Aku
banyak
menghabiskan masaku
di Dr Love. Aku
beruntung kerana Ally
sedia
mendengar,
jadual kerjanya yang fleksibel membolehkan
aku menghadiri ‘sesi terapi’ yang diberikannya secara percuma
kepadaku. Walaupun dia bukan
ahli
psikologi
yang bertauliah,
tetapi aku percaya bercakap dengannya dapat membantu aku
keluar
sebentar dari pintu alam fantasi yang aku cipta untuk sekian lamanya.
"Hmm...
Pintu alam fantasi yang kau cipta?" tanya Gina kehairanan
apabila aku memberitahunya tentang apa yang aku bincangkan dengan
Ally.
"Ya.
Pintu alam fantasi!" jawabku dengan bersungguh-sungguh.
Selepas
bercakap dengan Ally, aku cuba bertenang dan mengambil masa untuk
mengenang kembali hubungan kami yang terjalin selama lapan tahun
lamanya.
Secara
zahirnya, hubungan aku dan Norman memang baik. Segala-galanya nampak
indah. Malah, ramai yang kagum bagaimana kami boleh bertahan dalam
tempoh masa yang begitu lama dengan hanya berikatkan janji. Tidak
salah jika aku katakan yang ianya pernah menjadi sesuatu yang
dicemburui ramai. Namun, dalam aku mengenang segala kata-kata, suara
dan senyuman Norman yang pernah membuatkan aku bahagia, aku perlu
akui satu kenyataan yang aku cuba nafikan untuk sekian lamanya.
“Apa
dia Marina?” tanya Ally apabila melihat aku teragak-agak untuk
meluahkan apa yang terbuku di dalam hati. Aku mengambil nafas
dalam-dalam sebelum memulakan bicara.
“Segala
yang indah antara aku dan Norman perlahan-lahan lenyap
sejak tiga tahun yang lalu. Dalam kata lain, sepanjang
tempoh lapan
tahun tersebut,
kemesraan antara kami hanya bertahan selama lima tahun sahaja.
Selepas itu, hubungan kami sedikit berubah. Norman tidak lagi seperti
Norman yang aku kenali dahulu.”
“Baru
sekarang kau menyedarinya?”
“Sudah
lama sebenarnya. Aku sedar ada
sesuatu yang tidak kena dengan kami sejak tiga tahun lalu. Namun, aku
diamkan sahaja kerana aku menganggapnya sebagai satu perkara biasa.
Aku menganggapnya sebagai satu cabaran bagi pasangan muda seperti
kami. Aku cuba menjadi positif walau apa pun yang berlaku”
“Cuba
menjadi positif... Hmm... Ianya
bukanlah semudah yang disangkakan.”
kata Ally.
Ya.
Ianya bukan sesuatu yang mudah. Namun apa yang membuatkan aku
bertahan? Berkali-kali aku menyoal
diriku. Aku tertanya-tanya bagaimana agaknya
aku
mampu bertahan dan kekal positif untuk bertahun lamanya? Apa
sebenarnya yang membolehkan aku menempuhi saat-saat sukar dengan
Norman yang sedikit sebanyak berubah menjadi seorang yang dingin dan
kurang sensitif.
"Fantasi..."
itulah perkataan yang terpacul dari mulutku setelah
lama memikirkan kata-kata yang sesuai untuk menggambarkan situasi
yang berlaku.
"Jawapannya adalah
fantasi
Ally..."
"Maksud
kau?"
"Apabila
aku fikirkannya secara mendalam.
Jawapannya adalah kerana aku
suka hidup di dalam fantasi. Hidup dalam kenangan indah antara aku
dan Norman"
"Setiap
kali ada yang tidak kena
antara kami,
aku akan kembali masuk ke dalam dunia kenangan yang agak melekakan
yang kemudiannya membawa aku
masuk ke dunia yang penuh dengan fantasi.
Aku akan memberitahu diri sendiri yang segala-galanya akan okey dan
saat indah yang pernah kami nikmati bersama akan muncul semula. Aku
juga selalu memujuk diri sendiri. Aku kata, walau apa pun yang
berlaku, aku perlu yakin ianya akan berakhir dengan baik. Tetapi..."
*****
“Hai
Ally! Sibuk? Maaf mengganggu. Cuma hendak beritahu yang aku
akan pulang
ke JB hari ini okey. Bye!” aku meninggalkan pesanan suara untuk
Ally kerana sejak dari pagi, hanya suara wanita parau yang menjawab
panggilan-panggilan yang aku buat kepadanya.
"Hmm…
sibuk memanjang si Ally ini…tidak tahulah apa yang dibuatnya
pagi-pagi begini" bebelku sendirian.
“Apa
yang patut aku buat sekarang?” aku meminta pendapat Ally.
"Pertama
kau perlu tahu apa masalah kau yang sebenarnya."
"Aku
rasa itu sudah lama aku kenal pasti"
"Kau
tidak perlu beritahu aku. Sekarang biar aku cuba rumuskan. Apa yang
aku cakap ini adalah berdasarkan apa yang aku dengar dari kau.
Masalah kau yang pertama adalah Norman dan yang kedua adalah kerjaya.
Betul atau tidak?"
"Ya.
Betul" aku mengangguk. Bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh
Ally.
"Baiklah.
Apa yang perlu kau
buat sekarang ialah menyelesaikan masalah kau
yang pertama iaitu Norman"
"Ya.
Kalau boleh aku ingin lupakan dia. Aku ingin keluarkan dia dari
ingatan aku!"
"Kau
tahu bagaimana
caranya untuk kau
lupakan dia?"
"Itulah
masalahnya, semakin aku cuba untuk lupakan dia, semakin kuat ingatan
aku pada Norman "
"Marina...
Aku rasa ada baiknya kau terima
realiti
yang kau tidak
mungkin dapat melupakan Norman. Walaupun kau sudah berusia lima puluh
tahun nanti"
"Ha?
Itu sahajakah yang perlu aku lakukan?" tanyaku. Kurang yakin
dengan jawapan mudah yang diberikan oleh Ally.
"Ya.
Terima
kenyataan yang cinta pernah wujud antara kamu berdua tetapi ianya
tidak kekal dan kamu
berdua
bukan
ditakdirkan untuk bersama"
"Ianya
mengambil masa Ally" kataku. Kemudian aku mengeluh.
"Betul
Marina. Ianya memang mengambil masa. Dalam dua tahun pertama, kau
pasti akan mengintip gerak geri
dia
dan kau
juga ingin
tahu perkembangan Norman"
"Kau
betul... Kalau kau hendak tahu, aku masih lagi intip dia di Facebook
dan Twitter" dalam senyum malu, aku membuat pengakuan.
"Ha!
Aku sudah agak!" kata Ally sambil ketawa. "Tetapi aku
percaya, kau
pasti akan berjumpa dengan orang baru.
Percayalah cakap aku. Sekejap
sahaja.
Kau tengok sahajalah nanti"
"Pandai-pandai
sahaja
kau ini
Ally.
Bagaimana kalau aku tidak dapat melupakan dia dalam masa lima,
tujuh
atau sembilan
tahun akan datang?
Bagaimana
jika dalam tempoh itu,
aku
tidak juga berjumpa dengan orang baru? Parah!"
entah kenapa, aku tiba-tiba menjadi panik apabila membayang
kemungkinan yang bakal terjadi.
"Okey.
Maaf Ally. Aku akan cuba bertenang
dan ambil nafas dalam-dalam"
"Okey.
Masalah pertama sebenarnya mengambil sedikit masa untuk diselesaikan.
Kau
perlu terima kenyataan yang ianya
telah berlaku
dan jangan terlalu risau kerana apa yang kau
alami ini adalah sesuatu yang normal. Ianya adalah simptom-simptom
biasa orang baru putus cinta.
Lagipun dia wujud dalam hidup kau
dalam jangka masa yang agak lama. Lapan tahun!
Kalau
ianya seorang budak, dia
sudah masuk sekolah darjah dua"
Aku
tertawa mendengar kata-kata Ally.
"Oh
ya! Bagaimana pula dengan masalah kedua kau?"
tanya Ally.
"Kerja"
"Ya.
Okey. Beritahu aku apa masalah kau sebenarnya? Sebab aku masih kurang
jelas"
"Aku
sebenarnya masih tertanya-tanya
bidang
kerja apa
yang
patut
aku ceburi selepas ini. Bukan apa, aku tidak mahu menyesal di
kemudian hari. Lebih-lebih
lagi selepas
mengalami pengalaman yang menakutkan dengan Markonah"
"Nampaknya
selepas ini, kau perlu
teliti betul-betul apa yang sesuai dengan
kau.
Buat masa sekarang, pada pendapat aku kau jangan
kisah sangat
kalau
gajinya kecil.
Yang
penting peluang untuk berkembang itu ada. Sementara masih muda
dan tiada apa-apa tanggungan dan komitmen,
ada baiknya kau membina
karier dari
bawah dan
belajar secara street"
"Ya.
Kalau hendak diikutkan, banyak kerja yang ada di Kuala Lumpur ini.
Tetapi aku masih keliru mana satu agaknya yang sesuai untuk aku Ally"
"Hmm..
Pada pendapat aku, kau perlu pilih sesuatu yang ada
kena mengena dengan personaliti dan prinsip yang kau pegang"
"Aku
setuju dengan kau. Tetapi dalam keadaan sekarang, pentingkah semua
itu Ally?"
"Penting
Marina. Ini
bukanlah
sesuatu perkara yang boleh diambil mudah sebab kita menghabiskan
lebih dari separuh masa kita dalam sehari dengan kerja"
"Okey.
Aku setuju dengan apa yang kau cakap. Tetapi bagaimana untuk kita
tahu sama ada sesuatu itu ada kena-mengena dengan personaliti dan
prinsip yang kita pegang? Kedengaran senang tetapi ianya agak
kompleks apabila difikirkan"
"Jawapannya
mudah Marina. Lihat kembali ke belakang"
"Begini.
Aku percaya kebanyakkan
kita tidak sedar bahawa banyak benda yang berlaku kepada kita adalah
hasil dari perbuatan kita sendiri.
Dalam
minda yang tidak sedar, kita yang menjadi punca ianya berlaku.
Bagi aku, apa
yang berlaku pada seseorang itu adalah hasil dari tindakannya
sendiri.
Jika kita menginginkan perubahan, tetapi
kita masih dengan pemikiran dan perangai yang sama, tiada benda baru
yang akan kita perolehi. Kita akan dapat benda yang sama.
Dalam
diri setiap orang, pasti ada sesuatu yang menjadi prinsipnya.
Kebanyakkannya datang hasil dari masa silam dan pendedahan yang kita
terima. Dalam
tidak sedar, ianya mengawal diri kita dalam menjalani kehidupan
seharian"
terang Ally panjang lebar.
"Masa
silam kita
yang membentuk kita
pada hari ini dan aku percaya itulah yang mempengaruhi keputusan dan
tindakan kita pada hari ini. Pendedahan
awal yang banyak mempengaruhi siapa kita
pada hari ini. Tetapi, masa silam yang aku maksudkan tidak semestinya
berlaku pada sepuluh atau dua puluh tahun yang lalu. Mungkin ianya
perkara-perkara yang berlaku tiga, empat atau pun lima tahun yang
lalu. Mungkin juga lima bulan yang lalu,"
kata
Ally diakhiri dengan tawa kecil yang begitu menghiburkan.
Aku
benar-benar kagum dengan apa yang keluar dari mulut Ally. Aku tidak
pernah terfikir yang dia boleh berfikir hingga ke tahap itu. Dia
seperti bercakap melalui pengalamannya.
Truttt.
Trutt. Telefon bimbitku berbunyi.
“Helo
Tia....”
kawan karibku yang aku kenal sejak sekolah menghubungiku.
“Marina.
Kau ada di mana sekarang?” pantas Tia bertanya.
“Masih
lagi di dalam bas.”
“La...
Aku ingat kau sudah berada di JB. Boleh juga kita jumpa sekejap”
“Belum
lagi.
Kurang dua jam lagi sampailah aku ”
"Okeylah
kalau begitu. Nanti kita jumpa bila-bila kalau ada masa nanti ya...
Kau cuti lama bukan?"
"Ya
Tia. Betul. Kita jumpa nanti ya. Kalau aku rajin, aku datang ke rumah
kau esok atau lusa"
"Bagus...
Sayang kau! Okey Marina! Bye!"
Diterbitkan
oleh : Harry Haider Enterprise, Blok 4-9-9, Vista Angkasa
59200, Kuala Lumpur.
©
Kid Haider, Mohamad Khidir Bin Mohamed Yazir, Khidir
M. Yazir
Terbitan Pertama 2015
Hak
Cipta terpelihara









No comments:
Post a Comment