Aku
merancang untuk pergi ke Sarawak
bersama-sama dengan Gina.
Sebelum itu,
aku berkesempatan untuk pergi ke majlis pertunangan Dilla
adik Tia di Johor.
Selepas
sahaja selesai majlis itu, kami berdua bertolak ke Sarawak.
"Kau
rasa jadikah adik Tina itu kahwin dengan tunang dia?"
tanya Gina. Tiba-tiba sahaja dia mengajukan soalan itu kepadaku.
Ketika itu, pesawat baru sahaja berlepas.
"Kenapa
pula kau tanya begitu?"
"Sebenarnya,
aku tercuri dengar perbualan Tia dan Dila"
"Ha!
'Tercuri' dengar? Bagaimana
pula kau boleh 'tercuri' dengar perbualan mereka?"
soalku, pelik.
"Sebenarnya
semasa itu aku ada di
bawah katil Tia"
"Apa
pula
yang
kau buat di
bawah
katil Tia?"
"Cari
subang aku.
Hilang.
Sampai sekarang aku tidak
jumpa
lagi kau tahu..."
terang Gina sambil memegang telinganya.
"Okey
biar aku teka.
Semasa
kau berada di bawah katil, mereka berdua masuk bilik dan berbual
bukan?"
"Ya! Betul!
Pandai betul kau Marina!"
"Jadi apa yang
kau dengar?"
"Semasa
itu Dilla
masuk ke bilik dahulu.
Aku
rasa mungkin dia duduk-duduk berehat sebab aku dengar seperti dia
mengambil dan menghembus nafas beberapa kali.
Kemudian
Tia pula masuk. Aku dengar pintu ditutup, kemudian mereka mula
berbual."
terang Gina dengan penuh berhati-hati.
"Apa
yang mereka bualkan?"
"Sabarlah..."
"Intro kau lama
sangat.."
"Tia
tanya Dila sama ada dia betul-betul serius atau tidak dengan
pertunangan itu sebab dia
kata Dilla
nampak terpaksa"
"Oh. Jadi apa
kata Dilla?"
"Dia kata dia
okey. Dia redha. Dia tahu pilihan ibu dan bapa dia semestinya yang
terbaik."
"Hmmm. Apa kata
Tia lepas dengar jawapan Dilla?"
"Kata
Tia, tiada sesiapa pun yang memaksa dia. Jika Dilla tidak berasa
senang dengan pertunangan itu, adalah baik jika dia suarakan
sekarang. Tia minta Dilla untuk berfikir sebaik mungkin dan jangan
buat keputusan terburu-buru.
Dia masih lagi ada masa."
Terus
terang aku katakan yang aku tidak
terkejut dengan
apa yang diberitahu oleh Gina kerana
aku kenal dengan
Dilla.
Dia anak yang patuh dan mendengar kata. Apa
sahaja yang dicadangkan oleh ibu bapanya, dituruti tanpa banyak
alasan atau bantahan. Kadangkala kelihatan seperti Dilla tidak pernah
berfikir untuk dirnya sendiri. Tia
pernah
menyuarakan tentang hal ini
kepadaku. Dia risau akan Dilla yang seperti terlalu menurut segala
cadangan ibu dan bapanya.
Pada
pendapat aku, tiada
salahnya
apa yang Dilla lakukan.
Mungkin Dilla punyai visi yang sama dengan ibu
dan bapanya.
Mereka punyai cara yang sama dalam melihat kehidupan.
Sebab itu dia kelihatan seperti menurut sahaja perintah ibu dan
bapanya. Tetapi bagi aku, mereka sebenarnya sekepala. Mereka
seolah-olah satu pasukan dan hingga saat ini aku lihat tiada apa yang
dicadangkan oleh ibu dan bapa mereka itu membawa keburukan kepada
Dilla. Semua ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak bukan?
Tia
pula
mempunyai pemikiran yang berbeza. Baginya,
apabila tiba satu tahap seorang anak perlu terbang bebas dan perlu
menentukan hidupnya sendiri. Aku juga berfikiran begitu.
Seperti majoriti anak-anak muda yang sebaya denganku, masing-masing
membesar dalam generasi yang telah menerima konsep penentuan laluan
hidup tanpa acuan ibu dan bapa apabila sampai saatnya.
Malah
aku akui lebih ekstrim tetapi aku tidak akan memaksa orang menerima
caraku. Jika
orang seperti Dilla tidak mahu menuruti konsep itu, aku masih okey.
Aku tidak sibuk-sibuk risau kerana aku merasakan
yang
Dilla melihat hubungan
dengan ibubapanya seperti satu partnership.
Walau
apa pun yang Dilla putuskan, itu adalah
pilihan
dia. Tidak semestinya 'arrange marriage' itu membawa keburukan.
Seperti
mana yang aku katakan, ini adalah pertembungan
pemikiran antara
dua beradik.
Tidak salah jika Dilla fikir jodoh yang dicadangkan oleh ibubapanya
baik untuknya. Hidup ini adalah pilihan. Ada
masanya realiti memaksa kita untuk memutuskan sesuatu yang tidak kita
suka. Dalam memikirkan tentang Dilla, aku terus
terfikir
akan diriku yang juga perlu membuat pilihan.
Itulah
tujuan
sebenar aku
pergi ke Sarawak.
Semasa melawat Tia,
aku sempat juga berbual dengannya tentang apa yang terjadi pada
diriku.
"Aku
ingat lagi sewaktu kau berpisah dengan Norman dahulu. Teruk betul
kau! Semua
yang kau ada hilang dari hidup kau. Kerja, duit, cinta, rumah...
Fuh!" kata Tia sambil menggelengkan kepalanya apabila
mengingatkan tentang situasi aku dahulu.
"Ianya
satu saat yang teruk! Kalau boleh aku tidak mahu kenang lagi."
"Tetapi
itu rasa
satu proses perubahan. Mungkin kita boleh panggil ia proses
‘metamorfosis’
? Selepas
tu kau terbang sebagai rama-rama yang bebas.
Kau
nampak betul-betul gembira dengan hidup kau
dan kau mampu menentukan arahnya"
"Bagaimana
pula dengan Daniel dan Syam,
Marina? Mana
satu yang kau suka?"
Tia mengalih topik.
"Dua-dua"
jawabku pantas.
"Gatal!"
Tia memukulku dengan bantal kecil. "Okey.
Yang mana satu cinta dan yang mana satu nafsu?"
"Well.
Bolehkah kita pisahkan keduanya?
Ianya
mula dengan nafsu kemudian cinta bukan?"
aku cuba berhipotesis.
"Okeylah.
Tetapi yang mana satu yang kau betul-betul serasi?"
"Hmmm..."
"Kau
sendiri tidak dapat menjawabnya Marina. Mungkin kau hanya suka pada
mereka. Tetapi untuk bersama ke akhir hayat.
Kau
sendiri tidak pasti..."
“Tetapi mereka
buat aku rasa gembira. Terutama sekali Syam. Kami betul-betul serasi.
Kami dibesarkan dalam suasana yang sama dan pandangan kami juga sama”
“Jadi kau memilih
Syam?”
Aku
hanya tersenyum....
“Walau apa pun
pilihan kau, aku rasa kau sudah faham isyarat yang diberikan kepada
kau sekarang ini.”
"Isyarat?"
“Ya.
Isyarat. Ia memberitahu
yang
kadang-kadang
kehadiran seseorang dalam hidup kita itu bersebab. Aku rasa mungkin
kau boleh teka sendiri”
"
Dalam kisah aku ini aku rasa sebab utamanya adalah supaya aku lebih
memahami dan menghargai diri aku
sendiri”
"Dari
mana kau dapat quote itu?"
tanya Tia. Wajah sangsinya yang penuh pura-pura itu sangat melucukan.
"Itu quote aku!
Tiada soal plagiat di sini!"
***************************
Semasa di Sarawak,
aku menggunakan masa yang ada untuk merenung kembali perjalanan hidup
yang aku lalui. Aku kini berada di dalam persimpangan. Aku kehilangan
sesuatu dengan tiba-tiba dan kini aku perlu memilih kerana apa yang
ada di depan mata aku sekarang adalah pilihan-pilihan dari gantian
yang pernah hilang dahulu.
Sudah semestinya
setiap kenangan yang diukir bersama dengan Norman aku soroti satu
persatu. Sejak pertama kali aku mengenali dia di sekolah sehinggalah
sampai lamarannya tempohari.
Begitu juga dengan
Daniel dan Syam.
Ketiga-tiga mereka
mempunyai sikap dan pandangan yang berbeza mengenai kehidupan. Juga
tentang perhubungan.
Namun, jauh disudut
hatiku. Hatiku masih sukar untuk melupakan Norman. Mungkin kerana
hubungan yang dijalinkan sudah terlalu lama sehinggakan nama itu
sudah sebati dengan hidupku. Ya. Mungkin ianya meninggalkan sedikit
kesan psikologi kepadaku. Ternyata, impak Norman dalam hidupku amat
besar.
Daniel dan Syam
pula, walaupun baru aku kenali telah berjaya mengubah diriku dan
membuatkan aku rasa bahagia dan dihargai. Sudah lama aku tidak
merasakannya.
Apa yang pasti.
Ketiga-tiga mereka mengajar aku mengenai kehidupan melalui cara yang
berbeza.
Dengan Daniel.
Keyakinanku bertambah. Dia membantu aku mengenali potensi dalam
diriku yang sebelum ini tidak pernah aku sedari.
Syam pula membuatkan
aku rasa dihargai. Dengan dia, aku bukan orang lain. Apabila aku
bersama dengannya. Aku bisa menjadi diriku sendiri.
Sememangnya
gerak perubahan yang aku lakukan ke atas kerjayaku akan membawa impak
yang besar di dalam hidupku. Kerja bukan hanya untuk mencari sesuap
nasi. Ia aku
anggap sebagai
lambang
jiwa dan identiti diri.
Jika
aku setia bersama Hey, aku boleh jalinkan kembali hubunganku dengan
Daniel. Setelah apa yang berlaku antara dia dan Jennifer, Daniel ku
lihat cuba memperbaiki hubungannya denganku. Cuma dia tidak pernah
melafazkan kata-kata yang bisa menjadi satu deklarasi akan hubungan
kami. Aku memahami situasinya, dia takut. Trauma dari hubungan lalu
masih menikam. Walaupun dia menggalakkan aku pergi pada awalnya,
gerak langkahnya menunjukkan yang dia enggan melepaskan aku dari Hey.
Jika difikir-fikirkan semula, Hey adalah satu tempat yang baik untuk
aku. Apa perlunya aku meninggalkan Hey untuk ke Lataya yang masih
belum pasti memberikan aku kepuasan
kerja seperti Hey.
Diterbitkan
oleh : Harry Haider Enterprise, Blok 4-9-9, Vista Angkasa
59200, Kuala Lumpur.
©
Kid Haider, Mohamad Khidir Bin Mohamed Yazir, Khidir
M. Yazir
Terbitan Pertama 2015
Terbitan Pertama 2015
Hak
Cipta terpelihara
No comments:
Post a Comment