Selepas
berbincang dengan Daniel tentang Diana Sinclair, aku tidak dapat
melelapkan mataku malam itu. Kemungkinan untuk bertemu dengan Diana
amat mengujakanku. Daniel mengatakan yang dia ingin cuba mencari cara
agar Hey bukan sahaja dapat memuatkan Diana, malah menemuramahnya!
Oh! Itu adalah sesuatu yang tidak pernah aku duga. Diana! Oh Diana!
Diana
Sinclair atau nama sebenarnya Diana Sukri dilahirkan pada 1 Ogos 1980
di Kota Tinggi Johor. Dia merupakan seorang aktivis, pelukis,
penerbit dan walaupun ini jarang diperkatakan, ramai pemerhati
mengatakan disebalik imej artistiknya dia sebenarnya seorang
kapitalis. Dia berkahwin dengan Mirza Adam Sinclair pada tahun 2004,
ketika itu, dia berumur 24 tahun. Namun, perkahwinan itu hanya
bertahan selama empat
tahun. Tanggal pada 3 Jun 2009, mereka berpisah.
Penerbitan
novel grafik Taman Rahsia yang terjual lebih dari 8 juta unit di
seluruh dunia telah membuatkan namanya terpapar hampir setiap hari di
dada-dada akhbar dan internet.
Kandungan
novel grafik trilogi itu dikritik ramai pihak kerana keterbukaannya
bercakap mengenai keganasan, seks, jenayah, agama dan politik.
Novel
itu diterbitkan oleh syarikat penerbitan miliknya Babylon Cat Inc
yang ditubuhkan pada 2006. Syarikat penerbitan itu bertapak di Los
Angeles. Penerbitan buku itu mendapat tentangan hebat di Asia
Tenggara kerana kandungan buku mengenai fantasinya itu melibatkan
nama-nama besar yang terdiri dari ahli politik, perniagaan, hiburan
dan beberapa tokoh terkenal di Asia Tenggara.
Kehidupan
peribadinya juga menjadi bualan ramai. Bekas suaminya Mirza Adam
Sinclair, merupakan seorang pelabur hartanah yang terkenal di Eropah.
Selepas bercerai, dia mula dikaitkan dengan beberapa orang atlit di
Amerika. Penulis-penulis blog dan tabloid mula menulis mengenainya.
Ada sumber mengatakan yang Diana juga kerap bertemu dengan beberapa
ketua
gangster di
New York dan Miami. Sejauh mana kebenaran cerita itu masih belum
dapat dipastikan.
Dia
datang ke Kuala Lumpur untuk mempromosikan buku
dan filem terbarunya
yang
bertajuk S.O.S. Walaupun begitu, penangan Taman Rahsia masih lagi
terasa. Kontrovesi
telah melanda novel grafik itu sebelum ianya dikeluarkan lagi.
Seperti
namanya, Secret
Garden dihasilkan dalam keadaan yang penuh rahsia. Sesiapa sahaja
yang terlibat secara langsung atau tidak dalam penghasilan buku ini
diarahkan untuk menandatangani surat perjanjian dan dilarang keras
untuk memberi komen mengenainya.
Walaupun
penghasilan buku itu dikawal dengan ketat, beberapa kandungan telah
berjaya lolos akibat digodam. Seorang
lelaki
dari
San Francisco dikatakan cuba untuk menjual lakaran-lakaran itu
kepada sebuah syarikat penerbitan di Singapura.
Menurut
satu sumber yang boleh dipercayai, lelaki
itu menghubungi syarikat
itu dan
meminta $20 000 minimum untuk mendedahkannya.
Apabila
berita itu sampai ke pengetahuan Diana, wakil dari Babylon Cats Inc
menghubungi
syarikat
itu
dengan segera
dan mengugut untuk mengambil tindakan tegas sekiranya mereka
menerbitkannya atau dalam senyap-senyap menyerahkan kandungan itu
kepada pihak lain.
Walaupun
hairan bagaimana Diana dapat menghidu tentang lelaki dari San
Fransisco itu, mereka, tanpa banyak soal terpaksa akur dengan desakan
Diana. Jika amaran itu bukannya datang dari Diana Sinclair, aku
yakin, syarikat itu tidak akan mengakuinya dan kemudian menyiarkannya
di dalam penerbitan mereka. Atau pun, mereka akan menjualnya kepada
majalah lain sebagai satu cara untuk 'cuci tangan'. Akan tetapi
apabila amaran itu datang dari seorang wanita yang mengepalai
konglomerat kucing bertaring seperti Babylon Cats, mereka terpaksa
tunduk. Sebelum itu pun beberapa majalah telah gulung tikar akibat
kedegilan mereka menyiarkan sesuatu berkaitan dengan Diana dan
Babylon Cats Inc walaupun amaran telah diberi awal-awal lagi.
Walaupun begitu mereka diberi keizinan untuk
menulis dan menyiarkan mengenai apa yang berlaku di dalam penerbitan
mereka dan oleh kerana ianya dapat membantu menaikkan jualan Secret
Garden, Babylon Cat membenarkannya.
Diana
dan Babylon Cats berasa bimbang. Sekiranya tidak ditangkap, lelaki
tersebut pasti akan menjualnya dengan cara apa sekalipun. Proses
penerbitan buku itu terpaksa dihentikan buat seketika. Hasil bantuan
pakar dan siasatan pihak polis, lelaki itu berjaya dikesan dan Diana
mencadangkan satu helah untuk memberkas lelaki itu.
Diana
awal-awal lagi telah menghantar notis kepada semua syarikat
penerbitan di Asia tentang lelaki dari San Fransisco itu bagi
membantu menangkap lelaki itu. Dia akhirnya berjaya dijejak apabila
datang ke sebuah syarikat penerbitan di Jakarta untuk mahu menjual
lakaran itu kepada mereka. Lelaki itu gagal diberkas di Jakarta
kerana beberapa jam selepas dia melangkah keluar dari syarikat itu,
dia telah pun terbang ke Amerika. Diana dan Babylon Cats segera
menghubungi FBI untuk mengesan lelaki itu dengan menggunakan cap jari
yang ditinggalkan lelaki itu pada sebuah pasu yang dipegangnya ketika
datang ke syarikat itu. "Dia gemarkan pokok kaktus" lapor
salah seorang pegawai FBI.
Syarikat
penerbitan dari jakarta itu menghubungi lelaki terbabit dan bersetuju
untuk membeli lakaran itu. Pada masa dia dihubungi, dia telah pun
kembali ke San Fransisco. Lelaki itu kemudiannya diarah untuk terbang
ke Los Angeles dan menyerahkan lakaran itu kepada seorang warga
Indonesia yang menyamar sebagai editor.
Pegawai
FBI di Los Angeles dan juga tiga orang wartawan dari Amerika,
Malaysia dan Singapura bersama-sama dengan Yasmine Chumin, seorang
perunding keselamatan peribadi di Hollywood yang diupah oleh Diana
menunggu lelaki yang dikatakan mencuri gambar-gambar itu
bersama-sama dengan warga Indonesia itu.
Shidee
Lee akhirnya ditangkap apabila dia dan 'editor' itu berjumpa di salah
sebuah Cafe di Los Angeles.
Pada
masa yang sama, salinan
gambar-gambar itu dikatakan telah tersebar di serata Kuala Lumpur.
Namun, hasil bantuan PDRM, ianya berjaya dihapuskan.
Karya-karya
Diana sebelum ini dianggarkan telah terjual sebanyak 10 juta unit di
seluruh dunia. Dengan
penerbitan Secret Garden, dia berjaya menarik perhatian dunia dan
menjadikannya satu pelancaran
terbesar di peringkat antarabangsa. Pada minggu
ianya dilancarkan,
500,000 unit bukunya dijual serentak di Amerika, Eropah, Jepun,
Singapura, Malaysia dan Australia.
Diterbitkan
oleh : Harry Haider Enterprise, Blok 4-9-9, Vista Angkasa
59200, Kuala Lumpur.
©
Kid Haider, Mohamad Khidir Bin Mohamed Yazir, Khidir
M. Yazir
Terbitan Pertama 2015
Terbitan Pertama 2015
Hak
Cipta terpelihara
No comments:
Post a Comment