Suatu pagi, ketika
aku terbangun dari tidur, aku bermenung seketika, mataku tertumpu
pada kipas yang tidak bergerak. Terkebil-kebil aku memandangnya. Jam
ketika itu menunjukkan pukul lima tiga puluh minit pagi. Persoalan
yang bermain di mindaku pada ketika itu adalah 'Bila agaknya aku
boleh keluarkan dia dari ingatan?' Ya. Aku sedang memikirkan tentang
Norman. Tetapi kadangkala, aku menyoal kembali diriku yang mungkin
aku sendiri yang tidak mahu mengeluarkan dia dari ingatanku.
Berkenaan dengan aku
dan Norman, apa yang menjadi masalah aku sebenarnya adalah tiadanya
penjelasan. Aku tidak boleh menjawab soalan ‘kenapa?’.
Kenapa dia
tinggalkan aku?
Apa yang tidak kena
dengan aku sehingga dia tinggalkan aku?
Apa yang ada di
dalam fikirannya?
Di saat itu, aku
sebenarnya masih berharap hubungan kami akan terjalin semula. Bukan
hanya berharap. Tetapi aku sampai ke tahap berdoa. Kalau diikutkan,
ingin sahaja aku bersemuka dengan Norman dan bertanya apa yang tidak
kena dengan hubungan kami. Tetapi aku kenal siapa diriku. Aku tidak
seberani itu. Aku juga berasa malu untuk melakukannya. Mungkin kerana
faktor jantina yang agak konvensional. Apabila aku katakan ini kepada
Gina, responnya agak reaktif.
"Jadi kenapa?
Kau tidak boleh pergi terhegeh-hegeh mencari Norman? Ada peraturan
yang tertulis mengenainya?" kata Gina.
Jawapan untuk soalan
itu semestinya tidak. Sememangnya tiada peraturan yang tertulis
berkenaan dengannya. Tetapi jika sesuatu itu tidak pernah tercatit di
atas kertas, tidak bermakna ianya tidak wujud. Aku tahu ianya ada
pada sel-sel otak sesetengah orang dan pandangan mereka itulah yang
aku risaukan. Aku memilih untuk patuh pada peraturan itu. Pada
pendapatku, sekiranya Gina hendak melakukannya aku memang tidak
kisah. Ianya pilihanku sendiri kerana peraturan itu sememangnya
tersemat di dalam fikiranku. Walau pun begitu, aku tidak akan
menggunakannya untuk menghukum dan mengkritik cara dan hidup orang
lain. Semua ada cara masing-masing untuk memperbetulkan apa yang
salah. Hidup kita pilihan kita.


Tempohari
di Dr Love,
aku dan Ally sekali lagi berbincang mengenai permasalahan aku dan
Norman. Bukan Ally sahaja, ianya disertai kawan-kawan Ally yang
kebetulan ada di situ. Ketiga-tiga mereka adalah lelaki. Memakai baju
putih, seluar putih dan kasut berwarna coklat. Rambut mereka tersisir
rapi. Sekali imbas, aku lihat mereka seperti sekumpulan kelasi kapal.
Aku tidak pasti kenapa mereka memakai pakaian yang sama. Aku tidak
berkesempatan untuk bertanya tentang hal pekerjaan dan butiran lanjut
mengenai diri mereka. Walau apa pun, mereka membuka mindaku untuk
menyoal diriku dengan soalan-soalan mereka.
Sambil menikmati teh
Sabah yang terhidang, aku mula terfikir, mungkin kesalahan tidak
sepatutnya diletakkan seratus peratus kepada Norman. Mungkin aku juga
ada menyumbang kepada keretakan hubungan kami. Terus terang aku
katakan, aku seperti dianalisa dengan soalan-soalan yang ditanya.
Soalan pertama yang
mereka tanya adalah mengenai soal menang dan kalah. Soalannya
berbunyi begini.
‘Ketika ada
perselisihan faham adakah aku ingin sentiasa menang? Adakah aku
banyak mendengar atau bercakap?
Aku menyemak semula
rekod-rekod lama yang masih tersimpan di dalam memoriku dan jawapan
yang aku boleh beri adalah ‘jarang’. Ya. Itu sahaja yang boleh
aku katakan. Nampaknya aku seperti tidak menjawab soalan mereka
bukan? Tetapi itulah kebenarannya, aku dan Norman jarang bergaduh.
Aku tahu ada yang sesuatu yang tidak kena dengan jawapanku itu. Malah
ia buat aku berasa tidak normal. Sebabnya, aku selalu mendengar
rungutan dan cerita berkenaan dengan perselisihan dan pertengkaran
kawan-kawanku dengan pasangan mereka. Tetapi aku tahu aku tidak
bersendirian. Semasa aku menonton temubual eksklusif Diane Sawyer dan
Barbra Streisand beberapa tahun lalu, Diane bertanya kepada Barbra.
“Adakah awak selalu bertengkar dengan suami awak?”
“Adakah awak selalu bertengkar dengan suami awak?”
Jawapan Barbra
adalah, “Setiap masa.
Tetapi selalunya berkenaan dengan perkara-perkara yang agak bodoh.
Awak bertengkar dengan suami awak?” Babra menyoal kembali Diane.
“Jarang-jarang sekali. Awak rasa ada yang tidak kena dengan hal ini?'' jawab Diane sambil diiringi dengan tawa kecil Barbra.
Terus terang aku katakan, aku tidak tahu hujah apa yang perlu aku gunakan ketika kami menghadapi krisis dan aku tahu Norman juga begitu. Inilah yang menyebabkan kami selalu diam seribu bahasa. Kedua-duanya ada perangai ‘aku tidak mahu lanjutkan isu ini’. Walaupun ada perkara besar yang berlaku, aku dan Norman selalunya akan berpura-pura seolah-olah tiada apa-apa yang pernah berlaku antara kami. Sekiranya ada salah faham pada hari Isnin contohnya, hari Jumaat keadaan akan jadi seperti biasa. Masing-masing berpura-pura dan tidak mengekspresikan diri dengan menggunakan kata-kata atau pun riak muka.
“Jarang-jarang sekali. Awak rasa ada yang tidak kena dengan hal ini?'' jawab Diane sambil diiringi dengan tawa kecil Barbra.
Terus terang aku katakan, aku tidak tahu hujah apa yang perlu aku gunakan ketika kami menghadapi krisis dan aku tahu Norman juga begitu. Inilah yang menyebabkan kami selalu diam seribu bahasa. Kedua-duanya ada perangai ‘aku tidak mahu lanjutkan isu ini’. Walaupun ada perkara besar yang berlaku, aku dan Norman selalunya akan berpura-pura seolah-olah tiada apa-apa yang pernah berlaku antara kami. Sekiranya ada salah faham pada hari Isnin contohnya, hari Jumaat keadaan akan jadi seperti biasa. Masing-masing berpura-pura dan tidak mengekspresikan diri dengan menggunakan kata-kata atau pun riak muka.
Soalan kedua :
‘Adakah aku kuat cemburu?’
Sebelum menjawab
soalan itu, aku bertanya pada diriku apakah erti cemburu yang
sebenarnya? Pada pendapatku, ada dua perkataan yang boleh
menjelaskannya iaitu ‘Tidak Suka’
Jadi
jawapan aku untuk soalan mereka adalah 'ya'. Aku sememangnya seorang
yang cemburu. Apabila aku kenang kembali, sebenarnya aku tidak suka
apabila Norman melayan kawan-kawanku atau kawan-kawannya sendiri
secara berlebihan (Gina dan Ally tidak terkecuali dari senarai ini)
dan aku tidak pernah memberi tahu semua ini kepada sesiapa pun kerana
bagiku, perasaan cemburu itu adalah sesuatu yang tidak ‘cool’
.
Bukan sahaja
cemburu, aku juga seorang yang obsesif. Sepanjang perhubungan kami,
aku banyak menghabiskan masa lapangku dengan membaca setiap komen
yang diberi atau yang diterima oleh Norman di Facebook. Aku juga
kadang-kala mengintip gerak geri Norman.
Namun begitu, aku
tidak pernah menunjukkan perasaan cemburuku itu kepada Norman. Selema
beberapa tahun, aku berjaya menyembunyikan perasaanku itu.
Soalan Ketiga :
‘Adakah aku beranggapan yang dia perlu tahu segalanya tentang aku
dan apa yang aku fikirkan? Dalam kata lain, adakah aku ini jenis yang
sukar untuk berterus terang?’
Mungkin... ya
mungkin. Tetapi bukan sahaja aku, Norman juga jarang berterus terang.
Mungkin, aku boleh kaitkannya dengan soalan pertama. Apabila ada
sesuatu yang terjadi, kami akan mengelak dari berkomunikasi atau
bercakap mengenainya. Pada saat itu, aku mula sedar ada banyak
perkara yang terjadi antara kami sebelum ini berakhir tanpa
penjelasan. Ianya umpama api di dalam sekam.
Aku mengharapkan dia
tahu segala-galanya tentang aku termasuklah apa yang aku fikirkan dan
aku yakin dia juga begitu. Dia juga mengharapkan aku tahu
segala-galanya tentang dia. Mungkin sudah tertanam satu kepercayaan
“Jika dia ditakdirkan untuk aku, dia akan tahu apa yang aku fikir
dan apa yang aku rasa”. Mungkin inilah perangkap yang dibina dari
menonton filem-filem komedi romantis sejak kecil.
Soalan keempat :
‘Adakah aku mementingkan diri sendiri?’
Tidak. Tidak. Tidak.
Tidak sama sekali. Aku pasti. Seratus peratus. Dia yang mementingkan
diri sendiri. Tetapi kalau soalan ini diajukan kepada Norman. Adakah
dia juga akan menjawab ‘Tidak’?.
Soalan kelima:
‘Adakah aku suka menggesa supaya dia berkahwin dengan aku?’
Tidak. Tidak sama
sekali. Lapan tahun aku mengenali Norman. Jika aku ini suka menggesa.
Aku rasa hubungan kami pasti berakhir pada tahun kedua. Bukan sahaja
aku, dia pun bukan jenis yang suka menggesa.
Soalan ketujuh:
‘Pernahkah aku menyuruh Norman untuk menjadi orang lain?’
Ya. Aku pernah
menyuruh dia untuk menjadi P.Diddy. Sekali sahaja, sewaktu hari
jadinya dahulu. Aku menghadiahkan baju, pewangi dan beberapa produk
Sean John kepada Norman. Itu pun boleh dikirakah?
Soalan-soalan yang
diajukan tidak aku jawab di hadapan mereka. Aku fikirkannya semasa
aku berada dalam perjalanan pulang. Tidak mungkin aku hendak mengakui
yang aku menghabiskan masaku dengan mengintip gerak- geri Norman dan
perasaan cemburuku bila Norman berbual dengan Ally dan Gina pada
ketika itu. Aku tidak akan beritahu sesiapa mengenai hal ini. Biar
pecah di perut, jangan pecah di mulut. Akan aku simpan rahsia ini
sehingga ke hujung hayatku!
Namun, aku tahu
kenapa soalan ini diutarakan kepadaku. Semua ini kerana bukan senang
untuk kita mengetahui dan menyedari perkara yang perlu kita perbaiki
dalam hidup kita. Masa silam akan kekal menjadi masa silam. Tetapi
kita perlu belajar daripadanya bagi mengelak kemungkinan kita
mengulanginya di masa hadapan. Masalahnya mampukah aku memulakan
semula segala-galanya dari 'A'?
Diterbitkan
oleh : Harry Haider Enterprise, Blok 4-9-9, Vista Angkasa
59200, Kuala Lumpur.
©
Kid Haider, Mohamad Khidir Bin Mohamed Yazir, Khidir
M. Yazir
Terbitan Pertama 2015
Terbitan Pertama 2015
Hak
Cipta terpelihara









No comments:
Post a Comment