Selepas
apa yang terjadi di Nona Silk, aku mula memikirkan langkah yang perlu
aku ambil seterusnya. Memikirkan tentang baki akaunku di bank yang
semakin berkurangan, aku segera melayari internet mencari pekerjaan
yang sesuai denganku. Namun tidak seperti sebelumnya, aku lebih
berhati-hati dalam memilih.
Pada
suatu malam, aku menghabiskan masa di Dr Love
dengan melayari internet. Di situ, aku menghabiskan hampir tujuh
puluh peratus masaku dengan meneliti iklan-iklan jawatan kosong yang
disiarkan di internet.
Aku
mencatat satu persatu jawatan-jawatan yang telah aku pohon secara
on-line.
Banyak
juga kerja yang telah aku pohon. Tetapi masih belum ada respon yang
aku terima dari mereka.
Jam
ketika itu menunjukkan pukul sembilan malam. Urusanku sebenarnya
sudah selesai. Akan tetapi, aku tidak mahu meninggalkan Dr Love
kerana tiada
apa-apa yang boleh dilakukan di rumah. Gina awal-awal lagi
memberitahuku yang dia akan keluar dengan teman lelakinya Hani. Aku
tidak mahu mengganggu Norman kerana dia mungkin sedang asyik duduk
berborak dengan kawan-kawannya. "Well...
your romance cannot defeat their bromance"
itulah yang sering dikatakan oleh Gina setiap kali aku mengadu
tentang Norman yang selalu menghabiskan masa dengan rakan-rakan
lelakinya. Aku mula bermain-main dengan kamus-kamus yang aku instal
pada komputerku. Sesuatu yang selalu aku lakukan untuk sekian
lamanya. Setelah bermain-main untuk beberapa ketika, hatiku tergerak
untuk mencari perkataan ‘karier’. Setelah
lebih dari dua dekat berada di dunia ini, aku
banyak mendengar kata-kata orang berkenaan dengan karier. Namun aku
belum pernah menyemak maksudnya secara formal kerana pengertianku
berkenaan dengan karier adalah 'kerja'.
Setelah menyemak beberapa buah kamus dan laman web, aku mencatat
beberapa maksud yang menarik perhatianku.
Menurut
kamus Cambridge, career
bermaksud the
job or series of jobs that you do during your working life,
especially if you continue to get better jobs and earn more money :
Menurut
kamus Dewan Bahasa dan Pustaka pula ‘karier’ membawa maksud
'kerja atau profesion yang menjadi kegiatan berpanjangan seseorang
dalam hidup seseorang'. Definisi kedua pula ialah 'kerjaya'.
Bagi
Barbara Walters pula “A
job is not a career. I think I started out with a job. It turned into
a career and changed my life”
daripada
majalah America di bawah tajuk imitation
of life
yang memberi fokus kepada produser, penulis lirik dan penyanyi Mariah
Carey. Ini pula maksud yang diberikan.
ca•reer
n
1.
A job or occupation regarded as a long-term or lifelong activity
2.
Somebody's progress in a chosen profession or during that person's
working life
3.
The general path or progress taken by somebody or something
“Main
dengan kamus lagi Marina?” tanya Ally yang sedang ke hulur ke hilir
menghantar minuman kepada pelanggan
yang datang. Aku hanya tersenyum.
Terlalu
banyak maksud yang berkaitan dengan karier membuatkan aku berfikir
definisi
mana yang perlu aku ikut? Namun, hati kecilku berkata, adakah perlu
untuk aku kisah dengan definisi orang lain mengenai karier?
Jawapannya tidak! Aku ada definisiku yang tersendiri mengenai karier.
Bagiku, apa-apa pekerjaan pun yang kita lakukan. Ia adalah karier!
Label
sebenarnya cukup kuat dalam dunia kita hari ini.
Sebab itu aku rasa adalah penting untuk kita menghormati pendapat
masing-masing
tentang apa itu karier sebab kita semua berdepan dengan realiti yang
berbeza.
Bercakap
tentang realiti, agak susah untuk tidak mengaitkannya dengan
pendedahan yang kita dapat di sekolah, media pun memainkan peranan
yang sama tentang kerja yang ‘okey’ dan yang ‘tidak okey’.
Aku masih ingat lagi drama-drama Melayu era sembilan puluhan yang
mana sebahagian besar orang-orang yang dikatakan 'berjaya' bekerja di
pejabat-pejabat syarikat multinasional. Oh ya. tidak dilupa, pakaian
formal dan bertali leher bagi lelaki dan yang perempuannya pula
bergaya dengan baju-baju berjenama. Walaupun sukar untuk diakui, itu
adalah imej dan istilah 'berjaya' yang masih dipegang oleh sesetengah
orang sehingga ke hari ini.
Nasihat
mengenai belajar pandai-pandai supaya mendapat kerja yang baik masih
digunakan sehingga ke hari ini. Ia nasihat yang baik tetapi perlu
diingat zaman telah berubah dan nasihat itu perlukan sedikit
renovasi.
Kadangkala
aku berasa kecewa kerana ramai yang masih terperangkap dalam
imej-imej palsu
berkenaan dengan kerjaya itu.
Hidup dalam fantasi yang disangkakan satu kenyataan yang boleh
diterima semua
kerana bagiku, walau apapun
yang ingin dilakukan
kita perlu
lakukannya dengan ikhlas. Lakukan dengan penuh keghairahan! Sebab
dengan keghairahan,
kita akan
kurang
merungut tentang
kerja walau apa pun yang berlaku berbanding dengan kerja yang
dilakukan tanpa keghairahan.
“Diane!!!”
kata Ally sebaik sahaja kelibat seorang wanita berkebaya melangkah
masuk ke Dr Love.
Wanita itu nampak sungguh cantik sekali. Aku tidak menyangka yang dia
akan datang ke Dr Love
hari itu. Nama wanita itu adalah Diane. Dia adalah senior kami
sewaktu aku, Gina dan Ally berada di kolej dahulu.
“Marina
ada di sini rupanya”setelah berbual pendek dengan Ally, Diane
menyedari keberadaanku di situ dan datang mendekatiku. Seperti biasa
kami berpelukan. Wow! Bau Diane sangat wangi. Lebih wangi dari apa
yang pernah aku bau ketika di kolej dahulu.
“Cantik
awak hari ini Diane” aku memuji.
“Terima
kasih... saya baru balik dari kenduri” kata Diane sambil tersenyum.
“Siapa
kahwin? Awak?” aku mengusiknya.
“Kalau
saya yang kahwin saya tidak akan berada di sini malam ini” jawab
Diane. Dia kemudiannya tergelak besar.
"Betul
juga kata awak ya. Jadi siapa yang kahwin Diane?"
“Sepupu
kawan saya yang kahwin”
“Oh
begitu. Jadi bagaimana dengan Star Hub Diane?” aku bertanya
mengenai tempat kerja baru Diane. Sebelumnya dia bekerja di Telekom
Malaysia.
“Semuanya
baik. Tetapi macam biasalah. Tempat baru. Ambil masa juga untuk
sesuaikan diri. Oh ya. Saya dengar awak sudah tidak lagi bekerja di
Nona Silk. Betulkah?”
Aku
mengangguk. Mengakui kebenaran cerita yang didengarnya. Untuk
beberapa hari, aku terpaksa melakukan satu rutin yang sama iaitu
menceritakan apa yang berlaku di Nona Silk dari mula sehinggalah
akhir.
“Dasyat!
Jadi betullah apa yang mereka tulis di dalam blog-blog itu ya
Marina?”
"Ya.
Segala-galanya benar belaka"
“Jadi
awak sedang mencari kerjalah sekarang ini ya?” tanya Diane.
“Buat
masa ini Star Hub tidak ada kekosongan. Yang ada pun di Singapura.
Tetapi saya ada satu cadangan untuk awak”
“Cadangan
apa?”
Diane
mengeluarkan sekeping kad dari dalam dompetnya dan memberikannya
kepadaku.
“Ini
kad yang diberi oleh kawan saya tempohari.”
“Ya.
Dia bekerja di sini sebelum Star Hub” terang Diane.
“Sebagai
apa?”
“Penemuramah”
‘Penemuramah?’
aku mula membayangkan kerja menemuramah yang biasa aku lihat di
televisyen. Belum sempat aku bertanya dengan lebih lanjut, dia
mengeluarkan telefon bimbitnya dan menghubungi seseorang.
“Sebentar
ya. Saya hubungi Mary”
‘Siapa
pula Mary?’ Diane selalu menyangka yang orang-orang di
sekelilingnya mengenali kawan-kawannya yang lain.
“Okey.
Awak ada apa-apa hal esok?”tanya Diane kepadaku setelah dia
menamatkan perbualannya dengan Mary.
“Siang
atau malam?” di dalam fikiranku, aku mengingati temujanjiku dengan
Norman pada pukul lapan malam esoknya.
“Siang”
“Tidak
ada.” Jawabku. Segera aku menggelengkan kepala.
“Baiklah
Marina. Bagus! Kalau begitu, awak ikut saya ke Multipurpose Building
esok. Saya bawa awak ke TNS Research International!''
Diterbitkan
oleh : Harry Haider Enterprise, Blok 4-9-9, Vista Angkasa
59200, Kuala Lumpur.
©
Kid Haider, Mohamad Khidir Bin Mohamed Yazir, Khidir
M. Yazir
Terbitan Pertama 2015
Terbitan Pertama 2015
Hak
Cipta terpelihara










No comments:
Post a Comment