Suatu
hari, aku , Rina dan Harry makan tengahari seperti biasa. Namun pada
hari itu keadaan agak berlainan kerana tiada cerita klasik yang
diceritakan oleh Harry seperti kebiasaan yang dilakukannya. Pada hari
itu, Rani pula yang mengambil peranan Harry dengan bercerita mengenai
kisah Hantu Pokok Pisang yang pernah aku ceritakan kepadanya sejurus
sahaja menonton siri Incredible Tales kepada Harry. Aku hanya
berpura-pura mendengar seolah-olah aku tidak pernah mendengar cerita
itu. Aku tidak menyangka keganjilan itu akan disusuli pula dengan
sesuatu yang mengejutkan pada malam itu.
Petang itu, tepat
pada pukul enam, aku sudah bersiap sedia untuk pulang ke rumah. Akan
tetapi, apabila mengenangkan hari hujan dan aku perlu meredahnya dari
Multi-Purpose Building ke Masjid Jamek untuk mendapatkan tren, aku
membatalkan hasratku. Aku membuat keputusan untuk bekerja sehingga
pukul lapan setengah malam.
Sebaik sahaja aku
habis menjalankan tugas, aku turun ke bawah dan mengambil kesempatan
yang ada untuk membeli sedikit roti di sebuah kedai bakeri di Capital
Square.
“Marina...”
seorang
lelaki menyapaku.
Suaranya memang biasa aku dengar. Aku berpaling.
“Eh.
Harry... buat apa di sini? Tidak pulang ke rumah lagi?”
aku
tidak menyangka dapat bertemu Harry semula pada hari itu.
“Saya baru sahaja
hendak pulang Marina... Saya ke sini untuk membeli roti. Ada orang
pesan. Marina pula?”
'Hmm... Ini pasti
untuk si Norah yang sombong itu' kataku di dalam hati.
“Sama
macam awak
juga....” jawabku sambil tersenyum.
“Yang mana
satu?” Harry menyoalku lagi.
“Yang
mana satu? Maksud awak? Saya kurang faham”
kataku
kebingungan.
“Bahagian
mana yang sama
dengan saya?
Baru hendak pulang atau ke sini untuk membeli roti?”
“Oh.
Kedua-duanya sekali. Saya baru sahaja keluar dari pejabat dan saya ke
sini untuk membeli roti. Cuma ianya untuk saya, bukan untuk orang
lain”
jawabku
sambil tertawa.
Setelah
membuat pembayaran, aku dan Harry berjalan keluar dari Capital
Square. 'Hmmm...
Memang
banyak cakaplah lelaki yang seorang ini,'
kataku di
dalam hati apabila melihat Harry yang tidak henti-henti bercakap
sejak berjumpa.
Tetapi
mungkin
juga aku yang menyebabkan dia tidak mahu berhenti bercakap kerana
apabila perbualan kami hendak berakhir, aku akan membuka cerita baru
dan mengembalikan semula
keghairahannya
untuk bercerita.
“Aaaaa...!”
tiba-tiba
sahaja, suara
jeritan seorang wanita kedengaran
tidak jauh dari tempat kami. Suara jeritannya yang nyaring itu
memeranjatkan
kami
yang sedang asyik berbual.
Kami
mencari arah jeritan itu. Ketika itu, kelihatan
seorang wanita yang
nampak begitu panik
dan tidak keruan
sedang berada di hadapan Multipurpose Building. Kami berdua segera
mendekati wanita itu.
Beberapa orang yang lalu - lalang di sana juga mula menuju ke
arahnya.
"Cik.
Kenapa
cik?"
tanya Harry.
“Ya.
Kenapa cik menjerit tadi?” tanyaku pula.
“Saya
okey. Saya tidak ada apa-apa. Cuma... Beg
saya... dia ragut beg saya...” kata wanita itu sambil menunjuk
kepada seorang lelaki yang sedang berlari menuju ke arah jalan besar.
Melihat
lelaki itu, Harry melakukan sesuatu yang berada
di
luar jangkaanku.
Dia berlari pecut mengejar lelaki itu.
“Harry!”
aku berteriak kecil. Seperti
wartawan yang dahagakan berita,
aku
cuba mengikut Harry dari belakang namun dihalang oleh wanita itu
tadi. Dia memerhatikan kakiku. Cuba memberi peringatan bahawa aku
sedang memakai kasut tumit tinggi bukannya flip-flop atau pun
sneaker.
Aku hanya memerhati dari jauh. Beberapa orang yang baru sahaja
menyedari kejadian itu keluar dari bangunan Capital Square.
Harry
memulakan aksinya dengan lompatan sederhana yang membolehkan dia
menendang dari arah belakang mengenai pinggang si peragut. Lelaki itu
terjatuh. Harry mengambil beg yang berada pada tangan lelaki itu.
Lelaki itu bangun dan mula berlari ke arah jalan untuk melarikan
diri.
Harry
kembali mengejarnya.
“Harry!
Sudah! Biarkan sahaja dia pergi!” jeritku lagi. Namun, Harry tidak
mempedulikan kata-kataku. Dia tidak berputus asa.
Di
tepi jalan,
kelihatan seorang lelaki sedang duduk di
atas sebuah motosikal Kriss Modenas.
Lelaki itu dengan segera mendekatinya dan dengan segera duduk di atas tempat duduk pembonceng motosikal itu. Harry dengan berani mendekati mereka. Namun, malang sekali kedua-duanya dengan pantas menendang Harry sehingga dia tertiarap di tepi jalan.
Lelaki itu dengan segera mendekatinya dan dengan segera duduk di atas tempat duduk pembonceng motosikal itu. Harry dengan berani mendekati mereka. Namun, malang sekali kedua-duanya dengan pantas menendang Harry sehingga dia tertiarap di tepi jalan.
“Harry!”
Aku dan
wanita itu berlari
mendapatkan
Harry.
Yang
lain
juga begitu.
“Harry!
Awak okey Harry? Saya sudah beritahu tadi biarkan sahaja dia pergi
tetapi awak degil!” kataku sebaik sahaja kami mendapatkan Harry.
Aku segera memberitahu diriku untuk tidak meneruskan leteranku dan
bertenang. Ianya bukan masa yang sesuai.
“Marina... please....” katanya lemah.
‘Alamak!
Apa ini?
Dia
suruh aku pandu dia ke hospital?’ aku berkata-kata di dalam hati.
Baiklah,
aku
bukannya tidak tahu memandu. Aku memang ada lesen. Tetapi apa yang
menjadi masalahnya adalah, kereta yang Harry gunakan adalah kereta
manual dan sejak aku lulus ujian memandu, aku langsung tidak pernah
menyentuh mana-mana kereta manual bagi tujuan pemanduan. Jadi
bagaimana aku mahu memandu Harry ke hospital.
“Sa...sa... sa..
ya...” aku tergagap-gagap.
“Tidak
mengapa. Biar saya bawa dia ke hospital. Lagipun,
dia sudah menyelamatkan duit saya yang berjumlah RM 3000 dari peragut
tadi”
kata
wanita itu.
'Wahai wanita yang
cantik. Kau memang penyelamat keadaan. Tetapi kenapa engkau bawa
sejumlah duit yang banyak ke sini? Sudah hilang akalkah?' kataku
sendirian.
Di saat itu, aku
juga terfikir bagaimana agaknya peragut itu boleh menduga berapa
jumlah wang yang dibawa oleh wanita itu. Barangkali, peragut seperti
mereka sudah ada alat pengesan semulajadi yang tertanam di dalam
tubuh mereka.
Beberapa
orang yang menyaksikan kejadian itu
datang mengerumuni kami
bertanya
itu dan ini. Kami hanya menjawab apa yang patut dengan ringkas.
Disebabkan tubuh Harry mempunyai keberatan sebanyak lima
puluh sembilan
kilogram,
(anggaran aku semasa aku
dan wanita itu
cuba mengangkatnya) aku menyuruh mereka mengangkat Harry dan
membawanya masuk ke dalam Proton Persona miliknya
yang diletakkan tidak jauh dari situ.
Selepas mengucapkan terima kasih dan memastikan keselesaan Harry di
dalam kereta, aku dan wanita yang memperkenalkan diri sebagai Sheila
itu segera menghantarnya ke hospital yang berdekatan.
*****
“Harry...
Bagaimana keadaan awak?” aku
pergi mendapatkan Harry sebaik
sahaja
dia
keluar dari bilik rawatan.
Sheila mengikutiku dari belakang.
“Luka
sedikit di tangan. Badan sakit sedikit. Tetapi jangan risau. Saya
okey.
Dua tiga hari lagi, baiklah nanti”
jawab
Harry.
“Encik Harry.
Terima kasih kerana menolong saya tadi ya.”ucap Sheila.
“Sama-sama.”
ucap Daniel sambil tersenyum. Dia kemudian ketawa kecil.
“Kenapa
Daniel?” tanyaku hairan.
“Lucu
pula
dengan
apa yang saya buat tadi”
“Kenapa pula?”
“Tiada
superhero
atau
superhuman
di
dunia ini Harry. Tetapi saya perlu akui
yang awak
sangat berani tadi..”
“Saya
pun
tidak
menyangka yang
saya
boleh
jadi begitu
berani tadi. Baru
sekarang saya terfikir, kalaulah
mereka bawa pistol atau pun pisau. Entah apa yang akan terjadi kepada
saya
agaknya”
“Syukur
kita semua selamat. Terima kasih banyak-banyak Harry” kata Sheila.
“Sama-sama
Sheila. Eh, hari
pun sudah lewat. Mari saya hantar kamu berdua pulang.”
“Awak hendak
memandu dengan keadaan awak yang begini?” tanya Sheila.
“Jangan risau.
Saya tidak ada apa-apa. Saya okey”
*****
Seminggu
selepas
kejadian itu,
aku tidak lagi melihat Harry di Capital Square. Dia tiba-tiba sahaja
hilang tanpa berita. Ini membuatkan aku tertanya-tanya dan aku tidak
malu untuk mengatakan yang aku tercari-cari Harry setiap kali kami
turun ke medan selera. Malang sekali, aku atau pun Rani tidak
menyimpan nombor telefon Harry dan itu menyukarkan kami untuk
menghubunginya. Sepanjang perkenalan pendek kami, tidak pernah pula
aku, Rani atau pun Harry terfikir untuk bertukar-tukar nombor
telefon. Jika diikutkan hati, ingin sahaja aku naik ke Terry Lee
Publication
dan mencarinya di sana. Bukanlah aku ini terhegeh-hegeh mahu berjumpa
dengan Harry, tetapi manalah tahu kalau ada apa-apa yang terjadi
kepadanya. Namun aku pendamkan hasratku itu kerana takut disalah
ertikan.
Selama
dua minggu, Harry hilang tanpa berita sehinggalah pada satu hari di
mana dia muncul membawa perkhabaran yang begitu mengujakanku.
“Marina!
Harry mahu jumpa awak di luar” Rani yang
keluar sebentar dari pejabat memberitahuku.
“Apa?”
aku bertanya seolah-olah aku tidak mendengar apa yang diberitahu oleh
Rani.
Aku bagaikan tidak percaya Harry yang hilang tiba-tiba sahaja muncul
mencariku.
“Harry
ada di luar. Dia mahu berjumpa dengan awak. Pergilah Marina.
Dia sedang tungggu awak,”
gesa Rani.
Aku
meninggalkan stesyen panggilan
dan segera ke pintu utama TNS. Ketika itu, aku melihat Harry sedang
berdiri sambil menekan-nekan sesuatu pada telefonnya. Apabila dia
menyedari kehadiranku, dia mengukirkan sebuah senyuman.
“Hai
Marina. Apa khabar?”
ucap Harry kepadaku.
“Saya
baik. Awak
pula bagaimana?”
“Saya
pun baik
juga.”
“Lama
kita tidak nampak awak Harry. Ke mana awak menghilangkan diri?”
“Tiada
ke mana-mana pun. Saya ada di atas. Saya tidak sempat turun sebab ada
kerja yang perlu disiapkan” terang Harry.
“Oh
begitu” aku mengangguk.
“Sebenarnya,
saya ingin bertanyakan sesuatu kepada awak.”
“Wah!
Hendak tanya apa? Berdebar pula saya mendengarnya.”
“Janganlah
berdebar. Saya bukannya
polis...”
Harry berjenaka.
“Begini,
dua
minggu lagi, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur akan berlangsung
dan kami memerlukan seseorang untuk menjaga booth
kami
di PWTC selama sepuluh hari. Tempohari awak ada beritahu saya tentang
masa kerja awak yang fleksibel bukan? Jadi,
kalau tidak ada apa-apa masalah saya mahu cadangkan nama awak kepada
ketua editor.”
“Hmm..
Menarik
bunyinya. Berapa
bayarannya?”
“RM 120 untuk
sehari”
“Boleh
tahan” kataku sambil menganggukkan kepalaku. Aku
perlu akui ianya satu jumlah yang banyak
untuk tugas itu.
Lebih banyak dari apa yang dibayar oleh MAPIM tahun sebelumnya
kepada kawan-kawanku yang bekerja di bawah mereka pada pesta buku
tahun lalu.
“Bagaimana
Marina?”
“Saya setuju!”
“Bagus
kalau begitu. Awak datang ke PWTC pada malam sebelum berlangsungnya
pesta buku itu
ya?”
“Tidak
menjadi masalah. Saya akan datang nanti!”
aku meyakinkan Harry dengan wajah yang berseri-seri. Ternyata, apa
yang ditawarkan oleh Terry
Lee
Publication dan majalah Hey sangat
mengujakanku.
Keterujaan
kerana dapat lari selama
sepuluh hari dari membuat kerja-kerja kajian pemasaran di TNS
tidak dapat aku bendung.
‘Apakah
tandanya semuanya
ini?’
hatiku bersoal
‘hmmm...
perlukah aku mencari petanda bagi setiap sesuatu yang berlaku dalam
hidup aku?’
aku
mentertawakan diriku sendirian.
Diterbitkan
oleh : Harry Haider Enterprise, Blok 4-9-9, Vista Angkasa
59200, Kuala Lumpur.
©
Kid Haider, Mohamad Khidir Bin Mohamed Yazir, Khidir
M. Yazir
Terbitan Pertama 2015
Terbitan Pertama 2015
Hak
Cipta terpelihara










No comments:
Post a Comment