Kegagalan
temubual dengan Diana Sinclair memaksa kami melipat gandakan usaha
untuk mencari isi yang menarik untuk diletakkan di dalam edisi
terbaru Hey.
Dalam
masa yang sama Diana Sinclair sentiasa hadir dalam fikiranku. Untuk
beberapa hari, aku tidak henti-henti memikirkan tentang Diana
Sinclair. Aku akui kecewa dengan apa yang berlaku di antara aku dan
Diana. Entah di mana silapnya, temubual yang dirancang tidak menjadi.
Apabila Daniel menghubungi pengurus Diana Sinclair, untuk mendapatkan
penjelasan, dia memberitahu dengan selamba "Sepatutnya
dia
bertanya
soalan yang lebih berfaedah dari soalan-soalan yang ‘agak kurang
cerdik’”
atau dalam kata lain, dia
cuba untuk mengatakan
bahawa soalan-soalan
yang aku halakan kepada Diana itu adalah soalan-soalan yang bodoh.
"Dalam
kata lain, dia bengang dengan soalan-soalan kaulah..."
"Macam
itulah nampaknya Gina."
"Okey.
Tidak mengapa, nanti bila sudah sampai di KL kita sambung lagi cerita
ini"
"Kau
hendak aku tunggu pukul berapa nanti?"
"Pukul
11 okey?"
"Okey.
Nanti aku tunggu kau"
"Jangan
tidak datang pula Aku beli banyak barang dari Sarawak ini"
Pada
keesokan hari, selepas mendapat izin dari Daniel, aku keluar awal
dari pejabat dan terus menuju ke lapangan terbang.
Setengah
jam dari waktu yang dijanjikan, aku tiba di lapangan terbang. Selepas
mencari tempat yang sesuai untuk menunggu ketibaan Gina, aku
mengeluarkan fail berisi draf yang ditunjukkan oleh Daniel kepadaku
awal hari itu. Tujuanku adalah untuk melihat mana-mana bahagian yang
perlu diperbaiki. Namun,
belum sempat aku
membaca walau satu baris ayat, seorang
lelaki menegurku dari belakang.
Aku
segera
menoleh.
Betapa
terkejutnya aku
apabila melihat wajah
lelaki itu. Aku dapat rasakan darahku naik ke muka.
“Norman?”
kataku. Mataku tidak berkelip-kelip memandangnya. Bagaikan tidak
percaya dia sedang berdiri di hadapanku.
“Ya.
Ini saya Marina. Awak tidak bermimpi" Norman melayang-layangkan
tangannya dengan lembut pada wajahku. Aku mentertawakan diriku yang
serta-merta terkesima ketika itu. Norman berjalan ke hadapan dan
mengambil tempat di sebelahku.
"Awak
buat apa di sini Marina?”
“Tunggu
kawan”
“Gina?”
Norman meneka.
"Ya.
Betul Gina" jawabku mengiakan tekaan Norman.
"Dia
dari mana?"
"Dari
Sarawak"
"Oh."
Norman mengangguk. Tanda faham.
Buat
seketika kami terdiam. Aku mula terfikirkan sesuatu. Inikah respon
yang patut aku beri pada seorang lelaki yang telah memutuskan
hubungannya denganku secara tiba-tiba?
“Awak
pula dari mana
Norman?”
“Dari
Texas”
"Texas?
Awak serius?"
"Ya"
jawab Norman mengangguk.
“Wah!
Kenapa pergi ke tempat Cowboy itu?”
"Haha!
Makan Angin. Manalah tahu sangkut dengan mana-mana cowgirl"
jawab Norman. Kemudian dia ketawa nakal. Aku pula hanya tersenyum.
"Jadi
bagaimana dengan hidup awak sekarang Marina?"
"Biasa-biasa
sahaja. Macam dahulu juga."
"Pasti
awak seronok bekerja di Hey bukan?" aku tersenyum mendengar
kata-kata Norman. Aku sangkakan selepas perpisahan kami, dia tidak
lagi mengambil peduli akan apa yang terjadi padaku.
"Ya.
Bolehlah. Banyak timba pengalaman baru" aku menjawab ringkas.
"Oh
ya. Sebenarnya, apa yang awak buat di Texas? Benar awak cari jodoh
dengan cowgirl?" tanyaku. Sengaja mahu bersenda.
"Hahaha!
Lucu benar awak Marina. Saya cari peluang perniagaan di sana. Kalau
jodoh di Malaysia pun boleh cari."
"Jadi
bagaimana?" tanyaku lagi.
"Apa?"
"Sudah
jumpa apa yang di cari?"
"Perniagaan
atau jodoh?"
"Haha!
Perniagaanlah."
"Bolehlah.
Ada beberapa tempat yang nampak berpotensi"
"Hmmm...
Texas? Jarang saya dengar orang kita cari peluang di Texas. Selalunya
kalau di Amerika Syarikat, orang suka pilih tempat seperti D.C, New
York, California. Tetapi awak pilih Texas"
Norman
hanya tersenyum. Untuk seminit dua, kami kembali diam. Norman nyata
tidak mahu menjelaskan alasannya memilih Texas kepadaku.
"Jodoh
pula bagaimana?" aku memberanikan diri bertanya walaupun Norman
nampak jelas tidak begitu menyenanginya. Namun, dia bijak
menyembunyikan perasaannya. Dia hanya tertawa kecil.
"Saya
hantar banyak surat lamaran tetapi sampai
sekarang masih belum ada jawapan daripada mereka. Mungkin awak
boleh bantu saya Marina
"Maaflah.
Saya bukan pakar dalam hal-hal ini. Tetapi kenapa perlu hantar surat
lamaran? Itu tidak gentleman okey"
"Eh
itu Gina!" Norman menunjuk kepada Gina yang sedang berjalan
menuju ke arah kami. Gina membesarkan matanya apabila dia melihat
kelibat Norman di situ. Riak mukanya seolah-olah bertanya kepadaku
'Apa yang sedang berlaku di sini?'
"Helo
kamu berdua. Amboi. Bukan main seronok lagi berbual. Memang sudah
berjanji untuk berjumpa di sinikah?"
"Eh.
Tidak. Kami baru sahaja terserempak tadi" jelasku. Sedikit gugup
kerana aku tahu Gina kurang percaya dengan apa yang aku katakan
ketika itu.
“Bagaimana
dengan
emak dan ayah kau Gina?”
tanya
Norman.
“Baik-baik
sahaja. ”
“Ha.
Balik Sarawak ini mesti mereka bincang pasal kau bukan?
Pasal kahwin”
Norman
meneka.
"Apa
kau ingat
mereka
hendak fikir pasal jodoh aku sahajakah? Banyak lagi benda lain yang
hendak difikirkan. Aku cuma cuti
biasa sahaja,”
“Jadi
mereka tidak pernah bising tentang itu?”
“Ada
juga. Tetapi aku hanya beri jawapan-jawapan standard 'belum jumpa
yang sesuai' 'Kurang itu' 'kurang ini'... ”
Sambil Norman dan
Gina berbual itu dan ini mengenai hidup masing-masing, kami
perlahan-lahan bergerak menuju ke arah bulatan menunggu teksi. Ketika
itu ada beberapa orang yang sedang beratur menunggu teksi.
“Oh
ya. Tentang jawapan-jawapan standard yang kau beri pada ibu dan bapa
kau. Hhhmm... Aku rasa dari
dahulu itu sahaja jawapan kau bukan?”soal
Norman. Sekali lagi membangkitkan isu jodoh Gina.
“Hei.
Perkara macam ini
perlukan masa.
Mana boleh main redah sahaja. Ha! Kau tanya aku macam-macam. Kau pula
bagaimana?" tanya Gina sambil mencekak pinggang.
"Eh.
Lelaki lain. Makin tua makin laku" jawab Norman seolah-olah
bangga dengan kenyataan yang baru dikatakannya.
"Ceh!
Kau ingat perempuan tidak laku bila sudah berusia? Ha? Kau tidak
pernah dengar tentang kugar?"
Apabila
aku terdengar sahaja perkataan 'kugar' dari mulut Gina, hatiku mula
berkata-kata 'Oh. Tidak. Bukan di sini. Jangan bincang semua ini di
sini'
"Jadi
kau hendak jadi kugar?" tanya Norman
"Tidak
salah bukan?"
"Gina..
Aku rasa kau amat jelas sekali apabila seorang perempuan mencapai
peringkat umur tertentu tahap seksual..."
"Norman.
Gina. Malulah orang dengar!" aku yang sedari mula hanya
memerhatikan sahaja gelagat mereka mencelah apabila mereka mula
bercakap tentang isu yang aku kira akan membawa mereka ke arah
perbualan mengenai topik-topik yang tabu.
"Yalah!
Norman ini buat malu sahaja! Kau yang mulakan semuanya"
“Eh,
tidak
ada apa-apakah untuk kami?”
Pinta Gina.
“Ah!
Kau dari dahulu kalau aku balik sahaja dari mana-mana mesti tagih
buah tangan!”
Norman
membuka beg dan mengambil sebuah
kotak kecil bewarna hijau.
Dia memandang ke arahku.
"Nah!"
dihulurkan
kotak itu
ke tangan Gina.
“Huh!
Sebenarnya
buah tangan itu bukan
untuk
kau
tetapi untuk awek aku!”
kata Norman.
Namun
Gina
tidak peduli. Dia tahu Norman
hanya bergurau. Dengan perasaan yang teruja, Gina membuka kotak itu
bagi melihat isi di dalamnya.
"Wow!
Ukiran kapal dari kayu!" kata Gina teruja. Untuk beberapa saat,
mulutnya terlopong.
Aku
akui ianya amat cantik. Tetapi aku cuba mengawal perasaan terujaku.
Di saat itu, terdetik juga di dalam hatiku jika tidak kerana Gina,
mungkin Norman akan memberikan kapal itu kepadaku.
"Serius
kau hendak hadiahkan kapal ini pada aku?" tanya Gina.
"Yalah.
Kalau kau tidak mahu. Beri semula pada aku"
"Ish!
Mana boleh. Buruk siku namanya. Ha!Marina
pula bagaimana Norman? Tiada apa-apa untuk dia?”
Gina
menjeling ke arahku.
“Eh.
Itu ada teksi.”Norman
menunjuk ke arah teksi yang sedang menyusur perlahan ke arah kami
yang berada di hadapan barisan menunggu. Tanpa dipinta, Norman
membantu kami memasukkan beg ke bonet.
“Jaga
diri semua”
Norman
menutup
pintu teksi sambil melambaikan tangannya.
Kami
membalas lambaian itu.
Aku
dan Gina
menyandarkan badan ke kerusi.
"Huh...
penatnya" kata Gina.
Dia
memejamkan mata.
"Marina.
Kau perlu jelaskan apa yang berlaku tadi" kata Gina. Matanya
masih tertutup.
"Okey.
Aku sebenarnya..."
Tidak
sempat aku menjawab pertanyaan Gina, telefonku berbunyi.
"Siapa
pula itu Marina?"
"Daniel"
"Haish!
Tadi Norman. Sekarang Daniel. Kejap lagi Syam pula. Player.. Player"
"Ah.
Kau mengarut sahajalah Gina!" itu sahaja respon yang aku dapat
beri kepada Gina sebelum menjawab panggilan Daniel.
"Helo
bos!"
"Marina.
Awak ada di mana?"
"Saya
dari airport. Dalam perjalanan ke rumah"
"Boleh
awak ke pejabat segera?"
"Oh.
Kenapa? Kalau ada apa-apa yang awak hendak saya edit. E-mel sahaja
kepada saya"
"Bukan.
Ini tentang Diana. Diana Sinclair"
"Kenapa
dengan Diana Sinclair?"
"Begini.
Saya telah pun menghubungi pengurusnya dan dia telah pun bersetuju
untuk ditemuramah untuk kali kedua"
"Awak
pasti?"
"Ya!
Sudah tentu?"
"Boleh
awak datang Marina?"
"Okey.
Tidak ada masalah!"
"Ada
berita baik Gina. Diana Sinclair hendak jumpa aku sekali lagi."
kataku kepada Gina. Namun, Gina diam seribu bahasa.
"Alahai.
Sudah terlelap. Hmmm" kataku sendirian apabila melihat Gina yang
terlena.
Belum
sempat aku terbang berkhayal tentang pertemuan aku dan Norman, aku
kini dipaksa untuk mengalih tumpuanku kepada Diana Sinclair.
Aku
cuba sedaya-upaya untuk mengalih fokusku. Diana Sinclair! Diana!
Diana! Diana!Sepanjang perjalanan, aku mengingati semula temubualku
dengan Diana dan mula menulis nota minda bertajuk 'Diana Sinclair :
Di mana silapnya?'"
Okey.
Seingat aku, apabila Diana cuba mengingati satu perenggan dari buku
Michael Crichton aku juga
mula bercakap mengenai buku yang diperkatakannya
di dalam Secret Garden iaitu Eleven
Minutes
karya Paolo Coelho yang
mana dia memperkatakan
beberapa perkara tentang seks berdasarkan apa yang diperkatakan oleh
Coelho
di dalam Eleven Minutes.
Menurut
Diana, tujuan
utama dia memperkataknnya adalah untuk memberi kesedaran
tetapi akhirnya ia disalah ertikan,
Ramai juga
yang
mengatakan Diana sengaja memanipulasi skandal-skandal
yang berlaku dan dengan memperkatakan perkara taboo seperti ini
secara eksplisit, Diana telah berjaya
'mengotorkan' seks
dan seksualiti.
Dalam kata lain, Diana menambah debu kepada isu yang baru sahaja
menerima toleransi dari masyarakat.
"Jadi
apa kenapa awak mahu tulis perkara-perkara ini Diana?"
“Sebab
saya memang hendak
buat.
Ini bukan pendapat saya sahaja. Saya yakin ramai yang bersetuju
dengan beberapa perkara yang saya katakan di dalam Secret Garden.
Jika mereka malu untuk menulisnya. Biar saya mulakan revolusi"
"Malu?"
"Ya.
Malu dengan
fantasi dan pendapat mereka, tidak kiralah fantasi apa pun, seks,
kemasyuran, kekayaan, minum kopi di puncak KLCC dan saya mahukan
sesuatu yang dibuat dari pandangan seorang wanita. Tetapi
saya tidak
sangka pula mereka memutar belitkan fakta.
"Maksud
awak ahli-ahli
politik dan rakan-rakan
awak di dalam media?”tanyaku
lagi. Namun, Diana hanya tersenyum sinis.
"Awak
tahu atau pun tidak Marina? Sesetengah
orang
mengatakan
“Oh! berani betul dia tulis perkara-perkara
seperti ini”
dan ada juga yang cakap “alah... tidak
ada apa yang hendak
dihairankan”
"Jadi. Apa yang
awak cuba katakan di sini?"
Sekali lagi Diana
tidak menjawab. Dia hanya mengurut-urutkan kepalanya. Mungkin di situ
aku tersilap kerana cuba berlagak seperti seorang ahli psikologi.
Sesiapa sahaja yang
mahu membincangkan perkara ini dengan bersifat memperlekeh,
mempermain atau mengkritik secara negatif akan dilihat sebagai
seorang musuh walau siapa pun individu tersebut.
Apabila
di ingat kembali, aku berpendapat yang dia sudah penat bercakap
mengenai Secret Garden. Mungkin juga dia merasakan terlalu banyak
tentang dirinya yang 'didedahkan'.
Aku
nyata rasa bersalah apabila memikirkan tentang cara aku membangkitkan
perkara ini kepada
Diana. Tetapi
aku juga terfikir: jika kita melakukan
sesuatu yang pelik di khalayak ramai,
bolehkah kita marah-marah
kalau orang lain bertanya
dan inginkan penjelasan.
Jika kita sengaja meninggalkan komputer riba di atas motosikal.
Bolehkah kita marah-marah kalau ianya dicuri?
Telefonku berbunyi
sekali. Aku membiarkan soalan-soalan dari monologku tidak berjawab.
"Ya Daniel?"
"Marina.
Nampaknya kita kehilangan Diana. Dia membatalkan pertemuan ini."
"Apa
yang dia kata?"
"Katanya
pertemuan ini tidak akan membuahkan hasil" jelas Daniel. Hampa.
Aku mengeluh kecil.
Keesokan
petang
, aku menghabiskan masaku di dalam pejabat.
Memeriksa apa yang telah kami lakukan untuk Hey setakat waktu itu.
Malam
Sebelumnya, aku baru sahaja menonton
filem S.O.S yang diterbitkan oleh Diana Sinclair.
Secara jujurnya, aku menyukai filem itu, aku juga sukakan buku yang
diterbitkan yang juga
diberi tajuk
SOS. Kedua-duanya saling melengkapi antara satu sama lain. Di
saat itu, aku
mula menyalahkan diriku kerana gagal menemuramah Diana. Aku
sepatutnya bercakap berkenaan dengan S.O.S, bukan kontrovesi yang
memeningkan kepala.
Telefonku berbunyi.
Satu nombor yang tidak dikenali menghubungiku. Aku teragak-agak untuk
menjawabnya.
“Helo.
"
aku menjawab panggilan itu. Suaraku perlahan dan dalam.
"Helo.
Marina?" suara seorang wanita kedengaran. Tona suaranya sedap di
dengar. Namun, aku tidak dapat mengecamnya.
"Siapa
di sana?" soalku kembali.
"Ini
Diana
Sinclair.
Itu Marinakah?”
Dug! Dug! Dug!
Jantungku berdegup kencang.
“Diana? Diana
Sinclair?” aku bagaikan tidak percaya.
“Ya.” jawabnya
ringkas
“Um. Ya. Ini
Marina.” aku hilang kata-kata.
"Apa khabar
Marina?"
"Saya sihat.
Awak?"
"Sihat juga.
Gembira"
"Baguslah
kalau begitu. Dari mana awak dapat nombor saya"
"Dari maklumat
yang awak serahkan kepada kami sebelum kita jumpa tempohari"
"Oh. Ya. Mmm...
Diana. Saya minta maaf kalau ada.."
"Tidak mengapa
Marina. Saya tidak marah dengan awak. Cuma saya harapkan sesuatu yang
berbeza dari Hey"
"Maksud awak?"
Diana mula
menyatakan ketidakpuasan hatinya tentang pertemuan kami tempohari.
Menurutnya, dia merasakan yang dia menghabiskan masa dalam temubual
dengan memberi komen kepada perkara-perkara yang telah lepas dan
tidak lagi relevan. Dia seolah-olah sedang disoal-siat oleh sepasukan
anggota polis: seksualiti, parti politik yang disokong, lelaki yang
diminati. Dia juga tidak berpuas hati kerana tidak diberi peluang
untuk bercakap tentang kerjaya dan visinya dalam hidup.
"Saya tahu
ramai yang ingin melihat saya jatuh. Mereka mahu melihat segala
kelemahan-kelemahan saya. Selalunya yang rasa seronok melihat semua
ini adalah orang yang mempunyai kehidupan yang teruk dan
membosankan!"
Aku menyusun
kata-kataku. “maafkan saya kalau awak rasa begitu. Sejujurnya awak
adalah antara wanita pertama yang..."
“Cukup.
Awak cuba menggoda sayakah? Ini bukan kali pertama saya mendengar
kata-kata manis dari seseorang yang...”Diana tidak menghabiskan
ayat. Mungkin mula terfikir tentang kebenaran anggapan yang dibuatnya
terhadap aku. Aku pula tidak percaya dengan apa yang aku dengar.
Diana sangkakan
aku tertarik dengannya secara seksual? Wow!
“Lupakan sahaja.
Awak sepatutnya buat saya rasa selesa. Kita sepatutnya jadi seperti
adik-beradik. Seperti dua orang yang sedang berkasih.” Aku menelan
air liurku beberapa kali apabila mendengarnya.
"Saya sangkakan
saya tidak perlu bersedia dengan jet pejuang atau pun kereta kebal
berserta dengan perisai-perisai yang selalu saya sediakan apabila
saya ditemubual oleh Hey. Sepanjang temubual kita, saya
tertanya-tanya sama ada awak sedang menghukum saya dan memandang saya
sebagai seorang perempuan murahan”
"Maaf
Diana. Saya tidak pernah berniat pun untuk..."
"Nanti
dulu Marina. Biar saya habiskan apa yang tersimpan di dalam hati
saya"
Dengan penuh emosi,
Diana meluahkan isi hatinya. Aku memberi perhatian penuh kepada apa
yang dikatakan oleh Diana. Nyata dia hanya manusia biasa.
"Saya
akan ke Kuching esok, saya akan hubungi aku
semula.
Saya mahu berjumpa dengan awak sekali lagi." kata Diana
mengakhiri perbualan kami melalui telefon.
Diterbitkan
oleh : Harry Haider Enterprise, Blok 4-9-9, Vista Angkasa
59200, Kuala Lumpur.
©
Kid Haider, Mohamad Khidir Bin Mohamed Yazir, Khidir
M. Yazir
Terbitan Pertama 2015
Terbitan Pertama 2015
Hak
Cipta terpelihara
No comments:
Post a Comment