''Penat! Tertekannya aku! Rasa seperti pergi berperang pula!" dengan suaraku yang agak reedy, aku separa menjerit. Aku seperti hendak gila apabila menerima e-mel dari Daniel yang mahukan aku menukar beberapa perkara di dalam artikel yang telah aku tulis untuknya.
Aku berada di Dr
Love ketika itu, sedang cuba memilih gambar yang bersesuaian untuk
kolum 'Santai'. Tiba-tiba sahaja, aku menerima e-mel dari Daniel yang
menginginkan supaya ianya diubah.
Sejurus
selepas perbincangan mengenai isu terbaru Hey tamat,
kami
mula
sibuk mencari dan menyusun bahan-bahan yang bersesuaian.
Ianya sepuluh hari yang cukup sibuk dan penuh dengan kejutan. Dalam
tempoh itu juga, Daniel
berkali-kali mengadakan mesyuarat dan berbincang mengenai
perkembangan isu itu.
Apa yang membuatkan kami mengeluh
sebaik sahaja mesyuarat diadakan
adalah perubahan yang sentiasa dimahukan oleh Daniel.
Sebagai contoh, pada hari sebelumnya Daniel hampir-hampir bergaduh
dengan Dee. Suasana menjadi sedikit tegang apabila Dee diminta
mengubah sebuah artikel yang telah pun diubah sebanyak tujuh kali!
"Kenapa
dengan dia Gina?" tanya Michelle yang kebetulan berada di Dr
Love.
"Cuba
kau tanya dia sendiri." kata Gina.
Sebaik
sahaja Michelle bertanyakan soalan itu kepadaku, aku mula bercerita
mengenai Daniel dan drama yang sedang kami hadapi di Hey.
"Daniel
asyik menukar fikirannya. Sudah banyak kali Daniel menolak
hasil-hasil kerja aku. Dari artikel, topik dan gambar. Hampir
keseluruhannya ditolak! Buat kali pertama aku tidak faham apa yang
Daniel mahukan. Sering kali dia menyuruh kami mengubah hasil
kerja-kerja kami"
"Daniel
itu bos dia bukan?" bisik Michelle kepada Gina yang sedang duduk
disebelahnya.
"Mmmm..hmmmmmm.."
Gina mengangguk.
"Dan
cuba teka, kami cuma ada beberapa belas hari sahaja lagi sebelum
ianya dicetak!" tambahku lagi dengan aksi penuh dramatik.
Michelle melayan ceritaku yang sudah berkali-kali aku ceritakan
kepada Gina dan Ally. Aku berterusan bercerita mengenai kesukaranku
untuk tidur malam. Mimpi burukku tentang Daniel dan macam-macam lagi.
Aku juga bercerita tentang apa yang berlaku antara aku dan Daniel
sebelum dan selepas apa yang berlaku di Asia Cafe.
"Jadi apa yang kau hendak lakukan sekarang Marina? Kau ada apa-apa rancangan?" tanya Michelle.
"Rancangan?"
tanyaku kehairanan. Kurang faham dengan apa yang ingin Michelle
sampaikan.
"Ya.
Kau tidak mahu buat apa-apa?" jawab Michelle sambil tersenyum.
Aku
hanya memandang Michelle. Soalan Michelle itu tidakku jawab. Namun,
ianya membuatkan aku terfikirkan sesuatu.
******************
Malam
itu, aku terjaga dari tidurku. Aku terganggu dengan bayangan-bayangan
di Hey. Aku menenangkan diri dan cuba untuk kembali tidur. Aku
berpusing ke kiri dan ke kanan. Cuba untuk memejamkan mataku tetapi
gagal. Aku gelisah memikirkan hari esok.
"Ah!
Bilakah semua ini akan berakhir?" aku mengeluh sendirian.
"Mungkin aku perlu melarikan diri" kataku lagi. Dan apabila
bercakap mengenai 'melarikan diri', aku mula mengingati kisah lalu.
Sesuatu yang pernah aku lakukan semasa di sekolah dahulu. Untuk
mengelakkan diri dari menyertai aktiviti perkhemahan, aku pernah
berpura-pura sakit perut sehingga doktor mengambil keputusan untuk
memasukkan aku ke dalam wad. Aku memikirkan kemungkinan untuk aku
melakukan perkara yang sama. Berpura-pura sakit perut, pengsan di
pintu utama hospital dan kemudian dimasukkan ke dalam wad untuk
beberapa hari.
"Mungkin
aku perlu pergi mendapatkan Susan yang sedang dikuarantin dan
mendekatkan diri kepadanya?" kataku sendirian. Memberi cadangan
untuk digunapakai. "Tidak! Itu sama seperti membunuh diri
sendiri. H1N1 bukan perkara main-main. Mungkin juga aku perlu mencium
Gina yang kebetulan sedang dijangkiti selesema ketika itu supaya aku
dijangkiti dan dikuarantin seperti yang lain? Ah! Mengarut!" aku
menolak kesemua rancangan yang aku fikirkan. Namun, selepas beberapa
ketika, aku berfikir semula. 'Mengarut? Fikirkan sekali lagi. Salah
satu daripada cadangan-cadanganku itu sebenarnya agak bernas'
Dengan
rancangan untuk mengulangi apa yang aku lakukan di sekolah pada satu
masa dahulu, aku pergi ke Hospital Assunta pada keesokan harinya
tepat pada pukul tujuh pagi. Awal-awal pagi lagi, aku menghubungi
Daniel untuk memberitahunya yang aku berasa tidak sihat dan
memerlukan sedikit rehat.
Aku
mengambil nombor giliran dan duduk di tempat menunggu. Semasa
menunggu giliranku tiba, aku mula memikirkan kembali rancanganku itu.
Aku menyoal kembali apa yang cuba aku lakukan. Apabila aku fikirkan
dalam-dalam, aku mula sedar bahawa melarikan diri dari semua itu
hanya akan merugikan diriku sendiri. Mungkin dahulu aku boleh
mengelakkan diri dari menyertai aktiviti perkhemahan yang
membosankan. Tetapi aku berhadapan dengan realiti hidup yang sebenar.
Tindakan yang aku ambil pasti akan memberi kesan kepada yang lain.
‘Bagaimana
jika sesuatu seperti ini timbul di masa akan datang? Perlukah aku
melarikan diri lagi? Bagaimana pula dengan Daniel? Walaupun dia
nampak keterlaluan sejak timbulnya masalah di Hey, aku tahu dia
sebenarnya mengharapkan aku untuk berada di Hey dan terus menerus
memberi sokongan hingga selesainya isu Hey yang terbaru. Tidakkah kau
rasa penting bagi Daniel pada ketika ini? Kau akan menoleh ke
belakang dan berbangga kerana berjaya melepasi semua ini.' Segala
macam soalan aku tanyakan kepada diriku sendiri.
'Aku
tidak boleh melakukannya kepada Hey. Aku tidak boleh melakukannya
kepada Terry Lee dan aku tidak boleh melakukannya kepada Daniel.
Tidak! Aku tidak mampu melakukannya. Masa sudah berubah. Aku bukan
lagi budak sekolah belasan tahun. Mungkin dramanya masih ada tetapi
aku perlu lebih berani menghadapinya.'
"Aku
tidak boleh melakukannya Michelle. Tidak boleh!" Aku terus
menghubungi Michelle selepas aku membuat keputusan yang aku rasakan
tepat untuk diriku.
''Nampaknya
kau masih runsing memikirkan tentang Daniel. Walaupun selepas apa
yang berlaku antara kamu berdua''
kata Michelle.
''Ya.
Tetapi kau jangan salah anggap pula. Aku tidak melakukannya hanya
kerana Daniel.
Ya. Aku
akui yang aku kecewa dengan Daniel selepas apa yang berlaku di Asia
Cafe dan keputusannya untuk kembali menjalin hubungan dengan
Jennifer.
Tetapi
aku tidak boleh membiarkan perasaan aku ini merosakkan diri aku
sendiri. Aku tidak boleh membiarkan perasaan ini merosakkan sesiapa
pun!”
terangku kepada Michelle.
“Apabila
difikirkan semula, aku berasa yang mungkin juga aku hampir
melakukannya kerana perasaan
marahku
kepada Daniel.
Aku
ingin membalas dendam kerana Daniel menyakiti hati
aku.
Tetapi sekarang aku sedar yang aku perlu bersikap lebih profesional.
Aku tidak boleh mencampur adukkan soal peribadi dengan kerja”
“Baguslah
kalau kau fikir begitu Marina. Mungkin ada baiknya kau hubungi
Daniel. Atau pun kau pergi terus ke pejabat hari ini!”
“Betul
juga. Aku rasa bersalah pula bila tidak datang ke pejabat hari ini.
Mereka pasti sedang bertungkus lumus di sana”
Beberapa
minit kemudian, selepas
perbualanku dengan Michelle tamat, tanpa aku duga, Daniel
menghubungiku. Aku teragak-agak untuk menjawab panggilannya.
Namun, aku memberanikan diri untuk menekan butang jawab.
''Marina...''
perlahan suara Daniel memanggil namaku.
"Ya
Daniel..."
"Awak
okey?"
"Ya.
Saya baik-baik sahaja. Kenapa awak hubungi saya Daniel? Ada apa-apa
yang boleh saya bantu?"
''Marina. Saya
hendak cakap sedikit dengan awak''
Aku
sejujurnya kurang senang dengan kata-kata itu. Tidak
kiralah dari sesiapa pun. Setiap
kali aku mendengarnya,
ia
akan membuatkan aku berasa gementar.
"Awak...
Awak sedikit berubah sejak akhir-akhir ini..."
kata Daniel.
"Maksud
awak?"
"Awak
dan saya. Kita. Ada perubahan antara kita. Kita tidak lagi seperti
dahulu"
'Ah
Daniel. Berhati-hati dengan kata-katamu. Jangan bermain-main dengan
perasaanku'
Aku
menjerit-jerit di dalam hati.
“Marina.
Ianya hanya perkataan. Dia mempersoalkan tentang hubungan profesional
kamu berdua. Jangan meromantiskan apa-apa pun yang terkeluar
dari mulut Daniel!”
wajah
Gina muncul
memberi
amaran kepadaku.
"Mungkin
tugasan ini membuatkan saya sedikit bercelaru. Sedikit
tertekan. Seorang pembantu sertai tim editorial Hey. Huh!
Saya tidak pernah membayangkannya sebelum ini. Mungkin
juga
saya
masih terkejut dengan tragedi ini"
jawabku penuh berhati-hati.
"Awak
panggil ini tragedi? Lucu betullah awak ini Marina” Daniel
mentertawakanku. "Mungkin
juga
apa yang awak katakan itu betul.
Ini
semua
satu kejutan untuk awak
dan juga saya..."
Aku
tahu, dari caranya berkata-kata, Daniel seperti dapat merasa
apa
yang
aku
katakan itu
bukanlah
jawapan
yang sebenar.
Sejujurnya,
selepas apa yang berlaku,aku
rasa
dikhianati. Aku
rasa
kehilangan seorang kawan. Aku terfikir, jika aku tiada apa-apa
perasaan terhadap Daniel, mungkin
aku tidak
akan
bertindak sedemikian.
Aku
tahu aku tiada hak untuk menyalahkan Daniel.
Dia tidak pernah mengatakan yang dia menyimpan apa-apa perasaan
terhadapku.
Jadi mengapa perlu aku beremosi seolah-olah Daniel itu teman istimewa
aku?
“Betul
tiada sebab lain?” tanya Daniel inginkan kepastian.
“Betul.
Awak tidak perlu risau. Cuma saya hanya bimbang...”
"Bimbang
tentang apa?
Isu
ini?'' tanya Daniel.
Mendengar suaraku yang seperti tidak selesa dengan soalan-soalannya,
dia seolah-olah memberikan aku satu idea untuk menukar tajuk
perbualan kami.
“Ya
Daniel... Saya bimbang tentang isu Hey yang terbaru ini...”
“Kalau
awak bimbang. Saya apatah lagi... Saya ini ketua editor. Baik dan
buruknya Hey terpikul di bahu saya. Tetapi saya tahu, awak bukanlah
jenis orang yang mudah terganggu hanya kerana ‘tragedi H1N1’ ini.
Sepatutnya ianya menjadi satu pesta bagi awak”Daniel mengujiku
sekali lagi.
''Apa
yang awak cuba katakan sebenarnya Daniel? Hanya itu sahaja yang ada
di dalam fikiran saya. Saya bimbangkan
Hey.
Tetapi saya
pegang apa yang awak katakan kepada kami tempohari, apa
yg boleh kita lakukan? Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke
pangkal lengan. Kita perlu teruskan apa yang sudah
kita
buat. Tamatkan apa yang kita mulakan'' jawabku dengan jawapan yang
aku rasakan selamat.
"Hmmm...
" Daniel mengelus kecil. Ianya juga membawa maksud yang dia
tidak berpuas hati dengan jawapan yang aku berikan. “Baiklah.
Beritahu saya apa yang merunsingkan awak sebenarnya tentang Hey?”
"Saya
cuma terfikir tentang isu yang sedang kita fokuskan ini. Ada
banyak majalah yang bincangkan isu yang sama"
aku mengumpul isi-isi yang telah aku fikirkan untuk sekian lama.
"Kebanyakkan
orang tahu Hey mampu mengubah
sesuatu yang secara konvensionalnya 'bosan'
kepada sesuatu yang 'menarik' dan nampak cool
untuk beberapa ketika.
Hey
boleh jadikan sesuatu yang disifatkan sebagai underground
kepada mainstream.
"Apa
yang awak hendak cuba katakan?" tanya Daniel keliru.
"Isu
ini teruk. Kita perlukan sesuatu untuk menaikkan isu ini"
"No but I believe sex and controversy sell" 'Oh tidak! Adakah aku baru sahaja mengatakan seks and kontroversi kepada Daniel? Seks dan kontroversi?!' kataku di dalam hati sebaik sahaja aku menghabiskan kata-kataku.
"I
know..."
Daniel cuba menahan ketawanya. Aku tahu dia tidak menyangka yang aku
akan mencadangkannya untuk menggunakan seks dan kontrovesi. "But
I don't know how those two fit into this"
"Oh.....mmmm....."
aku hilang kata-kata.
''Take
a rest Marina. Think about it and ready to attack later okey?''
"Okey
Daniel"
Diterbitkan
oleh : Harry Haider Enterprise, Blok 4-9-9, Vista Angkasa
59200, Kuala Lumpur.
©
Kid Haider, Mohamad Khidir Bin Mohamed Yazir, Khidir
M. Yazir
Terbitan Pertama 2015
Terbitan Pertama 2015
Hak
Cipta terpelihara






No comments:
Post a Comment