“Gina!
Perlahankan bunyi!” aku separuh menjerit kepada Gina yang
sudah
hampir dua jam memainkan
lagu-lagu
klasik moden
sembilan puluhan.
“Maaf
Marina....” jawab Gina perlahan. Aku tidak tahu
kenapa
tiba-tiba
sahaja Gina memainkan
lagu-lagu seperti itu. Dia seperti sengaja ingin aku mengalirkan air
mata. Aku tidak membalas kata-kata maaf Gina. Aku terus bangkit dari
katil dan menutup pintu bilikku.
Aku
kembali berbaring di atas katil. Memandang ke arah kipas yang
berputar
perlahan.
“Ini
tidak berlaku... ini tidak berlaku....” kataku sendirian.
Aku
mengalihkan pandanganku ke arah almari. Aku
lihat, satu sut baju
pijama berwarna biru bercorak polka dot pemberian Norman tergantung
di situ. Aku pantas bangun dari katil dan dengan segera menyimpan
baju itu ke dalam almari. Kemudian, aku kembali berbaring di katil.
Ada
sesuatu yang
tidak kena dengan baju itu. Begitu
juga dengan lagu-lagu yang dimainkan oleh Gina.
Setiap satu mengingatkan aku tentang Norman.
Jika aku keluar ke pasar raya, aku boleh jadi hilang akal terutama
sekali apabila
menghidu haruman dari gel mandian, pencuci muka, deodoran, gel
rambut, talkum dan segala-galanya yang digunakan oleh Norman.
Apa yang ada di dalam fikiranku ketika itu adalah Norman, Norman dan
Norman.
Aku
bukannya sengaja mengada-ngada inginkan perhatian Norman dan aku juga
bukan sengaja mahu beremosi tidak tentu pasal. Ianya sesuatu yang
begitu sulit untuk aku perkatakan. Bagi seseorang yang menghadapinya
buat kali pertama,
aku akui yang aku masih
lagi terkejut
dengan apa yang berlaku. Aku umpama seperti patung yang hanya mampu
duduk diam dan bermenung sepanjang hari sambil bertanya kepada diriku
sama ada ianya benar-benar terjadi.
Beberapa
orang kawanku pernah bercerita mengenainya dan setiap kali aku
mendengar cerita-cerita mereka, aku bertanya kepada diriku
apa yang akan aku lakukan
jika ianya berlaku kepadaku.
Soalan
itu tidak pernah terjawab sehinggalah Norman memberikan aku satu
kejutan yang tidak pernah aku jangkakan pada
suatu malam.
Dan
setiap
kali aku mengenangkannya, aku akan menangis. Aku kesal. Aku merasakan
yang aku telah
kehilangan
sesuatu yang begitu berharga di dalam hidupku. Sesuatu yang telah aku
simpan dan aku jaga untuk sekian lamanya.
"Bagaimana
ini semua boleh terjadi Marina?" Gina separuh menjerit sebaik
sahaja aku memberitahunya tentang Norman.
"Entahlah...
Aku sendiri bingung"
"Hairan
aku. Entah apa yang tidak kena dengan dia agaknya!" kata Gina.
Dia begitu beremosi apabila mendengar tentang hubunganku dan Norman
yang telah pun berakhir.
Aku hanya mampu mendiamkan diri, membiarkan sahaja soalan Gina itu
tidak berjawab. Hakikat
itu memang sukar untuk diterima
kerana Norman memberi kata putus secara
tiba-tiba.
Tiada perbincangan dan tiada sebab yang munasabah. Duniaku bagaikan
digegar apabila Norman yang sudah lama berada di dalam hidupku sejak
bertahun lamanya
hilang dalam sekelip mata!
Sejak
malam itu, aku
menjadi
tidak keruan. Aku berada di awang-awangan. Fikiranku
melayang-melayang terkenangkan Norman. Aku asyik membayangkan
hidupku tanpa Norman. Tanpa kata-kata manisnya,
tanpa suaranya yang sentiasa menelefonku bertanya khabar dan tanpa
senyumannya yang sentiasa meredakan tekananku.
“Ini
tidak terjadi! Ini tidak terjadi!” ayat itu tidak henti-henti
keluar dari bibirku. Aku berharap yang ianya sebuah mimpi dan aku
akan terjaga daripadanya.
*****
Mengingati
malam itu, aku menerima panggilan dari Norman
yang mengajakku berjumpa di Mc Donald Seksyen 14 di Petaling Jaya.
Seperti biasa, aku menjadi
sangat-sangat
teruja
apabila
Norman yang sentiasa sibuk dengan kerja dan rakan-rakannya itu ingin
berjumpa denganku.
“Hai....”
ucapku
sambil
mengambil tempat.
Aku membawa
kopi panas yang baru sahaja aku beli di kaunter. Awal-awal lagi,
Norman
memberitahuku yang dia akan menungguku di tingkat tiga.
Norman
hanya tersenyum apabila melihat kehadiranku.
“Duduklah”
katanya.
“Tidak
makan?” tanyaku apabila aku lihat hanya ada secawan Mc Flurry di
atas meja.
“Tidak.
Sudah kenyang”
jawab
Norman ringkas.
“Oh.
Jadi hendak jumpa dan duduk berbual sahajalah di sini ya? Very
sweet.”
Aku cuba berjenaka. Norman hanya tersenyum
mendengarnya.
Kami
berdua terdiam untuk beberapa minit. Jika tidak kerana beberapa orang
pelanggan yang berbual. Pasti sunyi sepi suasana tingkat tiga Mc
Donald itu.
"Marina...”
Norman mula bersuara.
“Ada
perkara yang hendak saya
beritahu
awak."
"Apa
dia Norman?"
"
Saya sudah fikirkannya masak-masak. Sudah lama sebenarnya. Tetapi
baru hari ini saya putuskan untuk memberitahunya kepada awak
Marina"
kata Norman. Dia tidak memandangku. Matanya ditumpukan kepada Mc
Flurry yang berada di atas meja.
Teka-teki
Norman membuatkan aku
berdebar-debar ketika itu.
Sempat
juga aku fikirkan beberapa kemungkinan yang bakal keluar dari mulut
Norman. 'Mungkin
dia ingin mempercepatkan tarikh perkahwinan kami',
fikirku sendirian.
Kemudian,
aku
mula membayangkan
baju kurung putih yang dibelikan
oleh
Gina di
Sarawak
untuk aku gayakan pada hari pernikahan kami.
‘Berhenti Marina!’ Aku memarahi diriku sendiri.
“Sebenarnya
Marina. Saya dapat rasakan yang...”
‘Rasakan
apa? Katakanlah Norman.... Katakanlah segera!’
ingin sahaja aku menjerit kepada Norman pada ketika itu.
“....
tiada lagi keserasian antara kita”pantas Norman menghabiskan
kata-katanya.
“Apa
maksud awak Norman?”tanyaku sebaik sahaja mendengar apa yang
terpacul keluar dari mulut Norman.
“Kita
tidak lagi sehaluan Marina....” Norman berhenti seketika. Aku pula
tergamam. Sukar
mempercayai apa yang baru sahaja aku dengar.
Ketika itu aku seperti boleh menduga apa yang akan terkeluar dari
mulut Norman seterusnya.“Jadi,
ada baiknya jika kita bawa haluan masing-masing. Bermula dari malam
ini...” Norman menghabiskan kata-katanya. Dia bangun dan dengan
segera pergi meninggalkan aku berseorangan di situ.
Duniaku
menjadi gelap untuk seketika. Segala-galanya yang aku angankan sejak
lapan tahun lalu hancur
musnah
dalam sekelip mata!
Diterbitkan
oleh : Harry Haider Enterprise, Blok 4-9-9, Vista Angkasa
59200, Kuala Lumpur.
©
Kid Haider, Mohamad Khidir Bin Mohamed Yazir, Khidir
M. Yazir
Terbitan Pertama 2015
Terbitan Pertama 2015
Hak
Cipta terpelihara








No comments:
Post a Comment