"Hai
Marina..." Gina yang baru sahaja pulang dari tempat kerja terus
mendapatkan aku yang sedang duduk termenung di ruang tamu.
"Hai..."
jawabku lemah.
"Kenapa
dengan kau Marina? Monyok sahaja muka"
"Hujung
minggu ini, aku akan habiskan masa aku dengan The Urban Fruits"
"Jadi
kau akan ikut mereka ke Kuala Pilah hujung minggu ini? Syabas Marina!
Syabas!" kata Gina sambil ketawa terbahak-bahak.
"Ya.
Habislah aku. Habis! Habis terbuang cuti tiga hari aku!"
"Yang
kau pun mengikut sahaja. Cakap sahajalah yang kau pun ada hal..."
kata Gina cuba memberi cadangan untukku mengelak.
"Susah
Gina. Aku sudah janji dengan mereka sejak kami di Singapura lagi. Aku
pun tidak tahu apa yang menyebabkan aku bersetuju dengan cadangan
mereka ketika itu. Aku macam terpukau pula"
"Tidak
mengapalah. Bukannya teruk sangat pun. Aku yakin, kau pasti seronok
nanti" Gina ketawa kecil.
"Seronok?
Yalah... Seronoklah sangat"
aku mengeluh berat.
Semasa
di Singapura, Miss
B telah mencadangkan kepada aku dan The Urban Fruits untuk pergi
bercuti ke kampungnya di Kuala Pilah. Bagiku, ianya satu cadangan
yang langsung tidak menarik.
Untuk Miss D dan Miss R yang jarang ke kawasan kampung, ianya pasti
sesuatu yang mengujakan. Tetapi bagiku, ianya satu pemandangan yang
biasa.
Pada
ketika itu, aku
hanya mampu berharap agar mereka terlupa tentang rancangan mereka
itu. Namun, pada satu pagi yang tenang, Miss B datang ke pejabat dan
membangkitkan semula apa yang dicadangkannya sewaktu kami di
Singapura. Pantas memberi tahu bahawa
apa yang aku
doakan
ketika itu tidak
dimakbulkan.
"Bagus
juga
cadangan itu Miss B..."
kataku
kepada Miss B apabila dia dengan begitu bersemangat sekali bercerita
tentang rancangannya untuk membawa
kami semua
ke
Rumah Tradisi keluarganya di Kuala Pilah.
"Baguslah
kalau begitu. Kita pergi Sabtu pagi ini ya! Kebetulan pula hari Isnin
minggu hadapan cuti umum. Aku memang tidak sabar hendak bawa kamu
semua pergi ke Rumah Tradisi keluarga aku. Kebetulan
pula, kami
akan
adakan satu majlis untuk meraikan saudara lelaki aku yang hendak kena
‘potong’"
'Rumah
tradisi?' tanyaku sendirian. Sejujurnya, aku tidak berapa faham
dengan apa yang dikatakan oleh Miss B
dengan 'Rumah Tradisi'.
Adakah ianya sama dengan 'Rumah Ibu'? Atau pun rumah itu adalah
tempat menyimpan barang-barang lama yang kelihatan seperti muzium?
Jika benar tekaanku , aku tidak dapat membayangkan bagaimana mereka
hendak meraikan majlis berkhatan di situ.
"Tetapi
janganlah bimbang. Hanya saudara-mara yang terdekat sahaja yang akan
hadir" kata Miss B. Barangkali, dia menyedari ketakutan yang
terpancar di wajahku.
Yang
sebenarnya, aku bukanlah takut. Aku hanya hairan kenapa Miss B begitu
beria-ia hendak mengajak kami pergi ke rumah tradisinya semata-mata
untuk menyaksikan majlis berkhatan. Aku mula membuat andaian yang dia
sendiri tidak mahu pulang dan kami diajak supaya dia boleh
mengurangkan tahap kebosanannya di situ.
"Seronoknya!
Aku tidak sabar hendak pergilah!" kata Miss R dengan penuh
keterujaan. Begitu juga dengan Miss D.
Sepanjang
hari, itulah topik yang diperkatakan oleh mereka. Kawasan kampung,
Rumah Tradisi, budak berkhatan dan macam-macam lagi!
'Ish!
Seronokkah semua ini? Mereka semua sudah gilakah? Aku harap tidak
akan ada monyet atau lotong yang akan menculik kamu semua nanti.
Maklumlah, kamu semuakan 'buah-buahan' yang segar' kataku sendirian.
"Mesti
ada sungai bukan?" tanya Miss D.
"Ada-ada!"
Miss B mengangguk.
"Perigi?"
tanya Miss R pula.
"Ada-ada"
Miss B mengangguk lagi.
"Tidak
sabar rasanya aku hendak curahkan air ke badan pada waktu pagi dengan
air perigi dan mandi sungai di waktu petang" kata Miss D dengan
gaya seorang dayang istana yang sudah lama tidak mandi.
Aku
hanya tersenyum. Mengangguk-angguk seperti aku juga teruja untuk
pergi mandi sungai dan merasai kesejukan air perigi di pagi hari. Di
dalam hati, aku memberitahu diriku untuk bersedia dengan bekalan
darah yang banyak kerana aku yakin ianya bakal dijamah oleh
nyamuk-nyamuk durjana di Kuala Pilah.
'Kau
sungguh kejam Miss B! Kau sungguh kejam! Kenapa kau tidak beritahu
kenyataan sebenar kepada mereka yang sedang teruja ini ha!' aku
menjerit-jerit di dalam hati.
"Eh.
Daniel ikut sekali ke sana nanti?"
tanya Gina.
"Tidak.
Kalau dia pergi seronok juga aku"
"Ajaklah
dia!" Gina memukul aku dengan bantal.
"Sudah
ajak. Tetapi dia kata dia ada hal"
"Syam?"
"Tidak
mahulah. Nanti dia fikir yang bukan-bukan pula. Apa kata kau sahaja
yang ikut aku?"
"Tidak
mungkin Marina. Tidak! Tidak! Aku sudah ada rancangan dengan..."
Gina tidak menghabiskan kata-katanya.
"Dengan
siapa?"
"Adalah...
Mana boleh beritahu kau"
"Amboi!
Sejak bila pula kau berahsia dengan aku Gina?!"
"Sejak
kau pun pandai main kayu tiga"
"Ha?!"
"Kau
jangan cuba hendak nafikannya Marina"
"Ah!
Malas hendak cakap dengan kau. Sudahlah. Aku hendak berkemas!"
Aku
duduk di hadapan cermin membersihkan solekan yang berbaki sambil
membayangkan hujung mingguku yang bakal aku habiskan di Rumah Tradisi
itu nanti. Aku cukup yakin yang ianya akan menjadi satu hujung minggu
yang membosankan kerana bagiku tidak ada apa yang menyeronokkan
tentang majlis berkhatan dan tidak ada apa yang menyeronokkan tentang
air perigi! Aku mula membayangkan akan kemungkinan nyamuk-nyamuk di
Kuala Lumpur yang telah mendapat signal dari Kuala Pilah untuk
terbang ke sana kerana adanya buah-buahan segar yang akan datang. Oh
tidak!
Aku
tahu imaginasiku itu agak keterlaluan. Pantas, aku memberitahu diriku
yang ianya tidak seteruk yang disangkakan. Aku mula menggesa diriku
untuk memikirkan sesuatu yang lebih positif.
"Mungkin
inilah masanya untuk kau lupakan Norman. Ya! Mungkin ianya akan jadi
satu tempat untuk aku melupakan Norman untuk selama-lamanya.
Barangkali, Miss B hendak bawa aku berjumpa dengan mana-mana dukun
handal yang boleh membuatkan aku lupa tentang Norman dengan sekelip
mata! Mungkin dengan memberi minum air pelupa seperti yang diberikan
Hang Tuah kepada Tun Teja. Atau pun, boleh jadi juga aku akan
terjatuh di sungai apabila berada di sana nanti. Kemudian, aku akan
pengsan untuk beberapa hari. Sedar-sedar sahaja aku telah hilang
ingatan. Mungkin juga, aku akan berjumpa dengan orang baru di sana.
Kami berdua berkenalan dan terus jatuh cinta. Dua bulan berikutnya,
dia hantar rombongan meminang dan tahun hadapan kami akan berkahwin.
Dua tahun berikutnya, kami menyambut anak pertama kami. Aku akan
menghabiskan hidup aku di sana. Mengisi hari dengan bercucuk tanam
dan menjaga anak di rumah. Bila petang tiba, aku akan menyambut
kepulangan suami yang penat mencari akar-akar kayu dan ulam-ulaman
dengan gembira!" kataku panjang lebar di hadapan cermin.
"Marina!"
suara Gina kedengaran nyaring dari luar. Kelam-kabut aku membuka
pintu.
"Kau
buat apa? Sakit tangan aku ketuk pintu..." lembut suara Gina
memanggilku. Tetapi nadanya jelas menunjukkan kegeramannya.
"Tidak
ada apa-apa. Cuma.... mmm... Cuma..."
"Ah...
Kau tengah berangan rupanya. Marina, ambil baju kebaya ini. Pakai
nanti di sana. Mesti kau nampak hebat. Kau percayalah..."
"Terima
kasih Gina..."
"Sama-sama..."
*****
Maka
hari yang dinanti-nantikan oleh semua Urban Fruits telah pun tiba.
Selepas menghabiskan masa memilih dan mengemas apa yang patut dibawa
ke Kuala Pilah, aku berjaya mengurangkan saiz begku daripada dua
kepada satu setengah.
Sampai
juga Marina" kata Miss B sebaik sahaja aku sampai di tempat yang
dijanjikan.
"Miss
R. Naiklah dengan aku" kataku kepada Miss R.
"Okey
Marina...!" Miss R menarik begnya. Berdasarkan pergerakkan beg
beroda itu, aku dapat merasakan yang ianya amat-amat berat.
'Apa
agaknya yang diisi oleh Miss R? Barangkali, dia membawa majalah Hey
edisi lepas sebagai hadiah untuk saudara Miss B yang berkhatan itu'
aku tertawa di dalam hati.
“We
are ready!”sahut
ke semua yang ada di dalam kereta termasuklah Miss R yang duduk di
sebelahku.
Diterbitkan
oleh : Harry Haider Enterprise, Blok 4-9-9, Vista Angkasa
59200, Kuala Lumpur.
©
Kid Haider, Mohamad Khidir Bin Mohamed Yazir, Khidir
M. Yazir
Terbitan Pertama 2015
Terbitan Pertama 2015
Hak
Cipta terpelihara







No comments:
Post a Comment