"Apa yang kau
suka tentang Norman sebenarnya?" tanya Michelle. Ketika itu, aku
datang bersama-sama dengan Ally ke spanya untuk satu sesi urutan
kaki. Sambil diurut, aku membuka ceritaku kepada Michelle.
"Kalau kau
hendak tahu apa yang aku suka tetang Norman, hmmmm... banyak yang
boleh aku senaraikan. Aku suka Norman sebab dia ini seorang yang
berkarisma, budiman, sentiasa tenang, dia sentiasa bercakap dengan
menggunakan tona suara yang rendah, suara dia amat dalam, kulitnya
sawo matang dan bersih, tinggi, matanya menawan, lengan dan bahunya
menawan, rambutnya lembut, pembersih, pandai bergaya, pandai
membersihkan rumah dan dia ni jenis susah hendak dapat dahulu kau
tahu. Tetapi aku tidak berusaha sangat dahulu semasa kami mula
menjalinkan hubungan sebab dia yang mendekati aku dahulu. Dia yang
memulakan langkah. Apa yang aku maksudkan di sini adalah dia menjadi
kegilaan ramai orang satu ketika dahulu. Jadi memang rasa beruntung
sebab dapat kenal dengan dia" tanpa aku sedari beberapa
pelanggan dan pekerja di situ pasang telinga dan mereka cuba menahan
ketawa.
"Amboi.
Bersinar-sinar mata kau bila bercakap tentang Norman ya" kata
Michelle dia kemudian mengetapkan bibirnya.
"Apa? Eh mana
ada. Aku cuma kelakar bila baca senarai ini dan bila teringatkan
kisah lama"
"Bercakap
dengan panjang lebar sebegitu. Lepas itu kata tidak ada apa-apa. Oh!
Tolonglah Marina..." kata Ally pula. Cuba menyokong kata-kata
Michelle.
"Eh. Betulkah?"
aku bertanya kepada tukang urut yang sedang mengurut kakiku.
"Ya..."
kata tukang urut itu. Dia mengangguk perlahan.
"Oh! Malunya
aku..." aku menutup mukaku yang kemerahan.
"Jadi bagaimana
sekarang? Syam atau Norman?" tanya Michelle.
"Hmmm.. Aku
tidak mungkin dapat menerima Norman semula. Tidak." kataku
sambil menggeleng-gelengkan kepala.
"Jadi kau
betul-betul serius dengan Syam?"
"Hmmm..."
"Asyik
'hmmm...' sahaja kau ini Marina..." ujar Ally. Tidak berpuas
hati dengan respon yang aku berikan.
"Shhhh... Ada
call" telefon bimbitku yang sejak dua jam tidak berbunyi
berdering.
"Marina.
Awak tahu Diana Sinclair akan datang ke Kuala Lumpur sekali lagi
bukan?" suara Daniel berkumandang.
"Diana
Sinclair ya? Um..." Mendengar nama Diana Sinclair membuatkan aku
tidak senang duduk. Aku tahu dia sememangnya akan datang semula ke
kerana beberapa rancangannya sebelum itu terpaksa dibatalkan apabila
dia perlu segera pulang ke Amerika Syarikat atas sebab-sebab
tertentu.
"Ya.
Memang dia akan datang semula, tetapi saya tidak tahu pula bila"
"Dengar
cerita dia akan datang minggu hadapan" kata Daniel.
"Minggu
hadapan?" apa yang diberitahu benar-benar buat aku teruja.
Sekiranya ada cermin di hadapanku, pasti aku dapat lihat mukaku
bersinar-sinar.
"Amboi
bukan main suka lagi awak ya..." usik Daniel.
"Oh.
Jelas sangatkah?" aku tertawa dengan gelagatku sendiri.
Tamat
sahaja perbualan dengan Daniel, dengan perasaan ingin tahu yang
berkobar, aku terus mencari maklumat terkini tentang Diana Sinclair.
Seperti biasa, khidmat Pakcik Google digunakan.
Namun
carian pertama yang aku jumpa bukan berkenaan kehadiran Diana ke
Kuala Lumpur tetapi berkenaan dengan bekas suami Diana, Mirza Adam
Sinclair.
Mirza
Adam Sinclair tidak menyesali perkahwinannya dengan Diana.
Aku
membaca tajuk carian itu dan membaca isi yang tertulis di dalamnya.
Apabila
ditanya sama ada Mirza menyesali perkahwinannya dengan Diana Sinclair
atau menyifatkannya sebagai satu kesilapan, dia menafikan
sekeras-kerasnya.
"Kami
tidak pernah bermusuhan. Kami mengambil langkah untuk berpisah
apabila kami rasakan cara hidup yang kami pilih tidak lagi
memungkinkan kami untuk melestarikan perkahwinan ini."
Dia
malah terharu kerana Diana masih lagi menggunakan nama Sinclair
sebagai pengenalannya kepada umum.
"He
still loves you Diana" kataku sendirian setelah puas membacanya
berulang kali.
Semenjak
bertemu dengan Diana. Aku banyak menghabiskan masa membaca mengenai
Diana. Perjalanan kariernya, kontrovesi yang terjadi dan
pilihan-pilihan yang dibuat di dalam kehidupannya. Sebelum itu, aku
hanya mengenali sebagai personaliti yang menghiasi ruang media. Namun
selepas perjumpaan kali pertama dengannya, aku mula mengagumi Diana.
Aku mula menyelami dirinya dan selalu membayangkan apa rasanya berada
di tempat Diana.
'Mungkin
aku patut hubungi Diana' kataku sendirian. Aku
segera mencari nombor Diana. 'Ish. Takut pula' kataku, teragak-agak
untuk menghantar mesej kepada Diana kerana rasa intimidasi yang
begitu kuat sekali. Aku takut dianggap menjengkelkan oleh Diana.
Namun, bila difikirkan semula, aku mula mempersoal rasa syakku kepada
Diana itu. Aku tahu itu semua hanya perasaanku sahaja. Ia datang dari
rasa rendah diri dan tidak yakin dengan nilai diri yang ada.
Melupakan semua kegusaran itu, aku memberanikan diri untuk menghantar
mesej kepadanya.
-Hai Diana.
Dengarnya hendak ke Kuala Lumpur. Bila?-
Aku
menunggu respon Diana, namun tiada apa-apa yang aku terima. Aku
membiarkannya sahaja dan menyambung urusanku. Satu jam kemudian, satu
Private Number menghubungiku.
Walau pun teragak-agak untuk melayan nombor asing itu, aku
menjawabnya dengan tenang. Memikirkan mungkin itu adalah Diana
Sinclair.
"Hai
Marina..." satu suara manja kedengaran. 'Ya! Tepat sekali
dugaanku!' kataku sambil tersenyum apabila mendengar suara orang yang
aku nanti-nantikan berkumandang di telefon. "Kenal siapa yang
bercakap ini?" soal pemanggil, cuba bermain teka-teki denganku.
"Rasanya
ini.... Diana? Diana Sinclair?" aku cuba meneka dalam kepastian.
Walau aku hampir pasti yang bercakap ketika itu adalah dirinya.
"Wow!
Saya tidak sangka awak dapat mengecam suara saya dengan begitu
mudah!" Diana menyuarakan kekagumannya.
"Suara
awak begitu distinctive.
Apa khabar?"
"Saya
sihat. Awak pula"
"Sangat
sihat!"
"Yes.
I can hear it from your voice. Saya pasti wajah awak pun sama juga
sekarang ini. Seperti ditarik-tarik. Almaklumlah. Hey baru sahaja
cipta sejarah bukan?"
"Awak
pun apa kurangnya. Pasti bertambah serinya sejak menang anugerah di
sana-sini"
Diana
hanya ketawa apabila mendengar kata-kataku.
"Oh
ya. Sementara saya ada di Kuala Lumpur sekarang ini. Apa kata kalau
kita berjumpa Marina?"
"Apa
Diana? Awak sudah ada di Kuala Lumpur?"
"Ya.
Sudah lima hari di sini" jawab Diana selamba. "Sengaja
saya tidak hebohkan. Jom kita jumpa sekejap Marina. Awak berhutang
dengan saya. Saya buat majalah awak laku keras!" gurau Diana
dalam nada yang mengugut.
"Although
you had been difficult at the time..." usikku membalas.
"Well.
It
was intentional actually. It was an act!"
terang Diana perlahan. Cuba merasionalkan kata-katanya.
"I
don't think so. I don't think it was an act" kataku pula.
"Yes
it was.." tegas Diana. Cuba menafikan kata-kataku.
Untuk
beberapa ketika, kami nafi-menafi antara satu sama lain.
"Sudahlah
Marina. Tidak habis kalau kita cerita tentang ini"
kata Diana. Berpura mengeluh penat selepas kami bergurau balah
seperti anak kecil
Kami berbual untuk
seketika. Bercakap tentang rancangan kami untuk bertemu. Akhirnya
sebelum tamatnya perbualan kami berdua bersetuju dan memutuskan untuk
bertemu di Dr Love pada malam keesokkan harinya.
Semasa
pertemuan kami sebelumnya aku
pernah memberitahu Diana tentang Dr Love. Dia tertarik dan menyatakan
minat untuk pergi berkunjung ke kafe itu. Oleh kerana itu Diana
bersetuju untuk bertemu denganku di sana.
"Not Bad"
kata Diana kepadaku sebaik sahaja aku bertanyakan tentang Dr Love.
Matanya liar menganalisa setiap ruangan yang ada di Dr Love. Selepas
memesan minuman, kami duduk dan berbual panjang. Namun ada sesuatu
yang menarik perhatianku sejak saat Diana mula-mula melabuhkan
punggungnya di situ. Bersama-sama dengan Diana adalah fail yang mana
terdapat sekeping gambar berukuran pasport yg diletakkan di kocek
failnya yang lutsinar.
'Kacak' kataku di
dalam sendirian. Namun, aku tidak bertanya lanjut kepada Diana
berkenaan lelaki di dalam gambar itu.
Perbualan kami
membawa kami ke topik yang selalu membuatkan Diana sedikit gugup
iaitu 'Mirza Adam Sinclair'
"Saya ada
terbaca tentang Mirza."
"Oh ya? Apa
yang terjadi? Maaf. Saya kurang baca berita online." jawab
Diana. Cuba untuk bersikap tenang apabila nama Mirza diperkatakan.
"Tiada apa-apa
yang terjadi pun. Cuma... dia cakap pasal awak"
"Oh. Apa yang
dia kata?"
"Dia kata dia
tidak menyesali perkahwinannya dengan awak dahulu dan dia terharu
dengan nama Sinclair yang masih awak gunakan sehingga kini"
terangku perlahan-lahan.
Diana terdiam
seketika. Kemudian dia tersenyum.
"He better not
or else.." kata-katanya tidak dihabiskan.
"Or else...?"
tanyaku kepada Diana. Cuba memintanya untuk menyambung apa yang ingin
dikatakannya.
"Tiada apa-apa.
Cuma.. Awak tahu Marina. Hubungan kami pada mulanya okey. Tetapi
anjakan realiti hidup kami mengubah segala-galanya. Realiti itu juga
mengubah kami berdua. Dia menjadi seorang suami yang..." Diana
berusaha mencari ayat yang sesuai untuk menggambarkan Mirza, "Tidak
normal" katanya sambil ketawa kecil, "dan saya pula menjadi
isteri yang tidak lagi ideal untuknya. Oleh itu, kami harus berfikir
yang kami harus realistik dan mengambil langkah bijak.."
"dengan
mengakhiri ikatan kamu berdua?" aku cuba menghabiskan kata-kata
Diana. Namun, lenggok nadaku menyoal. Meminta dia untuk menerangkan
dengan lebih lanjut.
"Ya."
Jawab Diana sambil mengangguk perlahan.
"Pernah cuba
cari jalan untuk bertahan?"
"Ya. Tetapi
ianya sukar. Jadi, untuk kebaikkan kedua belah pihak dan rasa cinta
antara kami, kami putuskan untuk berpisah"
"Perpisahan itu
dibuat atas rasa cinta?" tanyaku pernuh hairan. Apa yang
dikatakan oleh Diana bagiku tidak masuk akal.
"Ianya memang
sukar untuk difahami. Apa yang orang dengar selama ini hanyalah soap
opera yang direka. Tetapi itulah kebenarannya"
kata Diana merujuk
kepada khabar angin tentang kecurangan yang mengakibatkan penceraian
mereka.
"Bagaimana pula
dengan awak Marina?" tanya Diana kepadaku. Dia nyata letih
bercerita tentang dirinya. Lalu mengubah laluan bicara kami kepadaku.
"Hmmm...
Rumit..." jawabku ringkas.
"Wow.
Seorang playgirl pun menghadapi situasi 'rumit'. Ingatkan boleh
selesai dengan mudah" kata Diana sambil tersenyum nakal.
"Playgirl?
Diana. Tolonglah.. Saya bukan player okey" jawabku defensif
walau tawa dalam kelucuan. Diiringi dengan hilai tawa kecil dari
Diana. Reaksiku benar-benar menggelikan hatinya.
"Diana. Boleh
saya tanya sesuatu?" tanyaku setelah lama menunggu Diana
berhenti ketawa.
"Ya"
"Siapa lelaki
itu?" aku menunjuk kepada gambar lelaki yang terselit di dalam
poket lutsinar failnya.
"Ini?"
tanya Diana. Terkial-kial mengeluarkan gambar itu dari poket fail.
"Ya. Sejak tadi
saya nampak. Awak hendak buat jampikah?"
"Jampi? Luculah
awak ini. Nama dia Tuah. Cuba kamu teliti gambar dia betul-betul
Marina"
Diana mehulurkan
gambar Tuah itu kepadaku.
"Kacak...."
pujiku ikhlas "Siapa dia ini Diana?"
aku bertanya sambil memberi Diana satu jelingan nakal.
"Kalau awak
hendak tahu dia bekerja di Lataya Food sebagai pembantu penyelidik."
"Lataya Food?"
"Ya. Mungkin
awak tidak pernah dengar nama itu tetapi, kami adalah salah satu
pelabur dalam syarikat itu"
'Hmm.. Kami yang
Diana katakan itu bermaksud dia sebenarnya' gumalku sendirian.
"Kalau dilihat
dari namanya, ia seperti satu syarikat makanan sahaja"
"Ya Marina.
Tepat sekali. Tetapi Buat masa ini, Lataya fokus mengeluarkan coklat
dahulu"
"Di mana
pejabat Lataya?"
"Di Chicago"
"Oh.
Begitu..." aku mengangguk-angguk "Jadi kenapa awak bawa
gambar Tuah?"
"Oh. Sebenarnya
begini. Dia kini telah kembali semula ke Malaysia dan kami sedang
mencari penggantinya" jelas Diana. Walaupun begitu aku masih
tidak faham kenapa dia perlu membawa gambar itu bersama-sama
dengannya. Mungkin kerana dia ingin mencari orang yang serupa dengan
Tuah. Jadi, dia membawa gambar itu sebagai panduan.
"Sudah jumpa?"
tanyaku kepada Diana.
"Belum lagi.
Masih lagi mencari"
"Jawatan
seperti itu menjadi rebutan orang. Sekejap sahaja awak akan jumpa
pengganti Tuah"
Diana
terdiam. Dia seperti memikirkan sesuatu. Kemudian, dia merenung
gambar Tuah yang sedang aku pegang.
"Diana?"
aku menegur Diana yang seperti kaku dipukau.
"Ya
Marina..."
"Awak
okey?"
"Ya.
Saya tidak apa-apa. Maaf, saya terfikirkan sesuatu tadi. Di mana kita
sebentar tadi?" soalnya kepadaku. Dia menghirup teh panas yang
berada di hadapannya.
"Jawatan
Tuah" jawabku ringkas. Diana mengambil beberapa ketika untuk
berfikir.
"Ya.
Sebenarnya ia satu jawatan yang kecil sahaja. Tetapi ia membuka pintu
kepada seseorang untuk meluaskan network
mereka jika kena caranya." terang Diana bersemangat.
"Seperti
apa yang saya sedang buat sekarang. Tetapi tidak luas-luas juga
network saya" kataku sambil ketawa.
"Itu
bermakna awak perlukan sesuatu yang baru Marina"
"Ya.
Mungkin juga tetapi banyak yang perlu difikirkan."
"Oh
ya? Seperti?" wajah Diana serius. Dia benar-benar ingin tahu.
"Sukar
untuk saya jelaskan. Tetapi apa yang boleh saya simpulkan adalah
sememangnya saya sedang mencari peluang yang sesuai." terangku
penuh berhati-hati. Kurang bersedia untuk berkongsi visi dengan
Diana.
"Bagaimana
jika peluang itu ada di depan mata kamu?" tanya Diana kepadaku.
"Maksud
awak?"
"Bagaimana
jika saya cadangkan orang di Lataya untuk ambil awak sebagai
pengganti Tuah"
"Saya?!"
mataku terbeliak. Tidak percaya dengan apa yang baru aku dengar.
"Mmm...
Hmmm..." Diana menganggguk.
"Awak
mahu saya menggantikan tempat Tuah?" sekali lagi aku bertanya
untuk kepastian. Diana pula hanya mengangguk dan tersenyum.
"Awak
tidak bergurau Diana?"
"Tidak...
Saya sendiri yang akan mencadangkan nama awak kepada mereka nanti"
"Tetapi
kenapa saya?"
"Saya
rasa awak boleh"
"Baru
beberapa kali kita berjumpa dan awak terus boleh tahu yang saya
sesuai atau tidak untuk jawatan ini?"
Diana
tidak menjawab segera pertanyaanku. Dia kelihatan cuba mencari
rasional akan cadangannya itu.
"Sebelum
ini saya pernah bertanya kepada Markonah, James dan Daniel tentang
awak."
"Awak
tanya tentang saya kepada mereka" keningku berkerut. Benar-benar
hairan dengan apa yang bari diberitahu Diana.
"Jangan
salah sangka. Saya bukannya mengintip awak. Selepas kita berjumpa
tempohari saya rasa awak punyai banyak potensi. Jadi, saya bertanya
kepada Daniel tentang awak beberapa hari selepas kita bertemu untuk
temuramah itu dan dia memberikan feedback yang bagus tentang awak.
Begitu juga dengan James."
"Mereka
beritahu segala-galanya tentang awak..."
Segala-galanya?
Aku tidak begitu risau dengan James. Namun aku tertanya-tanya. Apa
yang agaknya Daniel beritahu tentang aku?
"Tetapi
jangan beritahu Daniel yang saya sedang cuba 'mencuri' awak dari dia
okey." tambah Diana sambil ketawa.
"Bagaimana
pula dengan Markonah?" "Dia tidak memberi sebarang respon"
"Fuhh...!!!
Nasib baik"
"Saya
tidak harap respon dari dia. Setelah apa yang berlaku di Nona Silk
dahulu. Saya percaya dia akan beri komen yang negatif tentang awak"
"Ya.
Betul. Sudahlah Diana. Saya tidak mahu cakap tentang dia lagi"
"Okey.
Saya pun tidak mahu cakap tentang Markonah lagi. Jadi bagaimana
Marina? Apa pendapat awak tentang Lataya?"
Aku
menarik nafasku dalam-dalam. Berfikir sejenak tentang tawaran
mengejut Diana itu.
"Entahlah.
Saya..." aku terhenti seketika. Mencari ayat yang sesuai
sementara tiada kata putus yang boleh aku berikan.
"Ini
peluang baik untuk awak timba pengalaman Marina. Saya rasa tiada
sebab untuk awak katakan 'tidak'"
"Saya
bukan menolak saya cuma... perlukan sedikit masa untuk berfikir"
"Hmmmm...
Ini tentang cinta bukan?"
Aku
tidak menjawab soalan Diana. Aku hanya mengelip-ngelipkan mataku
beberapa kali dan kemudian aku mengalihkan pandangan ke arah gelasku.
Diana hanya tersenyum.
"
Hidup ini pelik bukan? Kadangkala kita keliru sama ada kita punyai
kuasa untuk mengawal takdir kita atau pun tidak. Ramai yang kata
kuasa kita terbatas kerana aturan ini milikNya. Namun, kita juga tahu
yang kita sebenarnya bertanggungjawab terhadap pilihan yang kita buat
dari masa lalu, kini dan akan datang. Saya juga tidak tahu apa yang
ditakdirkan untuk saya. Namun seboleh mungkin saya cuba mengelak dari
dikawal situasi. Susah apabila situasi mengawal kita Marina. Susah...
seboleh mungkin kita perlu elakkan..."
Aku
tersenyum mendengar kata-katanya. Daripada kata-kata Diana itu, aku
tahu dia cuba menyampaikan sesuatu kepadaku. Aku dapat merasakan
keikhlasannya.
"Awak
tidak perlu beri jawapan sekarang dan saya juga tidak paksa awak.
Awak fikirkan dahulu tawaran saya ini okey?"
Aku
hanya tersenyum dan mengangguk anggukkan kepalaku tanda mengerti akan
kata-kata Diana itu.
Diterbitkan
oleh : Harry Haider Enterprise, Blok 4-9-9, Vista Angkasa
59200, Kuala Lumpur.
©
Kid Haider, Mohamad Khidir Bin Mohamed Yazir, Khidir
M. Yazir
Terbitan Pertama 2015
Terbitan Pertama 2015
Hak
Cipta terpelihara
No comments:
Post a Comment