Apabila memperkatakan tentang virus dan epedemik moden. HIV AIDS adalah perkara pertama yang muncul di dalam fikiranku.
Mungkin
kerana wabak itu adalah isu yang sering aku dengar sejak tahun
sembilan puluhan.
Teori
konspirasi berkenaan AIDS yang dikatakan sengaja dijangkitkan dari
beruk di Afrika pada tahun lapan puluhan kepada sekelompok kumpulan
manusia menjadi sesuatu yang aku minati sejak dahulu lagi. Namun
begitu epedemik moden tidak pernah memberi kesan kepadaku secara
peribadi.
''Nasib baik! Kalau
tidak mati saya!'' kata Daniel sejurus sahaja dia berjaya memulihkan
fail-failnya yang dijangkiti virus. Lihat bagaimana hal tentang virus
Daniel boleh membawa aku sejauh itu. Tetapi dengan pantas aku kembali
ke dunia realiti!
Daniel tiba-tiba
termenung. Dia seperti mengingati sesuatu.
'Mungkin
dia mengingati Jennifer' kataku di dalam hati.
Ah! Jennifer. Jennifer. Jennifer. Wanita itu sudah menjadi seperti
satu virus kepadaku. Seperti mana-mana virus yang selama ini
berfungsi untuk melumpuh, ianya telah berjaya melumpuhkan akal
fikiranku pada ketika itu.
Daniel kemudiannya
memandang ke arahku. Pantas aku mengalihkan pandanganku ke arah isi
fail yang sedang aku pegang.
Selepas apa yang
berlaku di Asia Cafe, aku dan Daniel berurusan seperti biasa. Seperti
tiada apa-apa yang berlaku di antara kami. Apa yang dikatakan oleh
Daniel malam itu membuatkan aku sedikit tersentak dan tertanya-tanya.
Terutama sekali tentang keberadaanku di Terry Lee. Adakah aku
diterima masuk ke Terry Lee kerana Jennifer? Atau ianya kerana
kebolehanku? Apa erti karisma yang dimaksudkan oleh Daniel? Kata-kata
Daniel pada malam itu benar-benar memberikan kesan kepadaku. Aku
merasakan kehadiranku dibayangi oleh Jennifer.
Atau
pun ianya memang salah diriku sendiri kerana terbawa-bawa dengan
emosi.
Aku
kira,
Daniel mahukan persahabatan daripadaku. Tetapi, aku meromantiskan
segala apa yang terjadi antara kami. Seharusnya aku awal-awal lagi
mendengar nasihat Gina. Selagi tiada apa-apa deklarasi tentang
hubungan ini, jangan terlalu tenggelam dengan emosi. Namun, ianya
sudah terlambat kerana aku sudah lemas ketika itu.
Selepas
mencari sebanyak mungkin maklumat tentang Jennifer, aku berjaya
menenangkan diri dan melupakan apa yang berlaku antara aku, Daniel
dan Jennifer. Perlahan-lahan, bayangan
Jennifer beransur hilang. Namun,
ianya tidak lama, seperti satu virus, Jennifer
kembali menghantui fikiranku apabila aku terbaca satu tweet dari satu
laman
web gosip. Tajuk headline posting tersebut adalah 'Editor majalah Hey
Daniel kembali bersama dengan bekas kekasih?'
Duniaku bergegar apabila membaca artikel yang ditulis. Aku menunjukkannya gambar-gambar kemesraan mereka berdua yang terdapat di dalam artikel itu kepada Gina dan Ally. Aku mengadu kepada mereka akan kekecewaanku.
Duniaku bergegar apabila membaca artikel yang ditulis. Aku menunjukkannya gambar-gambar kemesraan mereka berdua yang terdapat di dalam artikel itu kepada Gina dan Ally. Aku mengadu kepada mereka akan kekecewaanku.
"Apa
yang kau kecewakan sebenarnya?" tanya Gina.
"Aku kecewa
sebab... Aku sangkakan ada sesuatu di antara aku dan Daniel."
"Sesuatu?"
"Mmm.. Hmm.."
aku mengangguk.
"Hubungan
istimewa maksud kau?"
Aku hanya diam. Aku
tahu, di dalam hati, Ally pasti berkata. 'Aku sudah beritahu
awal-awal supaya berhati-hati dahulu bukan?'
Tetapi dia tidak
mengatakannya tepat ke mukaku. Itu adalah perkara paling buruk yang
boleh dia katakan di saat aku sedang patah hati memikirkan tentang
Daniel.
''Marina. Awak tahu
apa yang berlaku pada Susan?'' tanya Daniel. Dia tidak memandang
kepadaku, matanya terarah kepada skrin komputer.
''Tidak. Apa yang
berlaku?''
''Saya baru sahaja
terima e-mel dari Susan...'' Daniel terhenti. dengan wajah yang
berkerut, dia cuba menghabiskan e-mel yang diterima dari Susan.''
Dia dikuarantin di hospital sekarang ini. Dia disyaki dijangkiti
H1N1''
''H1N1?'' aku terkejut mendengar apa yang dikatakan oleh Daniel itu.
''Ya.'' Daniel
mengangguk. Dia terdiam seketika. 'Hmm... Mungkin dia sedang
memikirkan tentang Jennifer, sama ada dia dijangkiti H1N1 ataupun
tidak' fikirku sendirian. ''Saya mahu pergi buat pemeriksaan hari
ini.'' kata Daniel. Dia sedikit dramatik, dengan pantas dia bangun
mencapai jaket denim yang diletakkannya di penjuru meja pejabatnya.
''Awak beritahu bahagian editorial supaya kumpulkan semua maklumat
berkenaan restoran yang kita perlu riviu hari ini. Awak susun jadual
saya untuk esok dan seperti biasa perkembangan isu untuk bulan
hadapan setakat ini''
''Okey Daniel
nanti...'' Daniel terus berlalu meninggalkan pejabatnya. Aku masih
terpinga-pinga. Sekali lagi, aku mula berfikir tentang Jennifer.
''Marina....''
Daniel muncul kembali. Menghentikan lamunanku tentang Jennifer.
''Ya...''
''Hmmmm... Saya baru
sahaja terfikir''
''Apa dia Daniel?''
''Awak emelkan
kepada semua yang berada di Hey. Beritahu mereka supaya menjalani
pemeriksaan H1N1 esok di mana-mana klinik panel kita.''
''Okey.. Tetapi...''
''Oh ya.. Tambah
jika tidak ada surat sah mengatakan yang mereka bersih dari wabak
H1N1. Mereka tidak dibenarkan datang bekerja..''
''Okey... Bagaimana
pula...''
''Oh ya. Awak pun
jangan lupa buat pemeriksaan ya Marina. Saya pergi dahulu!''
"Okey Daniel!"
Daniel berlalu
meninggalkan aku yang masih lagi terpaku.
*****
''Sudah baca e-mel Daniel yang aku foward-kan pada kamu semua?'' aku bertanya kepada semua Miss Urban Fruit yang sedang menikmati makan tengahari.
''Belum lagi. Emel
tentang apa Marina?'' tanya Miss B.
''Tentang H1N1''
jawabku ringkas.
''Awh. Daniel cakap
tentang Susan dalam e-mel itu?''
''Tidak Miss B.
Daniel suruh kita semua pergi buat pemeriksaan di mana-mana klinik
panel esok''
''Oh...''
Masing-masing menganggukkan kepala sambil menunjukkan muka 'Perlukah
semua itu dilakukan?'
''Daniel terlalu
panik dan berlebih-lebihanlah.'' kata Miss R.
''Kalau
kamu semua hendak tahu, sejam selepas Daniel mengeluarkan arahan,
emak aku
pula
hantar mesej berkenaan H1N1 dan suruh aku buat pemeriksaan'' aku
memberitahu mereka.
''Ha? Naluri
keibuan?'' tanya Miss R dengan dahi yang berkerut.
''Alahai... Kau
rajin baca blog bukan? Aku pasti kau faham apa yang aku maksudkan''
jawab Miss B sambil mengangkat-angkat keningnya, merujuk kepada entri
blog berkenaan seksualiti Daniel yang pernah heboh pada satu ketika
dahulu.
''Awhh... Saya
faham'' Miss D tersenyum nakal.
''No
comment!''
kata Miss R dengan mulut yang penuh dengan rissoto.
Kami ketawa kecil
melihat gelagatnya.
*****
Di bilik
mesyuarat...
''Jadi inilah keputusannya?'' tanya Daniel sambil menyelak satu persatu laporan perubatan yang diserahkan kepadanya.
''Ya Daniel. Semuanya dari klinik panel kita.'' jawabku.
Daniel termenung
seketika di meja mesyuarat. Semestinya dia sedang memikirkan tentang
situasi Hey pada ketika itu.
'Ini
bukan mesyuarat yang biasa' hatiku berkata-kata. Aku pasti yang lain
juga begitu.
Malam sebelumnya, aku menerima mesej dan panggilan bertalu-talu dari
mereka yang bekerja di Hey. Ketika itu aku berada di Dr
Luv.
''Virus!
Virus!'' kataku kepada Ally dan Gina
sejurus aku menerima panggilan dan mesej dari rakan-rakan ku di Hey.
''Kenapa tiba-tiba
sahaja kau cakap tentang virus Marina?'' tanya Gina.
Aku
bercerita tentang apa yang berlaku di Hey kepada Gina dan Ally.
Keputusan
ujian itu mengejutkan kami semua bila mana hampir ke semua orang yang
berada di bahagian editorial dikuarantin. Yang tinggal hanya lima
orang termasuk aku.
Aku
bersyukur kerana aku tidak dijangkiti, namun apa yang merungsingkan
aku ketika itu adalah edisi baru HEY yang perlu disiapkan.
''Satu. Dua. Tiga.
Empat. Lima. Nampaknya inilah sahaja yang tinggal dalam bulatan kita.
Jadi.....'' Daniel mencari ayat yang sesuai untuk menyedapkan hati
kami. Aku tahu dia sebenarnya gubra. Tetapi jika dia menunjukkan
gubranya itu kepada kami, maka kami juga akan turut merasainya. Aku
kira dia mengawalnya dengan baik pada ketika itu.
Situasi
yang berlaku di Hey pada ketika itu amat mengejutkan kami semua.
Ianya sesuatu yang tidak pernah kami jangkakan.
Daniel
segera
mengadakan
mesyuarat untuk membincangkan
mengenai edisi HEY yang terbaru. Pada awalnya, kami bercadang untuk
memberi fokus kepada isu air. Akan tetapi, oleh kerana isu air yang
pada mulanya dicadangkan itu agak rumit kerana kebanyakan kami tidak
begitu arif tentangnya ditambah lagi dengan kekurangan krew untuk
membuat kajian, Daniel mula memikirkan sesuatu yang menarik, ringkas
dan maklumatnya senang untuk dicari.
''Mungkin
dia mahu buat isu tentang virus'' bisik Teresa
kepadaku.
''Apa
kata jika kita muncul dengan isu komik dan animasi?''
cadang Daniel. Kami semua berpandangan. Memikirkan tentang idea
Daniel itu.
"Mengapa
isu itu yang awak pilih Daniel?" tanya Dee.
''Ianya
paling senang dan selamat buat masa sekarang. Kita boleh letak banyak
material-material menarik dengan menggunakan satu atau pun dua orang
pelukis komik untuk melukis.
Tiada
model dan sesi pengambaran yang perlu dirancang untuk isu ini'.
Isu ini mudah. Lagi pun kita sudah lama tidak buat isu ini"
jawab Daniel.
''Betul,
lagi
pun kita
kenal dengan ramai orang di dalam bidang ini yang boleh memberikan
input tentang perkara-perkara berkaitan dengan animasi dan komik''
aku menyokong idea Daniel.
Kami
berbincang seketika, tiada
apa yang boleh dikatakan lagi. Itu
adalah topik terbaik yang boleh dihasilkan pada ketika
itu. Akhirnya
kami sebulat
suara bersetuju
untuk tampil dengan isu animasi dan komik.
"Tetapi
saya tidak mahu ianya hanya berkisar tentang komik dan animasi"
kata Daniel. "Kita perlu masukkan juga tentang isu virus."
"Aku
sudah kata tadi" bisik Teresa sekali lagi kepadaku.
"Namun,
perlu diingat, jangan menakutkan Kuala Lumpur dengan gambaran jelas
tentang virus H1N1. Berikan Kuala Lumpur sedikit harapan dan
semangat. Kita ceritakan isu virus ini secara grafik.
"Menarik.
Oleh kerana kita akan berkolaborasi dengan beberapa pekomik. Ada
baiknya kita cakap tentang virus yang tersembunyi sifatnya"
Rushdee mengemukakan cadangannya.
"Maksud
awak?"
"Begini
Daniel. Kita
semua
tahu yang komik
dan animasi sedang berkembang di
Malaysia bukan? Tetapi
malang
sekali, kita
masih ada virus.
Contohnya apabila Kartunis Saga saman Gempak Starz. Ini satu cerita
menarik. Kita cuba kaitkan ini dengan virus"
"Ya.
Kita boleh temuramah pekomik yang berkolaborasi dengan kita dan tanya
pendapat mereka berkenaan dengan virus H1N1 yang sedang melanda
sekarang. Kita bawa mereka secara mendalam dan saya tahu mereka boleh
bercakap tentang virus dalam kemanusian, korporat dan bidang komik
yang mereka ceburi" sokong Teresa.
Pulang
sahaja dari pejabat, aku terus ke Kafe Dr Love dan menceritakan
kepada mereka apa yang telah berlaku.
''Jadi hanya ada
lima orang sahaja yang bekerja?'' tanya Ally.
''Ya! Hanya
kami berlima sahaja. Daniel, Rushdee, Teresa, Dee dan aku'' kataku
kepada Ally dan Gina.
''God does
work in a misterous way'' kata Gina.
''This is
not a mystery. This can lead to misery!'' keluhku.
''Come on
Marina!'' Ally menepuk bahuku perlahan. ''Lihat siapa yang tinggal.
Daniel sebagai ketua editor, Marina sebagai penolong editor dan
penulis, Rushdee sebagai jurugambar, Teresa sebagai juruedit dan Dee
sebagai pereka grafik. Cukup!''
''Memang
cukup. Cukup untuk buat aku sesak nafas!''
Diterbitkan
oleh : Harry Haider Enterprise, Blok 4-9-9, Vista Angkasa
59200, Kuala Lumpur.
©
Kid Haider, Mohamad Khidir Bin Mohamed Yazir, Khidir
M. Yazir
Terbitan Pertama 2015
Terbitan Pertama 2015
Hak
Cipta terpelihara








No comments:
Post a Comment