Aku
mulai resah apabila melihat peserta-peserta karnival sudah mula
berkemas. Melalui pengumuman yang dibuat, kawasan karnival perlu
dikosongkan dalam tempoh masa setengah jam sahaja lagi. Aku cuba
meninjau-ninjau sekeliling kawasan yang berdekatan, namun bayang Syam
masih tidak kelihatan. Aku pergi ke pentas utama dan cuba menunggu
sehingga pukul lapan setengah malam dengan harapan keajaiban akan
berlaku dan Syam akan muncul di hadapan mataku. Namun, hasilnya
menghampakan. Aku mengalah, di saat itu, aku merasakan yang Syam
semestinya sudah pulang awal bersama-sama dengan rakan-rakannya dan
melupakan aku yang keliru apabila memegang kata-kata 'see
you'
-nya itu sebagai satu janji.
"Kau
pasti yang dia sudah balik?" tanya Miss R kepadaku.
"Entahlah...
Mungkin..." jawabku sambil mengangkat kedua-dua bahuku.
"Kenapa
kau tidak hantar mesej melalui Facebook sahaja?" tanya Ally.
"Malulah...
Tiga jam lepas aku sudah hantar. Tetapi tiada apa-apa respon pun"
jawabku perlahan.
Ally
dan Miss R berpandangan. Mereka menggeleng-gelengkan kepala apabila
mendengar jawapanku.
"Susahlah
kalau begitu..." kata Ally.
Beberapa
minit kemudian, tiga orang pengawal keselamatan mula datang untuk
memeriksa kawasan karnival. Itu adalah satu petanda yang kami harus
beredar dari situ secepat mungkin untuk memudahkan kerja-kerja pihak
pengurusan. Aku bersama-sama dengan Miss R dan Ally bergerak keluar.
Apabila tiba di kawasan parkiran, kami berpisah dan menuju ke kereta
masing-masing. Baru sahaja aku menghidupkan enjin kereta, aku
menerima panggilan dari Daniel.
"Macam
tahu-tahu sahaja..." kataku sendirian.
"Hai
Daniel!"
"Hai
Marina! Apa khabar? Bagaimana hari ini?" tanya Daniel.
"Saya
sihat. Hari ini okey sahaja Daniel..." jawabku ringkas.
"Kamu
berdua berjaya dapatkan semua bahan yang kita perlukan?"
"Mestilah
Daniel. Penuh kamera dengan gambar-gambar pengunjung tadi.
Macam-macam aksi. Terutama sekali Miss R"
Daniel
tertawa mendengar jawapanku.
"Baguslah
kalau begitu Marina. Oh Ya! Mana Miss R?"
"Dia
sudah pergi masuk ke keretanya"
"Okeylah
Marina. Saya dengar suara awak pun macam penat sahaja. Awak balik
rehat dahulu okey?"
"Saya
sebenarnya lapar sekarang ini. Saya tidak letih pun"
"Ajaklah
Miss R temankan awak makan"
"Dia
mengantuk sangat-sangat katanya..."
Panggilan
yang aku sangkakan sekejap menjadi lama apabila Daniel tidak
berhenti-henti bertanya itu dan ini. Saat itu aku terfikir yang ada
kemungkinan aku akan keluar makan dengan Daniel selepas sahaja tamat
panggilan itu. Keberangkaliannya amat tinggi lebih-lebih lagi apabila
dia mula bercakap tentang restoran.
Bappp!
Dua tapak tangan seorang lelaki tiba-tiba menekap pada cermin tingkap
di sebelah kananku. Dia memukul lembut cermin tingkap kereta sebagai
isyarat yang dia ingin bercakap denganku.
"Kenapa
Marina?" tanya Daniel apabila mendengar aku menjerit kecil.
"Kucing?"
Daniel kehairanan. Dia seolah-olah tahu yang aku sedang
menyembunyikan perkara yang sebenar daripadanya.
"Ya..
Mmm.... Daniel. Saya rasa saya kena pergi sekarang" aku cuba
berterus terang agar panggilan itu dapat ditamatkan dengan segera.
"Okey.
Maafkan saya. Hati-hati memandu. Bye Marina!"
"Bye
Daniel!"
'Bukankah
bagus kalau dari tadi aku cakap begitu dengan Daniel?' aku
mentertawakan diriku yang tidak mempunyai idea dan kesungguhan untuk
menamatkan sahaja perbualan kami sebelum itu.
Aku
mengalihkan perhatianku ke arah lelaki yang sedang berdiri di
sebelahku. Perlahan-lahan, aku membuka tingkap kereta.
"Marina...."
kata lelaki itu lembut.
"Syam...
Terkejut
saya tadi. Nasib baik saya tidak ada sakit jantung"
"Maafkan
saya Marina... Saya cuma takut terlepas dan awak berlalu pergi tadi"
kata Syam yang masih memakai sut Robotmannya itu. Hanya topeng
kotaknya sahaja yang ditanggalkan.
"Saya
ingatkan awak sudah pulang
dengan kawan-kawan awak"
"Belum lagi.
Saya ada sahaja di sini. Saya dan Sean terpaksa papah Adam tadi.
Kakinya terpelecok"
Aku
tertawa mendengar penjelasan Syam.
"Bagaimana kaki
Encik Stormtrooper boleh terpelecok?"
"Dia terjatuh
semasa turun dari eskalator tadi. Ini semua sebab kostum Stormtrooper
dia yang berat itulah. Fuh! Nasib baik saya nampak awak di sini.
Penat saya cari awak dari tadi"
"Tidak
percayalah. Awak tidak berpeluh pun"
"Tempat
ini sejuk macam kutub utara. Macam mana hendak berpeluh?"
Syam cuba meyakinkan aku dengan logik yang sempurna.
“Syam.
Saya
tidak
sangka boleh
jumpa
awak
di sini”
“Saya
pun
begitu Marina. Saya tidak
tahu pula yang
awak
sudah
jadi
wartawan
sekarang”
“Eh!
Saya
bukan wartawan
Syam.
Saya
sebenarnya
seorang pembantu
ketua editor.
Tetapi hari ini saya
ditugaskan untuk ke sini.”
“Oh.
Untuk majalah apa
itu Marina?
Maaflah saya terlupa tadi...’
“Hey...”
jawabku dengan bangga.
"Oh
Hey" Syam mengangguk-angguk.
"Awak
tahu tentang majalah Hey?"
"Mestilah.
Saya pernah baca beberapa isu. I
love your Art
Issue dan Green Issue.
You
all did a very
good
job. I like both issues”
“Terima
kasih. Oh
ya! Saya tidak sempat untuk beritahu awak betapa cantiknya kostum
Robotman awak tadi”
“Terima
kasih. Saya
memang suka
benda-benda
begini.
Tahun-tahun
lepas, saya
juga ada datang ke festival. Tetapi saya tidak pakai apa-apa
kostumlah"
“Nampaknya
awak ini
memang
betul-betul
peminat tegar
Anime ya?
Sanggup
awak datang
dari jauh semata-mata untuk festival
ini..."
aku menggeleng-gelengkan kepalaku. Sukar mempercayai kegigihan Syam
menghadirkan diri dari selatan untuk Festival Animax itu.
“Biasalah
kalau sudah minat. Untuk
pengetahuan awak, saya
bakal bertukar sekolah. Saya
tidak akan mengajar di tempat lama
lagi”
“Oh
ya?!
Di mana awak akan mengajar nanti?
Apa nama sekolah baru awak?”
“Wow!
Baguslah kalau begitu.. Hmm... Anak-anak murid awak
di
sekolah lama pasti
akan merindui awak
nanti Syam...”
“Harap-harapnya
begitulah. Saya
sememangnya
suka
apabila dirindui”
Syam tersenyum nakal.
“Eh
Syam.
Tidak
seronoklah kalau kita berbual-bual begini. Apa
kata kalau saya
belanja awak
makan?”
“Di mana?"
“Apa
kata saya bawa awak ke satu restoran di Shah Alam?
Jomlah!"
aku menunjukkan kesungguhanku.
“Boleh
juga. Tetapi tidak mengapalah Marina. Biar saya
yang belanja
awak”
“Tidak
Syam. Biar saya
yang belanja”
tegasku.
“Mana
boleh begitu Marina. Biar saya
sahaja
yang belanja”
“Kalau
awak
hendak belanja saya
juga. Saya akan jerit kuat-kuat dan beritahu pengawal keselamatan
yang berdiri di tepi lif itu yang awak cuba untuk merompak saya”
kataku
sambil menunjuk ke arah pengawal keselamatan yang berada di lif
berdekatan.
“Amboi...
Awak mengugut
saya nampaknya ya?”
“Ya. Memang. Saya
sedang mengugut awak Syam. Jadi bagaimana sekarang?”
“Okey.
Saya
setuju. Tetapi...”
“Kenapa?”
aku jadi tidak keruan apabila mendengar perkataan 'tetapi' yang
keluar dari mulut Syam. Aku takut dia mengubah fikiran dan enggan
keluar makan denganku.
“Saya
kena tukar baju dahulu. Takut orang lari pula kalau
tengok
saya
begini”
Aku
geli hati mendengar kata-kata Syam. Aku melihat baju yang dipakainya
sejak dari petang. Sebenarnya aku tidak kisah jika dia ingin keluar
makan dengan berpakaian begitu. Pada pandanganku, ianya nampak cool.
“Ya.
Itu sudah tentu. Awak
pergilah
tukar baju
dahulu.
Saya
tunggu
awak di sini”
Selepas
bersetuju dengan pelawaanku, Syam mengekoriku ke Seksyen 9 Shah Alam.
Kami
bernasib baik kerana keadaan lalu lintas pada ketika itu tidak
menggangu konvoi kami. Setibanya kami di Shah Alam, aku
membawa
Syam
ke sebuah restoran Thai
kegemaranku.
"Cantik bukan? Saya dan kawan-kawan memang suka datang ke mari"
"Sedapkah
makanan yang mereka masak?"
"Mestilah.
Kalau tidak sedap saya tidak akan bawa awak ke mari. Oh ya. Apa yang
awak hendak makan?"
"Oleh
kerana awak yang selalu makan di sini. Apa kata kalau awak cadangkan
saya makanan yang selalu awak makan. Tetapi pastikan ianya
sedaplah..."
"Okey.
Kalau begitu saya cadangkan kita makan nasi. Lauk biar saya yang
pilihkan. Awak ada apa-apa elergi?"
"Tiada"
"Bagus.
Awak hendak minum apa?"
"Saya
hendak jus tembikai"
"Okey.
Nanti saya panggilkan pelayan" aku melambai ke arah seorang
pelayan lelaki yang memerhatikan kami sejak kami mengambil tempat.
"Ya.
Boleh saya ambil pesanan?"
"Kami
nak dua pinggan nasi putih. Semangkuk Tom Yam Goong, sepinggan Som
Tum dan juga sepinggan Yam Nua"
"Minuman
pula bagaimana?"
"Berikan
saya segelas jus tembikai dan segelas jus oren"
"Okey.
Terima kasih"
Sepanjang
aku membuat pesanan, aku menyedari yang Syam memerhatikan aku. Aku
tahu dia sebenarnya terkejut apabila melihat aku bercakap dalam
bahasa Thai.
"Kenapa
Syam? Ada apa-apa yang tidak kena dengan sayakah?" tanyaku untuk
mendapatkan kepastian.
"Saya
tidak tahu pula yang selama ini awak boleh bercakap Thai"
"Ini
namanya Thai untuk kegunaan spesifik. Saya hanya boleh guna Thai
untuk memesan makanan sahaja"
"Oh
begitu..." dia mengangguk perlahan. "Tetapi ada sesiapa
beritahu awak yang awak kedengaran sangat seksi bila memesan makanan
dalam Thai?"
"Seksi?
Euww" aku menjadi malu apabila mendengar kata-kata Syam dan cuba
menyembunyikan rasa maluku itu dengan tawa kecil yang sederhana.
"Kenapa
Marina? Awak tidak suka dengan perkataan itu?" tanya Syam. Aku
menggelengkan kepala. "Maafkan saya... Mmmm.... Okeylah.
Bagaimana pula dengan 'comel'?"
"Comel?"
aku berfikir seketika. Hmmm.... Okeylah. Saya sukakan comel
berbanding 'seksi'" kataku kepada Syam.
Sambil
menikmati
makan malam,
kami menghabiskan masa yang ada dengan
berbual tentang
perkembangan masing-masing. Banyak
juga
cerita
yang terkeluar
sepanjang satu jam kami di situ.
Cerita
tentang zaman sekolah, hal di tempat kerja, pengalaman pahit, manis
dan macam - macam lagi. Seperti yang aku jangkakan, Syam tidak
ketinggalan untuk bertanyakan tentang Norman yang sudah lama tidak
didengar khabar beritanya. Aku cuba untuk tidak terbawa-bawa dengan
emosi dan berbicara mengenainya dengan tenang. Syam juga cukup pandai
memainkan peranannya. Kadang-kadang, aku rasa seperti menghadiri satu
sesi terapi. Aku seperti bercakap dengan seorang kaunselor. Makan
malam itu berjalan dengan sempurna sekali. Keletihan yang aku rasakan
sepanjang hari semasa di karnival pantas hilang begitu sahaja.
Sepanjang perjalanan pulang, aku tersenyum apabila terkenangkan Syam.
Dia nampaknya masih lagi seperti dahulu. Kelakar, petah berbicara dan
tidak lekang dengan senyuman. Aku senang sekali dengannya.
Apabila
aku pulang ke rumah, aku menceritakan kepada
Gina
tentang apa yang terjadi kepadaku sepanjang hari itu.
Aku
sudah menduga, Gina pasti akan mentertawakan aku apabila mendengar
tentang 'puteri' yang dicari oleh Encik Robotman itu. Menurutnya, dia
hairan bagaimana aku boleh digelar sebagai puteri.
"Gina!
Tidak semua puteri kelihatan seperti Barbie okey!" kataku sambil
memukul Gina dengan bantal. Setelah puas mentertawakan aku, Gina
kembali
serius dan memberitahuku
betapa gembiranya dia dengan apa yang berlaku. Kata Gina, dia berasa
sangat lega kerana
aku sudah boleh melupakan
masa lalu
dan mula belajar
sesuatu tentang kehidupan. Yang paling penting, aku sudah tidak
takut-takut lagi untuk bereksperimen dengan cinta.
"Bereksperimen
dengan cinta?" soalku yang tidak faham dengan apa yang cuba
disampaikannya.
"Ya"
Gina mengangguk. "Sekarang kau sudah ada Daniel. Kau sudah ada
Syam...."
"Gina...
Kau dan Ally sama sahaja tahu. Aku baru sahaja berjumpa dengan Syam.
Terus kau buat andaian yang sebegitu rupa"
"Belum
lagi... Tetapi kau tunggu sahajalah nanti... Mungkin juga kami nampak
apa yang kau tidak nampak" kata Gina. Di saat itu aku terfikir
bagaimana dia dan Ally boleh terfikirkan perkara yang sama. Aku tidak
sangka awal-awal lagi mereka boleh beranggapan yang aku cuba
menjalinkan sesuatu yang istimewa dengan Syam. Bagiku, masih terlalu
awal untuk berkonklusi sebegitu. Aku tidak mengambil serius kata-kata
Gina. Aku menganggap yang Gina hanya bergurau.
Namun,
aku tidak dapat menafikan yang aku kehairanan apabila melihat respon
Gina
yang
seperti
bersetuju sekiranya
aku mengambil jalan untuk melibatkan diri dengan dua lelaki dalam
satu masa
yang sama. Jika
benar Gina beranggapan yang aku sedang cuba menjalinkan sesuatu
dengan Syam, aku mengharapkan respon yang lebih dramatik dari Gina.
Mengenali Gina untuk sekian lama, dia sepatutnya akan memberi respon
seperti "Kau gila Marina! Kau cari pasal!" atau "Tidak
cukup dengan Danielkah?"
apabila berhadapan dengan isu-isu sebegitu. Atau pun Gina cuba
mengatakan sesuatu kepadaku dalam secara tidak langsung yang dia
lebih menyukai Syam berbanding Daniel? Mungkin juga betul apa yang
Gina katakan kepadaku. Mungkin dia nampak sesuatu yang aku tidak
nampak.
Diterbitkan
oleh : Harry Haider Enterprise, Blok 4-9-9, Vista Angkasa
59200, Kuala Lumpur.
©
Kid Haider, Mohamad Khidir Bin Mohamed Yazir, Khidir
M. Yazir
Terbitan Pertama 2015
Terbitan Pertama 2015
Hak
Cipta terpelihara








No comments:
Post a Comment