Bzzzzzz….. Bzzzzzz…. Getaran telefon
bimbit Nokia yang aku letakkan bersebelahan dengan bantal mengejutkan aku dari
tidur yang panjang. Aku mencapainya dan dengan pantas membaca paparan di skrin.
“11 panggilan tidak dijawab” aku membacanya perlahan. Belum sempat aku menekan
butang ‘view’ pada skrin telefon itu, ia bergetar lagi. Nama Gina,
terpapar. Aku menjawab panggilannya.
“Helo.”
Suaraku separuh parau.
“Helo
Marina! Buka pintu. Aku di luar!” suara Gina kedengaran nyaring. Di selang-seli
dengan bunyi ketukan pada pintu.
“Di
luar mana?”
“Luar
bilik”
“Sekejap”
jawabku selamba. Aku menekan kembali butang ‘recent calls’ untuk melihat
siapakah yang telah menghubungiku sebanyak sebelas kali sebelum Gina. ‘Gina’
hanya nama Gina sahaja yang terpapar di situ.
Dengan
langkah yang perlahan, aku berjalan menuju ke pintu bilik yang berkunci.
Sejurus sahaja aku membuka pintu, aku kembali ke katil.
“Kau
masih hendak tidur lagi?”
“Alah…
aku masih mengantuk…”
“Bangunlah…
jangan bazirkan cahaya matahari Ahad…”
“Alah...
tidak ada bezanya cahaya matahari itu. Sama sahaja. Pagi ahad atau jumaat.
Semuanya sama. Cahaya matahari juga''
“Marina…
bangunlah… temankan aku sarapan…”
“Kau
ajaklah Ally dan Michelle”
“Memanglah…
tetapi tidak lengkaplah kalau kau tidak ada nanti...”
“Krohhhhh…..!”
“Ish!
Kau... buat – buat tidur pula” Gina memukulku dengan bantal. Kemudian, dia
menggunakan teknik yang paling tidak aku sukai. Dari belakang dia memelukku
dengan pelukkan yang amat-amat erat.
“Ouch!
Jangan Gina!” pelukan Gina menyekat nafasku.
“Hendak
bangun atau tidak? Ha! Hendak bangun atau tidak?” kata Gina.
“Gina.
Semputlah. Okeylah... Okeylah... Aku bangun!” aku mengalah. Gina melepaskan aku
dari pelukannya yang erat dan ketat itu.
“Ha…
tarik nafas dalam-dalam…. Tarik..... hembus.... tarik.... hembus....” '' Kau
ini ganaslah…. Ke tepi sedikit….”aku menolak Gina yang cuba berlagak seperti
seorang doktor atau pun lebih tepat lagi, cikgu pendidikan jasmani yang
membosankan.
“Aku
tunggu kau di luar ya Marina... jangan bersiap lama-lama sangat”
Dengan
lemah, aku melangkahkan kaki ke bilik air. Ketika mandi, aku memikirkan tentang
Shazlin dan apa yang berlaku dengan Markonah.
"Maafkan
aku Marina. Kerana aku, kau pun sudah jadi penganggur secara rasminya"
"Kau
tidak perlulah hendak minta maaf Shaz. Aku sepatutnya sudah lama berhenti dari
La Nona"
"Terima
kasih Marina."
“Aku
buat apa yang aku patut aku buat. Halang kau dari membunuh Markonah''
“Betullah
kata orang. Kalau kita layan orang gila, kita pun turut sama jadi gila”
“Okey
Shaz.... aku balik dulu. Nanti bila-bila kita jumpa”
“Okey
Marina. Jaga diri baik-baik”
Gina
meletakkan keretanya di hadapan Restoran Ali Corner yang berdekatan dengan
Plaza Alam Sentral. Ally dan Michelle yang sudah lama berada di dalam restoran
yang sebahagian bangunannya tidak berdinding itu melambai-lambai kami.
“Hai
Marina…” ucap Ally sejurus sahaja aku sampai di meja makan. Terus dia
memuncungkan bibirnya. Seperti biasa. Aku tahu apa yang diinginkannya.
“Hai
Ally. Muah!” aku memberikan ciuman atas angin. Begitu juga dengan Michelle.
Ianya satu ‘strategi kesantunan’ kami.
“Kenapa
kamu berdua lambat?” tanya Ally.
“Maaf
semua… kalau bukan kerana dia. Aku tidak akan lambat tahu” terang Gina sambil
memuncung dan muncungan itu dihalakannya kepadaku.
“Aku
bukan apa… malas hendak keluar pagi-pagi macam ini…” aku memberi alasan yang
agak klise. Alasan yang aku pernah berikan pada mereka dahulu.
“Alah
Marina. Bukannya selalu kita dapat jumpa… Hari-hari lain kita semua sibuk
kerja… ini sajalah masa yang kita ada…” kata Michelle.
“Aku
sudah tidak sibuk lagi sekarang ini…”
“Maksud
kau?”
“Aku
sudah tidak bekerja lagi di La Nona”
“Kenapa
pula?” Michelle nampak bersemangat untuk mengetahui tentang kami.
Aku
menarik nafas dalam-dalam. Aku tahu aku terpaksa juga menyebut nama Markonah.
“Kenapa?
Apa yang terjadi? Ceritalah… ceritalah..” kata Ally. Sekiranya Ally sudah mula
menggesa, bermakna sesi brunch itu akan jadi bertambah panjang dari yang
dirancang. Sebab bagi pendapat aku, Ally ada ciri-ciri seorang inspektor. Dia
akan tanya, tanya, tanya dan tanya sehinggalah semua butir-butir penting yang
diperlukannya diperolehi.
''Nampaknya
Marina, Puan Markonah pasti sedang cari orang baru sekarang''kata Ally.
“Agaknyalah.
Kenapa Ally? Kau hendak ke La Nona pulakah?”
“Jangan
mengarut. Aku masih ingat lagi macam mana dia buat hidup Yani macam neraka
selama dia bekerja di bawah Markonah” Ally kembali mengingatkan kami kepada
kenalan kami yang pernah berkerja untuk Markonah sebelum Shazlin mengambil alih
tempatnya.
“Patutlah
kau bersungguh-sungguh tidak mahu Marina bekerja dengan La Nona dahulu...” kata
Gina
“Sekarang
kau sudah tahu apa sebabnya bukan? Bekerja selama lebih dua tahun di bawah
Markonah bukan perkara main-main. Kau berhak menerima anugerah Marina!” kata
Michelle. Diiringi dengan gelak ketawa dari Gina dan Ally.
“Jadi
selepas ini, pilihlah kerja dengan tepat Marina......”kata Michelle.
“Betul
apa yang Michelle katakan itu. Tiada salahnya kalau jadi cerewet...” kata Gina.
“Yalah.
kalau kita buat kerja yang kita tidak suka, kita akan terperangkap dan kesannya
akan kita rasakan bertahun-tahun yang akan datang…” Ally menyambung.
“Oh
ya. Bagaimana kau dengan Norman?” tiba-tiba sahaja nama lelaki itu terkeluar
dari mulut Michelle.
“
Kami akan berjumpa malam ini di Sunway Piramid…”jawabku selamba.
“Dia
tahu yang kau sudah berhenti kerja?” tanya Michelle
“Belum
lagi… Marina belum beritahu…” Gina memberi jawapan bagi pihakku.
“Ha!?
Dia belum tahu lagi?! Tunang kau sendiri belum tahu apa yang terjadi pada kau?
Hmmmm….” Kata Ally.
“Itulah
sebabnya aku hendak jumpa dia malam ini. Aku hendak beritahu
segala-galanyakepada dia…”
“Ooo…
Romantiknya…. Sesi adu mengadulah malam ini ya?” soal Michelle.
“Lebih
kurang begitulah…..”kataku dengan wajah yang gembira.
Sambil
menunggu Norman yang tidak lagi muncul-muncul di hadapan pintu masuk Sunway
Pyramid, aku membelek-belek album Beck bertajuk ‘Sea Change' yang baru sahaja
dibelikan oleh seorang kawanku yangbaru pulang dari luar negara. Ianya untuk
Norman, tunanganku yang sudah hampir sebulan tidak aku temui.
Aku
duduk berfikir untuk seketika. Memikirkan bagaimana hubungan aku dan Norman
boleh bertahanbertahun-tahun lamanya walaupun banyak perkara yang berlaku
sepanjang tempoh itu. Aku kembali seketika ke masa silam kami. Perlahan-lahan
aku menyelak satu-persatu memori yang tertulis di halaman-halaman mindaku.
Lantas, aku berkonklusi bahawa hubungan aku dan Norman berkekalan sehingga hari
ini kerana halwa telinga kami. Maksud aku di sini adalah muzik. Ya! Kerana muzik.
Sejak dari dulu lagi kami suka bercakap mengenai muzik. Carta US Billboard,
Anugerah Grammy, siapa pecah rekod siapa dan macam-macam lagi yang berkaitan
dengan muzik.
Sepanjang
perkenalan kami, aku selalu menghadiahkan rekod-rekod muzik kepadanya. Kadangkala,
dia juga menghadiahkan rekod-rekod muzik kepadaku tetapi diselang-selikan
dengan buku atau pun novel. Kemudian, kami akan bercakap mengenainya secara
mendalam. Itulah yang seringkali menjadi topik perbualan utama kami sejak dari
mula lagi. Aku masih ingat lagi rekod pertama yang aku hadiahkan kepadanya
iaitu 'Bounce' dari Bon Jovi. Ketika itu, aku sangkakan dia menyukai kumpulan
muzik itu dan juga jenis muzik yang dibawa mereka, tetapi rupanya Bon Jovi
bukan citarasanya. Norman nyata boleh ‘enjoy’ lagu-lagu mereka yang
rata-ratanya sedap didengar dan cathcy tetapi pada pendapatnya, kumpulan
itu tidak berevolusi dan tidak adventurous. Tetapi itu hanya
pendapatnya, kenyataan bahawa Bon Jovi adalah sebuah kumpulan yang hebat tidak
dapat disangkal oleh sesiapa pun. Sejak dari itu, aku terus dapat menangkap apa
yang diinginkan Norman secara muzikal.
''Hmm...''
aku mengeluh sendirian. Norman masih lagi belum sampai. Aku cuba menghubunginya
tetapi tidak ada respon yang diberikan. Huh! 'this is very him' kataku di dalam hati. 'Boleh jadi
dia terlupa selok belok jalan di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya'. Tetapi itu
adalah sesuatu yang mustahil melainkan dia disihir atau dipukul dengan teruk
sehingga menyebabkan gegaran otak kerana baru sahaja sebulan dia meninggalkan
ibu kota, bukannya setahun. Norman sebenarnya pada ketika itu baru sahaja
pulang dari Seychelles atas urusan kerja. Dikenali sebagai seorang pengurus
restoran yang cekap, Norman ditugaskan untuk memantau sepasukan tukang masak
yang ditempah khas bagi menyediakan makanan selama sebulan untuk krew-krew Baby
Bath Production yang terlibat di dalam pengambaran filem Seruan Pulau (di
peringkat antarabangsa ianya dikenali sebagai The Island) arahan pelakon dan
pengarah terkenal Hanida Hasry. Hanida juga merupakan pelakon utama di dalam
filem itu. Ia adalah projek pertama arahannya yang mendapat publisiti meluas
dari pihak media.
Apa
yang membuatkan aku beria-ia untuk berjumpa dengan Norman malam itu adalah
kerana rasa ingin tahuku yang membara untuk mengatahui apa yang sebenarnya
berlaku di Seychelles. Terutama sekali, Hanida Hasry. Faktor utama adalah minat
dan faktor kedua adalah kerana cemburu. Ya. Aku mengaku yang aku berasa
cemburu. Yalah. Siapa yang tidak cemburu jika tunangannya diminta oleh seorang
wanita cantik dan terkenal seperti Hanida semata-mata untuk memantau 'sepasukan
tukang masak'!
![]() |
''Tidak
salah kalau kau menaruh perasaan syak. Jika aku jadi kau, aku juga akan rasa
begitu'' kata Gina kepadaku tempohari apabila aku memberitahunya mengenai hal
ini. Walaupun tunang Hanida iaitu Danish Fikri berada di Seychelles kerana dia
turut membintangi filem itu, aku masih lagi belum berpuas hati. Tahu-tahu
sahajalah, macam-macam boleh terjadi di sana dalam masa sebulan. Tambahan pula,
Hanida sendiri yang meminta Norman untuk menemaninya. Bayangkan! Hanida sendiri
yang memintanya! Jadi, memang sepatutnya aku mendapatkan penjelasan dari
Norman. Aku rasa ianya tidak keterlaluan bukan?
“Hai
Marina...” kata Norman. Akhirnya dia muncul juga setelah sembilan puluh minit
lewat dari masa yang dijanjikan. Wajahnya kelihatan selamba. Seperti tidak
melakukan apa-apa kesalahan.
“Sampai
juga awak akhirnya. Kenapa lambat?''
“Maaflah.
Saya ada hal sedikit tadi. Awak pun tahu yang saya mesti lambat seminit-dua
bukan?” kata Norman. Dia hanya tersenyum. Seolah-olah dia memang lewat hanya
seminit-dua sahaja.
Aku tidak mampu berkata apa-apa. Sememangnya aku
berasa sedikit geram apabila mendengar perkataan 'seminit dua' yang terkeluar
dari mulutnya itu dan apabila memikirkan tentang dia yang mempunyai hal tetapi
memilih untuk tidak menghubungi dan memberitahuku mengenainya. Aku menarik
nafas dalam-dalam.
'Elakkan dari bergaduh. Mari fokus pada perkara lain.
Jangan beratkan sesuatu yang ringan. Lebih baik tamatkan isu siapa lambat?
Siapa cepat?' aku cuba memujuk diriku sendiri. Mengubah topik panas kepada
topik yang lebih 'sejuk' atau 'menyelerakan' adalah helah yang selalu aku guna.
“Jadi,
awak hendak bawa saya makan ke mana?” walaupun pada awalnya kami merancang
untuk ke Bubba Gump, aku tetap bertanya juga kepada Norman kerana dia
kadang-kala terlupa tentang rancangan yang dibuatnya sendiri.
“Apa
kata kalau awak yang tentukan di mana kita patut makan” kata Norman.
Inilah
dia kodnya. Ini adalah cara Norman meminta maaf. Beri aku hadiah atau belanja
aku makan.
“Saya
yang pilih?” aku bertanya untuk kepastian.
“Ya.”
Dia mengangguk.
Dengan pantas, aku menggesa peti memoriku untuk
menyemak senarai makanan yang sudah tujuh bulan setengah tidak aku jamah. Aku
berfikir seminit dua dan akhirnya aku memutuskan bahawa kami berdua akan makan
makanan Jepun. Apa yang aku suka tentang Norman adalah, dia tidak begitu
memilih dalam bab makan. Dia telan apa sahaja kecuali kayu, batu dan beberapa
material di atas muka bumi yang haram atau pun tidak logik untuk dimakan. Dia
bersetuju dengan cadanganku. Kemudian, kami (terutamanya aku) dengan gembiranya
terus pergi ke Sushi King.
Sambil menikmati makanan yang dihidangkan,
aku menanyakan soalan-soalan yang telah aku fikirkan dan yang bermain-main di
kepalaku sejak keberangkatannya ke Seychelles.
"Bagaimana
dengan Seychelles? Bagaimana dengan pengambaran filem The Island? Apa cerita
Hanida?Bagaimana hubungan awak dengan Hanida?
Adakah
Hanida melayan awak dengan baik? Adakah dia sekejam yang dilaporkan?
Pernahkah
dia mengapa-apakan awak?" Soalan demi soalan keluar dari mulut aku seperti
peluru. Bang! Bang! Bang!
“Banyaknya
soalan awak. Sudah habis atau belum?” tanya Norman kepadaku yang nampak belum
puas.
“Banyak?
Maaflah, hari ini saya jadi polis pula. Bukan apa. Saya dengar macam-macam
cerita berkenaan dengan Hanida di Seychelles. Saya cuma mahu pastikan apa yang
saya dengar itu betul atau pun tidak. Itu sahaja. Saya tiada niat lain.”
Norman
tersenyum mendengar kata-kataku. Dia memberi pandangan yang nakal kepadaku.
Renungannya seolah-olah memberitahu ‘Marina. Awak sebenarnya cemburu bukan?’.
''Oh
ya. Saya dengar awak sudah berhenti kerja? Betulkah?” tanya Norman kepadaku.
Aku sebenarnya belum habis lagi bertanya mengenai Hanida tetapi memandangkan
Norman sudah mula bertanya mengenai hal yang berkaitan dengan hidupku. Hatiku
terdetik mengatakan 'Inilah yang aku mahukan. Dia bertanya tentang diriku. Yang
mana sebelum ini jarang sekali dilakukannya. Jadi nikmatilah saat- saat ini. Ambil
peranan yang selalu kau pegang dalam hubungan ini. Lupakan tentang Hanida!
Lupakan sekarang!'
“Ya.
Betul… bagaimana awak boleh tahu? Saya baru sahaja terfikir untuk memberitahu
awak mengenainya”
“Saya
baca blog…''
“Oh.
Blog?”
“Ya.''
jawab Norman. ''Apa yang saya hendak tahu sekarang adalah kebenaran laporan
blogger tersebut. Awak perlu beritahu saya yang mana satu betul dan yang mana
satu exaggeration.”
Ianya
bukan satu topik yang seronok untuk dibualkan. Faham-faham sahajalah. Markonah,
La Nona, tarik rambut, Nora, itu dan ini. Tetapi itu lebih baik dari dia
langsung tidak ambil tahu bukan? Ini permintaan Norman. Sebagai tunanganku, dia
memang patut tahu mengenainya. Jadi terpaksalah aku bercerita mengenai apa yang
berlaku dari A ke Z dan sepanjang aku bercerita dia asyik tertawa sahaja.
''Jadi
semuanya betul? Saya tidak sangka bahagian Markonah simbah air ke muka Shazlin
dan 'tarik rambut' itu betul'' tanya Norman. Seolah-olah tidak percaya dengan
apa yang didengarnya.
''Ianya
betul Norman...'' kataku. Cuba meyakinkan Norman.
''Jadi
semua blogger-blogger itu tidak mereka ceritalah ya?''
''Tidak.
Semua yang ditulis adalah betul. Cuma nama saya sahaja yang tidak dimasukkan ke
dalam cerita itu''
''Awak
pun hendak tumpang glamor juga rupanya ya?'' Norman tertawa lagi. Aku hanya
tersenyum melihat Norman yang kelihatan begitu gembira sekali mendengar cerita
mengenai Markonah dan Shahzlin. “Oh ya! Apa yang awak bawa? Ada CD baru untuk
saya?” tanya Norman. Dia menunjuk kepada plastik yang berisi CD Beck itu.
“Ya.
Baru sahaja saya beli.Tetapi ianya telah lama diterbitkan. Tahun 2002”
“Single
atau album?”
“Album.”
Kataku sambil menyerahkan CD itu kepada Norman.
“Wow.
Sea Change dari Beck. Ini magnum opusdia. Awak sudah dengar?”
“Ya.
Saya sudah dengar lebih kurang lima kali''
“4
bintang dari 5”kataku dengan yakin. Momen-momen seperti ini adalah momen-momen
yang sangat aku gemari. Kami berdua duduk bercakap tentang muzik dan segala
perkara buruk yang pernah berlaku kepada kami akan dilupakan begitu sahaja.
Norman
tidak pernah memberitahunya kepadaku tetapi aku rasa salah satu sebab yang
membuatkan dia mula tertarik kepadaku adalah kerana muzik. Aku juga tidak tahu
sama ada apa yang aku rasakan betul atau pun tidak tetapi dengan tidak
disengajakan, aku juga menarik perhatian Norman dengan muzik.
Ini
semua terjadi apabila 'signal' yang aku balas kepada Norman tidak dibalas
kembali dengan respon yang aku harapkan. Apabila itu berlaku, aku mula
memikirkan cara untuk menarik perhatian Norman. Pada pendapatku, untuk menarik
perhatian seseorang, aku perlu memahami dunianya dan membuatkannya kagum dengan
pengetahuanku tentang perkara-perkara yang menarik di dalam dunianya. Sebelum
terjalinnya hubungan kami, Norman memang pernah memberi aku signal seolah-olah
dia tertarik denganku tetapi sejurus sahaja aku membalas signal itu, dia
seolah-olah menjauhkan dirinya daripadaku. Respon yang sebegitu rupa membuatkan
aku beranggapan bahawa dia hanya bermain-main sahaja denganku. Mungkin, aku memberi
signal yang salah dan dia tidak menerimanya sebagai satu signal. Mungkin juga
aku telah menakutkannya dengan signal-signal itu. Walau apapun sebabnya, apa
yang Norman lakukan benar-benar mencabar diriku. Aku merasakan seperti dia
sengaja melakukannya. Aku tahu ada sesetengah orang yang menganggap perkara
seperti itu seperti suatu permainan yang menyeronokkan dan ketika itu, tidak
mustahil Norman juga boleh melakukannya kepadaku. Jujur aku akui, aku berasa
tercabar dan malu. Namun, adakah benar Norman berfikiran sebegitu rupa? Adakah
dia sengaja memberikanku signal itu dan tidak mengendahkannya apabila menerima
balasan daripadaku? Adakah dia memang sengaja bermain-main? Aku tiada pilihan,
aku perlu lenyapkan persoalan-persoalan itu dan aku perlu meneroka ke dalam
kotak fikiran Norman dan juga rakan-rakannya. Aku mahu tahu siapa sebenarnya
Norman dan dunianya. Yang paling penting, aku mahu tahu apa yang difikirkannya
tentang diriku.
Oleh
kerana kami tidak mempunyai peluang untuk kerap bertemu, hanya ada satu cara
sahaja yang boleh aku lakukan ketika itu iaitu dengan menghendap Norman dan
rakan-rakannya di bengkel kemahiran hidup yang menjadi tempat lepak Norman dan
lima lagi kawannya selepas mereka selesai menghadiri aktiviti sukan.
Rancanganku ketika itu adalah untuk mendengar apa yang mereka bualkan. Manalah
tahu kalau-kalau mereka ada memperkatakan tentang diriku. Aku tidak
bersendirian ketika itu, rakan karibku semasa di sekolah, Tia dengan penuh
semangat menawarkan diri untuk membantu dan menemaniku. Pada permulaannya, aku
berasa gementar juga. Namun, kami bersedia untuk segala kemungkinan dan dalam
diam tidak diam, hampir sebulan aku melakukannya. Macam-macam yang aku dengar
dari perbualan mereka. Mereka bercerita mengenai hal sekolah, bola sepak, jerawat,rambut,syampu
rambut, perapi rambut, serum rambut, warna rambut, minyak wangi, hal
budak-budak perempuan (namaku tidak disebut), hal orang lelaki (Tia berusaha
keras untuk tidak gelak apabila mendengar mengenai hal ini semasa kami sedang
menghendap mereka dan ini adalah topik yang paling dia sukai) dan macam-macam
lagi.
Tetapi yang paling menyeronokkan sekali adalah ketika aku mendengar Norman bermain gitar sambil menyanyikan lagu-lagu Pearl Jam. Bukannya lagu-lagu Pearl Jam yang hit seperti Last Kiss, tetapi lagu-lagu seperti Love Boat Captain dari album Riot Act. Aku kurang meminati Pearl Jam sebenarnya, tetapi apabila aku mendengar Norman menyanyikan lagu-lagu kumpulan itu, sifat ingin tahu aku tentang Pearl Jam terus meningkat. Sepupu aku pernah memainkan rekod itu semasa kami sekeluarga mengunjungi rumahnya dan dari situlah aku tahu lagu-lagu yang dimainkan Norman itu adalah lagu-lagu Pearl Jam. Daripada itu, aku dapat membuat kesimpulan yang mudah mengenai diriku, aku mula tahu apa jenis orang yang aku lihat setiap hari di hadapan cermin. Apabila aku tertarik pada seseorang yang lain, aku juga ingin mengetahui dan merasai apa yang disukai olehnya. Tarikan yang kuat kepada Norman telah menjadikan aku seorang peminat Pearl Jam. Aku mula mendengar lagu-lagu Pearl Jam dari internet dan kemudian membeli kaset Pearl Jam satu persatu.
Tetapi yang paling menyeronokkan sekali adalah ketika aku mendengar Norman bermain gitar sambil menyanyikan lagu-lagu Pearl Jam. Bukannya lagu-lagu Pearl Jam yang hit seperti Last Kiss, tetapi lagu-lagu seperti Love Boat Captain dari album Riot Act. Aku kurang meminati Pearl Jam sebenarnya, tetapi apabila aku mendengar Norman menyanyikan lagu-lagu kumpulan itu, sifat ingin tahu aku tentang Pearl Jam terus meningkat. Sepupu aku pernah memainkan rekod itu semasa kami sekeluarga mengunjungi rumahnya dan dari situlah aku tahu lagu-lagu yang dimainkan Norman itu adalah lagu-lagu Pearl Jam. Daripada itu, aku dapat membuat kesimpulan yang mudah mengenai diriku, aku mula tahu apa jenis orang yang aku lihat setiap hari di hadapan cermin. Apabila aku tertarik pada seseorang yang lain, aku juga ingin mengetahui dan merasai apa yang disukai olehnya. Tarikan yang kuat kepada Norman telah menjadikan aku seorang peminat Pearl Jam. Aku mula mendengar lagu-lagu Pearl Jam dari internet dan kemudian membeli kaset Pearl Jam satu persatu.
Aku
membawa kaset Pearl Jam itu ke hulu dan ke hilir dengan harapan aku akan
berjumpa dengan Norman dan aku boleh pura-pura terjatuhkan kaset-kaset Pearl
Jam itu di hadapannya. Kemudian kami boleh mula bercakap. Sehingga sekarang,
aku pasti akan mentertawakan diriku sendiri apabila mengingatkan apa yang aku
cuba lakukan. Aku sebenarnya cuba untuk merealisasikan apa yang pernah aku
lihat di dalam filem. Tetapi filem hanya memberikan aku visi. Malang sekali
ianya tidak disokong oleh realiti. Realiti juga penuh dengan kejutan dan ianya
selalu membawa aku ke tempat atau situasi yang tidak aku sangka.
Cerita
aku, Norman dan Pearl Jam mungkin bermula ketika aku mendengar nyanyian Norman
di bengkel Kemahiran Hidup. Namun ianya mula terjalin ketika aku terserempak
dengannya di kedai buku MPH di City Square Johor Bahru. Malang sekali, aku
tidak membawa kaset-kaset Pearl Jam itu pada hari itu. Aku menjerit-jerit di
dalam hati. Memarahi diri sendiri kerana tidak membawa kaset-kaset itu sekali
bersama-sama denganku. Aku bingung seketika. 'Apa yang perlu aku buat? Perlukah
aku menegur Norman? Atau jangan hiraukan kehadirannya dan buat muka selamba?'
hatiku berkata-kata. Seperti si bijak Jimmy Neutron yang ingin mencari akal
bagi menyelesaikan masalahnya, aku segera menggesa neuron-neuronku menjalankan
tugasnya. Akhirnya aku memutuskan untuk menyanyikan lagu 'I Am Mine' dengan
perlahan sambil berpura-pura memilih buku. Relevannya? Supaya Norman menyedari
bahawa aku juga banyak mengetahui tentang Pearl Jam. Itulah relevan di sebalik
rancanganku itu. Norman yang ketika itu berada selang empat rak daripadaku
menyedari kehadiranku. Kami bertentangan mata. Norman terkebil-kebil
memandangku. Aku pula berpura-pura terkejut dengan kehadirannya. Kemudian dia
tersenyum. Diambilnya senaskah majalah Rolling Stone dari rak dan berlalu
pergi.
Malam
itu aku menghadapi kesukaran untuk melelapkan mata, berbagai-bagai premonisi
hadir ke dalam mindaku. Apa yang Norman fikirkan pada ketika itu, maksud di
sebalik senyumannya, kemungkinan untuk dia mempersoal minatku terhadap Pearl
Jam dan... Ah! senarai premonisiku tidak berpenghujung.
Esoknya,
aku menerima mesej dari nombor yang tidak dikenali dan apabila pengirim itu
selesai berteka-teki denganku, dia memperkenalkan dirinya. Berdegup kencang
jantungku apabila dia memperkenalkan dirinya sebagai Norman. Kencang jantungku
itu bercampur dengan rasa gembira yang amat mengasyikkan. Inilah butir-butir
mesej yang masih aku ingat.
''Hai
Marina! Awak sedang buat apa?''
''Sedang
baca komik''
“Sin
Chan?”
'Sin
Chan? Apa yang buat dia fikir yang aku suka baca Sin Chan?'
“Oh
Paul Auster. Si absurd itu”kata Norman. Ketika itu timbul perasaan kagum
terhadapnya kerana dia kenal siapa itu Paul Auster dan karya-karyanya yang absurd
itu.
“Awak
tahu tentang Auster? Awak minat dia?"
"Jadi.
Apa obsesi awak sekarang?"
"Maksud
awak selain dari baca tentang perang dan politik dunia?" tanya Norman.
"Ya.
Selain dari perkara-perkara itu" kataku disertai dengan tawa kecil.
"Pearl Jam...”
“Oh.
Pearl Jam.. Album apa yang awak dengar sekarang?”
“Riot
Act…”
“Saya
sukakan album itu”
“Betulkah?”tanya
Norman. Keterujaannya kedengaran jelas dari suaranya.
“Ya.
Betul. Saya sudah dengar keseluruhan album itu"
"Berapa
markah awak hendak beri untuk Riot Act?"
"Saya
berikan empat bintang daripada lima" kataku penuh yakin.
"Wow.
Banyak juga itu Marina"
"Jadi
Syam... Lagu apa yang awak suka dari Riot Act?”
“Saya
suka Love Boat Captain, I Am Mine dan Bush Leaguer. Awak pula Marina?''
''Saya
suka Love Boat Captain!''
“Pilhan
yang bagus. Gitar Stone Gossard berhantu bukan?”
“Gossard
sahaja? McCready pula bagaimana?”
“Oh
ya! Siapa boleh lupa tentang Mike McCready?'' Kata Norman menyatakan
kekagumannya. Kami terus bercakap mengenai Crodpuster, Ghost, Wanted To Get
Right, 1/2 Full dan beberapa lagi trak dari rekod Pearl Jam itu. Bermula dari
saat itu, maka bermulalah hubungan kami. Semuanya kerana 'Pearl Jam'. Walaupun
ia sudah bermula lama dengan signal-signal yang salah tetapi Pearl Jam membantu
mempercepatkannya.
























No comments:
Post a Comment