Beberapa
hari kemudian, aku pergi ke pejabat seperti biasa. Di atas mejaku,
terdapat sepucuk sampul surat bersaiz A4 yang mana tertulis namaku di
atasnya.
Aku
membuka sampul surat itu dan membaca tajuk surat yang diisi di
dalamnya.
TAWARAN
LANTIKAN PEMBANTU PENYELIDIK LATAYA FOOD
'Wow!'
kataku sendirian. Aku terduduk. Pantas aku terus mengenang putaran
hidupku. Aku menarik nafasku dalam-dalam. Seperti baru sahaja aku
menyaksikan pertarungan Markonah dan Shazlin. 'dan kini...' aku
ketawa sendirian.
Hari
ku berjalan seperti biasa. Aku berjumpa dengan Chan, the Urban
Fruits, Daniel dan staf-staf yang lain sambil kepalaku ligat dengan
soalan-soalan tentang kesanggupanku untuk meninggalkan segala-galanya
yang telah aku bina di Hey untuk sesuatu yang baru.
"Aku
rasa Diana sudah pasti mengupah penyiasat persendirian dan menyelidik
latar belakang kau. Jika tidak. Masakan dia begitu berani menawarkan
jawatan ini kepada kau. Tempoh perkenalan kamu singkat dan kamu hanya
berhubungan secara elektronik sahaja" kata Gina kepadaku selepas
aku memberitahunya tentang perkhabaran itu.
Secara
jujurnya aku amat gembira apabila mendengar tawaran dari Diana itu.
Aku betul-betul gembira kerana aku tidak pernah menyangka peluang
sebegitu datang secepat itu.
Ia
adalah satu peluang yang besar untuk aku.
Namun,
untuk aku yang tidak pernah menjejakkan kaki ke benua yang asing, aku
merasa sedikit gementar. Sekali lagi aku terpaksa memulakan sesuatu
yang baru. Orang, persekitaran dan bermacam-macam lagi.
Tetapi
bagaimana pula dengan Syam dan Norman?
'berat
ni' keluhku sendirian.
****************
"Daniel..."
aku menjengah ke dalam pejabat Daniel. Ketika itu, dia sedang khusyuk
meneliti beberapa helaian draf untuk isu terbaru.
"Hai
Marina. Masuklah..." kata Daniel. Dia memandangku untuk seketika
dan kemudian perhatiannya dialihkan semula kepada draf yang sedang
ditelitinya.
"Awak
panggil saya?" perlahan aku bertanya sambil melangkah masuk.
"Ya
Marina. Ke sini sebentar saya hendak tunjuk sesuatu" kata
Daniel. Lalu, aku merapatkan diri kepadanya dan bersedia mendengar
apa yang ingin dikatakannya. "Marina. Saya sudah semak satu
perempat dari draf ini. Nanti, tolong beri pada Miss B dan minta dia
semak semula, okey?" kata Daniel selepas menunjukkan beberapa
bahagian yang perlu diperbaiki pada draf itu kepadaku.
"Okey.
Tidak ada masalah. Nanti saya beritahu dia."
"Bagus"
"Oh
ya Daniel, bagaimana dengan penerbitan majalah baru. Ada apa-apa
perkembangan?"
"Mereka
belum beri apa-apa jawapan pun"
"Sudah
beri pada mereka proposal yang kita buat tempohari?"
"Sudah.
Tetapi saya tidak pasti sama ada ianya boleh lulus atau pun tidak.
Pihak atasan perlukan maklum balas dari pelabur dahulu dan awak
faham-faham sahajalah kebanyakan mereka tidak faham pun tentang
selok-belok penerbitan" Daniel menggelengkan kepalanya.
"Kenapa?
Apa yang sebenarnya terjadi?" tanyaku, risau . Rancangan Daniel
untuk menambah bilangan penerbitan Harry Hans sememangnya diketahui
ramai. Itulah perkara yang sentiasa dibangkitkan olehnya semasa
bermesyuarat dengan pihak atasan di Harry Hans.
"Macam-macam
yang terjadi Marina. Banyak lagi yang perlu difikirkan" jawab
Daniel ringkas. Cuba mengelak untuk bercakap panjang lebar berkenaan
dengan hal itu. Itu juga petanda bahawa aku perlu berhenti bertanya
soalan itu dan ini berkenaan dengannya.
"Oh.
Begitu" aku hanya mengangguk-angguk. Memberi isyarat faham.
"Oh
ya Marina. Saya dengar awak dapat tawaran kerja di Amerika.
Betulkah?"
"Tawaran
kerja di Amerika?" aku mengulang kembali soalan Daniel dan
terpaku sebentar. Hairan bagaimana Daniel boleh tahu berkenaan dengan
tawaran Diana itu. Setahu aku, hanya The Urban Fruits sahaja yang
diberitahu tentang itu semua.
'You
girls... Grrr...' terbayang wajah-wajah manja The Urban Fruits yang
sedang mentertawakan aku.
"Hey
ini bukannya besar sangat Marina. Lebih-lebih lagi cerita macam ini"
kata Daniel seperti mengejek. Namun dia tetap tersenyum.
"Baiklah."
kataku dengan penuh berhati-hati "saya mengaku, saya memang ada
menerima tawaran dari Diana Sinclair"
Daniel
memandangku dengan wajah yang serius. Dari riak wajah yang
ditunjukkan, dia seolah-olah tidak percaya dengan apa yang
didengarnya.
"Tunggu
dulu. Awak kata Diana Sinclair?"
"Ya.."
jawabku selamba. Tidak menduga respon itu yang diberi oleh Daniel.
"Saya
sudah duga dari awal lagi. Dari gerak-gerinya saya tahu dia hendak
'curi' awak dari Hey..."
"Curi?
Sejak bila pula saya ini jadi hak milik Hey yang boleh dicuri-curi?"
soalku sambil tergelak kecil, lucu mendengar kata-katanya.
"Damn!"
Daniel menyandarkan dirinya ke kerusi, "jadi bagaimana Marina?
Apa keputusan awak?"
"Saya
masih belum lagi buat keputusan. Tawaran Diana itu memang menarik,
tetapi ada banyak perkara yang perlu saya fikirkan. Kalau awak berada
di tempat saya, adakah awak akan terima tawaran Diana itu?"
"Hmmm...
Kalau saya pun, jawapan saya pasti sama sahaja dengan awak. Kenapa
Marina? Awak berat hati untuk tinggalkan Hey?"
"Ya.
Saya sudah mula sebati dengan Hey. Sayang untuk saya tinggalkan semua
yang ada di sini. Terutama sekali orang-orang di Hey"
"Nama
saya termasuk dalam senarai atau tidak?"
"Hai...
nama bos besar mestilah ada dalam senarai..."
"Jadi
dalam senarai awak, saya ada di nombor yang ke berapa?" tanya
Daniel. Dia tersenyum nakal.
"Ha!
Ha! Ha! No komen!" aku cuba untuk bertenang dalam memberi respon
kepada soalan Daniel itu. Namun aku tidak pasti tawaku itu nampak
dibuat-buat atau benar-benar menjadi.
"Jadi.
Saya hendak tahu Marina. Apa pendapat awak tentang Hey? Awak seronok
bekerja di sini?"
"Ya.
Saya seronok sekali bekerja di sini. From the beginning, I know this
is a great place for me to start over. Yang paling saya tidak boleh
lupakan adalah 'Harry' dan H1N1"
"Jangan
sebut lagi tentang 'Harry' Marina. Saya boleh tergelak sepanjang hari
bila teringat bagaimana saya kenakan awak"
"Saya
memang terkejut ketika itu awak tahu"
"Tetapi
Marina. Saya memang tidak boleh lupa tentang 'H1N1'... Fuh!! 'Cemas'
dan 'menakutkan'. Itu sahaja perkataan yang boleh saya guna untuk
menggambarkan situasi itu. Sepanjang saya bekerja, saya tidak pernah
hadapi situasi sebegitu"
"Ya
Daniel! Tetapi syukurlah kita semua berjaya menghadapi saat itu"
"Di
mana ada kemahuan, di situ ada jalan"
"Ya
Daniel. Tepat sekali" kataku mengangguk bersetuju.
"Jadi
Marina. Sebelum awak terima tawaran Diana, awak pernah terfikir untuk
bekerja di luar negara?"
"Tidak
pernah pun. Sebab banyak yang perlu difikirkan. Tempat tinggal,
suasana persekitaran, wang dan macam-macam lagi"
"Betul
apa yang awak cakap itu. Awak ada kenal sesiapa di Amerika?"
"Selain
Diana Sinclair?" sengaja aku bertanya kerana aku pasti ianya
melucukan Daniel
"Ya.
Selain Diana" jawab Daniel. Dia tertawa kecil.
"Malang
sekali, tiada." aku mencemikkan bibirku.
"Susah
juga itu Marina. Sakit pening awak siapa yang hendak tengokkan
nanti?" tanya Daniel.
"Alah.
Kalau di sini pun macamlah ada orang hendak tengokkan. Semua tanggung
sendiri Daniel"
"Ha!
Ha! Ha! Ya. Betul juga itu Marina"
"Tetapi
kalau saya setuju untuk terima tawaran itu, saya akan bawa Gina
bersama untuk temankan saya dalam seminggu dua. Dia pun pasti suka
kalau dapat ikut berjalan..."
"Bagus
juga kalau bawa dia. Dia pun pernah ke sana sebelum ini. Keluarga
awak bagaimana pula Marina?"
"Hmmm...
Mereka berat untuk biarkan saya pergi"
"Pasti
mereka risau" kata Daniel. Namun, dia terhenti sebentar sebelum
menyambung kata-katanya.
"Marina...."
Daniel memanggil namaku. Nada suaranya yang berubah membuatkan aku
pasti bahawa rentak perbualan kami juga akan berubah walaupun aku
tidak dapat mengagak ke mana arahnya.
"Ya
Daniel..." sahutku dengan selamba. Cuba menyembunyikan diriku
yang sedang menduga.
"Saya
sekali lagi ingin meminta maaf atas apa yang terjadi di Asia Cafe
tempohari.."
"Daniel,
itu semua..." aku cuba mengelak dari topik yang cuba
dibangkitkan. Namun, Daniel cepat mencelah.
"Sehingga
sekarang, saya masih malu dengan apa yang berlaku." sambung
Daniel. Melihat dari air mukanya, aku tahu Daniel benar-benar ingin
meluahkan rasanya, lalu aku membiarkan sahaja dia berkata-kata. "Cuma
saya mahu awak tahu. Keberadaan awak di sini bukanlah kerana
Jennifer. Maksud saya, awak berada di sini kerana awak memang
berkebolehan. Jadi, saya tidak mahu awak salah anggap dengan apa yang
saya katakan ketika itu. Saya benar-benar minta maaf"
"It's
okey Daniel. Saya faham. It's okey." kataku memujuk, cuba
meyakinkan Daniel. Walaupun begitu, Daniel kelihatan masih tidak
berpuas hati. Dia seolah-olah tahu yang aku masih belum dapat
melupakan apa yang terjadi di Asia Cafe
"Bagaimana
pula dengan hubungan awak dan Jennifer" sengaja aku bertanya
walau tidak pasti apa jawapan yang aku harapkan.
"Kami
sudah putus"
"Hah?
Kenapa?" sebaik sahaja aku mendengar perkhabaran itu, wajah
Jennifer yang menawan terus terbayang di dalam fikiranku. Di dalam
hati, aku menyumpah-nyumpahnya kerana tidak tahu menghargai apa yang
ada di hadapan mata. Aku sangkakan dialah yang memutuskan perhubungan
mereka untuk kedua kalinya. Namun, sangkaanku meleset apabila Daniel
menceritakan hal yang sebenarnya.
"Saya
putuskan hubungan dengan Jennifer kerana saya dapat rasakan yang
hubungan ini tidak akan berjaya" terang Daniel selamba. Langsung
tiada rasa kesal.
"Bagaimana
awak boleh begitu pasti? Bukankah awak benar-benar menyintai
Jennifer?"
"Cinta
sahaja tidak cukup kuat untuk menyatukan kami. Apa yang boleh saya
katakan adalah, kami sudah tidak sehaluan lagi" terang Daniel.
Dia tidak menunggu lama untuk menjawab. Tidak teragak-agak seperti
selalunya. Dia nampak cukup yakin dengan keputusan yang diambilnya.
Aku
sangkakan Daniel benar-benar mencintai Jennifer. Entahlah... Mungkin
juga Jennifer berfikir dua kali untuk meneruskan hubungan dengan
lelaki seperti Daniel. Mungkin.
"Bagaimana
pula dengan Jennifer? Apa reaksinya?"
"Dia
marah pada mulanya. Dia ingat saya sengaja ingin membalas dendam"
kata Daniel sambil tersenyum. Nampak seperti begitu berpuas hati.
"Kalau
saya berada di tempat Jennifer pun saya akan mengamuk" kataku
walaupun aku aku tahu ia adalah perkara yang terakhir akan aku
lakukan. Seperti mana yang berlaku ketika Norman memutuskan hubungan
kami dahulu.
"Dia
tidak boleh buat begitu. Sekarang kami seri satu sama"
"Jadi
memang betullah awak sengaja melakukannya kerana dendam?" aku
cuba menyakat.
"Tidak
sama sekali Marina. Awak pun kenal siapa saya bukan? Saya cuma
bertindak awal sebelum sesuatu yang buruk berlaku di masa akan
datang" terang Daniel. Kedatanganku ke bilik pejabatnya yang aku
jangkakan sekejap menjadi lama apabila Daniel berterusan bercakap
tentang dirinya, tentang aku dan juga tentang Hey.Sesekali aku
menegurnya kerana aku merasakan tidak elok menghabiskan waktu pejabat
dengan perbualan seperti ini. Namun, dia membalasnya dengan ejekan
bergurau. Katanya, aku sengaja mencari alasan untuk mengelakkan diri
darinya. Memikirkan statusnya di Hey, aku melayankan sahaja
kehendaknya. Mungkin baginya, inilah sahaja masa yang ada untuk kami
berkongsi cerita. Kesempatan
yang ada turut aku gunakan untuk berkongsi cerita tentang Norman.
"Jadi,
apa keputusan awak?" tanya Daniel. Ada nada cemas dari suaranya.
"Saya
tidak akan menerima Norman semula Daniel" jawabku tegas. Cuba
untuk meyakinkannya walaupun aku sendiri masih belum memutuskan
apa-apa lagi ketika itu. Daniel tidak memberi sebarang renspon. Dia
hanya mengangguk perlahan apabila mendengar apa yang aku katakan.
"Marina.
Secara jujurnya, sukar untuk saya lepaskan awak pergi. Tetapi kalau
awak rasa ini jalan yang terbaik buat awak. Pergilah. saya tidak mahu
jadi penghalang. Tetapi jikalau awak rasa tidak sesuai di sana dan
ingin kembali. Pintu Hey sentiasa terbuka untuk awak.."
"Terima
kasih Daniel. Terima kasih banyak-banyak"
"Walau
apa pun yang awak putuskan, saya harap ia akan buat awak gembira
Marina"
Diterbitkan
oleh : Harry Haider Enterprise, Blok 4-9-9, Vista Angkasa
59200, Kuala Lumpur.
©
Kid Haider, Mohamad Khidir Bin Mohamed Yazir, Khidir
M. Yazir
Terbitan Pertama 2015
Terbitan Pertama 2015
Hak
Cipta terpelihara
No comments:
Post a Comment