"Marina....
Inikah tempatnya?" tanya Miss R.
"Ya.
Aku rasa inilah rumahnya. Cuba kau tengok apa yang ada di sana?"
aku menunjukkan Miss R papan tanda sepanjang sepuluh kaki yang
tertera perkataan ‘Rumah Tradisi’ di hadapan rumah tersebut.
Ternyata
sangkaanku mengenai Rumah Tradisi meleset sama sekali. Ianya bukan
rumah papan buruk yang ditelan zalam tetapi ianya rumah kayu utuh
tiga tingkat sebesar Galeri Seni Lukis Negara.
"Turunlah
semua! Inilah dia Rumah Tradisi keluarga aku..." kata Miss B.
Kami
segera turun dan membawa keluar beg dari kereta.
"Miss
B. Inikah rumah keluarga kau?" tanya Miss R.
"Ya.
Inilah rumah keluarga aku" jawab Miss B dengan penuh teruja.
"Ha... Apa lagi?! Jom kita bergerak ke pintu hadapan!"
"Cantiknya..."
kata kami semua dalam kekaguman. Miss D mula melopong. Miss R
mengingatkannya untuk menutup mulut.
"Tetapi
susah hendak jaga. Perlu sentiasa dikemas dan dibersihkan..."
jelas Miss B. Dia kemudiannya memicit loceng rumah itu.
Beberapa
minit kemudian, seorang lelaki berbaju Melayu warna biru laut keluar
dari rumah itu. Dia diekori oleh tujuh ekor kucing pelbagai warna.
"Pak
Cik..." Miss B bersalaman dengan lelaki itu.
"Zubaidah.
Mana baju kurung kamu?"
"Ada
di dalam beg. Tidak sempat hendak pakai"
"Masih
lagi macam dulu. Kalau datang ke Rumah Tradisi, jarang-jarang pakai
baju kurung" kata lelaki itu. Nadanya seperti marah tetapi
wajahnya tersenyum.
"Eh.
Pak Cik suka salah sangka. Saya tidak sempat salin tadi. Selepas
sahaja habis kelas aerobik, kami terus datang ke sini. Oh ya! Ini
semua kawan-kawan saya Pak Cik"
"Miss
B ini Pak Cik sendiri pun dia hendak bohong. Ops! Zubaidah nama dia.
Lupa pula" bisik Miss R kepadaku. Kemudian kami berdua ketawa
kecil.
"Ajak
kawan-kawan kamu semua masuk Zue..." kata Pakcik Lan kepada Miss
B.
"Jomlah
semua!" Miss B mengajak kami masuk ke rumah.
"Selamat
datang ke Rumah Tradisi semua. Mari saya tunjukkan bilik tidur kamu.
Jangan harapkan si Zubaidah ini. Dia selalu sesat dalam rumah ini"
kata Pak Cik Lan.
Kami
dibawa ke tingkat tiga. Oleh kerana aku dan Miss R datang dengan
kereta yang sama, mereka menyuruh kami untuk tidur juga di dalam
bilik yang sama.
Aku
memerhatikan kawasan sekeliling rumah itu. Tidak dapat dinafikan, Pak
Cik Lan memang pandai menghias. Katil, meja solek, bunga, lukisan,
pasu dan hiasan lain nampak begitu cantik dan senada. Seluruh rumah
nampak sangat cantik sekali. Tingkat pertama menempatkan ruang makan,
ruang tamu, dapur dan dua bilik tidur. Bilik bacaan, studio lukisan
dan tiga bilik tidur pula terdapat di tingkat dua. Manakala tingkat
ketiga pula menempatkan bilik tidur yang berjumlah tiga buah
kesemuanya.
Aku
berbaring di atas katil sebaik sahaja habis berkemas. Miss R ketika
itu sedang mandi sambil bernyanyi riang. Aku mengambil beberapa
majalah tentang dekorasi dan melihat-lihat gambar yang tersiar di
dalamnya. Tiba-tiba, aku terdengar bunyi petikan piano yang
kedengaran sayup-sayup entah dari mana.
'Wow!
Sedapnya bunyi piano itu,' kataku sendirian. Aku meletakkan kembali
majalah yang sedang dibaca dan menumpukan perhatian kepada muzik yang
bermain. Apa yang membuatkan aku tertarik bukanlah kerana ianya
lagu-lagu Beethoven atau pun Chopin, tetapi kerana yang bermain
ketika itu adalah lagu-lagu kegemaranku seperti lagu 'One Sweet Day '
dan 'Love You Like a Love Song'.
Pada mulanya, aku sangkakan Pak Cik Lan memainkan cakera padat di bilik bacaan. Namun, ketika aku sedang asyik mendengar petikan lagu 'Love You Lika A Love Song' ianya terhenti seketika. Bunyi batuk seorang lelaki kedengaran sebelum bunyi piano itu kembali dimainkan.
Pada mulanya, aku sangkakan Pak Cik Lan memainkan cakera padat di bilik bacaan. Namun, ketika aku sedang asyik mendengar petikan lagu 'Love You Lika A Love Song' ianya terhenti seketika. Bunyi batuk seorang lelaki kedengaran sebelum bunyi piano itu kembali dimainkan.
"Jadi
itu bukannya dari cd. Ada orang main piano. Siapa agaknya?"
tanyaku sendirian.
Jiwaku
dipenuhi dengan perasaan ingin tahu. Aku ingin mencari dari manakah
datangnya bunyi petikan piano itu.
Aku
menuruni tangga menuju ke tingkat dua. Kemudian, aku menjengah ke
bilik bacaan. Namun, ianya kosong. Aku cuba mendengar petikan piano
itu dengan teliti. Langkahku yang perlahan membawa aku mendekati satu
bilik lapang yang penuh dengan lukisan. Di situ, terdapat seorang
lelaki yang sedang bermain piano dengan asyik sehingga memejam mata.
Aku tergamam. Tetapi sekarang bukan kerana muzik yang dimainkan
tetapi kerana orangnya.
"Marina?"
dia menghentikan petikan pianonya. Matanya tidak berkelip untuk
seketika. Tercengang melihat aku yang sedang berdiri di pintu.
"Marina... Apa yang awak buat di sini?"
"Saya...
Saya ikut Miss B..."
"Miss
B?" dia mengerutkan keningnya.
"Masuk
saya, Zubaidah... kami satu tempat kerja sebenarnya. Awak pula buat
apa di sini?"
"Pak
Cik saya yang suruh saya balik"
"Pak
Cik? Maksud awak Pak Cik Lan?"
"Ya..."
jawabnya mengangguk.
"Pak
Cik Lan itu bapa saudara awak?"
"Ya
Marina.."
"Jadi.
Awak dan Miss B. Maksud saya, awak dan Zubaidah adalah sepupu?"
"Ya
Marina. Dia sepupu saya..."
'Oh Syam...' beberapa kali aku menyebut nama lelaki yang berada di hadapanku itu di dalam hati. 'Adakah ini suratan atau kebetulan?' aku bersoal itu dan ini buat seketika. Aku merenung wajahnya, cuba mencari persamaan antara dua bersaudara itu. Pertemuan mengejut itu pantas mengingatkan aku akan apa yang terjadi di antara kami bermula dari Festival Anime itu.
Selepas pertemuan kami di festival, Syam tidak putus-putus menghubungiku dan atas ajakannya, aku juga keluar beberapa kali dengannya. Pada mulanya, aku berasa seronok. Biasalah, ianya satu keterujaan yang biasa timbul apabila dua kawan lama yang tidak bersua muka bertemu semula.
Tetapi lama kelamaan, aku berasa kurang selesa. Aku tahu tiada salahnya apa yang Syam lakukan. Lagi pula, perbuatannya tidak pernah melampaui batas-batas persahabatan.
Namun, andaian Gina dan Ally tentang hubungan yang mungkin terjalin antara aku dan Syam membuatkan aku sedikit berhati-hati. Kebimbanganku itulah yang membuatkan aku mula mencipta jarak antara kami. Sering kali aku menggunakan alasan kesibukan kerja untuk tidak berjumpa dengannya. Jika dia menghubungiku melalui mesej-mesej pendek yang selalu dihantarnya kepadaku, aku sengaja bertangguh untuk menjawab. Aku tahu ianya kedengaran agak kejam.
Namun, aku perlu berhati-hati dan cuba memperlahankan rentak perhubungan untuk kebaikan kedua belah pihak.
"Tidak
sangka boleh jumpa awak di sini..." kata Syam kepadaku.
"Ya.
Er... pandai awak main piano ya Syam?"
"Alah.
Biasa-biasa sahaja..."
"Lagu-lagu
yang awak mainkan tadi semuanya kegemaran saya awak tahu?"
"Betul?"
soalnya bagaikan tidak percaya.
"Ya..."
aku mengangguk. "Mesti awak pandai main muzik klasikal bukan?"
"Bolehlah
sikit-sikit... " Syam malu-malu untuk mengakui kebolehan.
"Cubalah
mainkan satu Syam..."
"Apa
yang saya hendak mainkan untuk awak ya Marina?" Syam berfikir
untuk seketika. "Awak dengar ya Marina..." kata Syam sambil
tersenyum. Dia memulakan petikan pianonya dan memainkan satu lagu
gubahan Janusz Olejniczak. Aku mengetahui tentangnya melalui filem
The Pianist. Runut bunyi filemnya selalu aku dengar.
"Awak
suka filem itu Syam?"
"Ya"
Dia mengangguk.
"Gitar
pun ada di sini..." aku mengambil gitar yang disandarkan pada
dinding.
"Pak
Cik Lan memang suka kumpul alat-alat muzik"
"Awak
pandai main gitar Syam?"
"Bolehlah
sikit-sikit. Awak hendak dengar saya mainkan
gitar itu Marina?"
"Apa
salahnya. Kalau awak sudi mainkan untuk saya"
"Okeylah.
Lagi pun bukan selalu kita dapat peluang untuk berjumpa. Awak pun
asyik sibuk sahaja"
Kata-kata
Syam membuatkan aku terdiam. Aku tahu dia menyedari yang aku cuba
mengelak daripadanya.
"Saya
tujukan lagu ini khas untuk awak Marina" kata Syam. Dia mula
memetik gitar.
Kau
masih cantik seperti dulu....
Sepanjang
Syam menyanyikan lagu 'Aku dan Kamu' itu,
aku
menghayati lirik lagu Flop Poppy yang dinyanyikannya. Aku tidak tahu
sama ada dia benar-benar
maksudkan lirik lagu yang dinyanyikannya atau pun
itu
sahaja
satu-satunya
lagu yang dia tahu mainkan. Apa yang pasti, aku terbuai dengan
petikannya yang begitu mengasyikkan.
"Hebat...!"
aku bertepuk sebaik sahaja dia membuat petikan terakhir.
"Saya
tahu awak pun boleh main gitar bukan? Awak pernah beritahu
saya..." tanya Syam.
"Saya
sudah lama tidak sentuh gitar Syam..." aku memberi alasan.
"Cuba
sahaja. Apa-apa kod yang awak ingat" dia menyerahkan gitar itu
kepadaku.
Sejujurnya,
aku tidak mahu bermain gitar di hadapan Syam dalam keadaan tidak
bersedia. Namun, aku cuba mengingati
kod-kod lagu
Britney Spears, 'Don't
Let Me Be the Last to Know
', yang pernah Ally ajarkan padaku dahulu.
"Ini
sahaja yang saya tahu. Kalau sumbang maaf ya..." kataku sebelum
mula menyanyi dan memetik kod-kod lagu itu dengan penuh perasaan.
"That’s
amazing!"
Syam bertepuk sebaik sahaja aku habis bermain. Harapnya dia
betul-betul maksudkan apa yang dikatakannya dan tidak sekadar mahu
mengambil hatiku.
"Ehemm...!"
satu suara tiba-tiba muncul di ruangan itu. Kami berdua berpaling ke
arahnya. "Di sini rupanya kau Marina. Amboi-amboi, mesranya kamu
berdua. Sudah berkenalan dahulu nampaknya. Tidak sempat tunggu malam
ini untuk makan malam"
"Kami
sudah lama kenal sebenarnya Zue..." kata Syam.
"Ha?!
Sudah lama kenal?" Miss B terkejut dengan apa yang diberitahu
oleh Syam. Selepas ditanya itu dan ini, aku dan Syam pun bercerita
dengan lebih lanjut lagi kepada Miss B mengenai hubungun kami. Aku
tidak menyangka kedatanganku ke Rumah Tradisi membuka satu lagi
cerita yang tidak pernah aku duga.
Namun,
apa yang menghairanku ketika itu adalah bagaimanakah Miss B tidak
pernah berkata apa-apa tentang Syam sedangkan Hey pernah menyiarkan
cerita mengenai Syam semasa liputan tentang Festival Anime itu?
Entahlah, barangkali penampilan Syam yang berbeza pada ketika itu
menyukarkannya Miss B untuk mengecam sepupunya itu.
"Marina.
Ada baiknya kau bersiap sekarang. Miss R baru sahaja habis mandi"
kata Miss B.
"Em...
okey" Aku berlalu meninggalkan Syam dan Miss B.
"Jangan
lupa pakai baju kurung..." pesan Miss B.
"Okey"
balasku ringkas. Nasib baik Miss B mengingatkan aku tentang baju
kurung tersebut. Jika tidak, mungkin aku akan memakai skirt Bohemian
labuh malam itu.
Aku
bergegas ke bilik mandi dan menghabiskan masa lima belas minit untuk
membersihkan diri dan memperbaharui solekan. Walaupun ditegah oleh
Miss R, aku berkeras untuk mengenakan baju kurung berwarna putih
kerana aku tidak berkesempatan untuk menggosok baju lain yang
kebanyakkannya renyuk. Namun, aku berjanji kepadanya yang aku tidak
akan keluar rumah malam itu. Kalau terpaksa keluar pun, aku akan
mengenakan jaket hitam untuk mengelakkan orang yang melihatnya berasa
takut.
"Mari
turun semua!" kata Miss B. Dia tersenyum melihat kami yang
cantik dan berseri dengan berbaju kurung. Oleh kerana aku terlupa
untuk membawa minyak wangiku sendiri, aku mendekatkan diri dengan
mereka semua serapat-rapatnya sebelum sampai ke ruang makan dengan
harapan bau wangi mereka akan melekat denganku.
Semasa
sedang menuruni tangga, kami dapat melihat lima budak lelaki yang
lengkap berbaju Melayu sedang duduk di situ. Syam, Pak Cik Lan dan
seorang lagi wanita berusia lanjut yang digelar Mak Som juga telah
mengambil tempat. Mereka kelihatan bersedia untuk menjamah makanan.
"Mereka
berlima itulah yang hendak kena ‘potong’ malam ini" bisik
Miss B. Kami berhenti sebentar di tangga untuk mendengar kata-kata
Miss B.
"Maksud
kau mereka akan 'dipotong' di situ nanti? Bukan di klinik?"
tanya Miss D.
"Ya.
Betul. Di ruang tamu itulah nanti mereka semua akan 'dipotong'.
Doktor akan datang sekejap lagi. Selepas sahaja mereka makan, satu
persatu akan 'dipotong'. Selepas kena 'potong' nanti mereka tidak
boleh makan sedap-sedap seperti biasa. Mereka perlu berpantang dalam
dua minggu begitu"
"Eh?
Apa yang kamu semua buat di tangga? Mari turun makan.." kata Pak
Cik Lan apabila melihat kami sedang berborak-borak di tangga.
Kami
semua turun dan mengambil tempat. Sambil duduk bersila, kami
menikmati makanan yang dihidang. Lauk pauk yang Pak Cik Lan sediakan
memang sangat sedap sekali. Ada lima jenis kesemuanya. Semua yang
berada di situ tidak bercakap walau sedikit pun. Terutama sekali
kelima-lima budak lelaki itu. Aku tidak pasti sama ada mereka
menikmati lauk-lauk yang sedap itu atau pun sedang gementar
memikirkan nasib mereka selepas makan malam itu. Hanya Pak Cik Lan
saja yang selalu bersuara memecah sunyi. "Tambah lagi... Jangan
malu-malu... Ada banyak lagi di dapur..." itulah ayat-ayat yang
diulang-ulang olehnya sepanjang makan malam itu.
Beberapa
minit selepas kami semua habis makan malam, doktor yang dipanggil
khas untuk mengkhatankan mereka pun tiba. Mereka dibaringkan di atas
sebuah katil dan kain seperti kelambu dipasang untuk menutup bahagian
dada sehingga ke kaki. Kelima-lima mereka diasingkan di dalam sebuah
bilik menunggu.
Kami
berempat kembali duduk di tangga sambil mendengar cerita Mak Som.
Sebenarnya kami bukanlah berminat sangat untuk mendengar cerita Mak
Som. Tujuan kami hanyalah untuk melihat reaksi mereka berlima. Kami
hendak lihat bagaimana muka budak-budak itu berkerut apabila kena
‘potong’.
Aku
pergi sebentar ke atas untuk ke bilik air. Semasa turun, aku terlihat
sebuah ruang bacaan yang terletak di tingkat dua. Aku mencuri sedikit
masa dan melangkah masuk ke ruangan itu bagi melihat-lihat apa yang
ada di dalamnya, mataku liar memerhatikan buku-buku yang tersusun di
ruangan itu. Kemudian, aku terpandang sebuah potret kecil yang mana
di dalamnya, terdapat seorang budak lelaki sedang bergambar di dapur
sambil memakai topi chef tinggi berwarna putih. Di dalam gambar itu
juga, kelihatan seperti dia sedang membancuh adunan di dalam sebuah
mangkuk besar di dapur rumah itu.
"Itu
gambar saya semasa umur saya sebelas tahun" tiba-tiba satu suara
kedengaran. Pantas aku menoleh.
"Syam..."
"Maafkan
saya Marina. Saya mengejutkan awakkah?"
"Tidaklah,"
aku meletakkan kembali potret itu perlahan-lahan.
"Topi
yang saya pakai itu adalah topi Pak Cik Lan" terang Syam. Dia
mengambil salah sebuah buku resipi yang terdapat pada salah satu rak
buku di situ.
“Cuba
lihat ini Marina...” Syam menunjukkan kepadaku gambar kek coklat
yang terdapat di dalam buku itu. "Kalau awak hendak tahu, kek
coklat inilah yang saya buat dalam gambar itu"
"Betul
Syam?"
"Betul...
Kenapa? Awak tidak percaya?"
"Percaya.
Cuma...."
"Cuma
apa Marina?"
"Apa
kata kalau awak buat untuk saya satu?" kataku bercanda.
"Boleh.
Tidak ada masalah. Awak hendak bila?"
"Bila-bila
pun boleh. Tetapi awak serius hendak buat satu untuk saya? Saya tidak
paksa awak okey. Saya bergurau sahaja tadi"
"Bagaimana
kalau saya buat malam ini juga? Saya rasa, semua bahan-bahannya ada
di dapur"
"Malam
ini Syam? Awak serius?!"
"Ya!"
kata Syam.
Setelah
mempertimbangkan cadangan yang diutarakan Syam, aku bersetuju. Kami
turun ke bawah dan meminta izin dengan Pak Cik Lan untuk menggunakan
dapurnya. Dengan hanya menggunakan riak muka, Miss B, Miss R dan Miss
D yang masih lagi berada di tangga bertanya kepadaku apa yang aku dan
Syam ingin lakukan pada ketika itu. Aku hanya tersenyum dan
mengenyitkan mataku kepada mereka.
Setelah
mendapat keizinan dari Pak Cik Lan, kami segera ke dapur dan mula
menyukat bahan-bahan yang diperlukan untuk kek coklat itu.
"Sekarang,
awak lihat sahaja. Jangan sentuh apa-apa pun" kata Syam sebaik
sahaja kami selesai menimbang sukatan.
"Berapa
biji yang awak hendak buat Syam?"
"Dua
biji sahaja," jawab Syam. Dia nampak sangat fokus. Sememangnya,
resepi kek coklat itu memang sudah berada di dalam kotak memorinya.
Sepanjang proses itu, dia langsung tidak merujuk kepada buku resepi
yang ditunjukkannya kepadaku. Perlahan-lahan, dia memasukkan satu
persatu bahan-bahan yang telah kami sukat bersama ke dalam mangkuk
kaca berwarna putih. Dia menggaul sebati ke semua bahan-bahan itu
sehingga akhirnya menjadi satu bancuhan pekat yang sedia untuk
dibakar.
Segala
apa yang aku lihat pada malam itu mengingatkan aku tentang sesuatu
yang telah aku lupakan untuk sekian lamanya. Aku mula mengingati saat
kami berada di sekolah dahulu. Ketika itu, Syam selalu sahaja membawa
kuih dan kek ke sekolah. Kemudiannya dia akan kongsikan dengan kami
semua yang berada di dalam kelas.
"Syam...
awak masih ingat lagi dahulu semasa di sekolah? Awak selalu bawakan
kami kuih dan kek"
"Mestilah...
saya masih ingat lagi semua itu"
"Jadi
awaklah yang buat semua kuih dan kek itu dahulu ya?"
"Ya.
Tetapi ada ketikanya emak saya yang buatkan"
"Saya
tidak sangka dahulu yang ia sebenarnya hasil tangan awak Syam.
Kalaulah saya tahu..."
"Kalaulah
awak tahu, apa yang awak hendak buat?"
"Sudah
lama saya suruh awak buatkan kuih dan kek untuk saya"
"Sekarang
awak sudah tahu bukan? Habislah saya!" kata Syam sambil ketawa.
"Seronok
bukan apabila terkenangkan memori-memori lama? Rasa hendak kembali
sahaja semula ke masa lalu" kata Syam. Dari cara percakapannya,
aku tahu dia ingin mengatakan sesuatu. Namun, hasratnya itu tidak
diteruskan. Enggan menyoal lanjut, aku hanya tersenyum melihat
gelagatnya.
Selesai
sahaja membakar adunan itu, Syam segera mengeluarkan kedua-dua loyang
dari ketuhar. Aku begitu teruja sekali untuk melihat hasilnya.
"Wow!
Nampak cantik. Mesti sedap rasanya" kataku apabila melihat dua
biji kek coklat yang baru sahaja dikeluarkan dari ketuhar itu. Syam
memotong satu daripada kek itu dan memberikan sepotong kepadaku.
"Sedapnya
Syam..." pujiku selepas menyuap sesudu kek itu ke dalam mulutku.
Sememangnya rasa kek itu sangat sedap dan aku tidak hanya ingin
mengambil hati Syam.
"Betul?"
"Ya
Syam. Sedap sangat rasanya. Awak hendak hidangkan malam inikah?"
"Eh.
Tidaklah. Satu kita beri pada budak-budak yang baru kena 'potong' itu
dan satu lagi boleh dijadikan bekalan untuk awak semua mandi sungai
esok"
"Bolehkah
budak berlima itu makan kek ini?" tanyaku mengenangkan mereka
yang bakal berpantang.
"Mestilah
boleh. Sebab kek ini tiada telur" jawab Syam.
Diterbitkan
oleh : Harry Haider Enterprise, Blok 4-9-9, Vista Angkasa
59200, Kuala Lumpur.
©
Kid Haider, Mohamad Khidir Bin Mohamed Yazir, Khidir
M. Yazir
Terbitan Pertama 2015
Terbitan Pertama 2015
Hak
Cipta terpelihara













No comments:
Post a Comment