diberi oleh
Norman kepada kau. Boleh kau ceritakan pada aku cerita di sebalik
signal yang diberikan oleh Norman" tanya Ally.
"Oh.
Boleh. Bagaimana aku mahu bermula ya?"
"Beritahu
aku bagaimana kau dan Norman bertemu" kata Ally. Aku cuba
mengingati saat itu dan cuba menyusun ayat-ayat untuk diceritakan
kepada Ally.
"Aku
dan Norman pertama kali berjumpa ketika kami berdua berada di dalam
kelab sidang ridaksi sekolah.
Ketika
itu, kami berada di tingkatan lima.
Norman merupakan ahli baru kelab. Ketika itu, aku
sedar yang Norman
sering memerhatikan aku
pada setiap
kali perjumpaan"
"Mesti
kau rasa seronok ketika itu bukan?"
"Pada
mulanya,
aku rimas dan takut dengan perhatian yang diberikan oleh Norman"
"Kenapa
pula?"
"Sebabnya...
Kalau kau ada di situ dan kau lihat sendiri cara dia merenung aku,
kau pasti setuju dengan apa yang aku hendak katakan ini. Kalau aku
ini sebiji burger. Aku pasti dia sudah lama menelanku"
"Kelakarlah
kamu berdua ini!" Ally ketawa terbahak-bahak.
"Tetapi
itu
mula-mula sahaja. Lama-kelamaan,
aku mula
seronok
kerana menjadi perhatian"
"Well.
I do understand that Marina..."
kata Ally sambil tersenyum nakal.
"Aku
rasa, kalau kau jadi aku pun kau akan rasa seronok. Lagi-lagi
Norman adalah seorang pelajar lelaki popular dan diminati ramai
di sekolah dahulu"
"Mungkin
juga" kata Ally sambil mengangguk. "Dan dalam keseronokan
itu, kau akhirnya naik syok pada Norman betul?"
"Ya!
Pandai kau meneka!
Semuanya
berubah apabila kami selalu bertembung di kantin, perpustakaan,
perhimpunan atau pun makmal komputer.
Lama-kelamaan,
aku
pula yang sering memerhatikannya.
Dalam diam, aku mula tertarik
kepada
Norman" terangku perlahan-lahan, rasa malu mengenang kisah lama.
"Pada satu hari,
Rezza, rakan sekelas kami bertanya kepadaku siapa yang berjaya
menarik perhatianku sewaktu di sekolah"
"Kau
beritahu dia perkara yang sebenar?"
"Ya.
Aku
menjawab dengan jujur.
Aku beritahu dia tentang Norman"
"Kemudian
apa yang berlaku?"
"Aku
tidak sangka pula yang Rezza akan memberitahunya kepada Norman."
"Ya!
Aku betul-betul malu ketika itu. Sekiranya
aku tahu, sumpah aku tidak akan memberitahu jawapan yang sebenar
kepadanya"
"Apa
yang kau buat pada Rezza?"
"Sebaik
sahaja Rezza mengakuinya. Aku naik berang. Aku memarahi Rezza dan
kami tidak bertegur sapa sehinggalah dua minggu sebelum SPM. Semasa
itu, aku dan Rezza bermaafan antara satu sama lain"
"Aku
rasa selepas itu pasti Norman memberitahu rakan-rakannya yang lain"
"Aku
tidak pernah bertanya tentang itu kepada Norman tetapi aku rasa ya"
"Dia
tentulah bangga apabila dia mendapat tahu yang ada orang meminati dia
bukan?"
"Semestinya!
Ego lelaki alpha seperti Norman pasti akan naik setinggi Everest"
"Apa
hubungan Norman dan Rezza sebenarnya Marina? Maksud aku, bagaimana
Norman boleh terus percaya dengan apa yang dikatakan oleh Rezza"
"Mereka
berkawan baik. Jadi segala apa yang Rezza cakap, memang Norman akan
percaya. Aku percaya, Rezza pasti memberitahu perkara itu semasa
Norman sedang lepak-lepak dengan kawan-kawannya. Norman pula sudah
tentu akan memberitahu kawan-kawanya yang lain. Kawan-kawannya yang
sama-sama lepak dengannya ketika itu pun pasti akan melakukan perkara
yang sama"
"Ketika
itu, aku tidak tahu pun yang mereka berkawan baik. Aku ingatkan Rezza
sahaja-sahaja bertanya. Tetapi apa hendak buat? Perkara sudah jadi.
Aku rasa satu sekolah mengejek aku pada ketika itu. Kau faham - faham
sahajalah, berita sebegitu memang cepat tersebar. Lebih-lebih lagi
ianya membabitkan orang popular seperti Norman"
"Jadi
apa reaksi Norman terhadap kau?"
"Bermula
dari saat itu, Norman
berubah.
Dia tidak lagi melihat
aku
dengan cara yang sama. Setiap kali kami bertembung, dia akan
berpura-pura
seolah-olah dia tidak nampak aku.
Kau dapat bayangkan betapa malunya aku ketika itu Ally?"
"Kalau
aku pun aku tidak tahu hendak letak muka di mana"
"Pada
masa itu, aku mula menganggap yang Norman sengaja mempermain-mainkan
aku. Segala perhatian yang diberikan kepada aku hanyalah mainannya
semata. Aku berasa sangat-sangat malu ketika itu. Aku rasa seperti
satu sekolah sedang mengejek aku."
"Bagaimana
kau harungi semua itu? Maksud aku, tahun itu kau sedang menduduki SPM
dan jika aku di tempat kau, aku pasti akan hilang fokus"
"Ya.
Aku hilang fokus pada awalnya. Namun,
aku
memberitahu diriku
bahawa
tidak berbaloi untuk aku
jatuh
kerana Norman.
Aku
perlu fokus
pada apa yang ada di
hadapanku pada ketika itu dan kurangkan
aktiviti sosial. Walau
pun begitu, aku tetap tidak mengalah. Dalam masa yang sama, aku mula
merancang sesuatu"
"Maksud
kau, rancangan di bengkel kemahiran hidup itu?"
"Ya!
Betul!"
"Jadi
apa yang terjadi selepas Pearl Jam?"
"Dua
bulan selepas tamat SPM.
Selepas kami bercakap tentang Pearl Jam dan beberapa kali keluar
bersama, Norman akhirnya
berterus
terang dan meluahkan
hasrat hatinya"
"Ada
kau bertanya kenapa dia tidak mendekati kau pada awalnya?"
"Ada.
Aku berterus terang kepadanya tentang 'signalnya' yang mengelirukan
itu"
"Apa
yang dia kata?"
"Katanya,
dia
terpaksa menumpukan perhatiannya pada pelajaran. Dia tidak mahu ada
apa-apa ganguan. Dia ingin mengenali diriku dengan lebih dekat lagi
dan jika boleh dia mahu aku jadi teman istimewanya. "
"Jangan
beritahu aku
dengan segeranya
aku katakan ‘ya’"
"Aku
terus katakan 'ya' Ally"
"Ha?!"
kata Ally. Dia terkejut. Mulutnya ternganga luas.
"Oh!
Aku rasa seperti jenis yang ‘easy
to get’
pula
bukan?"
"Ya!
Gelojoh!"
"Tetapi
jika aku kata ‘no’. Takut melepas pula. Aku takut aku pula yang
akan terkejar-kejar nanti. Jadi sejak dari saat itu, hubunganku
dengan Norman pun bermula."
"Apa
yang kau boleh cakap tentang hubungan kau dengan Norman"
"Ianya
bukan satu hubungan yang mudah. Bercinta dengan lelaki alpha seperti
Norman bukan
mudah. Ada ketikanya,
aku
ingin
sahaja mengetuk
kepala
Norman, jerit kuat-kuat dan tanya apa yang ada di dalam kepalanya"
"Tetapi
itu di dalam fantasi kau
sahaja, realitinya.
Kau
tidak akan pernah melakukannya."
kata Ally sambil ketawa
*****
“Sudah-sudahlah
Marina... jangan dikenang orang yang tiada...” kata Tia apabila
melihat aku yang asyik termenung ke luar
tingkap. Aku hanya tersenyum.
“Kita
hendak ke mana Tia?” tanyaku
apabila menyedari yang Tia menggunakan laluan yang berbeza ketika
kami pulang dari Hari Sukan itu.
Aku
sangkakan Tia akan membawa aku terus pulang ke rumah, tetapi rupanya
tidak. Keretanya dipandu dengan pantas membawa aku ke Teluk Danga.
Katanya ada satu lagi kejutan untukku. 'Kejutan
apa
pula kali ini? Barbeku sambil mengira bintang?'
kataku di dalam hati.
Sekitar
pukul lapan malam, aku dibawa ke Restoran Bawang Merah. Aku terkejut
apabila dari jauh, aku dapat melihat Akma, Dina, Selena, Alif, Jean
dan Adam di situ.
Mereka semua adalah rakan-rakan sekelasku semasa di sekolah.
"Tia...
Apa yang mereka buat di sini?" tanyaku kepada Tia.
"Nanti
sahajalah aku cerita Marina. Jom ke sana!" kata Tia yang masih
enggan memberitahuku tentang apa yang diketahuinya. Aku tiada
pilihan. Aku ikutkan sahaja rentak Tia pada malam itu.
"Hai....
Lambatnya kamu berdua..." kata Dina sebaik sahaja kami sampai ke
meja tempat mereka berkumpul.
"Yalah.
Janji pukul berapa? Ini sudah pukul berapa?" tanya Alif. Dia
pura-pura marah.
"Kamu
semua jangan salahkan aku. Aku memang tidak tahu menahu tentang semua
ini" jawabku pula.“Tia... kau tidak beritahu aku pun yang
mereka
ada di sini...”
aku mencubit lembut lengan Tia.
“Nama
pun kejutan...”
kata Tia. "Maaflah semua. Ada hal sedikit di sekolah tadi"
Aku
begitu teruja sekali apabila dapat berjumpa dengan mereka. Seperti
biasa, apabila teman-teman lama yang sudah lama tidak bertemu bersua
muka, banyak
perkara yang akan
dibualkan.
Dari
perkembangan diri sendiri, berita-berita sensasi dan bermacam-macam
lagi.
Ianya
mengingatkan aku sewaktu kami berada di sekolah dahulu. Sebaik sahaja
kembali ke sekolah dari cuti yang panjang, kami akan berkumpul
beramai-ramai di kelas dan bercerita tentang apa yang kami lakukan
sewaktu cuti sekolah. Kami semua mengenali
satu sama lain sejak di sekolah rendah lagi. Sebaik sahaja tamat
tingkatan enam, kami semua membawa haluan masing-masing.
Namun, hubungan kami tidak pernah terputus. Melainkan
dalam situasi-situasi yang rumit, ‘terputus hubungan’ adalah satu
istilah yang tidak sepatutnya wujud
pada masa sekarang.
Ia sebenarnya satu pilihan.
Beberapa
tahun lalu, kami semua pernah berkumpul di situ
pada satu malam.
Ketika
itu, Restoran Bawang Merah
masih lagi belum dibina.
Yang
ada hanyalah
pohon-pohon
rhu dan rumput-rumput hijau yang menghiasi pantai Lido.
Kami duduk bersantai di situ sambil menghadap Selat Tebrau. Saat itu,
kami semua menyatakan hasrat dan impian masing-masing.
Mengenang
kisah itu, perlahan-lahan, perbualan kami beralih ke topik yang lebih
bersifat peribadi. Kami mula bercakap tentang masalah
yang sedang kami hadapi, ketakutan yang selama ini kami sembunyikan
dan juga perubahan
hidup yang tidak pernah kami duga.
Malam
itu memberi satu gambaran jelas kepadaku bahawa
aku tidak bersendirian dalam
menempuhi cabaran hidup kerana
yang lain juga mengakui yang mereka mula merasai perubahan
dalam kehidupan
yang
memaksa
mereka untuk keluar
dari zon-zon selesa.
Aku
tidak tahu sama ada aku seorang sahaja yang merasakannya, tetapi
perasaan apabila
berjumpa
dengan
teman-teman
lama seperti
mereka sedikit berbeza
daripada bertemu dengan keluarga
sendiri. Kedua-duanya menggembirakan tetapi ianya membawa erti yang
berbeza.
Aku
selalu tertanya-tanya apa sebenarnya yang menghubungkan kami?
Apa
yang subur setiap kali berjumpa
walaupun tiada
apa-apa
pertalian antara kami? Bagiku ianya
satu magis. Kita akan sentiasa mengingati mereka yang membuatkan kita
merasai sesuatu. Oleh sebab itu, walaupun
kami
telah lama terpisah,
rasa itulah yang 'mengikat' kami untuk sekian lamanya.
Aku
takut kehilangan mereka tetapi aku
tahu mereka akan sentiasa
ada.
Perbualan
kami yang rancak terhenti seketika apabila mata masing-masing
mengalihkan tumpuan kepada seorang lelaki yang tiba-tiba muncul di
atas pentas persembahan yang terletak tidak jauh dari Restoran Bawang
Merah. Aku mengenakan cermin mataku
untuk mendapatkan pandangan yang lebih jelas.
“Bukankah itu
Syam?” aku bertanya kepada mereka semua.
“Ya. Itu memang
Syam.” Jawab Tia sambil mengangguk perlahan.
“Apa
yang dia buat di situ?”
soalku lagi. Namun, tiada siapa yang menjawab soalanku.
“Hai
semua! Selamat malam!" Syam melambai kepada kami semua. Dibantu
dengan mikrofon yang tersedia, suaranya menarik perhatian sekeliling.
"Hai!!!"
balas yang lain.
"Baiklah.
Tanpa membuang masa, saya ingin
tujukan ini
kepada
Marina yang sedang berada
di
Restoran
Bawang Merah!” Kata Syam.
"Ha?"
Aku masih tertanya-tanya akan apa yang berlaku. Namun, tiada seorang
pun yang memberi apa-apa respon. Mereka hanya tersenyum. Beberapa
ketika kemudian, muzik
mula dimainkan.
"Selamat
Hari Jadi....."
Syam
mula bernyanyi. Kemudian yang lain mula mengikuti secara
beramai-ramai. "selamat
hari jadi..... selamat hari jadi Marina.... selamat hari jadi...."
Salah
seorang pekerja restoran membawa sebuah kek ke meja kami. Di atas kek
itu, tertulis 'Selamat Ulang tahun Marina. Semoga Impian Jadi Nyata!'
Beberapa pengunjung yang berada di situ turut sama bertepuk tangan
dan mengucapkan selamat hari jadi kepadaku.
"Macam
mana aku boleh lupa hari ini hari jadi aku?" kataku sebaik
sahaja kek itu diletakkan dihadapanku.
"Asyik
berkhayal. Asyik sangat memikirkan masalah. Inilah jadinya..."
kata Tia sambil tersenyum.
"Jangan
tiup lilin dahulu!" kata Syam
yang masih berada di atas pentas.
Dia
meletakkan mikrofon yang berada di tangannya dan
segera datang mendekati kami semua.
“Terima kasih Syam
kerana sudi ambil bahagian” kata Tia. Dia mengenyitkan matanya
kepada Syam.
“Terima kasih
semua untuk kek, hadiah, lagu dan semua ini” kataku selepas meniup
lilin yang diletakkan di atas kek itu.
“Lagu kau kena
ucap terima kasih pada Syam. Dia yang beri idea untuk semua ini”kata
Tia.
“Eh.
Ini semua idea Tia. Bukan aku”
kata
Syam pula.
“Memanglah.
Tetapi
kau yang sukarela untuk nyanyi bukan?”
soal
Tia.
"Sudahlah.
Jangan hendak bergaduh tentang soal ini pula. Marina! Cepat potong
kek itu. Kami semua sudah lapar!" kata Adam
diiringi gelak ketawa dari yang lain.
Diterbitkan
oleh : Harry Haider Enterprise, Blok 4-9-9, Vista Angkasa
59200, Kuala Lumpur.
©
Kid Haider, Mohamad Khidir Bin Mohamed Yazir, Khidir
M. Yazir
Terbitan Pertama 2015
Terbitan Pertama 2015
Hak
Cipta terpelihara










No comments:
Post a Comment