Pada
keesokan harinya, sebaik sahaja pulang dari sungai, ke
semuanya
tertidur kerana kepenatan kecuali aku. Aku cuba sedaya-upaya untuk
melelapkan mata tetapi gagal. Lalu, aku bangun dan turun ke tingkat
dua menuju ke ruangan tempat Syam bermain piano pada hari sebelumnya.
Perlahan-lahan aku melangkah dan menjengah masuk ke bilik itu. Namun,
bilik itu kosong. Yang ada hanyalah piano dan gitar berwarna coklat
yang aku mainkan di hadapan Syam pada hari pertama aku sampai di
situ. Aku
mengambil gitar itu dan duduk berdekatan dengan piano yang diletakkan
menghadap tingkap. Aku mula memetik gitar. Sekali lagi, aku memainkan
lagu 'Don't
Let Me Be The Last to Know'
seperti hari
sebelumnya.
Cuma pada ketika itu, aku berasa lebih yakin dan setiap petikan aku mainkan dengan penuh bersemangat. Mungkin kerana aku bersendirian dan tiada orang yang memandangku pada ketika itu.
Cuma pada ketika itu, aku berasa lebih yakin dan setiap petikan aku mainkan dengan penuh bersemangat. Mungkin kerana aku bersendirian dan tiada orang yang memandangku pada ketika itu.
"Ehem!"
suara seorang lelaki berdehem kedengaran sebaik sahaja aku habis
bermain. Aku segera menoleh. Ketika itu, aku lihat Syam sedang
berdiri di pintu bilik sambil bertepuk tangan.
"Hebat
Marina!"
"Syam.
Bila masa pula awak berdiri di situ?"
"Sejak
awak masuk bilik ini tadi. Saya sengaja biarkan awak. Hendak lihat
apa yang awak buat"
"Ish.
Malunya saya Syam"
"Kenapa
awak hendak malu? Awak main dengan baik tadi. Suara pun boleh tahan"
"Oh
ya?" tanyaku inginkan kepastian.
"Ya.
Betul" kata Syam. Dia cuba meyakinkanku bahawa dia benar-benar
maksudkan apa yang dikatakannya.
"Marina.
Mana kawan-kawan awak yang lain?"
"Semuanya
tidur. Penat sangat mandi sungai"
"Hai...
mandi sungai pun boleh penat?" kata Syam. Kemudian dia tertawa
kecil.
"Itulah
yang saya pelik..."
"Kebetulan
awak ada di sini, saya hendak kongsikan satu benda dengan awak..."
"Apa
dia Syam?"
"Jom
ikut saya ke dapur!"
"Ke
dapur lagi? Apa pula yang awak hendak masak kali ini?"
"Adalah...
Jom!"
"Okey!"
aku bersetuju dan tanpa bersoal lagi, aku mengikuti Syam ke dapur.
Setiba
sahaja di dapur, dia membawa keluar beberapa jenis buah-buahan
seperti betik, pisang, nenas, kundur dan rambutan yang sudah siap
dibuang bijinya dari peti sejuk.
“Apa
yang awak hendak buat dengan semua ini Syam?”
Syam
tidak menjawab soalanku. Dia hanya tersenyum penuh rahsia. Aku
memerhatikan sahaja segala gerak-gerinya.
Dia
mengupas ke semua kulit buah-buahan itu satu persatu. Aku ingin
membantu tetapi dia tidak mengizikan aku menyentuh langsung apa-apa
pun yang terdapat di atas meja pada ketika itu. Katanya, dia ingin
aku merasai sentuhan azimatnya di dapur.
Seperti
mana yang diminta, aku hanya memerhatikan sahaja apa yang hendak
dilakukan oleh Syam. Selepas habis mengupas kulit buah-buahan itu, ke
semua isinya dimasukkan ke dalam mesin pengisar dan dikisar halus.
Kemudian, dia mencampurkan kola dan soda ke dalam kisaran buah-buahan
itu tadi. Akhirnya, campuran itu dimasukkan ke dalam sebuah jag
bersaiz besar.
"Cubalah
rasa" kata Syam. dia menuangkannya ke dalam gelas.
"Sedapkah
Syam? Tidak ada apa-apa kesan pada saya nanti?" aku ragu-ragu.
Secara jujurnya, aku teragak-agak untuk meminumnya. Bimbang juga
kalau tiba-tiba sahaja aku mabuk atau pun sakit perut.
"Tidak...
saya sudah cuba banyak kali... tidak mabuk pun. Kalau minum awak akan
terus 'gembira'"
'Gembira?
Apa yang dia maksudkan? Serius, dia buat aku semakin takut untuk
mencuba' kataku di dalam hati.
"Baiklah
saya cuba" aku mengambil sudu dan menghirupnya perlahan-lahan.
"Bagaimana
rasanya Marina?"
"Manis...
pahit-pahit sedikit.. eh.. bukan.. masam-masam manis..mmm... sedap
lah Syam... Hmm. Sedap!"
"Sedap
bukan. Inilah namanya Jus Gembira?"
"Ya.
Tambah lagi sikit Syam"
"Ha!
Sekarang sudah ketagih! Tadi takut-takut" kata Syam. Dia geli
hati melihat gelagatku.
Sungguh
aku tidak menyangka yang rasanya begitu sedap sekali. Menurut Syam,
bahan-bahan yang digunakan untuk membuat jus itu tidak boleh dicampur
sesuka hati. Ada sukatan-sukatan yang perlu diikuti untuk mendapatkan
rasa yang diinginkan.
"Marina.
Jom ikut saya pergi ambil rambutan!"
"Di
mana?"
"Eh.
Jauh juga kebun itu. Kita berdua sahaja yang pergi? Tidak mahu ajak
yang lain?"
"Ya.
Kita berdua sahajalah. Mahu ajak siapa lagi? Yang lain semuanya
tidur. Tidak akanlah kita hendak kejut mereka pula"
"Mula-mula
dia puji kau main gitar. Kemudian dia hidang kau dengan jus buah yang
boleh buat kau 'gembira'. Selepas itu, dia ajak pula kau pergi ke
kebun rambutan. Selepas ini apa pula?! Mungkin dia ada agenda
tersembunyi di sebalik perlawaannya. Kau mesti berjaga-jaga! Kau
perlu bersedia dengan semburan lada hitam! Mungkin dia ini musang
berbulu ayam!" Ally tiba-tiba muncul di dalam fikiranku memberi
amaran.
"Jangan
risau. Ada dua tiga orang di kebun itu" kata Syam yang mungkin
dapat melihat kerisauanku ketika itu.
Aku
akhirnya bersetuju. Tetapi sebelum itu, aku ke bilik untuk mengambil
telefon bimbit dan kad pengenalan. Aku juga meninggalkan nota untuk
Miss R yang sedang nyenyak tidur.
Aku berjalan bersama-sama dengan Syam menuju ke kebun rambutan Pak Cik Lan yang besar dan luas. Kami melewati beberapa pokok yang ditanam dengan jarak lima belas kaki setiap satu.
Aku berjalan bersama-sama dengan Syam menuju ke kebun rambutan Pak Cik Lan yang besar dan luas. Kami melewati beberapa pokok yang ditanam dengan jarak lima belas kaki setiap satu.
Berbekalkan
plastik bag di tangan, aku dan Syam mula memetik buah-buah rambutan
yang mampu kami capai.
"Syam.
Kalau tiba musim buah, apa yang Pak Cik Lan buat dengan buah-buah
rambutan ini?" aku bertanya.
"Dia
jual di pasar"
"Oh.
Jadi dia sendiri yang petik dan jualnya di pasar?"
"Kadang-kadang
bila sempat dia akan petik sendiri. Tetapi selalunya, ada tiga orang
yang akan tolong Pak Cik Lan jaga dan bersihkan kebun ini"
"Siapa
mereka itu Syam?"
"Orang
kampung ini juga. Perempuan dalam tiga puluh tahun umurnya. Dia
selalu datang dengan dua orang anaknya. Seorang lelaki dan seorang
lagi perempuan"
"Ibu
tunggalkah?"
"Bukan
ibu tunggal. Dia datang tolong untuk isi masa lapang. Sambil itu
bolehlah tambah duit poket. Selalunya bila tiba sahaja musim buah,
mereka akan datang ke sini untuk ambil buah-buah rambutan yang masak.
Kemudian bawa ke pasar untuk dijual" terang Syam.
"Oh
begitu" kataku tanda faham. Aku melihat beg plastik di tanganku
yang sudah penuh dengan buah rambutan berwarna kuning.
"Saya
rasa sudah cukup buah rambutan ini untuk kita makan Syam"
"Betul
juga" kata Syam sambil melihat beg plastik di tangannya yang
penuh berisi buah rambutan berwarna merah. "Jomlah kita duduk
makan!"
"Kita
makan di sana Syam?" aku menunjuk ke arah sebuah pondok kecil
yang terdapat di tengah-tengah kebun itu.
"Kita
duduk di bawah pokok sana sahajalah Marina"
"Pokok
yang dekat dengan pondok itu?" tanyaku inginkan kepastian.
"Ya"
kata Syam mengangguk.
Tanpa
banyak soal, aku mengikuti Syam ke tempat yang dicadangkannya. Sambil
menikmati rambutan dan berbual-bual dengan Syam, aku memerhatikan
keadaan sekeliling kebun rambutan itu. Suasana kebun itu nampak
begitu ceria sekali dengan pokok-pokok rambutan yang mengeluarkan
buah-buah berwarna kuning dan merah. Rumputnya yang hijau dan sinaran
matahari yang memancar mencantikkan lagi suasana di kebun itu. Ketika
itu, aku mula terfikir untuk mencadangkan kepada Daniel supaya
menjadikan kebun itu tempat pengambaran isu Malaysian Icon yang akan
datang sebaik sahaja pulang ke Kuala Lumpur nanti. Aku yakin, Daniel
pasti akan bersetuju dengan cadanganku itu. Aku membayangkan untuk
meletakkan seorang budak perempuan comel dan beberapa ekor ayam untuk
sesi fotografi itu nanti.
"Ayam?
Kenapa bukan monyet?" soal Syam apabila aku memberitahunya
tentang ideaku itu.
"Kenapa
pula monyet?"
"Yalah.
Saya rasa ayam tidak sesuai untuk kebun rambutan ini"
"Jadi
binatang apa yang awak rasakan sesuai Syam?"
"Saya
rasa monyet atau pun kancil lebih sesuai" Syam menyatakan
pendapatnya.
"Kancil?
Hmmm... Itu idea yang bernas. Mungkin juga kami perlu masukkan Sang
Kancil ke dalam senarai Malaysian
Icons
kami nanti.."
"Hey
perlu dahulukan Sang Kancil sebelum Sheikh Muzaffar atau Rafidah Aziz
dalam senarai itu nanti okey..." kata Syam sambil ketawa.
"Awak
ini macam tahu-tahu sahaja yang Hey akan masukkan mereka berdua dalam
senarai?!"
"Saya
sudah boleh agak semua inilah Marina" kata Syam sambil memberi
senyuman yang penuh makna.
"Awak
tahu Syam, saya lihat awak ini kreatif orangnya"
"Saya?"
"Ya"
"Kenapa
awak kata begitu?"
"Sebab..."
aku berfikir menyusun kata-kata.
"Sebab
saya cipta resepi Jus Gembira?" Syam cuba meneka.
"Itu
salah satu sebabnya" kataku sambil tertawa.
"Lagi?"
"Kemudian,
awak... Um... Ah! Malaslah. Nanti awak perasan lebih pula"
"Eh.
Mana ada. Saya bukan orang yang macam itulah Marina...."
"Syam.
Boleh saya tanya awak sesuatu?"
"Boleh.
Tanya sahajalah"
"Kenapa
awak buat keputusan untuk jadi seorang guru?"
"Kenapa?
Hmm..." Syam berfikir seketika. "Sebab saya sukakannya.
Ianya sesuatu yang kena dengan jiwa saya"
"Lain
daripada apa yang awak belajar dahulu bukan?"
"Ya.
Itu memang betul. Tetapi awak pun sama juga. Kenapa kerja dengan
majalah sekarang? Bukankah awak dahulunya belajar bidang yang berbeza
daripada apa yang awak buat sekarang?"
"Entahlah.
Mungkin rezeki saya agaknya"
"Tetapi
awak selesa dengan apa yang awak buat sekarang?"
"Ya"
jawabku sambil mengangguk perlahan.
"Maksud
awak?"
"Maksud
saya. Kita selalunya memilih untuk melakukan sesuatu kerana ada
sesuatu yang ingin kita capai dan apa yang ingin kita capai
bergantung kepada apa yang kita inginkan. Tetapi pernah tidak awak
terfikir, apa sebenarnya yang menggerakkan kita untuk menginginkan
sesuatu? Misalnya, kalau seseorang itu suka mengajar, are
they doing it just for the sake of educating?
Atau ada sesuatu yang membuatkan dia ingin melakukannya. Sesuatu yang
ingin dia penuhi. To
me it has got to do with our nature...”
"Macam
awak dan Tia contohnya?"
"Ya.
Mungkin juga" jawab Syam sambil tertawa. "Mungkin ada
sesuatu yang membuatkan saya begitu menyukai kerjaya saya sehingga ke
hari ini. Mungkin kerana ianya kena dengan jiwa saya"
"Sebenarnya
Syam saya..." belum sempat aku menghabiskan kata-kataku,
tiba-tiba sahaja, kedengaran bunyi guruh berdentum. Kami berdua
mendongak ke atas. Melihat awan gelap yang sedang menyeliputi langit.
Perlahan-lahan, matahari yang terik memancar hilang dari pandangan.
"Syam.
Saya rasa hendak hujan sekejap lagilah..."
"Betullah
Marina. Jomlah kita balik!"
Baru
sahaja kami habis berkemas dan bergerak bangkit dari duduk yang lama,
deraian hujan mula turun membasahi bumi. Diselang-seli dengan guruh
dan petir yang mula sabung menyabung.
"Nasib
baik saya bawa payung. Kalau tidak.." kataku kepada Syam. Namun,
baru sahaja aku membuka payung yang aku bawa itu, angin yang bertiup
menghancurkan harapan kami untuk berlindung di bawahnya.
"Syam.
Macam mana sekarang?"
"Tidak
mengapa. Guna sahaja jaket saya ini. Jom!"
Syam
menanggalkan jaketnya dan menyuruh aku berlindung bersama-samanya di
bawah jaket yang diangkat bagi melindungi kepala kami.
"Eh.
Ke mana kita mahu pergi?" tanyaku hairan apabila Syam mengubah
haluan.
"Tidak
sempat rasanya kita hendak balik ke rumah. Lagi pun dalam perjalanan
ke sana, banyak pokok-pokok. Takut pula apa-apa terjadi nanti"
"Jadi
kita mahu ke mana?"
"Kita
ke pondok sana..." Syam menunjuk kepada pondok kecil yang
terdapat kurang dua ratus meter dari tempat kami berdiri.
Kami
berdua pantas berlari menuju ke pondok kecil itu. Dengan berbekalkan
jaket hitam Syam, kami berjaya mengelak hujan dari mengenai kepala
kami. Cuma badan kami sahaja yang kebasahan.
"Tidak
sangka pula hujan. Tadi semasa kita keluar, nampak panas sahaja"
kata Syam.
"Ya.
Nasib baik ada pondok ini." Kataku kepada Syam. Kami duduk dalam
jarak lima kaki. Wajah Ally dan Gina muncul sekali lagi.
"Syam
memang sudah tahu yang hari akan hujan. Aku yakin, dia sudah melihat
ramalan cuaca terlebih dahulu sebelum mengajak kau keluar ke kebun!"
bayangan Ally cuba menakutkanku.
"Maafkan
aku kerana tidak menghalang kau dari pergi ke Kuala Pilah Marina"
bayangan Gina pula keluar sambil mengeluarkan air mata.
"Habis
basah baju saya. Sudahlah nipis" kata Syam sambil menanggalkan
bajunya. Lalu menyangkutnya pada tali yang dijadikan ampaian di situ.
Syam memandang aku dan kemudian tersenyum. Bayangan Ally dan Gina yang muncul di fikiranku terus hilang. Alangkah bagusnya kalau aku boleh tarik keluar bayangan itu keluar dan menemani aku pada ketika itu.
Syam memandang aku dan kemudian tersenyum. Bayangan Ally dan Gina yang muncul di fikiranku terus hilang. Alangkah bagusnya kalau aku boleh tarik keluar bayangan itu keluar dan menemani aku pada ketika itu.
'Okey.
Apa yang perlu aku buat sekarang?' aku bertanya sendirian. Aku akui,
situasi itu membuatkan aku kurang selesa. Apa yang mampu aku lakukan
adalah membalas kembali senyuman yang Syam lemparkan kepadaku. Di
dalam fikiranku, aku terfikir tentang kemungkinan-kemungkinan yang
boleh berlaku. Di saat itu juga, aku mula teringatkan filem klasik
Semerah Padi yang mana Aduka dan Dara terperangkap di dalam hujan.
Mereka berehat di sebuah pondok kecil dan akhirnya..... 'Hentikan
semua ini Marina! Keluar dari bayangan ini!' Aku pantas mengingatkan
diriku untuk bertenang dan cuba untuk tidak terlalu membayangkan
kemungkinan-kemungkinan yang negatif.
"Jangan
bimbang Marina. Bila hujan reda nanti, kita terus balik ya?"
kata Syam.
"Okey"
jawabku tenang. Aku mengalihkan perhatianku ke arah hujan yang turun.
Jika sebelum itu kami berbual-bual mesra tentang itu dan ini, situasi
itu terus mengunci lidah kami dari berkata apa-apa.
Hampir
satu jam kami terperangkap di pondok itu dan sebaik sahaja kami
pulang ke rumah, kami disogok dengan beribu pertanyaan. Kami
menerangkan hal yang sebenarnya kepada mereka. Namun, seperti biasa,
Miss B, Miss R dan Miss D mula berspekulasi.
"Mustahil
tidak ada apa-apa yang berlaku antara kau dan dia!" kata Miss R.
"Jangan
sembunyikan dari kami Marina. Ceritalah hal yang sebenar" Gesa
Miss B.
"Aku
cerita hal yang sebenar. Percayalah" kataku bersungguh-sungguh
untuk meyakinkan mereka. Namun, aku diusik sehinggalah kami pulang
semula ke Kuala Lumpur.
"Hai
Marina! Apa khabar?" suara Syam kedengaran melalui corong
telefon bimbit. Itu adalah kali pertama dia menghubungiku sejak aku
kembali ke ibu kota.
"Sihat-sihat
sahaja"
"Awak
pula?"
"Saya
pun sihat juga. Awak ada di mana?"
"Di
pejabat"
"Oh.
Maaflah kalau saya mengganggu"
"Tidaklah
Syam. Awak tidak mengganggu pun"
"Oh
ya Marina! The Urban Fruits masih usik awak lagi pasal hal
tempohari?"
"Maksud
awak tentang hal di kebun rambutan itu?" tanyaku sambil tertawa.
"Ya
Marina"
"Masih
lagi Syam... Tidak habis-habis lagi mereka usik saya"
"Mereka
sampai ugut hendak beritahu Daniel awak tahu?"
"Ha?!
Jadi apa Daniel cakap?"
"Mereka
ugut main-main sahajalah Syam. Mereka tidak beritahu Daniel pun"
"Oh!
Saya ingatkan betul-betul tadi. Nanti bila-bila kita jumpa ya
Marina?!"
"Er...
Ok Syam!" kataku teragak-agak. Di dalam fikiranku, terbayang
wajah Gina dan Ally. Aku akan ke Dr Love malam itu untuk bercakap
lanjut tentang semua yang berlaku!
Diterbitkan
oleh : Harry Haider Enterprise, Blok 4-9-9, Vista Angkasa
59200, Kuala Lumpur.
©
Kid Haider, Mohamad Khidir Bin Mohamed Yazir, Khidir
M. Yazir
Terbitan Pertama 2015
Terbitan Pertama 2015
Hak
Cipta terpelihara












No comments:
Post a Comment