WATAK WATAK
MARINA
Marina
adalah seorang wanita pertengahan dua puluhan yang sedang mencari arah dalam
hidupnya. Namun, walau apa pun yang berlaku, dia sentiasa berpegang kuat kepada
prinsip hidupnya. Dia sentiasa optimis dan percaya selagi dia sanggup bekerja
keras dan hidup secara positif, dia akan menemui kebahagiaan yang diimpikannya.
NORMAN
Norman
adalah tunangan Marina. Dia seorang lelaki yang kacak, tinggi, berpendidikan
dan datang dari keluarga yang berada. Norman dan Marina sudah berkenalan sejak
dari sekolah lagi. Walaupun dia boleh dikategorikan sebagai lelaki alpha, dia
tidak terlepas dari dilema yang selalu dialami oleh mereka yang berumur dua
puluhan. Kekeliruan dalam mencari hala tuju hidup menyebabkan dia sanggup
memutuskan tali pertunangannya dengan Marina.
DANIEL
Ketua
Editor Majalah Hey yang terkenal dengan idea dan kreativitinya. Dia juga
dikenali dengan perangai kaki perempuannya. Segala-lanya berpunca dari
kegagalan hubungannya dengan bekas kekasih. Sejak itu, dia menganggap cinta
sebagai satu permainan. Kisah silam Daniel juga turut menjadi spekulasi ramai.
SYAM
Rakan
sekelas Marina ketika di sekolah. Dia bekerja sebagai seorang guru. Seorang
lelaki yang 'cool' dan selamba. Boleh disifatkan sebagai seorang yang mampu
menaikkan semula semangat seseorang dengan kata-kata dan idealismenya.
Menyimpan perasaan terhadap Marina sejak dari sekolah dan sejak mengetahui
tentang hubungan Marina dan Norman yang sudah terputus, Syam cuba untuk menambat
hati Marina.
MARKONAH
Markonah
adalah Ketua Eksekutif di La Nona. Mendapat gelaran 'Bos paling kejam di Lembah
Klang'
SHAZLIN
Shazlin
merupakan Timbalan Ketua Eksekutif di La Nona. Semasa di La Nona, Marina
bekerja sebagai pembantunya.
DIANA
SINCLAIR
Seorang aktivis, pelukis, penerbit dan kapitalis terkenal. Nama
sebenarnya adalah Diana Johari. Bekas suaminya Mirza Adam Sinclair, merupakan
seorang pelabur hartanah yang terkenal di Eropah. Selepas bercerai, dia mula
dikaitkan dengan beberapa orang atlit di Amerika. Penulis-penulis blog dan
tabloid mula menulis mengenainya. Ada sumber mengatakan yang Diana juga kerap
bertemu dengan beberapa ketua gangster di New York dan Miami. Sejauh mana
kebenaran cerita itu masih belum dapat dipastikan. Mula mendapat perhatian
apabila novel grafik hasil karyanya iaitu 'Taman Rahsia' diterbitkan dan
terjual lebih dari lapan juta unit di seluruh dunia. Kandungan novel grafik
trilogi itu dikritik ramai pihak kerana keterbukaannya bercakap mengenai
keganasan, seks, jenayah, agama dan politik. Penerbitan buku itu mendapat
tentangan hebat di Asia Tenggara kerana kandungan buku mengenai fantasinya itu
melibatkan nama-nama besar yang terdiri dari ahli politik, perniagaan, hiburan
dan beberapa tokoh terkenal di Asia Tenggara.
Semenjak
bertemu dengan Diana, Marina banyak menghabiskan masa membaca mengenai Diana.
Perjalanan kariernya, kontrovesi yang terjadi dan pilihan-pilihan yang dibuat
di dalam kehidupannya. Sebelum itu, dia hanya mengenali Diana sebagai
personaliti yang sering menghiasi ruang media. Namun selepas perjumpaan kali
pertama dengannya, dia mula mengagumi Diana.
GINA
Teman
rapat Marina yang sentiasa menjadi pendengar setia. Mereka tinggal bersama dan
sentiasa membantu antara satu sama lain
ALLY
Ally
adalah pemilik Kafe Dr Love. Sangat berbakat dalam psikoanalisis.
SHAZLIN
Shazlin merupakan Timbalan Ketua Eksekutif di La Nona. Marina
bekerja sebagai pembantunya selama beberapa tahun.
NORA
Anak saudara Markonah yang berkelakuan seperti anak kecil
walaupun umurnya sudah mencecah tiga puluh tahun.

No comments:
Post a Comment