“Encik....
sapu tangan Encik jatuh...”aku separa menjerit.
‘Wow!
Hermes’ kataku di dalam hati. Lelaki itu kemudiannya menoleh.
Kedudukannya ketika itu hanya sepuluh kaki daripadaku. Dia membuka
cermin mata gelapnya dan segera mendekatiku.
“Oh!
Terima kasih ya. Nasib baik awak yang jumpa. Terima kasih
banyak-banyak” katanya sambil tersenyum.
‘Bukankah
dia yang aku jumpa tempohari di majlis pelancaran spa Michelle?’
tanyaku sendirian. Namun, niat untuk menanyakan kepadanya soalan itu
tidak kesampaian apabila dia berlalu dengan begitu cepat sekali.
'Biarkanlah
dia. Barangkali dia sedang mengejar sesuatu' aku memujuk diriku.
**********
“Pergi
makan tengahari dahulu. Balik
semula ke sini pukul dua petang
nanti”
beritahu
Mary
kepada semua yang berada di pejabat.
“Jom
makan Marina...” ajak Rani yang duduk di sebelahku.
"Jom!"
Tanpa
banyak soal, aku menukar
kod pada sistemku dan mengikuti
Rani
turun
ke bawah menuju ke Capital Square untuk makan tengahari.
“Alamak!”
kata Rani. Dia menepuk dahinya. Kami terhenti seketika di lobi.
“Kenapa
Rani?”
“Aku
tertinggal dompet akulah
Marina...”
“Lah...
Ini
mesti ada di dalam bakul buluh rotan yang kau letak atas meja
tadi...”
“Ya.
Aku pun rasa begitu juga. Kau tunggu di sini ya. Aku ke atas
sebentar”kata Rani. Dia mula berpatah balik.
“Baiklah.
Aku tunggu di luar.
Jangan lama sangat...”
Aku
berjalan keluar
meninggalkan
lobi bangunan Multi Purpose itu. Tidak semena-semena, angin bertiup
membawa habuk memasuki mataku. Aku menekup wajahku. Kemudian, aku
menggenyeh-genyeh mataku yang mula merengsa.
“Awak
menangis? '' seseorang
menegurku. Wajahnya masih belum dapat aku lihat.
“Tidak.
Mata saya masuk habuk.” jawabku sambil menggeleng-gelengkan
kepalaku. Aku tahu alasanku kedengaran agak klise.
"Ambil
tisu ini..."
Aku
mengambil tisu yang dihulurkan. Dengan bantuan air mata dan tisu yang
diberikan oleh lelaki itu, akhirnya penglihatanku
kembali jelas. Aku terpegun seketika melihat orang yang sedang
berdiri di hadapanku.
“Harry!
Awak rupanya...'' aku masih belum berhenti menggenyeh mataku yang
merah.
“Awak
seorang sahajakah Marina?”
“Ya.
Eh.. tidak. Saya sedang tunggu kawan saya”aku tiba-tiba sahaja
menjadi gelabah. Almaklumlah, aku tidak menduga yang Harry akan
muncul di situ.
“Di
mana dia?”
“Di
atas. Dompetnya tertinggal” terangku.
''Tidak
sangka kita dapat berjumpa lagi ya Marina''
''Ya.
Terkejut
juga
saya lihat
awak tadi,
saya
sangkakan mata saya yang
menipu"
"Selalunya,
mata seseorang itu boleh menipu tuan badan apabila dia asyik
terbayang-bayangkan sesuatu. Awak selalu terbayang-bayangkan
sayakah?" kata
Harry sambil mengukir senyuman yang sangat nakal.
“Marina!”
Rani
memanggilku
dari jauh.
'Terima
kasih Rani! Kaulah penyelamat! Aku tidak tahu respon apa yang patut
aku beri sekiranya kau tidak muncul.' kataku
di dalam hati.
“Oh
ya! Itu pun kawan saya” aku menunjuk kepada Rani yang sedang
berjalan anggun sambil mengibaskan sarinya. Aku memperkenalkan mereka
berdua antara satu sama lain.
“Kamu
berdua hendak makan di mana?”
tanya
Harry.
“Di
Capital
Square...”jawab Rani.
“Apa
kata kalau saya belanja kamu berdua makan? Sebagai tanda terima
kasih”
cadang
Harry.
"Sebagai
tanda terima kasih?”tanyaku hairan.
“Alah...
awak sudah lupa tentang sapu tangan Hermes saya itukah Marina?”
“Oh.
Itu hal kecil sahaja. Tidak perlulah sampai hendak belanja kami pula”
“Marina!
Jomlah! Perut aku sudah berbunyi-bunyi ini. Lagi pun tidak baik kalau
kita hampakan hasrat Harry untuk belanja kita”
kata
Rani. Dia tersenyum-senyum memandang Harry.
“Bagaimana?
Awak berdua sudi makan dengan saya?”
tanya
Harry.
“Eh.
Mestilah! Di mana?” Rani nampak teruja.
“Di
Capital Square. Bagaimana?”
“Alah...
Capital Square sahaja?'' Rani mengeluh dengan nada
yang
bergurau. Namun,
aku
menjeling ke arah Rani yang bagiku keterlaluan.
Takut - takut kalau Harry salah sangka atau tidak faham dengan
lenggok gurauannya.
''Maaflah.
Ini
sahaja yang saya mampu'' jawab Harry. Dia tertawa kecil dengan
gelagat Rani.
''Capital
Square pun bolehlah... Marina bagaimana? Setuju sahajalah. Bukan
senang orang hendak belanja”
tanya
Rani kepadaku.
“Mmm..
baiklah” aku mengangguk perlahan. Sebenarnya aku kurang selesa
untuk keluar makan dengan Harry.
Tetapi
apabila difikirkan. Apalah salahnya? Lagipun Rani ada bersama
denganku. Sekurang-kurangnya
dapat juga aku berjimat tengahari itu.
Sambil
menikmati makan tengahari di medan selera, kami berbual-bual sedikit
mengenai diri masing-masing.
Persoalan
tentang kerjaya Harry ketika di spa tempohari terjawab juga pada hari
itu
apabila Harry memberitahu kami
yang dia
bekerja
di Terry Lee Publication
yang berada beberapa tingkat atas dari TNS. Menurut Harry, dia banyak
terlibat dalam
fotografi. Dia
juga ada menceritakan serba- sedikit tentang
bosnya
Daniel
Lee, Ketua Editor majalah HEY yang terkenal itu
apabila ditanya oleh Rani.
"Mesti
seronok kerja dengan Daniel bukan?" tanya Rani.
"Bolehlah..."
jawab Harry ringkas.
''Awat hang nampak
letih sahaja Encik Harry oi?'' Rina menegur Harry yang nampak sedikit
lesu. Beberapa kali dia menguap ketika sedang makan.
''Tidaklah. Saya
cuma tidak cukup tidur semalam'' jawab Harry.
"Oh.
Kesiannya..." jawab Rani, sejak
dari awal lagi dia
tidak berkelip-kelip memandang Harry.
Aku hanya memerhatikan mereka.
''Oh ya. Rani, awak
dari Pulau Pinangkah?'' tanya Harry. Dia cuba meneka selepas
mendengar Rani bermain dengan loghat utara.
''Eh. Tidaklah. Saya
anak jati Kuala Lumpur. Saya suka-suka sahaja tadi berdialek''
''Oh.
Begitu. Awak pula Marina? Orang Kuala
Lumpur juga?''
''Tidak. Saya dari
Johor.”
“Awak pula
Harry?'' tanya Rani.
''Jadi awak ini
orang Malaysia atau Singapura sebenarnya?'' Rani menyoal lagi.
''Orang
Malaysialah.
Sebenarnya bapa saya berasal
dari
Johor. Ibu pula
dari
Singapura. Selepas berkahwin, mereka mengambil keputusan untuk
menetap di Singapura.
Ibu
saya sebenarnya mahu melahirkan saya
di Singapura. Akan tetapi, ibu saya tidak sempat pulang ke Singapura
dan melahirkan saya di Melaka''
“Luculah..
Bagaimana
boleh jadi begitu?”
tanya
Rani.
“Mereka sebenarnya
dalam perjalanan pulang ke Singapura. Mereka singgah sebentar di
Melaka untuk melawat kawan. Mereka tidak menduga yang saya akan lahir
pada waktu itu.”
“Maksudnya
awak lahir tidak cukup bulanlah
ya?” soalku pula.
“Tidak cukup
minggu. Saya dilahirkan tiga minggu awal dari tarikh yang
dijangkakan”
''Mungkin awak
sendiri yang memilih untuk jadi orang Malaysia. Kesempatan yang ada
awak gunakan untuk keluar di bumi Melaka” kataku kepadanya.
''Ya.
Mungkin juga..'' Harry ketawa kecil. ''Oh ya. Marina. Boleh saya
tanya awak satu soalan?”
tanya
Harry. Dia memandang tepat ke arahku. Sejak dahulu lagi, aku tidak
sukakan soalan itu. Ia buat aku berdebar.
“Ya. Silakan.”aku
berlagak tenang.
‘Jementah? Di
manakah tempat itu?’ aku berusaha menyelak kembali memoriku.
Manalah tahu kalau-kalau aku pernah mendengar mengenainya.
''Tidak. Awak
tahu?'' jawapan yang aku beri kepada Harry mempunyai dua maksud.
Satu, aku tidak tahu di manakah terletaknya Jementah dan yang ke dua,
aku tidak tahu bagaimanakah ia mendapatkan namanya.
''Mestilah
tahu. Jika tidak, bagaimana dia boleh terfikir untuk bertanyakan
soalan ini. Ha! Ceritalah Harry. Kami berdua hendak dengar. Ceritalah
cepat!'' kata Rani. Dia nampak begitu teruja sekali
untuk mendengar jawapan Harry walaupun soalan itu ditujukan kepadaku.
“Ceritanya
begini...
Ehem!" Harry berhenti sebentar membetulkan tekaknya sebelum
meneruskan ceritanya"
Pada zaman dahulu, di sebuah daerah yang bernama Segamat...''
'Oh.
Rupanya Jementah itu letaknya di Segamat. Patutlah Harry tanya aku
soalan ini' aku mentertawakan diriku sendiri
dan kembali
mendengar apa yang cuba disampaikan Harry.
''...ada sebuah
tempat yang dipercayai tertanamnya emas yang banyak. Pada ketika itu,
tempat itu masih lagi dipenuhi dengan pokok-pokok.''
''Ya. Betul Rani.
Emas-emas itu tersembunyi dan tertanam di dalam hutan. Namun, tiada
seorang pun yang pernah cuba untuk mencarinya. Pada suatu hari,
muncul dua orang lelaki yang menyatakan hasrat mereka untuk mencari
emas-emas itu. Begitu bersungguhnya mereka sehinggakan mereka sanggup
menebang pokok-pokok yang tumbuh di situ satu persatu dari pagi
hingga ke petang. Namun, pada keesokan harinya, sebaik sahaja mereka
bangun dari tidur, mereka terkejut kerana pokok-pokok yang mereka
tebang telah tumbuh semula seperti sedia kala”
“Jadi apa yang
mereka lakukan selepas itu?” tanya Rani lagi.
“Mereka tidak
berputus asa. Sekali lagi, mereka cuba menebang pokok-pokok itu satu
persatu. Namun, perkara yang sama berulang lagi”
“Ya. Tetapi itu
tidak sedikit pun melemahkan semangat mereka. Mereka terus mencuba
sehinggakan orang-orang yang lalu lalang bertanya ‘tidak habis lagi
menebang pokok-pokok itu?’”
“Apa yang mereka
jawab?” sekali lagi Rani bertanya.
“Mereka menjawab.
'Jemu-jemu' dan apabila ditanya bilakah agaknya mereka akan berjaya
menerangkan tempat itu, mereka menjawab 'entah'. Ini berlaku hampir
setiap hari dan mereka dengan sabarnya menjawab ‘Jemu’ dan
‘Entah’ ”
“Biar saya teka.
Akhirnya mereka memanggil tempat itu Jementah?” akhirnya aku
bersuara.
“Ya.
Betul Marina”
jawab
Harry sambil tersenyum.
“Apa
yang berlaku pada mereka selepas itu?”
tanyaku
lagi.
“Akhirnya,
keajaiban berlaku pada suatu hari apabila mereka mendapati,
pokok-pokok yang telah mereka tebang tidak lagi tumbuh.”
jawab Harry. Kemudian dia menyedut minumannya. Aku dan Rani menunggu
Harry bersuara menyambung ceritanya. Namun, Harry mengalih
perhatiannya kepada makanan yang belum dihabiskannya.
“Itu
sahaja?”
tanyaku
dengan wajah yang berkerut.
Harry
memandang kami berdua dengan wajah yang bingung. "Ya" dia
mengangguk.
“Bagaimana
pula dengan emas-emas itu?”
tanya
Rina.
“Ya.
Adakah mereka menjadi orang kaya?”
tanyaku
pula.
“Saya
pun kurang pasti”
kata
Harry.
Kemudian dia tertawa.
Aku
dan Rina berpandangan. Aku tidak menyangka cerita Harry sebegitu
teruk, jika Harry punyai kebolehan telepati, dia pasti dapat
mendengar aku sedang mentertawakannya ketika itu. Lain pula dengan
Rani, dia ketawa
bersama-sama
dengan Harry.
“Awak
luculah Harry! Awak ini betul-betul luculah!”
Rani
seolah-olah baru sahaja menonton rancangan Raja Lawak. Harry
memandang aku yang hanya tersenyum. Aku
tidak tahu sama ada dia sedar bahawa ceritanya itu gagal membuatkan
kami ketawa atau berasa kagum walaupun sedikit
dan tawa Rani itu hanya dibuat-buat.
“Rani.
Sudah pukul dua setengah petanglah. Jom!”
aku
mengajak Rani yang
masih belum
puas ketawa.
“Kamu
berdua hendak balik semula ke pejabat?”
tanya
Harry.
“Ya.
Gerak sekali dengan kami?”
pelawa
Rani.
“Tidak
mengapa. Saya akan terus buat kerja luar selepas ini.
Jadi biarlah saya duduk dahulu di sini”
jawab
Harry.
“Kalau
begitu, kami pergi dahulu ya. Terima kasih kerana belanja kami hari
ini!”
ucap
Rani.
"Terima
kasih ya Harry..." ucapku pula.
“Sama-sama.
Harap kita dapat berjumpa lagi nanti ya...”kata Harry sebelum kami
berlalu.
Aku
hanya mengangguk dan tersenyum apabila mendengar kata-kata Harry itu.
“Marina.
‘Kita’ yang dia maksudkan itu ‘saya, awak dan dia’ atau pun
‘awak dan dia’ sahaja?”
tanya
Rani.
“Rani... jangan
mula...”
“Saya tidak perlu
mulakan apa-apa Marina. Ianya telah pun bermula....”
“Amboi...
dalam maksud awak itu Rani...”
Sejak
hari itu, kami selalu sahaja makan bersama. Selalunya aku dan Rani
akan sampai dahulu di Capital Square. Kemudian, Rani akan memanggil
Harry untuk makan bersama sebaik sahaja dia ternampak kelibat lelaki
itu. Di meja makan, Harry akan berterusan bercerita mengenai
kisah-kisah klasik. Sesetengahnya lucu dan sesetengahnya tidak
menyentuh hati langsung. Rani pula bersungguh-sungguh mendengar
cerita-cerita itu.
''Apa
contoh cerita yang dia pernah beritahu kau?'' tanya Ally apabila aku
bercerita tentang Harry di Dr Love.
''Macam-macam.
Tentang Teluk Sengat, Tuan Puteri Si Helang Bakau, Si Jambul, Tasik
Garu....''
''Heh!
Tasik Garu lah Gina'' aku mencubit lembut Gina yang sengaja
menyamakan nama Tasik Garu dengan sebuah kawasan 'panas' di Pulau
Pinang.
''Oh.
Telinga aku memang sensitif bila dengar perkataan 'garu' itu.'' kata
Gina sambil ketawa.
"Daripada
manalah agaknya Harry dapat tahu tentang cerita-cerita itu semua
agaknya ya?" fikir Gina.
Diterbitkan
oleh : Harry Haider Enterprise, Blok 4-9-9, Vista Angkasa
59200, Kuala Lumpur.
©
Kid Haider, Mohamad Khidir Bin Mohamed Yazir, Khidir
M. Yazir
Terbitan Pertama 2015
Terbitan Pertama 2015
Hak
Cipta terpelihara











No comments:
Post a Comment