Beberapa
bulan berlalu dan aku berasa semakin serasi dengan Hey. Banyak yang
aku pelajari dari mereka di situ terutama sekali Miss B, Miss D dan
Miss R. The Urban Fruits tidak pernah berkira denganku. Segala apa
penting dan perlu aku ketahui dikongsikan bersama. Seperti yang
dinasihatkan, aku cuba mengelakkan diri dari drama-drama pejabat yang
merimaskan dan cuba melakukan tugas-tugas yang diberikan kepadaku
sebaik mungkin. Namun,
sepanjang tempoh itu, jarang sekali aku
dapat bersua muka dengan
Daniel.
Jika
berjumpa pun, kami tidak dapat berbual panjang. Perhatian kami banyak
tertumpu
kepada kerja-kerjaku yang semakin mencabar.
Perubahan itu
begitu mendadak sekali aku rasakan. Dari persahabatan yang mesra dan
penuh dengan gelak ketawa kepada hubungan profesional yang serius.
Aku melakukan pelbagai cara untuk merapatkan semula hubungan kami.
Namun, kami terus dipisahkan dengan dinding-dinding prioriti dan
profesional di Hey. Aku akui yang aku sedikit terkilan kerana
kehilangan 'Harry' yang pernah aku kenal. Walaupun begitu, aku tetap
fokus pada kerja-kerjaku. Itu adalah cara yang paling berkesan untuk
aku mengalihkan perhatianku dari terlalu asyik memikirkan tentang
Daniel.
Pada satu hari, Chan memanggilku
untuk berjumpa dengannya. Pejabat pada ketika itu kelihatan amat
sibuk sekali. Seolah-olah, Hey baru sahaja menerima berita buruk
mengenai imbangan akaun syarikat.
"Duduk Marina..."
persila Chan kepadaku.
"Ada apa Chan?"
"Awak perlu bantu kami semua
Marina" kata Chan sambil menaip pantas sesuatu. Matanya tertumpu
ke arah skrin.
"Bantu apa Chan?"
tanyaku sambil mataku sempat menjeling ke arah skrin. Aku melihat
satu senarai panjang yang sedang disiapkan oleh Chan.
"Begini sebenarnya. Daniel
mahu tukar topik yang kita sedang buat sekarang ini kepada isu
'Chicken'''
"Chicken?" tanyaku
kehairanan. Bagaikan tidak percaya dengan apa yang aku dengar dari
mulut Chan.
"Ayam?" tanyaku
inginkan kepastian.
"Ya. Saya tidak tahu apa
yang dia jumpa di Hong Kong minggu lepas sehinggakan dia menukar
fikirannya" Chan menggeleng-gelengkan kepalanya.
"Jadi bagaimana boleh saya
bantu?"
''Awak hentikan dahulu susunan
data awak itu. Untuk hari ini, awak perlu lakukan semua yang tertulis
di dalam pelan ini"
Chan menyerahkan satu senarai
yang baru dicetak yang mana di dalamnya tersenarai beberapa perkara
yang perlu aku lakukan pada hari itu.
"Ini sejumlah wang yang awak
perlukan nanti dan juga kad kredit. Buat sedaya yang mampu dan
serahkan riviunya kepada saya esok"
"Baiklah Chan" kataku
tanpa banyak soal.
Aku kembali ke mejaku dan duduk
meneliti senarai yang perlu aku lakukan untuk tiga hari akan datang.
"Wow!" kataku
sendirian. Aku menarik nafasku dalam-dalam. Aku mencapai telefonku
dan segera menghubungi Gina.
"Hello Gina!"
"Hello...."
"Ada di mana?"
"Di tempat kerja. Kenapa?"
"Ada perkara yang aku hendak
beritahu"
"Apa dia?"
"Aku tidak dapat bersama
dengan kamu semua di Dr Love malam ini"
"Oh. Kenapa?"
"Chan beri aku tugasan
mengejut Gina. Chan suruh aku pergi ke tiga buah restoran untuk
lihat-lihat makanan apa yang ada di sana"
"Ya. Bukan sekadar melihat.
Aku perlu merasa sekali makanannya dan tulis riviunya secepat
mungkin"
"Peliknya. Kenapa pula
tiba-tiba mereka suruh kau buat semua itu?"
"Ketua editor tukar idea dan
mereka perlukan 'pemain tambahan'"
"Pemain tambahan?"
tanya Gina penuh kehairanan.
"Ya. Malam ini pula, aku di
suruh ke Universiti Malaya. Ada Teater. Aku juga perlu tulis
riviunya"
"Bagus juga. Okeylah, tidak
mengapa Marina. Teruskanlah kerja-kerja kau.Kadang-kala perlu juga
kejutan sebegini. Tidak bagus jika terlalu selesa"
"Ya. Kau betul. Baiklah
Gina. Aku pergi dahulu ya! Bye!"
"Bye!"
Pada
mulanya, aku berasa kurang yakin dapat menyempurnakan tugasan yang
diberi. Sepanjang tiga hari itu, aku
mengisi masaku dengan meneliti hasil kerjaku. Kadang-kala, aku
mengubah perkataan dan ayat yang aku tulis berkali-kali.
Masaku banyak dihabiskan dengan melakukan riviu dan memperbetulkan
apa yang silap berkali-kali sehinggalah aku berpuas hati. Aku bimbang
sekiranya aku tidak dapat menyelesaikannya dengan sempurna. Aku juga
asyik memikirkan bagaimana agaknya reaksi jutaan orang yang akan
membaca dan meneliti hasil kerjaku itu nanti.
"Marina.
Terima kasih banyak. Saya telah meneliti kerja-kerja awak dan saya
berpuas hati. Ada kesilapan yang perlu diberi perhatian, tetapi
jangan bimbang, saya akan perbetulkannya nanti"
kata
Chan kepadaku sebaik sahaja aku berjaya menyelesaikan tugasan yang
diberikannya kepadaku.
"Awak sambung balik kerja
awak tempohari ya?"
"Baik Chan" aku
tersenyum riang. Aku gembira dengan respon yang diberikan Chan. Aku
berharap dia tidak hanya ingin menyedapkan hatiku kerana walaupun
ianya satu riviu yang kecil, bagiku ianya adalah satu permulaan yang
cukup baik.
****************
Tugasan mengejut yang diberikan
kepadaku itu menjadi petanda yang aku akan menjadi lebih dari seorang
kerani editorial. Chan dan Daniel mula memberikan aku kerja yang
pelbagai. Kadang kala, aku perlu membantu bahagian editorial dan ada
beberapa ketikanya, aku diminta untuk membantu Cindy dan Susan yang
sentiasa tidak menang tangan dengan kerja-kerja yang diberikan oleh
Daniel kepada mereka.
Bekerja
bersama-sama dengan kedua-dua pembantu Daniel itu
memberikan
aku peluang untuk berjumpa dengan
Daniel
hampir setiap hari
dan bekerja dengan lebih dekat lagi dengannya.
Ketika itu,
ramai yang mengatakan bahawa aku seolah-olah telah menjadi pembantu
ketiga Daniel.
"Wow!
Kau sekarang sudah jadi kerani dan jadi pembantu tidak rasmi Daniel.
Tahan kau ya?" kata Miss R kepadaku. Aku tahu, dia risau melihat
aku yang asyik tidak senang duduk menyiapkan segala kerja-kerja yang
diberikan kepadaku.
"Tidak
mengapalah Miss R. Aku pun seronok buat semua ini"
"Ya.
Tetapi jaga diri kau baik-baik. Aku tidak mahu kau masuk hospital
sebab kepenatan melampau nanti"
Aku
hanya ketawa mendengar kata-katanya. Aku tahu, dia dan The Urban
Fruits risau dengan keadaanku. Tetapi aku tidak kisah jika aku
dilihat seperti seorang yang dikerah tenaganya. Bukanlah bermaksud
yang aku tidak pernah berasa penat langsung atau mengeluh walau pun
sedikit. Kadang-kadang, aku memarahi diriku kerana tidak mahu berkata
'tidak' apabila diminta untuk melakukan itu dan ini. Tetapi jauh di
sudut hati, aku sebenarnya gembira kerana semua itu telah berjaya
menghubungkan semula aku dengan ‘Harry’ yang hilang dari hidupku
buat seketika. Walau pun apa yang kami bualkan setiap kali berjumpa
adalah berkenaan dengan kerja, itu sudah cukup memadai bagiku.
"Daniel
nampaknya begitu percaya pada awak" kata Chan kepadaku. Aku
hanya tersenyum mendengarnya. Sememangnya, pengalaman
bekerja dengan Daniel memang menyeronokkan. Banyak yang aku pelajari
dari Daniel terutama sekali tentang masa, fokus dan keberanian untuk
memberi keputusan mengikut kata hati.
Daniel
menjadi motivasiku yang begitu kuat sekali pada ketika itu. Setiap
pagi, bayangan wajah Daniel menjadikan aku lebih bersemangat untuk
bangun setiap hari.
"Mesti kau seronok dapat
berjumpa dengan Daniel setiap hari bukan?" usik Gina apabila aku
tidak henti-henti bercerita tentang Daniel kepadanya.
"Cara kau cakap buat aku
rasa yang aku ini miang sangat Gina!"
"Aku tidak cakap pun yang
kau miang atau gatal. Kau yang terasa..." Gina memberikan aku
jelingan yang penuh makna.
"Ah! Kau sengaja hendak
kenakan aku.."
"Tetapi nampak jelas yang
kau tergila-gilakan dia" kata Gina.
"Gilakan dia? Okey, sekali
lagi kau buat aku kedengaran miang"
"Sekali lagi, aku tidak
cakap pun yang kau miang Marina"
"Baiklah, aku mengaku yang
aku tertarik. Tetapi bukanlah sampai ke tahap tergila-gilakan dia"
"Boleh percayakah apa yang
kau cakapkan ini?"
"Apa yang susah sangat untuk
kau percaya Gina?"
"Pernah tidak kau terfikir
sama ada ini adalah rasa kagum yang timbul kerana hormon estrogen kau
atau pun ianya kerana karisma Daniel?"
"Hah?" aku tercengang
mendengar soalan Gina yang bagiku sungguh kompleks.
"Baiklah, kau lupakan soalan
tadi. Kalau Daniel ajak kau kahwin dan membina keluarga dengan dia
esok, adakah kau akan bersetuju?"
"Ish! Jauhnya kau pergi
Gina...."
"Kalaulah
aku jadi kau Marina, aku akan datang pada Daniel dan berterus terang
tentang
apa yang aku rasakan"
"Okey.
Nanti dahulu. Aku rasa kau sudah silap. Aku dengan Daniel hanya kawan
sahaja. Jika betul aku ada menyimpan perasaan, aku tidak berani
memulakan langkah pertama. Lagi pun, aku tidak pasti apa yang Daniel
rasa tentang aku. Malunya kalau bertepuk sebelah tangan. Sekali lagi
aku jelaskan, aku dan Daniel hanya kawan!"
"Sudahlah
Marina. Kawan? Kau bercerita tentang Daniel hampir setiap hari. Kau
bernasib baik sebab aku tidak pernah muak dengar cerita kau. Tetapi
kenapa kau cakap kau jenis yang tidak berani memulakan langkah
pertama? Sebab kau perempuan?"
Aku
hanya mengangguk.
"Hmmm....
Berbalik kepada Daniel, kau rasakanlah Marina, kalau ditakdirkan kau
dan Daniel jadi lebih dari sekadar kawan, adakah perbezaan latar
belakang dan budaya antara kau dan Daniel akan jadi satu isu?"
“Ya
Gina. Itu juga sesuatu yang perlu difikirkan”
“Tetapi
cuba kau lihat wanita-wanita yang selalu dikaitkan dengan Daniel,
mereka juga mempunyai latar belakang yang berbeza. Jadi tidak
mustahil jika sesuatu boleh berlaku antara kau dan Daniel! Segalanya
mungkin Marina!"
“Kau terlalu
yakinlah Gina. Terlalu idealistik...”
“Okey,
kau tidak jawab soalan aku tadi. Kalaulah
Daniel ajak kau kahwin dengan dia esok. Adakah kau akan bersetuju?"
soal Gina. Dia benar-benar mahukan jawapan dariku.
"Aku rasa... Mungkin aku..."
aku teragak-agak untuk memberi jawapan.
"Nampaknya. Buat masa ini
jawapan kau adalah 'tidak'. Jadi memang betullah agaknya, kau hanya
miang-miang kucing sahaja!!" kata Gina sambil ketawa besar.
Jika Gina boleh ketawa apabila
aku bercerita tentang Daniel, Ally tidak begitu, dia bimbang dengan
apa yang berlaku kepadaku. Sedari awal lagi, dia banyak kali
mengingatkan aku supaya tidak terlalu terbawa-bawa dengan 'hal
Daniel'.
"Kau
perlu berhati-hati Marina" kata Ally kepadaku setiap kali aku
bercerita tentang hubunganku dengan Daniel yang menjadi semakin
rapat.
"Aku
tahu kau gembira kerana kau mendapat kembali 'Harry'. Tetapi aku
risau Marina, hubungan profesional kau ini perlahan-lahan berubah dan
apa yang merisaukan aku adalah kalau-kalau Daniel mahu menjadikan kau
satu persinggahan sahaja. Aku banyak mendengar cerita tentang Daniel.
Wanita sana, wanita sini. Semuanya datang ke dalam hidup Daniel dalam
tempoh masa yang sekejap. Kau pun tahu bukan?"
"Kau
jangan bimbang Ally. Aku dan Daniel hanya berkawan sahaja. Malah
Daniel sendiri mengakui apa yang dia lakukan selama ini"
"Maksud
kau, dia tunjuk sendiri bagaimana dia menggatal dengan perempuan?"
Ally terkejut dengan apa yang aku beritahu.
"Ya.
Malah dia beritahu aku yang dia keluar dengan wanita itu dan wanita
ini pada keesokkan harinya."
"Jadi, kau tidak rasa
apa-apa? Tidak berasa cemburu walau sedikit pun?"
"Tidak"
kataku sambil menggelengkan kepala. Bibirku mengukir senyuman.
Apa
yang aku katakan kepada Ally memang benar. Sememangnya aku tidak
berasa cemburu. Daniel boleh bercerita apa sahaja kepadaku. Sepanjang
tempoh itu, bermacam-macam yang aku dengar dari mulut Daniel. Ada
yang lucu, ada yang sedih dan tidak kurang juga ada yang membuatkan
aku menekup muka kerana malu. Tetapi entah kenapa, lama-kelamaan, aku
berasa agak posesif. Apa yang keluar dari mulut Daniel tentang
'aktiviti luarnya' tidak lagi menggelikan hatiku. Aku mula tidak
tahan mendengar cerita-cerita Daniel. Perasaan cemburu mula membara
apabila mendengar cerita-ceritanya. Tetapi, aku berlagak tenang. Aku
tidak menunjukkan perasaanku yang sebenar kepadanya.
Daniel
pula nampaknya berasa semakin selesa denganku. Aku telah menjadi
tempat dia bercerita apa sahaja yang difikirkannya.
"Marina.
Awak tidak pernah beritahu apa-apa tentang kehidupan peribadi awak
kepada saya," soalan yang keluar dari mulut Daniel secara
tiba-tiba itu mengejutkanku.
"Maksud
awak? Bukankah saya pernah bercerita tentang keluarga saya dahulu?"
"Ya.
Tetapi apa yang saya maksudkan adalah.." Danial teragak-agak,
"tidak pernah ada sesiapakah yang menambat hati awak sebelum
ini?"
Aku
hanya tersenyum, memikirkan cara untuk menjawab soalan Daniel. Aku
cuba menyusun ayat yang sesuai.
"Sebenarnya
ada..." akuiku.
"Siapa?"
Daniel nampak bersungguh.
"Namanya
Norman..." jawabku dengan perlahan. Aku mula bercerita tentang
Norman. Sepanjang aku bercerita, Daniel
hanya diam dan tersenyum semasa mendengarnya. Dia memberi
respon-respon yang tipikal. Satu persatu kata-kataku didengarnya
dengan terperinci. Dia benar-benar ingin tahu tentang lelaki bernama
Norman yang pernah wujud dalam hidupku.
Bermula
dari saat itu, aku tidak lagi berasa segan untuk bercakap tentang
Norman dengan Daniel. Setiap kali kami bercakap tentang
perkara-perkara yang berkaitan, nama Norman akan terkeluar. Pada
mulanya, Daniel tidak kisah dengan semua itu. Dia menganggapnya
sesuatu yang biasa. Namun, lama-kelamaan, aku dapati dia seperti
tidak senang apabila aku asyik menyebut nama bekas tunanganku itu.
"Adakah
awak masih menunggu Norman Marina? Maksud saya, daripada apa yang
awak cakap, seolah-olah Norman ini keliru dan awak percaya dia akan
kembali kepada awak satu hari nanti." tanya Daniel pada
kepadaku.
"Entahlah
Daniel... Saya pun keliru kadang-kadang" akuiku dengan jujur.
"Saya
rasa, awak juga tidak mampu melupakan Norman sebenarnya"
"Sudah
semestinya Daniel. Dia wujud dalam hidup saya semenjak saya di bangku
sekolah lagi, sukar untuk saya lupakan dia"
Ketika
itu, aku dapati wajah Daniel berubah. Pengakuanku itu seolah-olah
tidak menyenangkan hatinya. Nada suaranya juga berubah selepas itu.
Aku mengesan bibit-bibit rasa cemburu Daniel kepada orang yang tidak
pernah dikenalinya.
'Cemburu?
Daniel Cemburu? Apakah maknanya semua ini? Cemburu tandanya apa?' aku
berkata-kata sendirian. Mula berteka-teki tentang reaksi yang Daniel
berikan.
Aku
tersenyum seketika, segala kemungkinan yang bisa terjadi
menggembirakan hatiku. Ada harapan yang segalanya boleh pergi lebih
jauh lagi.
Walau
pun begitu, aku tidak boleh terlalu yakin dan terus membuat
kesimpulan tentang apa yang sebenarnya dirasakan oleh Daniel. Aku
pantas mengingatkan diriku yang ianya mungkin mainan perasaanku
sahaja.
Diterbitkan
oleh : Harry Haider Enterprise, Blok 4-9-9, Vista Angkasa
59200, Kuala Lumpur.
©
Kid Haider, Mohamad Khidir Bin Mohamed Yazir, Khidir
M. Yazir
Terbitan Pertama 2015
Terbitan Pertama 2015
Hak
Cipta terpelihara










No comments:
Post a Comment