Setiap penemuramah akan dibayar mengikut bilangan set-set soalan yang berjaya dilengkapkan. Harga bagi setiap set soalan adalah dari RM 6 hingga RM 20. Kelulusan yang tinggi tidak diperlukan untuk melakukan kerja ini. Hanya perlu tahu cara berkomunikasi yang betul dan mahir bertutur dalam bahasa-bahasa yang digunakan untuk sesi temuramah. Kedua-dua cara menemuramah nampak menyeronokkan. Jadi pada permulaannya, aku berbelah bahagi sama ada untuk memilih outdoor atau pun indoor.
Selepas
berbincang dengan Diane, aku membuat keputusan untuk menjadi
penemuramah indoor.
Menjadi penemuramah outdoor
sememangnya lebih bebas, menyeronokkan dan bayaran yang diberikan
juga lebih lumayan berbanding penemuramah indoor.
Akan tetapi, ada faktor-faktor lain yang perlu difikirkan seperti
kenderaan dan keselamatan yang menjadi perkara penting sekiranya aku
bercadang untuk menjadi penemuramah outdoor.
Hidupku yang baru,
bermula sebaik sahaja aku menandatangani persetujuan untuk bekerja di
TNS.
Setiap
pagi, aku bergerak menuju ke pusat temuramah TNS yang terletak di
tingkat 32. Tiba sahaja di pejabat, aku akan berjumpa dengan Mary
atau pun James yang akan memberitahu projek mana yang patut aku
fokuskan.
Sama ada servis kereta, restoran makanan segera, syarikat insurans
dan lain-lain lagi.
Pada
mulanya,
sukar juga untuk aku menyesuaikan diri.
Namun selepas beberapa minggu bekerja, aku mula menyukainya. Tiada
tekanan yang perlu aku tangani seperti mana di La Nona. Aku tidak
perlu menjual apa-apa barang. Tiada data-data yang memeningkan kepala
dan tiada dokumen yang perlu aku bawa pulang ke rumah.
Cuma, ada beberapa ketika yang membuatkan aku rasa ingin mencekik orang yang aku hubungi apabila permintaanku untuk menemuramah ditolak dengan kasar. Walaupun yang ditemuramah tidak dapat dilihat wajahnya, tetapi kesannya kadang-kadang cukup mendalam. Bak kata orang, kata-kata itu lebih tajam dari mata pedang.
Namun
begitu, aku bernasib
baik
kerana orang-orang
di pejabat sentiasa
dapat
meneutralkan kembali perasaan
dan keadaan diriku.
Rani,
Sosila, James, Rohani dan juga Mary yang mana rambutnya selalu
mengingatkan aku tentang Anna Wintour adalah
teman rapatku di pejabat. Mereka sentiasa
membuatkanku
tersenyum.
Aku
berasa seronok sekali dapat berkenalan dengan
mereka.
Sedikit
demi sedikit, pekerjaan
dan teman-teman baruku itu menarik
aku
keluar dari
duniaku yang terdahulu. Aku sudah tidak
terlalu memikirkan tentang perkara-perkara
buruk
yang terjadi kepadaku. Perlahan-lahan
memori di La Nona dan bayangan Norman menjadi pudar. Walaupun aku
tidak berjaya memadamkan sepenuhnya memori dan bayangan itu, namun
aku
cukup
gembira
dengan
apa yang aku ada dan
aku tahu sesuatu yang baik akan datang di
dalam
hidupku.
Tambahan
pula, kesemua
rakan sekerjaku itu rata-ratanya lebih tua daripadaku dan tidak dapat
aku nafikan, lebih berpengalaman. Aku berasa sangat beruntung kerana
dapat mengenali mereka.
Berkenalan dengan mereka
menyedarkanku yang aku sentiasa mempunyai harapan dalam hidup selagi
mana aku kekal positif.
*****
Aku
semakin kerap menghabiskan masa di Dr Love.
Seperti biasa, aku dan Ally akan berbual
tentang banyak perkara. Masih segar dalam ingatan ketika aku sedang
bersedih dengan pencapaianku di TNS. Pada hari itu, Mary menyuruh aku
melakukan kajian restoran makanan segera yang sangat panjang. Aku
hanya memperoleh RM 20 sahaja pada hari itu kerana aku hanya satu
panggilan sahaja yang berjaya. Aku faham, bukan semua orang mahu
melayan kajian yang mengambil masa selama empat puluh minit dengan
soalan yang berulang-ulang.
Pada
saat itu, dalam diam tidak diam, sudah lima bulan aku bekerja di TNS
dan itu bukan kali pertama aku mengalaminya dalam tempoh lima bulan
tersebut. Aku baru sahaja bergembira pada hari sebelumnya menyambut
kejayaan memperoleh RM120 kerana berjaya melengkapkan sepuluh kajian
berkenaan dengan pusat servis kenderaan dan menyangkakan hari itu aku
juga akan mendapat jumlah yang sama. Tetapi sayang sekali. Aku tidak
boleh menjangkakan setiap hari adalah hari aku bukan?
Sejak
dari itu, aku tidak menjadi terlalu ambitious
dan
hanya menetapkan sasaran sebanyak RM60 sahaja sehari seperti mana
yang dicadangkan oleh Ally.
Apa
yang menariknya tentang aku dan Ally adalah apabila kami memulakan
perbualan ianya pasti akan diakhiri dengan sesuatu yang mendalam.
Contohnya, apabila aku bercerita mengenai apa yang berlaku di TNS
kami pun mula berbincang tentang bagaimana setiap perkara yang sulit
itu pasti ada cara untuk memudahkannya. Kami bersetuju dan percaya
walau apapun kesukaran yang dihadapi atau bagaimana ianya diatasi,
pasti ada jalan keluar yang tersedia untuk kita. Berita gembira dan
kemudahan pasti ada buat kita yang sedang menghadapi kesulitan selagi
kita sabar. Jalan yang luas akan terbuka untuk kita. Yang penting,
janganlah kita berhenti berharap dan berdoa.
Apa
yang pasti perbualan dengan Ally buat aku yakin yang aku mampu
menempuhi saat-saat yang mengelirukan itu. Dalam litar ujian,kalah
atau menang bukanlah persoalannya. Yang penting kita mampu
meneruskannya sehingga ke titik akhir''
Kadang-kadang
kita mampu mengawal situasi. Kadang- kadang kita hilang arah kerana
tiba-tiba sahaja situasi mengawal kita.
Konklusi
itu pantas mengingatkan aku tentang kisah Rohani yang aku kongsikan
juga kepada Ally.
Pada
minggu sebelumnya, aku, Rani, Rohani dan Sosila keluar menonton
wayang. Selepas itu kami berempat menghabiskan masa menjamu selera di
Flamming Steamboat yang terletak berdekatan dengan Sunway Pyramid.
Banyak
yang kami bualkan ketika itu terutama sekali tentang kehidupan kami.
Malam itu juga aku dikejutkan dengan cerita hidup Rohani.
Rohani
mempunyai dua orang anak. Dia berkahwin pada usia yang muda. Ketika
itu, dia masih lagi di kolej. Suaminya mati dibunuh setahun yang lalu
di hadapan matanya. Arwah ditembak oleh seorang perompak yang
menceroboh masuk ke dalam rumah mereka. Perompak itu cuba mencabul
Rohani dan suaminya menyelamatkan Rohani dari perompak itu. Ketika
mereka sedang bergelut, suaminya terkena tembakan.
Siapa
tahu di sebalik senyuman yang dilemparkan kepada kami, tersimpan satu
cerita yang tragis seperti itu. Rohani baru sahaja menghabiskan
pelajarannya tahun lepas. Seperti mana-mana graduan, dia juga perlu
berhadapan dengan situasi-situasi yang mencabar. Mencari pekerjaan
yang sesuai, mengukuhkan ekonomi, memikirkan bagaimana untuk
menguruskan hutang pendidikan, memenuhi tuntutan diri, keluarga,
masyarakat dan macam-macam lagi. Apa yang berbeza bagi Rohani adalah
dia perlu memikirkan mengenai anak-anaknya.
Aku
cuba membayangkan situasi Rohani. Aku cuba membayangkan bagaimana
rasanya bila tanggungjawab diletakkan seratus peratus dibahu kita.
Bagaimana rasanya perlu merayu meminta tolong pada orang. Bagaimana
rasanya terperangkap di dalam situasi. Dalam kata lain, situasi yang
sedang mengawal hidupnya bukan dia yang mengawalnya. Bangun setiap
pagi digerakkan oleh situasi.
Setiap hari, cerita Rohani mendorong aku untuk berhenti merungut tentang kehidupanku yang aku rasakan lebih baik berbandingnya. Situasi membantu aku untuk mengawal kehidupan. Aku tidak perlu bangun di pagi hari dengan kepala yang berat memikirkan bagaimana untuk menyara dua orang anak. Hanya perlu percaya sesuatu yang baik akan datang dalam hidup kita sekiranya kita tidak berhenti berusaha dan berharap.
Setiap hari, cerita Rohani mendorong aku untuk berhenti merungut tentang kehidupanku yang aku rasakan lebih baik berbandingnya. Situasi membantu aku untuk mengawal kehidupan. Aku tidak perlu bangun di pagi hari dengan kepala yang berat memikirkan bagaimana untuk menyara dua orang anak. Hanya perlu percaya sesuatu yang baik akan datang dalam hidup kita sekiranya kita tidak berhenti berusaha dan berharap.
Diterbitkan
oleh : Harry Haider Enterprise, Blok 4-9-9, Vista Angkasa
59200, Kuala Lumpur.
©
Kid Haider, Mohamad Khidir Bin Mohamed Yazir, Khidir
M. Yazir
Terbitan Pertama 2015
Terbitan Pertama 2015
Hak
Cipta terpelihara








No comments:
Post a Comment