Awal-awal
pagi lagi,
Diana menghubungiku
bertanyakan
tempat yang
sesuai
untuk
kami
berjumpa.
"Tidak
kisah"
kataku kepadanya. Lalu, Diana
mencadang
Nasi
Lemak Kampung Pandan
sebagai tempat untuk kami bertemu dan dapat bersarapan bersama. Aku
bersetuju dengan pilihannya. Beberapa ketika kemudian, Daniel
menghubungiku. Dia benar-benar risau dengan janji temu kami. Dengan
penuh teliti, dia bertanya apa yang ingin aku soal kepada Diana.
Setelah berpuas hati, dia mengucapkan selamat dan berharap
pertemuanku dengan Diana akan membuahkan hasil yang baik untuk Hey.
Kali
ini, aku tiba awal di gerai Nasi Lemak Kampung Pandan. Ianya memang
satu tempat tumpuan untuk sarapan pagi. Pada waktu petang, ramai
orang akan datang untuk membeli kuih-muih, jagung rebus dan goreng
pisang. Menurut Diana, dia akan datang bersendirian. Dia akan
mengambil teksi dari hotel tempat dia menginap.
Di
sekelilingku, beberapa warga kota sedang asyik menikmati makanan yang
dipesan sambil berbual. Daripada apa yang aku dengar, kebanyakannya
bercakap tentang kerja. Kebanyakkannya makan dengan kadar segera,
mengejar masa yang tinggal sebelum waktu kerja bermula. Hanya
beberapa sahaja yang kelihatan tenang makan sambil membaca surat
khabar. Shif kerja mereka semestinya bermula lewat berbanding
kumpulan pertama tadi. Beberapa orang yang berumur juga kelihatan.
Mereka berbual dengan penuh semangat. Ku kira mereka semua adalah
pesara yang masih aktif memperkatakan tentang isu-isu semasa.
"Hendak
pesan apa?" Tanya seorang lelaki yang dari tadi sibuk mengambil
pesanan. Aku tersenyum. Kemudian mataku liar mencari kalau-kalau
bayang Diana muncul.
"Beri
saya Nasi Lemak dan Teh Tarik" Diana yang aku tunggu masih belum
ada. Aku memesan dua menu itu kerana tidak enak duduk-duduk lama di
situ tanpa memesan apa-apa.
"Okey!"
sambut lelaki itu. Beberapa ketika kemudian. Dia kembali membawa menu
yang aku pesan.
Baunya
memang membuka selera. Baru sahaja aku ingin menyuap Nasi Lemak yang
telah sedia terhidang, bahuku ditepuk. Walaupun terkejut, aku tidak
menunjukkannya dengan jelas.
"Diana."
kataku perlahan apabila Diana mengambil tempat dan duduk dihadapanku.
Dia muncul dengan
wajah
mulus tanpa secalit solekan. Orang ramai yang berada di situ
memerhatikan Diana. Masing-masing yang berada di situ, memandang
Diana dua hingga tiga kali. Tanpa
eyeliner yang selalu digunakannya setiap kali muncul
di khalayak,
agak
sukar
untuk mengecam Diana.
Barangkali, mereka menyangka dia adalah pelanduk dua serupa, bukan
Diana Sinclair yang sebenar.
Tanpa
banyak bicara, Diana memesan Nasi
Lemak dan air teh tarik.
Menu yang serupa denganku. Diana tidak
banyak bicara ketika makan,
dia menghabiskan
nasi lemak
itu sehingga habis.
Apabila
sudah habis,
dia
memesan
kuih.
Aku
pula,
memesan
satu lagi pinggan
lagi Nasi lemak. Diana hanya melihat.
Tidak
memberi apa-apa komen.
"Are
you a morning
person?" Diana bertanya padaku.
"Yes."
aku menjawab dengan mulut yang penuh dengan nasi lemak.
"Awak
pula?" tanyaku pada Diana semula.
Aku
tidak tahu kenapa Diana bertanyakan soalan itu kepadaku. Tetapi
apabila Diana mengatakan yang dia 'morning person'? Agak sukar untuk
aku mempercayainya. Sebelum saat itu, aku selalu menyangkakan yang
dia suka berjaga sehingga larut malam.
"Jadi
sudah berapa lama awak tinggal di sini?"
tanya Diana.
"Tujuh tahun"
"Lama juga"
"Ya. Tetapi
sekejap sahaja rasanya. Terasa baru sahaja mendaftar di kolej"
"Jadi
awak sukakan bandaraya
ini?"
"Ya. Saya
sukakan semuanya. Bangunan, lebuhraya, state of mind dan
orang-orangnya"
"Jadi, apa yang
boleh buat awak tinggalkan Kuala Lumpur?"
"Sesuatu yang
saya suka. Yang saya minati"
"Oh. Seperti
apa?"
"Hollywood...."
kataku sambil ketawa.
Tiba-tiba
seorang lelaki datang ke
meja kami dan memberikan
kami
pamlet BSN Prudential.
"Cik
sudah ada insuran atau pun takaful?" tanya lelaki itu.
"Ada."
"Oh.
Begitu. Syarikat mana?"
"BSN
Prudential inilah. Saya bayar RM 150 sebulan" kebetulan Ally
pernah memberitahu aku tentangnya. Dia juga menyumbang RM 150 sebulan
kepada syarikat takaful berkenaan.
"Okey.
Mungkin Cik berdua boleh beri pada yang berminat. Keluarga atau
kawan-kawan mungkin?"
"Okey.
Nanti saya syorkan pada mereka."
Aku
mengambilnya dan menyimpannya
di dalam beg. Selepas
mengucapkan terima kasih, aku
menyambung
semula
santapanku.
"Betulkah
awak sudah melanggan plan takaful ini dengan mereka?"
"Tidak.
Saya cakap begitu supaya dia segera beredar"
"Oh"
Diana tertawa mendengar pengakuanku " Tetapi awak tidak pernah
terfikir untuk mengambil satu?"
"Saya
pernah terfikir mengenainya. Tetapi tidak tahu bila hendak bermula.
Faham-faham sahajalah. Terlalu banyak yang hendak dibayar sekarang"
"Lebih
baik awak mula awal.
Saya
ada satu plan yang terbaik untuk awak.
Saya
ada nombor telefon dia kalau awak mahu"
"Woah!
Kenapa
awak nampak bersemangat sangat? Jangan beritahu saya yang awak akan
dapat komisen kalau awak berjaya pujuk saya untuk ambil plan takaful
itu"
"Tidak.
Awak tidak akan dapat komisen.
Kawan
saya yang akan dapat.
"Okey.
Nanti saya fikirkan"
"Jangan
ambil hati
dengan apa yang saya hendak katakan ini,
tetapi jika awak tiada RM100000
di dalam bank, ini
adalah satu kemestian."
"Bagaimana
jika saya sudah ada RM 100000? Katakanlah saya menang hadiah tempat
pertama dalam memancing?"
aku sendiri tidak tahu kenapa aku boleh bercakap tentang memancing.
Ia kedengaran agak lucu.
"Hahaha.
Mustahil. walaupun awak sudah ada duit sebanyak itu di dalam bank.
Awak masih perlukan plan seperti ini dan teruskan menambah simpanan.
Tidak salah jadi tamak. Asalkan tidak menghuru-harakan hidup orang
lain"
jelas Diana. Aku kira, Diana seolah-olah menyambung topik yang kami
katakan pada malam sebelumnya.
"Okey
Diana. Apa kata kalau kita sambung apa yang kita bincangkan semalam"
aku segera membawa Diana ke arah yang ingin aku tujui. Aku mula
merasakan di saat itu, posisiku berubah. Bukan aku yang menemuramah
Diana, tetapi Diana yang menyoalku dengan bermacam-macam pertanyaan.
"Okey
di mana kita patut bermula?"
tanya Diana.
"Kita
bermula dengan bagaimana awak mendapatkan satu juta pertama?"
"Satu
juta pertama?
Itu
tidak menarik.
Bagaimana
jika saya beritahu awak cara saya dapatkan 'setengah juta pertama'
kerana
dengan 'setengah juta pertama',
saya
bukan sahaja mengembangkannya kepada satu juta, tetapi lebih dari
itu.
"Dalam
kata lain,
satu
juta yang pertama tidak pernah wujud?"
"Jika
awak mahu katakannya begitu. Ya. Ia memang tidak pernah wujud"
"Okey.
Kalau begitu, beritahu saya bagaimana?"
"Saya
ada satu rahsia yang tidak ramai orang tahu.
Setengah
juta pertama
saya
diperoleh dari jualan nasi
lemak
dan
goreng
pisang"
"Betulkah!"
mataku jelas menbundar ketika itu. Bagaikan tidak percaya denga apa
yang Diana katakan.
"Ya.
Tidak
ramai yang tahu tentangnya, ketika itu saya mengupah seorang lelaki
yang masih lagi belajar ketika itu untuk menjualnya. Dari sumber
itulah saya kembangkan perniagaan saya yang lain"
"Toy
boy?"
"Tidak!
Boleh tidak awak jangan melencong ke situ?" kata Diana. Nadanya
seperti marah. Tetapi dia tersenyum-senyum.
"Okey.
Maafkan saya. Um.. Ianya satu perkara yang menarik. Tetapi saya masih
hendak tahu tentang lelaki itu."
"Oh
menyesalnya saya beritahu tentang dia. Okey apa yang awak hendak tahu
lagi?"
"Apa
yang terjadi kepada lelaki itu sekarang?"
"Dia
baru sahaja tamat belajar. Dia hendak cari peluang baru. Tidak
akanlah dia mahu bekerja selama-lamanya dengan saya. Sekarang
ini kawan-kawannya
yang
menyambung
kerja-kerjanya. Nasib baik"
"Maksudnya.
Awak masih lagi teruskan perniagaan itu?"
"Ya."
"Kenapa
tidak bawa saya ke sana sahaja? Di mana tempatnya Diana?"
"Awak
baru
sahaja makan
nasi lemak itu"
Aku
terkejut tidak terkata, tidak aku sangka, Nasi Lemak Kampung Pandan
yang menjadi tumpuan orang selama ini adalah milik Diana Sinclair.
Diana mula bercakap bagaimana dia mengembangkan sayap kiri dan
kanannya selepas berjaya mengumpul dana dari jualan nasi lemak dan
goreng pisang itu, pertemuannya dengan bekas suaminya Mirza Adam
Sinclair dan cabaran yang dilalui. Dari situ dia mula bercakap
tentang wang dan disiplin terhadapnya.
"Sukar
Diana. Sukar. Harga barang tidak akan pernah turun, nasihat awak
tentang disiplin wang amat sukar dilakukan"
"Ia
adalah sesuatu yang amat sukar dilakukan. Lebih-lebih lagi kelas
pertengahan sebaya awak yang baru hendak merasa duit. Pada usia
begini, sukar untuk bezakan apa yang perlu didahulukan"
Diana
menyambung
bicaranya, dia mula
bercakap tentang kapitalisme dan realiti di sebalik kepingan-kepingan
kertas yang aku simpan di dalam dompetku
selama ini.
Topik ini sebenarnya agak asing bagiku. Namun, kerana ianya begitu
asing, aku merasakan amat penting bagiku untuk bertanya dan bertanya
lagi kepada Diana. Diana nampaknya tidak lokek untuk berkongsi. Dia
memberitahu aku secara terperinci bagaimana untuk mengawal situasi
dan cuba mengelak dari dikawal oleh situasi. Namun, lama-kelamaan dia
seperti bosan untuk memperkatakannya.
Mungkin juga dia tersedar yang
dia
telah
memberi
terlalu banyak maklumat kepadaku.
"Diana.
Are you dating anyone right
now?"
aku menukar topik. Diana tersenyum mendengar soalan itu. Dia tidak
segera menjawab. Mungkin cuba mencari idea bagaimana untuk lari dari
menjawab soalan ini.
"Awak boleh
simpan rahsia?"
"Ya"
aku mengangguk pantas. Teruja untuk mendengar jawapan Diana
"Apa jaminan
awak?"
'Jaminan?
Jaminan?' Diana cuba membunuhku dengan soalan itu.
"ummmmm...."
aku teragak-agak untuk menjawab. Dalam kata lain. Aku tiada jaminan
untuk menjawabnya.
"Sudah!
Biar
saya beritahu awak"
"Sebenarnya
saya sedang asyik bermesej dengan seseorang
yang um...
Dia ada
kena mengena
dengan
bisnes komputer dan internet"
"Bill Gates?"
"Wow!
Jauh sungguh!
Dia suami orang okey!"
"Hahaha! Saya
main-main sahaja tadi. Jadi siapa?"
"Johan..."
"Johan?
Johan Anuar?"
aku cuba meneka. Begitu teruja kerana aku sangkakan khabar angin
tentang mereka tidak benar. Diana
mengangguk-anggukkan kepalanya. Dia seperti malu-malu untuk menyebut
nama itu,
Johan Anuar adalah satu nama yang sedang hangat diperkatakan. Dia
menjadi kebanggaan rantau ini apabila membangunkan perisian pejabat
yang sedang diguna pakai di seluruh Asia Tenggara. Sudah semestinya
ramai yang sedang berkira-kira berapa banyak yang diperolehnya dalam
setahun. Tidak kurang juga ada yang cuba mengira berapa jumlah
perolehannya dalam satu jam.
"Jangan
lepaskan yang ini okey."
"Kenapa pula?"
"Yang
ini hot
Diana!
Ada rupa, bakal berharta banyak, berkarisma..."
"Awak
pernah jumpa dia?"
tanya Diana sebelum sempat aku menghabiskan diskripsiku tentang
Johan.
"Tidak"
aku menggeleng-gelengkan kepalaku.
"I would
imagine maybe we will look good on paper and magazine but it takes
more than that. If you know what I'm saying"
"So you are not
serious about this one?"
"I can't say
much. We just met for 13 to 15 times. I can't remember and most of
the time me communicate using phone, sms, We Chat.. Duh..duh..duh..
Duh. You can't consider it as a serious relationship.."
"But it is a
good start.. A very good start"
Diana
terdiam. Dia
nampaknya sedang memikirkan sesuatu.
"Bagaimana
gosip tentang atlit-atlit dan taiko-taiko di Miami itu?"
"I
met them. I admit. But relationship? Ah! Pay no attention to what
they write. It just rumors. It's just good for my corporate
image you know."
Nampaknya
Diana sedang memberitahu aku sesuatu tentang mainan psikologi.
Sekarang aku dapat meneka sesuatu tentang
Diana Sinclair. Bagaimana
dia membina reputasinya dan cara dia membuatkan orang berasa gerun
dengannya. Segala-galanya tentang association.
Topik
tentang
perhubungan ini
membuatkan Diana banyak berdiam
diri.
Dia hilang kata-kata. Seperti ada sesuatu yang difikirkannya.
"Sebenarnya
Marina..."
setelah kami duduk diam untuk beberapa ketika, Diana memulakan
bicaranya.
"Saya
masih teringatkan Mirza. Susah untuk melupakan
dia.
Kami
berkenalan selama dua tahun. Kemudian
berkahwin selama empat tahun. Saya tidak sangka ianya boleh berakhir.
"Dia wujud lama
dalam hidup awak. Memang sukar untuk awak lupakan dia bukan?"
"Ya."
"Awak
membuat pengumuman di dalam YouTube
tentang
pertunangan awak dan Mirza dahulu. Awak ingat?"
"Ya.
Nampak bodoh bukan? Oh. Tolonglah. Saya tidak mahu tahu apa yang
orang cakap mengenainya. Pasti saya dikutuk kaw-kaw"
"Sebenarnya
saya faham. Apa yang awak buat sebenarnya orang lain buat juga. Saya
tidak boleh merahsiakannya. Saya perlu tunjukkan kepada semua.
Sebagai
manusia, tidak cukup dengan hanya memiliki seseorang yang menyayangi
kita. Kita juga mahu pastikan semua orang tahu mengenainya. Kita mahu
orang tahu yang kita diminati dan diinginkan"
"Ya.
Semua orang melakukannya. Cuma saya public figure, saya sudah
terbiasa dengan kamera. Apa-apa pun saya akan ke kamera juga"
terang Diana. Sekali lagi dia termenung panjang.
"Bagaimana
pula dengan awak Marina?"
Soalan
Diana
membawa aku kembali bercerita tentang Norman sejak lama tidak
terkeluar nama itu di bibir. Sepanjang aku bercerita, Diana mendengar
dengan tekun. Entah kenapa, aku berasa begitu selesa dengan Diana
sehingga aku mula bercerita tentang Daniel dan Syam.
"Jadi sekarang
hanya ada Syam. Awak mahu teruskan dengan dia?"
Aku
membiarkan jawapan itu tidak berjawab.
Diana pula tidak memaksa aku untuk memberi apa-apa jawapan.
"Kadang-kadang
kita sengaja dipertemukan dengan orang yang akan mengajar kita
sesuatu. Mereka akan mengajar kita secara tidak langsung untuk
menyayangi dan mengenali diri kita"
terang Diana
"Menyayangi
diri sendiri memang bagus. Tetapi kalau tidak berhati-hati
,menyayangi diri sendiri boleh buat orang fikir dunia ini mereka yang
punya."
"Janganlah
pula terlalu ekstrem. Macam yang saya cakap tentang ketamakan, jangan
sampai susahkan orang. Saya tidak tahu sama ada pendapat saya ini
betul atau pun tidak. Tetapi dari pengalaman dan pemerhatian saya,
kita perlu menyayangi diri kita dahulu.
Barulah
kita dapat menyayangi orang lain.
Kemudian
mereka dengan sendirinya akan senang dengan kita.
Mereka
akan melihat kita sebagai satu cahaya atau satu energi yang
menyenangkan
dan
cuba untuk menyayangi diri mereka.
Mudah sahaja bagi saya. Cuma tidak ramai yang tahu tentangnya. Ramai
pilih untuk jadi terlalu reaktif. Lagi-lagi yang muda"
Kompleks.
Apa yang dikatakan oleh Diana itu adalah satu putaran yang kompleks.
Namun, aku faham apa yang cuba disampaikan. Cuma, ianya sukar untuk
aku terangkan dalam bahasa yang mudah.
Habis
bercakap tentang cinta, aku bertanya Diana tentang perihal dirinya
yang dilabel sebagai
agent
provocateur.
"Kenapa ada
sahaja kontrovesi dengan apa yang awak lakukan?"
"Bukan semua.
Hanya beberapa sahaja. Yang lain....."
"Ada yang kata
awak sengaja memperkatakan tentangnya untuk melariskan karya-karya
awak. Di dalam satu blog ada yang mengatakan awak meniduri orang yang
melabur untuk projek awak. Jadi, awak akan menghentam orang yang
menjadi musuh lelaki berkenaan di dalam karya awak. Pada mulanya, aku
takut untuk bertanyakan soalan itu, tetapi Diana menjawab ringkas
"Kalau
betullah.." dia ketawa. "Alangkah bagusnya"
"Saya
tulis apa yang saya mahu. sebelum ini saya selalu menyimpan apa yang
saya tahu untuk diri saya, di dalam kepala saya, di dalam diari
dan juga di
dalam buku skrap yang saya letak di bawah bantal. Tetapi satu ketika
saya beritahu, apa salahnya jika saya kongsikan kepada semua orang.
To me those words have to travel dan saya tahu ada sesetengah perkara
akan diperkatakan dan disensasikan. Jadi apa yang boleh saya buat?
Saya memang mahu memperkatakannya. Tidak
akanlah
saya akan
hanya bercakap
tentang bunga, coklat dan air kotak sahaja
sepanjang karier saya"
Diana merujuk kepada karya pertamanya
yang berkisar tentang cinta pertama serta obsesi bunga , coklat dan
air kotak.
"Jadi setelah
mencapai apa yang awak ada sekarang, apa lagi yang ingin awak capai?"
"Susah hendak
cakap Marina. Dahulu orang tidak mengenali saya. Saya ingat
segala-galanya akan cukup dan saya boleh berhenti. Tetapi tidak. Kita
pasti hendak membuktikan siapa kita kepada orang"
"Awak
tertekan dengan semua ini?"
"Lebih tertekan
kalau saya tiada apa-apa. Saya tidak tahulah. Saya tidak boleh
mengeluh sebab saya yang pilih jalan ini"
"Awak
gembira?"
"Siapa yang
benar-benar gembira dalam hidup? Cuba beritahu saya. Setiap orang ada
cabarannya. Awak dan saya. Sama sahaja. Beza hanya pada kemasyuran
dan wang yang saya miliki"
Pertemuan
kami berakhir apabila Diana dihubungi oleh seseorang dari
syarikatnya. Ada urusan penting yang memaksanya pulang semula ke
Amerika pada lusa. Aku fikir, ini adalah orang terbaik yang pernah
aku temuramah. Inspirasi yang diberi padaku umpama satu magis. Aku
dapat rasakannya sebaik sahaja kami bersalaman dan berpelukan sebelum
berpisah. Tubuhnya
seperti
mengalirkan
satu
tenaga
kepadaku.
Sebelum berpisah.
Diana membisikan kepadaku sesuatu.
"Everyone
needs an Icon"
Malam
itu juga, aku menyiapkan ruangan khas Diana Sinclair. Aku berjanji
untuk tidak mendedahkan beberapa perkara yang dikongsikan oleh Diana
denganku. Katanya, ia akan menghancurkan mistik dan karismanya di
mata masyarakat. Sebaik sahaja aku selesai, Daniel
menghubungiku.
"Bagaimana
dengan Diana Sinclair?"
"Saya sudah
siapkan artikelnya"
"Jadi bagaimana
awak rasa? Adakah ia akan menyelamatkan Hey pada bulan ini"
"Jualan
kita kali ini akan jadi satu sejarah dalam penerbitan!"
Daniel
hanya ketawa mendengarnya.
Dia menyangkakan yang aku hanya bergurau dan barangkali hanya
berharap apa yang aku katakan bakal menjadi realiti
Diterbitkan
oleh : Harry Haider Enterprise, Blok 4-9-9, Vista Angkasa
59200, Kuala Lumpur.
©
Kid Haider, Mohamad Khidir Bin Mohamed Yazir, Khidir
M. Yazir
Terbitan Pertama 2015
Terbitan Pertama 2015
Hak
Cipta terpelihara
No comments:
Post a Comment