Sebaik
sahaja mengetahui akan kehadiran Diana Sinclair di Kuala Lumpur,
Daniel menghubungi tim
pengurusan
Diana dan menyatakan hasrat kami untuk berjumpa dengannya. Kami
menunggu selama tiga hari dan akhirnya mereka bersetuju. Mereka
mengaturkan perjanjian di Hotel Vistana. Tetapi dua jam sebelum temu
janji itu, pengurus Diana menghubungi kami untuk membatalkan temu
janji ini kerana Diana terpaksa ke Pulau Pinang atas urusan peribadi
(?) dan menukarnya pada hari berikutnya. Namun, sekali lagi kami
dikecewakan kerana mereka membatalkannya sekali lagi kerana Diana
ingin ke Singapura atas urusan peribadi (?). Namun, aku dijemput
untuk ke sana. Apa yang peliknya, mereka meminta pihak Hey untuk
memberikan biodata penuh orang yang akan menemuramah Diana (akulah
orangnya)
beserta dengan gambar (mereka tidak mahu gambar berukuran passport).
Daniel tidak menolak. Dia menyerahkannya kepada mereka. Beberapa jam
selepas biodata dan gambar itu diserahkan, mereka mengajak aku ke
Singapura. Daniel berjanji akan menemaniku.
Seorang yang diupah
Diana diarahkan untuk meyerahkan tiket penerbangan kami ke Singapura
dan temu janji kemudiannya dibuat di Hotel. Namun, setibanya kami di
Singapura, pasukan pengurusan Diana menghubungi kami dan mengatakan
yang mereka terpaksa membatalkannya kerana Diana perlu segera ke
Johor Bahru. Mereka meminta maaf dan kami dijemput oleh orang-orang
Diana untuk berjumpa dengannya di Hotel Sri Malaysia Johor Bahru. Aku
mengeluh. Daniel cuba menenangkan aku. “Jangan bila sampai Sri
Malaysia nanti dia batalkan sekali lagi... geramnya...”
“Jangan putus asa
Marina. Semakin banyak cabaran, semakin banyak yang kita belajar”
“Dan aku harap,
ada banyak bahan yang boleh kita dapat dari dia...”
“Dan banyak juga
Hey yang terjual nanti”
Aku dan Daniel
ketawa kecil. Dua jurugambar yang mengikut kami tertidur di dalam
kereta. Membosankan. Melalui Tambak Johor yang sesak bukanlah satu
perkara yang menyeronokkan.
Kereta yang kami
naiki tiba di Sri Malaysia. Di lobi, pembantu Diana sedang menunggu.
“Hi! Saya
Aaron...” dia memperkenalkan dirinya. “Mari ikut saya, Diana
sedang menunggu anda di bilik hotel. Oh ya. hanya dua orang sahaja
yang dibenarkan masuk ke bilik ya.”
Aku memandang Daniel
dan dua jurukamera yang mengikuti kami.
“Bagaimana
Daniel?”
“Awak
dan Rushdee.
Bagaimana?
Boleh?”
Kami
hanya mengangguk. Kami mengikut Aaron menuju ke bilik Diana.
Entah
kenapa, aku berasa berdebar-debar untuk berjumpa dengan Diana. Aku
tak tahu bagaimana untuk berhadapan dengannya.
“Semasa temu bual
nanti. Jangan menggelabah. Just see her as your sister. She respects
that” Aaron berpesan kepada aku.
Aku melangkah masuk
ke bilik hotel tempat Diana menginap.
“Hello....” ucap
Diana. Dia sedang terbaring di atas katil sambil memicit-micit
telefon Blackberrynya.
“Hello...” aku
membalas sambil tersenyum. aku menghulurkan tanganku untuk bersalam.
“Tolong tarik
saya... penat betul nak bangun la....” katanya sejurus sahaja
menyambut tangan yang aku hulur. Tanpa banyak soal. Aku menarik
tangan Diana dan dia bangun dengan perlahan. Pembantunya Aaron ketika
itu berada di bilik mandi.
Diana
menjemput aku duduk di atas sofa. Aku dapat menghidu wangiannya yang
menikam itu. dia memakai scallop-detailed dress bewarna merahjambu.
Amat berbeza sekali imejnya dari apa yang aku lihat sebelum ini di
internet. Di nampak sangat feminin malam itu.
“Maafkan saya
Marina. saya terpaksa membatalkan temujanji kita dulu” Kata Diana.
“Tidak
mengapa....”
"Apa
yang dia buat di sini?"
Diana menunjuk kepada Rushdee yang sudah bersiap sedia dengan
kameranya.
"Dia
akan merakam temubual kita"
terangku ringkas.
"Oh!
Kamu pasti kamu dari syarikat majalah? Bukan stesyen televisyen?"
tanya Diana. Diana
kemudiannya membisikkan
sesuatu
kepada
pembantunya.
Dia seperti mengadu sesuatu.
"Ini
majalah pertama yang melakukannya and I
am
not
happy with this"
kata Diana kepadaku. Aku hanya mampu memberikan satu senyuman yang
dipaksa. Jika Daniel ada di situ bersama-sama denganku, pasti aku
akan memberikannya jelingan maut! Sebenarnya
aku dari
awal-awal lagi
tidak bersetuju dengan cadangan Daniel untuk merakam temubual ini
secara visual.
“Bergurau
sahaja...” Diana
kembali tersenyum.
Aku menarik nafas lega walaupun aku sendiri tidak pasti dengan
keikhlasannya.
“Okey. Mulakan...”
Diana memetik jarinya sebagai tanda dia sudah bersedia.
“Ok
Diana. Seperti mana-mana temubual yang Hey lakukan. Pada saat ini,
boleh
awak terangkan apa
yang awak dapat lihat dalam diri awak
sekarang?”
Dari
riak wajahnya, aku dapat menangkap yang dia
merasakan soalan itu
agak pelik, tetapi dia tetap menjawabnya.
“Saya sukakan
duit. Saya sukakan lelaki. Saya suka minum kopi. Saya seorang yang
rajin dan kreatif”
Semestinya
aku tidak
berpuas hati dengan jawapan Diana dan aku mahukan lebih lagi.
"Bagaimana
pula dengan sesuatu yang tidak dapat awak lihat dalam diri awak?"
"Saya
tidak dapat melihat itu. Saya tidak berkemampuan untuk melakukannya"
"Oh.
Begitu" melihat reaksi wajah Diana yang seolah-olah bosan dengan
soalan itu, aku seperti hilang kata-kata.
“Kita
tidak
boleh memiliki segala-galanya di dalam dunia ini” kata Diana sambil
tersenyum.
Aku
terus bertanyakan soalan-soalan yang telah pun aku dan Daniel
rancangkan. Sepanjang temubual, aku menyedari
satu perkara. Ini bukanlah Diana Sinclair
yang
aku kenal. Dia kelihatan agak gementar.
Dia seperti kurang
pasti dengan jawapan
yang diberikannya.
Ini bukanlah wanita kaya dan berpengaruh yang aku lihat di dada-dada
akhbar.
"Awak
pandai memasak?" tanya Diana kepadaku.
"Bolehlah.
Sikit-sikit" jawabku sambil tertawa kecil. Aku rasakan soalan
itu agak lucu.
"Mungkin
awak boleh buatkan saya risotto sebelum awak balik ke rumah"
"Tidak
ada masalah. Asalkan awak ada bahan-bahannya"
"Hahahahaha!"
Diana ketawa panjang. Lagaknya seperti seorang lanun.
"Jadi
apa kena mengena perkara ini dengan filem terbaru saya?"
"S.O.S?"
tanyaku. Berusaha sedaya upaya untuk menyembunyikan kekosongan
mindaku tentang S.O.S
"Ya.
Jangan kata awak tidak pernah mendengar apa-apa mengenai S.O.S"
Sejujurnya,
di saat itu, aku
belum lagi
menonton
S.O.S.
Hanya pernah
membaca
riviu tentang filem itu di majalah.
Aku
menjadi sedikit tidak keruan. Langsung tidak ada apa-apa idea di
dalam kepala ketika itu. Aku hanya ada soalan-soalan yang tertulis di
atas helaian kertas.
Namun aku cuba untuk fokus dan berlagak tenang.
Aku
mula bercakap tentang perkara-perkara am yang pernah aku baca
tentangnya seperti beberapa perkara sedih yang pernah diperkatakannya
di dalam Secret Garden.
"Awak
sedang membuat satu cerminan
yang dia seorang yang hidup dalam kesedihan"
"Oh.
Tidak. Sebenarnya saya cuba untuk..."
"Ramai
yang
cuba memperlihatkan kepada masyarakat yang saya seorang wanita yang
gila.
Tetapi
saya sebenarnya tidak.”
"Awak
tahu. Orang
takut untuk mendekati
saya
kerana kedudukan
saya
sebagai seorang yang berpengaruh dan terkenal.
Itulah
dilemma yang terpaksa dilalui orang-orang seperti saya"
Aku
membiarkan Diana melayan perasaannya untuk seketika. Perbualan itu
kemudiannya berjaya membawa kami untuk bercakap
mengenai bekas suaminya,
Mirza
Adam Sinclair.
Kemudian, aku memintanya menyambung untuk bercakap dengan lebih
lanjut lagi tentang seks,
ekonomi dan politik.
Namun, dia nampak tidak berminat.
"Bosanlah.
Apa kata kalau kita cakap tentang
topik
lain?"
"Awak
pernah berkarya dengan menggunakan topik-topik
ini dan sekarang awak kata ianya membosankan?"
kataku berseloroh.
Dan
bermula dari situ, suasana temubual berubah. Diana
tidak
menyembunyikan perasaan bosannya terhadap pertanyaan-pertanyaanku.
“Apa
kata awak pula yang tanya saya soalan?"
“Boleh
juga....” kata Diana mengangguk. Tiba-tiba dia menjadi
begitu
bersemangat.
"Awak
ada teman
lelaki?"
"Saya baru
berpisah"
"Sebabnya..."
"Dia
yang memutuskannya"
Aku
tidak
tahu apa yang difikirkan
oleh Diana
pada
ketika itu,
dia
mengajukan soalan bertalu-talu kepadaku. Semuanya mengenai diri aku,
keluarga aku, kehidupan aku dan soalan-soalan yang aku rasakan sulit
untuk diperkatakan. Di
saat itu, terdetik di dalam hatiku untuk
memberikan Diana jawapan palsu, atau
dalam kata lain, menipu. Tetapi
apabila memikirkan
yang aku ini bukan orang terkenal sepertinya, aku memutuskan untuk
berlaku jujur. Kerana jika
benar dia ingin mendedahkannya, siapa pula yang berminat untuk
membacanya?
********************
“Apa
yang awak tanya pada Diana semalam?” tanya Daniel sejurus sahaja
diberitahu oleh pengurus Diana yang wanita itu tidak suka dengan sesi
temuramah yang dijalankan.
“Apa
yang kita bincangkan tempohari.
Soalan-soalan
yang kita rasakan
sesuai untuk ditanya kepada Diana.”
“Hmmmm.... pelik”
kata Daniel. Keningnya berkerut. Dia memikirkan sesuatu.
"Kalau
awak
pelik. Saya
lagilah pelik. Apabila sesi temuramah berakhir. Saya
bersalaman dengan Diana, dia tidak pula masam mencuka. Katanya
pada saya,
dia tidak sabar untuk berjumpa dengan saya
lagi.
Tetapi
hari ini lain pula jadinya."
"Nampaknya
kita perlu cari strategi yang lain Marina" kata Daniel. Dia
mengeluh.
"Ya.
Nampaknya begitulah"
Diterbitkan
oleh : Harry Haider Enterprise, Blok 4-9-9, Vista Angkasa
59200, Kuala Lumpur.
©
Kid Haider, Mohamad Khidir Bin Mohamed Yazir, Khidir
M. Yazir
Terbitan Pertama 2015
Terbitan Pertama 2015
Hak
Cipta terpelihara
No comments:
Post a Comment