Aku
berasa
begitu teruja sekali apabila diberitahu
oleh Chan bahawa aku, The Urban Fruits dan beberapa lagi staf dari
Hey akan dibawa ke Singapura bagi menghadiri malam anugerah muzik
terbesar di Asia Tenggara.
"Kamu semua
akan buat liputan di sana nanti" kata Chan kepada kami.
Di saat itu, kami
mula membayangkan keseronokkan yang bakal kami rasai sebaik sahaja
melangkahkan kaki ke Max Pavilion, tempat berlangsungnya anugerah
itu. Apa yang paling membuatkan kami teruja sudah semestinya peluang
untuk berjumpa dengan orang-orang terkenal yang akan berada di sana.
"Siti
Nurhaliza, Agnes Monica, Sleeq, Regine Velasquez.... Eh ramai
lagilah!" Miss B mula menyenaraikan nama-nama selebriti yang
ingin ditemuinya.
"Eh Marina. Kau
nampak macam biasa sahaja. Kau tidak rasa terujakah untuk ke sana?"
kata Miss D kepadaku yang sedang mencari pita selofan di dalam laci.
Ketika itu, aku baru sahaja sampai ke pejabat.
"Mestilah
teruja! Aku sebenarnya hendak sangat jumpa dengan Ariel Peterpan!"
jawabku selamba.
"Wah! Bukan
main lagi kau ya!" kata Miss B sambil mencekak pinggang.
"Hai. Kenapa?
Salahkah? Bukannya aku mahu..." keterujaanku untuk bercakap
lanjut tentang Ariel terus terhenti. Dadaku kencang sebaik sahaja
membaca sekeping kad yang diletakkan di atas meja kerjaku. Kad
berwarna merah hati itu terbuka luas.
Marina,
Harap
sudi luangkan masa untuk ke rumah saya pada
15
Mac ini pukul 8 malam
di Bukit Timah, Singapura.
Daniel.
Miss B dan Miss D
ketawa kecil apabila melihat aku berkerut dahi ketika membaca apa
yang tertulis pada kad itu. Sah! Mereka sudah membaca apa yang
tertulis sebelum aku sampai ke pejabat. Aku merasa sangat-sangat malu
ketika itu. Walau pun tanpa cermin, aku tahu wajahku sudah bertukar
merah. Di saat itu, aku ingin sahaja mencubit-cubit muka Daniel
sehingga lebam kerana tidak meletakkan kad itu di dalam sampul surat.
'Kenapalah kau biarkan kad ini terbuka sahaja tadi Daniel? Habis
semua orang baca. Aduhai!'
“Awak semua
dijemput sekali bukan?”soalku kepada Miss B dan Miss D.
“Siapalah
kami ini Marina. Kami tidak dijemput pun..." kata Miss
B.
Dia menjeling ke arah Miss
D dan
mereka tertawa lagi. Beberapa minit kemudian, Miss R memasuki
pejabat.
"Ha! Kamu semua
mesti tengah sibuk cakap pasal anugerah di Singapura itu nanti
bukan?"
"Yalah
apa lagi. Tetapi ada yang lebih menarik lagi yang akan
berlaku di Singapura nanti kau tahu?" kata Miss B.
"Apa dia?"
tanya Miss R penuh keterujaan. Miss D memuncungkan bibirnya menunjuk
ke arahku. Miss R pantas mengalihkan perhatiannya kepadaku dan
melihat kad yang sedang aku pegang. Kemudian dia tersenyum nakal. Aku
pasti, dia juga sudah membaca isi kandungannya.
"Hai bertuahnya
badan..." kata Miss B. "Kita yang sudah lama di sini pun
jangan kata jemput ke rumah, ajak minum petang pun tidak pernah"
"Betul kata kau
Miss B. Untung... Untung..." kata Miss D.
"Kamu semua
cakap apa sebenarnya? Sudahlah, sambung kerja masing-masing"
hanya itu sahaja yang boleh aku katakan kepada mereka. Terus terang
aku katakan, memang hati aku berbunga-bunga semasa membaca kad
jemputan itu. Tetapi apabila aku mula membayangkan kemungkinan yang
bakal berlaku. Aku mulai gementar dan risau.
Apa yang Daniel
lakukan adalah satu langkah kecil yang besar kesannya. Di saat
sendirian, aku mula terfikir tentang kemungkinan keluarganya
menjadikan aku sebagai topik perbualan selepas sahaja kami berjumpa.
- Di ruang tamu (
"Eh. Baju yang pelakon itu pakai serupa macam Marinalah")
- Di meja makan pula
("Bila aku tengok budak ini makan. Aku teringat perempuan yang
Daniel bawa tempohari. Siapa nama dia? Marina?")
- Di halaman rumah (
"Kalau tengok batu itu. Mesti aku teringatkan Marina. Alah Kawan
Daniel yang terjatuh tempohari. Kain dia tersangkut selepas itu dia
terus jatuh. Hahahahaha!")
Malam
itu, sebaik sahaja aku sampai di rumah, aku terus
mendapatkan Gina untuk bertanyakan pendapatnya tentang undangan
Daniel itu.
“Apa yang patut
aku buat?”tanyaku kepada Gina.
“Kau hendak pergi
atau tidak?”soal Gina. Matanya tertumpu kepada skrin televisyen
yang bernyala. Mulutnya pula begitu asyik mengunyah kerepek pisang
yang menjadi kegemarannya.
“Entah.
Kalau ikutkan hati, aku hendak pergi. Tetapi... Entahlah"
"Jadi apa yang
kau risaukan?" tanya Gina. Matanya masih fokus ke arah
televisyen.
"Keluarganya
Gina"
"Kenapa dengan
keluarga Daniel?"
"Mereka..."
teragak-agak untuk aku memberitahu, " 'menakutkan' aku."
"Lah...
Kenapa pula? Mereka macam beruk?" tanya Gina dengan selamba. Dia
menyumbat lagi kerepek pisang ke dalam mulutnya.
"Haish!
Teruk betullah kau Gina." aku memukulnya lembut.
"Habis
apa yang kau takutkan sangat dengan mereka?"
"Kau
faham-faham sahajalah. Mereka ini berstatus Gina dan aku rasa..."
"Oh.
Sebab mereka berada?" kali ini Gina mula memandangku.
"Mmm..
Hmm.." aku mengangguk laju.
“Pelik
aku dengan kau sebenarnya Marina. Setahu aku, kau tidak pernah kisah
tentang semua ini.
Bagaimana dengan Norman dahulu? Bukankah dia lebih kurang sama sahaja
dengan Daniel?"
"Ya.
Sebab itulah aku rasa semacam sedikit kali ini"
"Kau
fobia ya?"
"Entahlah.
Sebenarnya, aku rasakannya dari dahulu lagi. Sebelum aku mengenali
Norman. Aku selalu percaya, jika
aku menjalinkan
hubungan dengan orang yang berlainan status dari aku, pasti akan ada
krisis di pertengahan sama ada dengan dia ataupun dengan
keluarganya."
"Kau yakin
teori kau ini benar?"
"Entahlah.
Aku pun tidak pasti. Tetapi jika
boleh, aku mahu yang setaraf dengan aku atau pun kurang sedikit sebab
keluarga aku tidak kisah.
Mungkin kau betul Gina. Norman membuatkan aku sedikit fobia untuk
menjalin hubungan serius dengan Daniel."
“Atau
pun, kau sebenarnya terpengaruh dengan drama-drama di tv? Kau tahu
Marina, sebenarnya kebanyakkan
orang
yang betul-betul berstatus selalunya tidaklah
seperti mana yang kita semua bayangkan"
"Oh begitu?
Kalau sebaliknya?"
"Kalau
dia sombong, angkuh , bongkak, kekwat dan apa-apa lagilah, itu
bermaksud dia tidak cukup kaya dan berstatus lagi.
Atau mungkin, baru hendak merasa menjadi kaya" kata
Gina penuh bersemangat dengan matanya yang membulat. Kemudian,
perhatiannya dialihkan semula ke arah peti televisyen. Sepaket
kerepek pisang dibukanya dan pantas tangannya menyuap masuk beberapa
keping kerepek ke dalam mulut.
“Jadi Gina, apa
pendapat kau?”aku bertanya lagi. Kali ini, badannya aku gegar. Aku
menggesanya memberikan aku cadangan yang boleh aku ikuti.
“Pergi sujud pada
keluarga dia. Cium kaki mereka!”
“Betul-betullah
Gina! Janganlah main-main!”
“Ya
Tuhan! Betullah... Kau pergi sahaja ke rumah dia. Makanan pun
percuma. Kalau kau rasa keluarga dia tidak
boleh ngam dengan kau.
Jangan gatal-gatal hendak bercakap, telefon atau hubungi Daniel lagi
selepas ini samada secara elektronik, kertas, atau pun secara
langsung!"
"Itu
terlalu ekstrem! Dia bos aku Gina oiii...."
"Ingat
Marina. Kau
yang
letak diri kau dalam situasi ini. Sebelum kau cuba mengurat si
Daniel, kenapa kau tidak periksa latar belakang dia? Selepas kau
bermesra, beri harapan, begitu dan begini. Kau buat macam ini pula”
“Eh. Bila masa
pula aku mengurat dia? Gina, itu satu kenyataan yang tidak adil! Kau
tidak boleh menyalahkan aku!”entah kenapa aku tiba-tiba sahaja
menjadi defensif apabila mendengar kata-kata Gina.
“Aku
bukannya menyalahkan kau" Gina tertawa seketika melihat aku yang
agak beremosi. "Aku
bergurau sahaja okey!" Gina menarik nafasnya dalam-dalam sebelum
memulakan bicara "Marina,
jangan takut untuk mencuba okey. Tidak ada ruginya kau pergi dan
mencuba sekali lagi. Aku tidak mahu kau menyesal di kemudian hari
kalau kau terlalu sibuk dengan imej-imej negatif dalam kepala kau
itu”kata Gina cuba memujuk.
Aku
menghabiskan masa hujung mingguku dengan bermenung dan berfikir.
Sudah semestinya, apa yang berputar di dalam fikiranku adalah tentang
Daniel dan undangannya untuk ke rumah keluarganya itu. Aku juga
memikirkan tentang apa yang diperkatakan oleh Gina kepadaku tentang
keluarga Daniel. Aku tahu, isu 'status' ini sebenarnya adalah sesuatu
yang agak basi untuk diperkatakan. Kalau buat filem pun, aku pasti
ramai yang akan mempersoalkan relevannya. Mungkin ramai yang percaya
masyarakat sudah lebih terbuka dan status sebenarnya adalah sesuatu
yang bersifat dinamik. Ia berubah-ubah.
Tetapi, bagi aku ia sebenarnya adalah sesuatu yang masih menjadi
perkiraan semua orang dan oleh kerana itu, segala apa yang dikatakan
Gina tidak mampu menghilangkan keresahanku.
***************************
Sebaik sahaja
selesai menjalankan tugas dan meronda kota Singapura bersama-sama
dengan The Urban Fruits, aku pulang semula ke hotel dan mula
menyiapkan diri untuk ke rumah keluarga Daniel di Bukit Timah.
Sepanjang waktu itu, Miss B, Miss D dan Miss R tidak henti-henti
mengusikku. Bukan sahaja aku diusik tentang Daniel, malah, sejak dari
majlis anugerah lagi, aku telah dijadikan bahan ketawa kerana
memilih untuk memakai topi yang dihiasi dengan replika anggur kecil.
Sepuluh minit
sebelum pukul lapan malam, Daniel menjemputku di hotel.
"Awak kata
makan malam pukul lapan. Kita tidak terlambatkah Daniel?"
tanyaku sebaik sahaja masuk ke dalam kereta.
"Kenapa? Kalau
terlambat, awak fikir mereka akan marah kita?" Daniel menyoalku
kembali.
Aku
hanya tertawa. Membiarkan soalan itu tidak berjawab. Daniel terus
meluncur laju membawa aku ke Bukit
Timah.
Entah mengapa,
ketika dalam perjalanan itu, saat aku dan Daniel terdiam tidak
berkata-kata, memori aku dan Norman pada suatu malam tiba-tiba muncul
semula dalam kotak siaran fikiranku.
Ianya
berlaku beberapa tahun yang lalu. Pada malam itu, kami berdua pergi
ke Times Square. Ibu Norman mengajak kami menghadiri parti yang
dianjurkan oleh majalah G&G.
“Kita
sudah sampai” kata Norman kepadaku. Namun, aku masih lagi duduk di
dalam kereta tidak berganjak. Hanya mataku sahaja yang aku
kedip-kedipkan.
“Baiklah
Marina, saya tahu awak tidak suka datang ke parti ini. Tetapi kita
pergi sekejap sahaja boleh?”
Aku masih
lagi berdiam diri. Tanda protes kerana Norman membawa aku ke situ
dalam keadaan mengejut. Awalnya, sebelum keluar, aku sangkakan dia
hendak membawa aku makan di Taipan.
“Saya
tahu awak tidak suka, tetapi dia ibu saya dan saya sudah berjanji
pada dia yang saya akan datang”
“Ya.
Pergi ke parti Glam dengan memakai ini” aku menunjukkan sweater
dan sneakers
yang sedang aku pakai.
“I'm
sorry Marina. But please...”Norman
cuba memujukku. Aku bukanlah suka sangat memprotes sebegitu tetapi
aku tidak suka apa yang Norman lakukan. Lebih-lebih lagi, dia membawa
aku ke majlis sosial sebegitu dalam keadaan aku tidak bersedia dan
yang membuatkan aku resah, ibunya Puan Saerah juga ada di sana. Entah
apalah yang dikatanya nanti apabila melihat penampilanku yang
sebegitu. Namun, akhirnya aku mengalah. Norman berjaya memujukku.
“Baiklah.
Mari kita pergi” aku memaksa sekuntum senyuman.
Kami
bersama-sama masuk ke Time Square. Perlahan-lahan, langkah diatur ke
ruangan yang dikhususkan untuk parti itu. Semasa aku sampai,
sekumpulan trio jazz sedang mengalunkan lagu Edith Piaf. Barisan
potret karya jurugambar terkenal dari tahun enam puluhan hingga akhir
tahun lapan puluhan turut dipamerkan di situ.
Aku
memerhatikan orang disekelilingku yang semuanya tampak begitu bergaya
sekali. Sesekali, ada yang melihat aku dari atas ke bawah. Aku tidak
salahkan mereka. Apa yang aku pakai pada ketika itu memang tidak kena
dengan majlis itu. Aku memandang ke arah cermin yang berdekatan.
Memandang refleksi diriku yang serba tidak kena.
"Marina!
Jom!" konsentrasiku terganggu apabila Norman menepuk bahuku
dengan kuat.
"Ouch!
Norman, janganlah ganas sangat!"
Norman
melambai ke arah seorang wanita berumur lima puluhan yang memakai
baju serba putih.
“Ibu!”
jerit Norman.
Ya. Itulah
dia ibu Norman, Puan Saerah. Seorang pelakon veteran yang sudah lama
bersara tetapi masih lagi dijemput ke majlis-majlis sosial kerana
dirinya yang masih kekal elegan di usia lima puluhan.
Puan Saerah
melambai kembali kepada Norman. Ya kepada Norman. Bukan kepada aku
walaupun aku berada hanya beberapa inci sahaja dari Norman.
Norman
pantas mendapatkan Puan Saerah dan memeluk erat tubuh wanita yang
ramping itu. Aku hanya berdiri terjegat di situ. Menanti saat-saat
yang mengharukan itu berakhir. Sambil menonton drama yang mengharukan
itu, aku meneliti Puan Saerah dari atas ke bawah.
Ah! Memang
tidak dapat dinafikan, dia seorang wanita yang amat-amat menarik.
Jelita, awet muda dan elegan. Tulang pipinya tampak menonjol dan
bentuk matanya sungguh menawan kalbu.
“Apa
khabar sayang?”soal Puan Saerah kepada anaknya.
“Khabar
baik.... ibu?”Norman pula menyoal kembali Puan Saerah.
Aku ingin
sahaja mentertawakan Norman kerana dia seperti sudah berbulan-bulan
tidak berjumpa dengan Puan Saerah. Seingat aku, empat hari
sebelumnya, dua beranak itu baru sahaja berjumpa. Namun, aku
menahannya sahaja.
“Marina.....”
lembut Puan Saerah memangilku setelah lapan minit aku tercegat di
situ.
“Puan
Saerah.... “ aku mendekatkan diriku kepadanya dan memeluknya dengan
erat. Harumannya cukup memikat.
“Puan
Saerah apa khabar?”
“Oh.
Baik... Cantik baju Marina hari ini”
“Terima
kasih Puan...” ucapku sambil tersenyum. Di dalam hati, aku
tertanya-tanya di manakah cantiknya sweater
dan sneaker
yang aku pakai pada ketika itu?
Sepanjang
majlis berlangsung, aku banyak mendiamkan diri, memerhatikan gelagat
Puan Saerah dengan rakan-rakannya. Norman pula, sibuk berbual dengan
sekumpulan lelaki yang dikenalinya.
Sesekali,
rakan-rakan Puan Saerah mengusik aku dengan soalan-soalan yang begitu
merimaskan.
"Oh ya
Marina. Jadi bagaimana dengan Markonah?" tanya Puan Jess.
"Setakat
ini dia okey"
"Seronok
bekerja dengan dia?"
"Ya
seronok" aku menganguk-anggukkan kepalaku.
"Betulkah?
Saya dengar dia sukar untuk dipuaskan dari segala segi" tanya
Puan Nadia pula. Aku hanya tersenyum. Belum sempat aku menjawab, Puan
Jess muncul dengan soalan baru.
"Awak
tidak pernah teringin untuk menjadi pelakon Marina?"
"Oh.
Mungkin tidak. Saya rasa, jadi pelakon ini mencabar. Lagi pun minat
saya bukan di situ"
"Itu
betul. Segala-galanya mesti mula dengan minat. Kemudian bakat dan
karisma. Ha! Itu paling penting. Macam Marina ini, dia memang sesuai
kerja pejabat. Pakejnya tidak seberapa lengkap untuk jadi seorang
pelakon...!" kata Puan Saerah. Diiringi gelak tawa dari
rakan-rakannya.
"Saerah
ini tidak habis-habis menyakat Marina" kata Puan Nadia.
Tangannya mencubit lembut lengan Puan Saerah.
'Apa?
Aku tidak mempunyai pakej yang lengkap? Sabar. Sabar. Take
a deep breath Marina. A very deep breath'
"Ya.
Saya pun tidak mempunyai bakat dalam bidang lakonan. We
work with what we have don't you think?"
aku mengiakan sahaja kata-kata Puan Saerah.
"Yes!
Exactly! Such a great future in law you have here Saerah. But you are
right about her not having the right package"
kata Puan Jess.
'Adui.
Ini satu mental
torture!
Bilakah semua ini akan berakhir?' aku menjerit-jerit di dalam hati.
"Marina. Kita
sudah sampai" Daniel mengejutkan aku dari lamunan masa lalu.
"Wow!
Cepatnya!"
"Singapura ini
bukan besar mana pun. Jom!"
"Encik Daniel
sudah sampai. Marilah masuk" kata pembantu rumah yang menyambut
kedatangan kami. Daniel memperkenalkan wanita berusia empat puluhan
itu sebagai Kak Teh kepadaku.
"Kak Teh. Mana
yang lain?" tanya Daniel.
"Mereka ada di
dalam. Jemputlah masuk. Mari Cik Marina" kata Kak Teh.
'Dia sudah tahu nama
aku nampaknya. Okey! Nampaknya Daniel sudah ceritakan tentang aku
kepada semua orang yang ada di dalam rumah ini. Sehinggakan pembantu
rumah pun tahu nama aku!' kataku di dalam hati.
Aku di bawa ke ruang
tamu dan diperkenalkan dengan ayah, ibu dan adik perempuan Daniel.
Darius, Karina dan Sarah.
"Selamat
datang Marina. Mari kita ke ruang makan. Jangan bimbang. Ada
televisyen di sana. Kita tidak akan bosan.
Boleh kita dengar berita bersama" jemput Puan Karina.
'Mendengar
berita? Dia berguraukah' kataku di dalam hati.
"Marina.
Dengar cerita kampung Marina hanya seberang tambak sahaja. Betulkah?"
tanya Puan Karina sebaik sahaja makanan dihidang oleh pembantu.
"Ya.
Saya lahir dan dibesarkan di sana"
"Emak
dan ayah masih ada lagi?"
"Kedua-duanya
masih ada. Syukur masih sihat dan bertenaga. Seperti Encik Darius dan
Puan Karina juga" jawabku lalu diiringi gelak tawa dari mereka
sekeluarga.
"Kalau
ada kelapangan, bolehlah bawa kami ke sana ya. Selepas itu teman saya
shopping" kata Sarah pula.
"Boleh.
Apa salahnya"
"So
Marina. How do you like publishing industry so far?"
soal Encik Darius.
"Ianya
menarik. I'm
enjoying it.
Tetapi saya banyak buat kerja-kerja pejabat dan pengkeranian.
Kadang-kadang sahaja saya bantu editorial"
"Mungkin
di masa akan datang, kamu ada peluang untuk terlibat secara terus"
"Ya.
Harap-harap begitulah. Jadi apa rahsia Encik Darius dapat
mempertahankan akhbar tabloid Rainbow sehingga sekarang?"
"Rahsia?
Mana ada rahsia" jawab Encik Darius. Senyumannya memberitahu
bahawa ada sesuatu yang tersimpan di fikirannya.
Daniel
menendang kakiku, ia sebagai isyarat supaya aku berhenti mengusiknya
di hadapan keluarganya. Puan Karina dan Sarah tersenyum sambil
melihat ke arah Encik Darius dan Daniel yang terdiam tidak terkata.
"Sebenarnya
Marina, kalau
kita ada modal bukanlah sesuatu
yang susah untuk memulakan sesebuah majalah"
Encik Darius memulakan bicara. "Yang
susahnya adalah merancang bagaimana untuk mengekalkan sesebuah
majalah"
"Oh begitu..."
kataku sambil mengangguk tanda paham.
"Sukar
untuk bertahan lama.
Lagi-lagi
dengan teknologi yang ada sekarang ini. Ramai
yang risau dengan masa depan penerbitan majalah" sambung Encik
Darius lagi.
"Tetapi
bagi saya,
majalah masih ada masa depan yang cerah kerana ianya bahan penting
dalam ketamadunan kita. Ia seperti satu... ikon"
aku mengeluarkan pendapat. Aku sendiri tidak sangka dengan apa yang
telah aku katakan. Tertanya-tanya juga ketika itu dari manakah
datangnya semua idea-idea itu.
"Saya
suka dengar kata-kata optimis sebegitu. Sebenarnya Marina, ada
tiga perkara yang perlu diambil kira dalam dunia penerbitan majalah
iaitu editorial, pengiklanan dan edaran. Kalau salah satunya hancur,
maka hancurlah majalah itu nanti"
"Oh. Boleh
Encik Darius terangkan dengan lebih lanjut?"
"Perkara
yang paling penting dalam penerbitan majalah adalah kandungannya
kerana ianya menjadi sebab utama untuk pembaca membeli majalah kita.
Begitu juga dengan pengiklan kerana itu adalah salah satu sumber
kewangan terpenting majalah. Kita dan mereka memerlukan antara satu
sama lain. Bercakap tentang edaran pula, apa yang perlu kita buat
adalah memastikan yang ianya beredar di tempat-tempat yang betul di
mana sasaran pembaca kita boleh mendapatkannhya dengan mudah. Kalau
ini semua okey, maka mudahlah untuk majalah kita bertahan"
"Dan
jangan lupa pilih pekerja yang baik seperti
kamu" kata Puan Karina. Aku menjeling Daniel. Dia tersenyum
sinis mengusikku.
Sepanjang
malam, kami bercerita tentang pelbagai perkara. Dari
bisnes majalah ke isu inflasi, gosip artis dan politik. Ada
sahaja topik yang keluar dari mulut kami sejak mula kami duduk,
hinggalah saat kami menghadap pencuci mulut.
“Terima kasih
Marina sebab sudi datang”ucap Daniel semasa dia dalam perjalanan
menghantarku pulang ke hotel.
“Terima
kasih juga pada awak sebab bawa saya ke sini. I
love the neighbourhood though”
“Mereka semua suka
pada awak..”
Aku hanya tersenyum
apabila mendengar kata-kata Daniel itu. Aku harap, Daniel tidak hanya
ingin menyedapkan hatiku sahaja. Aku harap, keluarganya benar-benar
menyukaiku.
Ternyata, mereka
amat baik dan peramah. Aku akui amat terkesan dengan kebaikan dan
kesederhanaan yang ditunjukkan oleh mereka. Namun, aku masih berasa
kurang selesa. Di dalam fikiranku, berkali-kali aku diingatkan akan
status mereka sekeluarga.
Mungkin
betul apa kata orang,
apa yang ada di dalam fikiran boleh menjadi satu pengaruh yang amat
kuat. Ianya boleh menjadi imej-imej yang mengawal minda.
Contohnya
macam aku, walaupun mereka melayan aku dengan baik, tetapi kerana
imej-imej itu, masih sukar untuk aku menerima situasi yang jelas
tidak sejajar dengan imej-imej itu. Tetapi sekurang-kurangnya, malam
itu aku pulang dengan senyuman.
Diterbitkan
oleh : Harry Haider Enterprise, Blok 4-9-9, Vista Angkasa
59200, Kuala Lumpur.
©
Kid Haider, Mohamad Khidir Bin Mohamed Yazir, Khidir
M. Yazir
Terbitan Pertama 2015
Terbitan Pertama 2015
Hak
Cipta terpelihara













No comments:
Post a Comment