Pencarianku
itu tidak memakan masa yang lama, selang beberapa minit selepas aku
dan Miss R menemuramah pengunjung-pengunjung dan peserta-peserta yang
hadir, ada sesuatu yang telah berjaya menarik perhatianku.
"Boleh
tahan nampaknya mereka semua ini?"
itulah yang
terkeluar spontan dari mulutku
apabila
mataku terpandang sekumpulan
tiga
orang lelaki
yang aku rasakan mempunyai aura dan karisma yang
sangat mempesonakan. Aku tidak tahu kenapa. Mungkin kerana pakaian
mereka yang nampak menonjol berbanding yang lain.
Atau pun kerana gaya jalan mereka yang penuh keyakinan.
Entahlah... Aku
juga tertanya-tanya watak yang mereka bawakan ke festival itu.
Walaupun mereka kelihatan menarik di mataku, aku kurang pasti sama
ada gaya mereka itu sesuai atau pun tidak untuk dijadikan sebagai
material Hey yang diinginkan Daniel kerana kelainan
yang mereka tonjolkan
seperti tidak mengikut tema karnival.
Salah
seorang daripada mereka tidak berbaju dan hanya mengenakan seluar
panjang berwarna
hitam dengan contengan tatu di badan. Seorang lagi mengenakan kostum
dari watak filem Star Wars iaitu Stormtrooper.
Kedua-dua
mereka mengapit seorang lelaki berkepala
robot yang
mengenakan
sut
kemas berwarna
hitam. Daripada ketiga-tiga mereka,
aku amat tertarik
sekali dengan lelaki berkepala robot itu. Aku merasakan yang gayanya
sangat
unik
dan melucukan.
Dari jauh, aku meneliti bahagian kepalanya yang diperbuat
daripada kotak berwarna
coklat keemasan.
Matanya
diperbuat dari
lampu merah
berbentuk
lonjong
dan bibirnya dilukis dengan cantik sekali.
Aku
memanggil Miss R dan
cuba bertanyakan pendapatnya mengenai mereka.
"Aku
rasa apa yang mereka pakai tidak kena dengan tema karnival inilah"
kata Miss R. "Lagi-lagi yang pakai sut Stormtrooper itu.
Bukankah itu watak dari filem Star Wars?"
"Tetapi
dia nampak menarik bukan?"
aku menunjuk kepada lelaki berkepala robot itu. Namun, tiada apa-apa
respon yang diberi Miss R.
"Miss
R!" aku separuh menjerit.
"Ya
Marina.....?"
"Dia...
nampak... menarik... bukan?" aku mengulang soalanku.
"Ya.
Yang
berlengging itu
ya?
Comel!"
Miss R mengangkat-angkat keningnya. Dia mengukir satu senyuman nakal.
"Bukan. Aku
maksudkan yang berkepala kotak itu" aku mencubit lembut
tangannya.
"Apa yang
comelnya? Muka pun aku tidak nampak"
"Memanglah.
Yang
aku
maksudkan
adalah gaya
dia."
aku cuba meyakinkan Miss R. Dia kemudiannya mengambil masa beberapa
minit untuk menganalisa lelaki itu.
"Betul
juga kata kau. Hanya dia seorang sahaja yang pakai kostum sebegitu
hari ini"
"Jadi
apa pendapat kau Miss R?"
"Okey.
Kalau begitu. Aku rasa kita pergi
sahaja
kepada mereka. Kena tema atau tidak. Itu lain cerita. Nanti kita cuba
suruh dia buka kotak itu dari kepala dia. Dari situ nanti baru kita
boleh beritahu sama ada dia benar-benar unik atau pun tidak.."
Miss R menyusun strategi.
"Kalau
tidak unik?"
"Kalau
tidak unik. Kita tidak perlulah masukkan dia dalam Hey nanti..."
"Okey
Miss R... Aku setuju!"
Kami
berdua mendekati mereka yang ketika itu sedang sibuk membelek
figura-figura Anime menarik yang dipamerkan di salah sebuah gerai
pameran.
"Hai.
Kami dari majalah Hey. Boleh kami tanya beberapa soalan?"
aku memulakan langkah. Ketiga-tiga mereka mengalihkan perhatian
kepada kami.
"Boleh.
Tidak ada masalah"
kata
lelaki berkepala robot itu,
suaranya bergetar seperti sebuah robot elektronik yang aktif. Aku
memandang Gina yang telah bersiap sedia dengan kamera untuk merakam
aksi lelaki berkepala robot itu. Kedua-dua belah mata kami terbeliak
besar. Kami tidak menyangka yang lelaki itu boleh bersuara seperti
robot yang sebenar. Gina mengangkat ibu jarinya sebagai memberi tanda
'Ini material yang baik untuk Hey!' Dia menyukainya dan cukup yakin
Daniel akan mengizinkan video lelaki itu dimuat naik ke vlog rasmi
Hey.
"Wow! Bagaimana suara awak boleh jadi begitu?" aku menyelitkan nada kagum dalam pertanyaanku.
"Saya
memang dilahirkan begini..."
jawab lelaki robot itu diiringi dengan deraian ketawa yang bergetar
dengan efek elektronik.
"Jadi boleh
kamu terangkan tentang konsep pakaian yang kamu bertiga gayakan untuk
Festival Animax tahun ini?" aku bertanya dengan lebih lanjut.
"Saya
Robotman!" lelaki berkepala robot itu menjawab dengan yakin.
"Oh
Robotman..." aku
mengangguk-angguk walaupun
aku sendiri
tidak
pasti
dari siri Anime manakah agaknya watak Robotman yang digayakannya itu.
Tetapi dengan pengenalannya itu, aku terus memanggilnya dengan
panggilan Encik Robotman. Aku juga terfikir untuk melakukan yang sama
dengan dua yang lain.
"Saya
Stormtrooper!" jawabnya dengan penuh bersemangat. Jawapannya
sudah boleh diduga. Namun, suaranya kekal normal. Tiada efek
elektronik seperti mana yang kedengaran pada suara Encik Robotman.
Namun, apa yang menarik tentang Encik Stormtrooper itu adalah sutnya
yang cukup putih, bersih dan berkilat. Di saat aku meneliti sutnya
itu, aku tertanya-tanya berapakah agaknya yang dibelanjakan oleh
Encik Stormtrooper untuk sut yang dipakainya itu. Setahu aku, sut
sebegitu boleh mencecah ribuan ringgit. Jika dia sanggup
membelanjakan wang yang sebegitu banyak hanya untuk Karnival Animax,
dia memang seorang peminat tegar! Tetapi pernahkah watak Stormtrooper
membuat kemunculan dalam mana-mana siri Anime? Entahlah..
Aku melupakan tentang Encik Stormtrooper dan beralih
kepada lelaki tidak berbaju yang
dianggap
Miss R
sebagai lelaki yang 'comel' itu.
"Nama
saya
Ichigo Kurosaki!"
lelaki itu mengenyitkan matanya ke arah kamera. Aku melihat Miss R
yang tersipu-sipu
malu.
Wajahnya nampak kemerah-merahan. Aku memegang bahu Miss R. Cuba
memberi isyarat agar dia mengawal diri dan cuba untuk tidak hilang
kawalan. Aku melihat kembali Encik Ichigo Kurosaki. Aku memandang
dirinya dari atas ke bawah.
Penampilannya memang menarik. Aku pernah mendengar nama yang
disebutkannya itu. Ianya watak utama bagi siri Bleach. Tetapi yang
menjadi persoalannya adalah, kenapa dia memilih untuk tidak memakai
baju? Aku pernah menonton beberapa episod siri Bleach dan seingat
aku, watak utamanya iaitu Ichigo Kurosaki banyak memakai pakaian
berwarna hitam seperti Yukata, kot dan lain-lain lagi. Mungkin dia
sengaja ingin menarik perhatian gadis-gadis seperti Miss R dengan
potongan badannya yang menarik. Dia bernasib
baik kerana mempunyai perut yang ramping. Aku tidak dapat bayangkan
jika dia datang tidak berbaju dengan perut yang menggelebeh.
"Jadi bolehkah
kamu beritahu pembaca Hey apa tujuan kamu bertiga datang ke sini
sebenarnya? Adakah kamu bertiga ini memang peminat tegar Animax atau
pun sahaja datang untuk memeriahkan Karnival Animax tahun ini?"
aku mula menemubual mereka.
"Kami ke sini
kerana kami memang meminati Anime!" kata Encik Ichigo Kurosaki.
Dia menunjukkan aksi yang selalu dibuat oleh Ichigo Kurosaki untuk
menunjukkan keterujaannya.
"Yeah!"
Encik Stormtrooper mengiakan kata-kata kawannya itu sambil
menunjukkan genggaman tangannya pada kamera yang berada di tangan
Miss R.
"Saya pula
berbeza dengan mereka berdua... " kata Encik Robotman.
"Oh ya? Jadi
apa tujuan awak ke mari sebenarnya Encik Robotman?"
"Tujuan
saya datang ke mari adalah untuk mencari seorang puteri yang hilang
buat sekian lamanya.." kata
Encik
Robotman.
Aku dan Miss R ketawa dengan gelagatnya yang
cuba bermadah.
"Oh begitu.
Jadi Encik Robotman sudah jumpa puteri yang dicari?"
"Sudah..."
Encik Robotman mengangguk-angguk.
"Oh. Baguslah
kalau begitu. Jadi dia ada di sini?"
"Ya"
"Boleh
tunjukkan kepada kami yang mana satukah puteri yang dicari itu?"
aku bersungguh-sungguh ingin tahu.
"Boleh"
Encik Robotman menyeluk poket seluarnya. Dia mencari sesuatu yang
ingin ditunjukkannya kepadaku. "Nah! Cuba lihat ini!" Encik
Robotman meletakkan sebuah cermin kecil di hadapan wajahku. Aku
ketawa kecil. Gelagat nakalnya benar-benar mencuit hati. Aku faham
apa yang dimaksudkannya. Dia cuba memberitahu yang konon-kononnya
akulah orang yang sedang dicarinya.
"Sayakah puteri
yang awak maksudkan itu Encik Robotman?" aku berpura-pura
membuat tekaan. Aku benar-benar pasti yang Encik Robotman sengaja
ingin mengusikku.
"Awaklah puteri
yang saya cari selama ini.."
"Saya...?! Awak
betul-betul serius?!" tanyaku lagi. Pura-pura tidak percaya
dengan apa yang dikatakan oleh Encik Robotman.
"Ya. Awaklah
puteri itu Marina.."
Aku
dan Miss R berpandangan apabila Encik Robotman menyebut namaku. Jika
sebelumnya aku hanya berlakon dan berpura-pura,
sebaik
sahaja namaku disebut, aku melupakan terus skil yang sering aku
gunakan itu kerana pada saat itu, aku memang
benar-benar
terkejut. Aku memeriksa seluruh badanku. Pengenalan diri yang aku
pakai ketika itu hanyalah tag yang tertulis 'Wakil Media'. Namaku
tidak tertulis pada mana-mana bahagian tubuhku.
"Bagaimana awak
boleh tahu nama sebenar saya Encik Robotman?" aku bertanya
kepadanya. Namun, dia tidak segera menjawab. Dia hanya mentertawakan
aku. Miss R pula nampaknya begitu khusyuk merakam apa yang berlaku.
"Siapa awak
sebenarnya Encik Robotman? Siapakah lelaki disebalik kostum Robotman
ini?" tanyaku perlahan. Encik Robotman memegang kepalanya.
Perlahan-lahan, dia mencabut kotak yang melekat di kepalanya dan
menunjukkan wajahnya yang sebenar kepada kami.
"Syam?!"
aku menyebut nama lelaki disebalik topeng Robotman itu. Tanpa aku
sedari, mulutku ternganga kecil.
"Kau kenal
siapa dia ini Marina?" tanya Miss R.
"Kenal sangat
Miss R! Ini kawan aku ketika zaman sekolah dahulu..."
Aku melihat Syam
sambil menggeleng-gelengkan kepalaku. Aku betul-betul tidak sangka
bahawa dia adalah lelaki yang berada di sebalik topeng Robotman itu.
"Oh! Maafkan
saya" aku mentertawakan diriku "Apa yang awak buat di sini
Syam?"
"Bukankah
saya sudah katakan sebentar tadi, saya datang ke sini untuk mencari
seorang puteri yang hilang"
Syam cuba menyakat.
"Janganlah
main-main Syam..."
"Saya bergurau
sahaja tadi Marina. Saya teman kawan-kawan saya ke sini. Alang-alang
datang saya pun bergaya sekali dengan kostum Robotman ini. Oh ya!
Saya kenalkan pada awak, ini Adam dan yang ini Sean"
"Hai! Saya
Adam..." Encik Stormtrooper itu membuka topengnya dan
memperkenalkan diri. Sean pula hanya tersenyum sambil melambai
perlahan.
"Maaf.
Adakah saya mengganggu kamu semua?" seorang urus setia karnival
tiba-tiba muncul.
"Oh
tidak... Kenapa? Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" aku
bertanya kembali.
"Begini
sebenarnya, sebentar lagi, kita akan mengadakan satu gameshow.
Kalau boleh, saya hendak mereka bertiga turut serta dalam gameshow
itu nanti"
"Kenapa
encik pilih kami?" tanya Syam.
"Saya
sebenarnya suka dengan apa yang kamu bertiga pakai. Ianya menarik dan
sesuai dengan tema kami. Kami perlukan kostum-kostum sebegini sebab
gameshow
ini nanti akan disiarkan di saluran Animax! "
"Ada
hadiah?" Adam atau pun Encik Stormtrooper bertanya. Dia nampak
berminat dan teruja.
"Mestilah
ada! Kalau kamu bertiga berminat. Jom ikut saya ke dewan di tingkat
atas" jawab urus setia itu.
Syam,
Adam dan Sean berpandangan. Mereka memikirkan apa yang baru
diberitahu oleh urusetia tersebut.
"Bagaimana?
Kamu berdua berminat? Aku tidak ada masalah" tanya Syam kepada
Adam dan Sean.
"Aku
okey sahaja!" jawab Sean.
"Aku
pun sama! Seronok juga dapat sertai gameshow!"
kata Adam pula.
"Jadi
bagaimana?" tanya urus setia itu untuk mendapatkan kepastian.
"Okey!
Kami setuju. Kami akan sertai!" kata Syam.
"Bagus!
Kalau begitu kamu bertiga ikut saya" urus setia itu tersenyum
gembira.
Aku
dan Miss R ingin mengikuti mereka ke dewan tempat mereka mengadakan
gameshow
tersebut. Namun, urus setia itu memberitahu bahawa sesiapa yang
mewakili mana-mana stesyen televisyen, surat khabar atau pun majalah
tidak dibenarkan masuk untuk menyaksikan rakaman gameshow
tersebut.
"Maaf
ya. Kamu berdua tidak boleh masuk sebab kamu berdua mewakili Hey.
Kalau saya benarkan nanti saya juga yang kena" jelas urus setia
itu.
"Kenapa
tidak benarkan kami masuk?" tanya Miss R.
"Sebab
kami cuba elak orang sebarkan maklumat tentang gameshow
ini sebelum ianya disiarkan"
"Wow!
Nampaknya ini bukanlah satu gameshow
yang biasa ya..." kata Miss R.
"Nampaknya
begitulah Miss R..." aku mengeluh. "Okey Syam...Adam...
Sean... Harap kamu bertiga berseronoklah nanti ya" kataku kepada
mereka bertiga.
Apa
yang diberitahu membuatkan aku sedikit kecewa. Aku ingin berbual
lanjut dengan Syam. Setelah lama tidak bertemu, aku belum sempat
menanyakan tentang perkembangan dirinya. Tambahan pula, kejutan yang
diberikan Syam telah membuatkan aku sangat teruja untuk bercakap
dengan lebih lanjut lagi dengannya.
Namun,
kami terpaksa akur dengan peraturan yang ditetapkan. Syam,
Adam dan Sean berlalu pergi meninggalkan aku dan Miss R.
"Jadi apa yang
kita hendak buat sekarang?" tanya Miss R.
"Kita sambung
sahaja kerja kita" jawabku sambil menyemak 'senarai perlu
dibuat' yang aku simpan di dalam telefon bimbit.
"Alamak!"
aku menepuk dahiku. Aku menyedari sesuatu yang penting
yang sepatutnya aku
lakukan.
"Kenapa
Marina?" Miss R kehairanan.
"Aku
sepatutnya minta nombor telefon Syam tadi"
nada suaraku bercampur kesal dan geram.
"Alah... Kau
tidak berkawan dengan dia di Facebookkah?" tanya Miss R.
Daripada cara dia menyoalku, dia seolah-olah mengingatkan aku yang
kami bukan lagi berada pada tahun 2004.
"Hmmm...
Betul juga ya..." aku segera membuka akaun Facebookku dan
menyemak profil
Syam yang sudah lama tidakku buka.
"Marina!"
satu
suara menjerit memanggil namaku.
"Marina.
Syam panggil kau...." beritahu Miss R. Aku
berpaling semula ke arah
Syam
yang masih tidak jauh dari kami. Segan dengan pandangan orang di
sekitar yang mula memerhatikannya, dia cuba
mengatakan sesuatu kepadaku dengan hanya menggerakkan
bibirnya. Walaupun suaranya tidak dapat aku dengar, aku masih boleh
membaca apa yang cuba disampaikannya
"See
you"
"Okey!"
balasku sambil menaikkan ibu jariku kepadanya. Syam tersenyum. Aku
memerhatikan Syam dan dua rakannya berlalu pergi
menikmati kemasyuran pendek mereka itu.
Kurang
dari sejam, Ally muncul di karnival dengan kostum Inuyasha yang
dijanjikannya. Setibanya dia di sana, aku terus menceritakan kepada
Ally tentang Syam dan apa yang telah berlaku di festival itu sebelum
kedatangannya.
"Nampaknya
permainan semakin menarik..." kata Ally sebaik sahaja aku habis
bercerita kepadanya mengenai Syam atau pun Encik Robotman.
"Permainan?
Apa maksud kau?" tanyaku hairan.
"Kau,
Syam dan ... Daniel..." jawab Ally. Dia cuba berteka-teki.
Namun, dengan segera aku sudah boleh menangkap apa yang cuba
disampaikannya.
"Wooo...
Kau jangan salah anggap okey. Aku tidak ada apa-apa dengan Syam"
"Belum
lagi..." Ally mengangkat-angkat keningnya. Aku tahu dia cuba
berspekulasi. Dia percaya ada sesuatu yang bakal berlaku antara aku
dan Syam.
"Ah!
Ada-ada sahajalah kau ini Ally!" aku cuba menidakkan andaian
Ally.
Aku
dan Miss R meneruskan tugasan kami. Sepanjang
kami berada di karnival itu, kami berjaya mendapatkan bahan-bahan
menarik yang diinginkan Daniel seperti temuramah pendek dengan May'n
dan pertandingan Cosplay yang dikatakan Daniel sebagai 'material
wajib' untuk dimuatkan ke dalam majalah Hey. Aku, Miss R dan Ally
menghabiskan masa kami di situ sehingga ke majlis penutup yang
diadakan dengan meriah sekali.
Ketika jam menghampiri pukul lapan malam, aku mula tercari-cari Syam atau pun Encik Robotman yang telah berjanji untuk berjumpa denganku semula di sana. Ya. Mungkin dia tidak berjanji secara terus kepadaku. Namun, aku memegang kata-kata 'See You' yang diucapkannya itu dan percaya yang dia akan kembali mencariku. Malah, aku telah menghantar satu mesej kepada Syam melalui Facebook. Di dalam mesej itu, aku katakan kepadanya yang dia boleh menghubungi aku melalui Facebook Messenger pada bila-bila masa.
Aku
benar-benar ingin berjumpa dengan Syam sebelum pulang ke rumah. Jika
tidak dapat satu jam, sepuluh minit pun jadilah. Aku hanya ingin
bertanyakan khabar dan mengetahui serba sedikit tentang
perkembangannya sahaja.
Diterbitkan
oleh : Harry Haider Enterprise, Blok 4-9-9, Vista Angkasa
59200, Kuala Lumpur.
©
Kid Haider, Mohamad Khidir Bin Mohamed Yazir, Khidir
M. Yazir
Terbitan Pertama 2015
Terbitan Pertama 2015
Hak
Cipta terpelihara









No comments:
Post a Comment