Aku
melangkah masuk ke KLCC. Seperti mana yang dijanjikan. Diana Sinclair
akan menunggu aku di Dome untuk menyambung semula temubual yang
terhenti di pertengahan jalan. Sebaik sahaja aku sampai di Dome,
Diana Sinclair sudah berada di situ,sedang duduk di salah sebuah meja
sambil membaca buku.
"Hai
Diana!"
"Hai
Marina."
"Sudah
lama di sini?"
"Lebih
kurang setengah jam"
"Awal
sampai ya." aku mengambil tempat di hadapan Diana. Baunya cukup
memikat. "Harum
betul bau awak hari ini"
"Terima kasih."
Diana tersenyum mendengar pujianku.
"Wow! Buku apa
yang sedang awak baca?"
"Buku Johan
Halid, tajuknya 'Orang Lain'"
"Bagus isinya?"
"Ya. Jika awak
suka psikologi"
"Oh jadi ianya
tentang psikologi?"
"Ya. Tetapi
tiada teori-teori yang kompleks di sini"
"Oh"
aku hanya mengangguk.
"Okey
berhenti bercakap soal ini." Diana menutup bukunya. "Marina.
Maafkan saya atas apa yang berlaku tempohari, sebenarnya fikiran saya
agak berserabut. Terlalu banyak berfikir. Saya pening"
"Oh.
Tidak mengapa. Saya pun hendak minta maaf jika saya menyinggung awak
tempohari"
"Sebenarnya
saya sudah biasa dengan semua itu. Saya boleh sahaja jawab
soalan-soalan awak tempohari cuma saya...." Diana terkial-kial
mencari ayat yang sesuai.
"Pening?"
"Hahaha..
Ya. Pening" Diana tertawa. Mungkin itu sahaja alasan yang ada di
dalam benak fikirannya. "Saya cuma tidak mahu awak sangka yang
saya sengaja mahu mengenakan awak"
"Tidak.
Tidak sama sekali" aku menggeleng-gelengkan kepalaku.
"Saya
rasa kita patut mulakan semula."
"Hai.
Saya Diana Johari" Diana menghulurkan tangannya. 'Permainan
apakah ini? Apa yang dia cuba lakukan? Layankan sahajalah' kataku di
dalam hati.
"Hai.
Saya Marina... Ummm.. dari majalah Hey" kataku. Teragak-agak
untuk memberi respons sambil mencari kata-kata yang tepat.
"Oh!
Berhenti gunakan nama majalah awak sebagai identiti diri"
"Kenapa
pula?"
"Tidak
syoklah! Okey kita mulakan semula. Hai! Saya Diana Johari!"
Diana nampak begitu bersemangat. Namun, kenapa 'Diana Johari'? Bukan
Diana Sinclair? Dengan memperkenalkan dirinya sebagai Diana Johari,
aku terus dapat menangkap yang dia mahu aku melayannya seperti aku
tidak pernah mengenali wajahnya sebelum ini. Aku mengikut rentaknya.
Ini bukan lagi satu permainan. Ini sudah jadi satu persembahan.
"Hai!
Saya Marina Adam!"
"Ya!
Begitulah caranya!" Diana tersenyum riang.
"Jadi,
apa
yang
awak
hendak
tahu tentang
saya sebenarnya
Marina?"
"Bukankah
nama awak sedang panas sekarang ini. Jadi saya mahu tulis tentang
awak. Hasil kerja awak, buah fikiran awak dan macam-macam lagi untuk
isu akan datang"
"Kalau
itu yang awak mahu tahu, kita boleh sahaja berhubung melalui emel
atau telefon"
"Begini
lebih puas. Sekurang-kurangnya saya
tahu jawapan semua dari awak. Mungkin
kalau
emel
atau telefon,
orang
lain yang
tulis atau jawabkan
panggilan
untuk
awak"
"Hahaha!
Memang logik. Tetapi saya
belum jumpa lagi orang
yang
bersuara seperti saya"
Diana tertawa mendengar jawapan yang aku berikan.
Aku cuba untuk tidak
melayannya seperti satu karakter dan cuba seboleh mungkin melupakan
yang dia adalah seorang public figure.
"Jawapan-jawapan
itu awak boleh dapat dalam mana-mana majalah yang lain" kata
Diana.
"Tetapi berikan
saya sesuatu yang berbeza."
"Okey
kalau itu yang awak mahu. Saya
akan
beritahu
awak jawapan-jawapan itu
nanti.
Tetapi
awak
free
tidak malam
ini?"
"Malam
ini memang
dikhususkan untuk awak Diana"
"Betul?
Tidak ada apa-apa rancangan lain?"
"Ya!"
aku mengangguk-anggukan kepalaku. Teruja dan tertanya-tanya akan
permainan yang sedang dimainkan oleh Diana.
"Okey.
Kalau begitu, jom
ikut saya jalan-jalan"
"Ke mana?"
"Sekitar
sini sahaja. Bosan
kalau hanya duduk-duduk berbual bukan?"
"Okey.
Tidak ada masalah. Saya jadi pemandu pelancong awak malam ini"
"Tidak perlu.
Saya yang akan jadi pemandu pelancong awak malam ini. Dan apabila
saya kata jalan-jalan. Saya benar-benar maksudkannya. 'Jalan'"
"Dengan kaki?"
aku mula terbayang bagaimana kami akan menempuh jalanan kota Kuala
Lumpur pada malam itu. Aku sangkakan Diana mahu berjalan di taman
yang berdekatan dengan KLCC. Namun, sangkaanku silap.
"Ya."
"Awak tahu
selok belok bandaraya ini?"
"Awak serius
bertanyakan soalan itu kepada saya? Bertahun saya tinggal di Lembah
Klang sebelum saya berhijrah ke Amerika"
"Okey. Ke mana
kita mahu pergi?"
"Awak
ikut saya jalan-jalan,
selepas itu jom ikut saya memanah"
"Memanah?"
"Ya.
Seronok. Awak mesti cuba"
Diana
membawa aku berjalan dari KLCC ke Jalan Imbi. Ia bukan satu jarak
yang dekat. Nasib baik aku tidak memakai kasut bertumit tinggi.
Walaupun begitu, kakiku tetap berasa lenguh. Namun, aku tidak
menunjukkannya kepada Diana yang kelihatan begitu bertenaga.
'Apa
yang perempuan ini makan agaknya?' hati kecilku berkata.
Dalam
perjalanan, aku
berbual-bual dengan Diana. Aku berusaha untuk mengawal rentak
perbualan kami. Aku tidak mahu tergesa-gesa membawanya ke topik yang
panas. Aku tidak mahu mengulangi kesilapanku yang lalu. Sepanjang
perjalanan, kami bercakap tentang perubahan Lembah Klang dan hal-hal
wanita.
Apabila
tiba sahaja di pusat permainan memanah yang hendak ditujui oleh
Diana, kami berhenti bercakap. Tumpuan diberikan seratus peratus
kepada panahan yang dibuat. Namun, Diana masih lagi menjadi
prioritiku. Aku memerhatikan gerak-gerinya. Bertanya bagaimana gadis
Kota Tinggi itu boleh menjadi satu fenomena dan berkuasa. Dia
mengepalai Babylon Cat Inc. Aku banyak membaca tentang syarikat itu.
Aku tahu potensinya dan cara syarikat itu beroperasi. Perkembangan
yang ditunjukkan oleh Babylon Cat menarik perhatian ramai.
Masing-masing tertanya-tanya bagaimana ia boleh menjadi begitu
dominan dalam masa kurang dari sepuluh tahun. Masing-masing mahu tahu
rahsia Si Kucing dari Babylon itu. Diana tidak mengurus syarikat itu
secara harian seperti mana yang dilakukan oleh Ketua Operasi yang
lain. Dia pemegang saham terbesar dan dia memberi arahan dari jauh.
Aku pasti, untuk memastikan operasi berjalan lancar, ada banyak
mata-mata yang 'dipasang' di Babylon Cat yang memberi laporan
kepadanya dari hari ke hari.
"Jadi
awak sukakannya sekarang?" tanya Diana sebaik sahaja kami keluar
dari pusat memanah itu.
"Ya!
Saya sangat menyukainya! Segala-galanya tentang fokus!"
"Yes.
All rely on the power of focus"
"and
it is fun!"
"Yes
it is!"
"Jadi
Diana. Awak selalu memanah?"
"Ya.
Saya selalu lakukannya di rumah. Saya ada set lengkap."
"Selain
dari memanah. Apa lagi yang awak suka?"
"Saya
suka main tenis."
"Lagi?"
"Saya
juga suka lumba kereta dan tinju?"
"Awak
sukakan lumba kereta dan tinju?" aku bagaikan tidak percaya
dengan apa yang diberitahu Diana.
"Ya.
Kenapa?"
"Saya
tidak dapat bayangkan awak berlumba dan bertinju."
"Oh.
Maksud saya. Saya suka tonton lumba kereta dan tinju. Kedua-duanya
nampak bahaya, tetapi seronok untuk ditonton. We
always have to race to prove ourselves don't you think"
Kami meneruskan
perbualan kami sehinggalah kami kembali ke KLCC.
"Saya
rasa seronok sangat malam ini Marina."
"Saya
pun begitu. Terutama sekali apabila dapat memanah dengan awak. Ini
kali pertama saya memanah. Selepas ini kalau saya memanah lagi, saya
mesti akan teringatkan awak"
"Awak
tahu. Awak adalah antara orang yang tidak terkejut apabila mengenali
saya dengan lebih dekat." kata Diana sambil menepuk-nepuk
bahuku.
"Maksud
awak?"
"Sesetengah
orang, mereka seperti 'Oh! Saya sangkakan dia ini bodoh-bodoh alang
sahaja"
"Orang
tidak akan jadi kaya jika mereka bodoh"
"Date
ini bukan kerana duit bukan?"
"Apa?"
aku melihat Diana dengan penuh tanda tanya. Terus aku teringatkan
fantasi Diana yang aku baca di dalam 'Taman Rahsia'.
'Oh.
Janganlah jadi apa-apa malam ini' kataku di dalam hati.
"Hahaha!
Ya. Kenyataan itu perlu ditukar kepada orang tidak akan kekal kaya
jika mereka bodoh"
"Saya
tidak sukakan perkataan itu, 'bodoh'. Ia kedengaran agak biadap."
kataku jujur.
"Ya.
Sebab mereka bukan bodoh. Cuma tidak tahu apa yang perlu dilakukan.
Mungkin juga taktik yang digunakan tidak kena dengan caranya atau pun
mereka tidak bernasib baik"
"Jadi
apa rahsia awak?"
"Your 'have it
all' secret.
"Saya
tidak memiliki segala-galanya"
"Alah Diana.
Jangan buat tidak faham dengan soalan saya. Awak punyai segala yang
orang lain tidak miliki"
"Saya hanya
bekerja seperti mana orang lain. Saya gunakan daya kreativiti saya
dan saya tidak pernah bosan dengan apa yang saya lakukan"
"Itu sahaja?
Itulah yang saya lakukan. Namun, pada usia saya awak sudah memiliki
apa yang saya belum miliki sekarang. Tentu awak tahu apa yang orang
lain tidak tahu"
"Mudah sahaja
Marina. Awak kena rajin dan sentiasa berusaha. Tiada jalan pintas.
Tetapi awak juga perlu tahu membezakan aset dan liabiliti. Itu adalah
sesuatu yang awak perlu tahu. Orang-orang di peringkat umur awak
kebanyakannya gagal membezakan kedua ini. Mereka hanya tahu
membezakannya apabila mereka sudah termasuk ke dalam perangkap"
terang Diana.
"Oh.
Jadi resepi awak adalah kreativiti, rajin dan tahu menilai aset dan
liabiliti? Begitu?" aku cuba merumus.
"Awak
betul-betul hendak tahu?"
"Ya!
Sudah semestinya!"
"Okey.
Bagaimana kalau kita jumpa lagi esok?"
"Tidak
ada masalah"
Setelah
aku mengatur temujanji dengan Diana, aku segera aku menelefon Daniel.
Dia gembira tidak terkata apabila aku memberitahunya apa yang
terjadi.
"Dia
ajak awak keluar lagi?" tanya Daniel.
"Bagus!"
"Sukar
dipercayai bukan?"
"Buat yang
terbaik esok okey!"
"Okey bos!"
**********
Diterbitkan
oleh : Harry Haider Enterprise, Blok 4-9-9, Vista Angkasa
59200, Kuala Lumpur.
©
Kid Haider, Mohamad Khidir Bin Mohamed Yazir, Khidir
M. Yazir
Terbitan Pertama 2015
Terbitan Pertama 2015
Hak
Cipta terpelihara
No comments:
Post a Comment